Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, May 5, 2010

Tak tau kenapa dgn aku ari nih..

Aku tiap2 hari nak tulis macam2 kt blog aku nih..Tp tinggal dalam draft je lah..Insya Allah lah, klu aku ni kuatkan azam menaip, akan ter post jugak post nih..(ape yang aku meraban ni)

Ada 2 blog yang aku rajin tengok 2 3 hari nih..kat sini & kt sini jugak..Kagum tengok dorang nih meng kuruskan diri..Al Maklumlah, sedare-mare aku pon dah lama tak update blog...So aku singgah je lah blog sape2 yang menarik perhatian aku..Biasanya orang post kat Facebook..Atau pon, aku sendiri yang mengilhamkan diri googling artikel yang menarik perhatian aku..hehehe.

Lately, aku rase teramat letih.. Tension pon ada.. Balik kerja, tak dapat lepas Maghrib, balik jek trus aku tido..Teruk kan?? Pastu pukul 10 get ready tngok samarinda.---->Asmaradana...Takleh lah aku terdengar kekasih aku Ady 6ixth Sense tu nyanyi lagu Tak Bisa Memilihmu..Otomatik badan aku yg lunyai n lemah gemalai nih g depan TV..Klu tak, dr pukul 6 ptg (paling awal ar tuh sampai uma) sampai esok paginye, aku berkurung dalam bilik or kuar g makan..
(psssssttt: Aku ni jarang dok depan TV..tak caye tanyer orang yg penah serumah ngan aku)

Klu balik kerja aku tak tido, nanti citer Samarinda aku tahan mata lg..Kalau atas pukul 11 aku tak tido jugak, alamatnya pukul 1 lebih mesti aku bguling2 sebab takleh tido...

Hari nih keje masuk hari kedua aku tak gi rehat..(sebenarnya tiap2 hari macam tuh)..Mane taknya, nak rehat kene rotate, tp time pukul 1 tuh, sume orang kuar rehat, aku lah yang stanby kt opis..Padahal, macamlah orang tatau time lunch hour orang pergi makan..bila orang balik rehat, macam lupe jek aku tak kuar lunch..Semua kerja baling n campak2 jek kat aku..Sampai diri sendiri tak mampu nak catch up semua kerja..Tension sangat..Bila tak buat, orang cakap aku ni teruklah, aku ni careless, aku nih tek semenggah..tp keje ko, ko bg kat aku, keje aku takleh mintak tolong orang, tp keje orang lain..aku jugak yang buat.. Mau aku tak mabuk depan PC..Nasib baik aku bukan PC, klu tak msti dah kuar Blue Screen kt muke aku..:(

Hari nih jek aku buat 3 kerja satu masa:
Acct: settlekan akaun syarikat dengan Company Secretary
Specification product: Kena type 6 m/s x 2 untuk 2 product yg aku pon tatau ape sebab they all bg hard copy jek.
sambil tuh....
Print out Profile Syarikat sebanyak 90 m/s yg masih tak disusun lagi..
Ringkasan---> mata pandang PC n menaip spesifikasi product, telinga on da phone n explain pasal acct kt Company Secretary sambil tangan pilih folder untuk print Company Profile.. Gile..Berasap aku..

Kt rumah pulak, saluran tersumbat, semua lepas tangan n buat tak tau..Bengang babis..Nak mandi punya pasal, aku pinjam getah paip mak cik sebelah, g sedut air dalam bilik air gune Teori Tekanan Rendah n Tinggi buyah aku..hehehehe. At least, aku dapat mandi, tp aku tak share pon teori aku kat budak uma aku..Biar aku sorang jek wangi..Padan muke dorang kepam..Bila tukang paip datang, kejap jek dah ok, terbang RM20.

Cakap pasal duit yang beterbangan, balik kerja, dengan muke yang kusut, aku gi ar Petronas Ayer Keroh..nak mengosongkan duit kt Maybank aku bayar duit sewa rumahlah kununnya..kt tengah jalan bertentangan nak masuk simpang Petronas lak, tetibe enjin MW mati..dengan pakai baju kurungnye, terkial2 aku kt tengah2 jalan nak free kan gear n tolak motor kt tepi jalan..BUNGOK! Tuh je lah ayat yang aku mampu menyumpah dalam hati walaupon aku tau muke aku dah pucat lesi sebab hampir mati katak tengah jalan..Nasib baik abang India  yg tengah lepak dalam lori dia tolong tolakkan motor aku sampai ke kedai motor bape meter jek kat situ. 
 Tengok dawai dia tuh dah hangus dah

Coil dia rosak..wayar2 tuh hangus jek aku tengok.. Terbang lagi RM35..Bape dah aku pokai ari nih..Sepanjang aku tercatuk kt bengkel motor tuh, debar2 tuh still ada..kali kedua aku hampir mati katak tengah jalan..Bila dah siap, aku nak gi cucuk, rase macam nk meraung jek masa nak keluarkan duit aku..Napelah cepat sangat duit aku habes nih..


Balik rumah, Arnin yang cun memikat call aku.. dia sorang jek lah yang memahami tension keje n mdengar ape yang aku citer dengan tekunnya..tak jadik aku nak nanges bila dia wat lawak..takpe Nin, tengahari esok, aku rembat kete opis jmput ko kt opis n lunch together kt Naiman wokeh..

Ingat pasal makan, laaa nih aku masih lom makan pape since pagi td melainkan Roller Coaster n Kacip Fatimah sebab teramat ngantok berjaga malam td, pam air yang tersumbat dalam bilik mandi gara-gara takut pergi kerja tak mandi pagi..hehe. So, klu nak ikutkan petua2 kawan2 blog aku tuh, aku lagi advance n menuju ke kubur sebab tak menjaga time makan aku ni bebetul2 sejak dua menjak nih.. Tapi badan aku still tak susut2... Hehe.
 (Teringat gi tengok wayang n makan Siakap Pedas kt Berkat Salam malam semalam ngan Oren n Mr. Silence..)


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, April 23, 2010

Sayangilah...



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.


6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.


7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.


9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.


10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekali pun.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, April 2, 2010

Lantikan secara rasmi sebagai "Financial Officer"

Aku start kerja kt sini dari 1hb September 2009..Dipanggil sebagai pelajar praktikal untuk kursus INSEP, tp tak praktikal pon..Dah mmg macam pekerja..Aku pon tak kisah, apa-apa kerja pon aku leh masuk selagi termampu..So, bermulalah kerja aku sebagai pelajar praktikal a.k.a kerani yg tak diberi gaji or elaun praktikal..Mase tuh tak touching lah sangat sebab dapat elaun INSEP..

Daripada partner ngan Pia, bertukar partner ngan Qida pulak untuk jadi pembantu aku..Actually, aku dipanggil praktikal lebih awal dari kawan-kawan lain yang sepatutnya praktikal bulan 10.. Sedih gile terpaksa tinggalkan kelas awal:(
Kerja toksah cakap, sangat banyak..Tension gile sebab sistem fail tak tersusun..Sebelum nih, tempat aku kerja ni, takde kerani, so dokumen semua En. Azmi yg buat..Bila kami yg perempuan nih datang, kne kejutan melampaulah..Sbb kene mulakan balik n baiki failing yang tak terurus tuh..

Pia berhenti sebab tukar tempat praktikal di Johor, n Qida berhenti sebab sambung degree..Tinggal aku sorang je perempuan kt office tuh melayan kerenah budak-budak ofis..
Nasib baik budak2 office aku nih alim2 belaka and hormat aku sebagai seorang perempuan..
Klu dapat rakan sekerja yang gatal, payah gak kan??

Masuk bulan satu 2010 (selepas 4 bulan praktikal), aku mula touching..Aku masih tak diiktiraf sebagai pekerja tetap..Gaji 1st dapat standart kerani jek..Sabar lagi...

Sepanjang bulan 1 sampai sekarang, macam-macam kerja aku buat..
   - Secretary          - Kerani                  - Tukang cuci
   - Accountant        - PA semua staff      - Minggu depan jadik cikgu ajar komputer pulak:)

Alahai, lawak jek ingat..Siap ade bisnes card lagi.. N task description aku lg banyak dr staff lain..Tak pasal-pasal..

Tetibe pagi td, bos bgtau nak buat temuduga ngan aku Khamis depan untuk confirmkan sebagai staf tetap..Bayangkanlah dah hampir 8 bulan kt cni, baru nak bt lantikkan rasmi.. Macam mereng jek otak aku..hahaha. Abes selama nih, taktaulah ape aku buat kt sini..Klu aku tak dapat buat caruman KWSP start bulan depan, aku nak cabut dr cmpany nih!


Moral of the story:
Nak carik kerja, cari syarikat yang betul-betul bersistematik n jaga hati pekerja..Macam aku n kawan-kawan seangkatan nih, sangat produktif melakukan kerja, tp takde motivation langsung dr bos walaupon projek bos dapat sangatlah besar...Sangat berkecil hati..















Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, April 1, 2010

1 April 2010


** Masih tak sihat --->batuk2 n selsema sumtimes **

** Sentiasa keseorangan di office kerana staff ada kerja luar **

** Sangat kecewa kerana Bos tak benarkan join KURSUS MOTIVASI TAHAP II di PD bersama-sama student INSEP **

** Dah lama tak makan angin n barsantai-santai sejak mula bekerja **

** Kurang tekanan kerana En. xxx tiada di office selama stngah bulan (setiap bulan macam tu) **

** Tak sabar menunggu angah nak tunang..Mungkin saing buat kenduri bt arwah Nek Mah tersayang **

**Sentiasa mencari peluang lari untuk balik ke kampung menukar tayar motor yang dah botak **

** Masih memerlukan hari2 yang ceria **

-- Teringat pulak lagu Bila April:) --












Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, March 29, 2010

~~DISSAPOINTED~~

Kali nih betol2 nak balik uma,taknak pegi keje, nak berkurung dalam bilik, taknak jumpe sape-sape..Nak tido jek sepanjang hari sampai rasa tenang semula..

Jgn ditanya kenapa. mengapa, bagaimana, siapa or ape2 sebab aku sendiri pon tertanya2 kat diri sendiri..Hati aku skrg nih ibarat kaca yang dicampak kt dinding terus pecah berderai.. Kalau besok boleh sambung pon, aku confirm kesan dia tetap akan ada..

Note: Go away KOMNAS..Go away..

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, March 25, 2010

Konvokesyen @ Politeknik Merlimau (28th March 2010)


Lagi 2 hari nak konvo..Baju yang ditempah dah siap.. Tp apsal kepale aku nih pening2 lalat jek..

Esok aku ambil cuti untuk rehearsal konvo. By the way, aku dah informed awal2 bos pagi tadi.
Then, bos ok jek..Tp Mr. xxx masih nak ssah2kan aku.. Sian sekali si Sofilah.. Besok hari last, patut buatlah Majlis Farewell untuk dia, ni ajak nye dia pegi UM. Then semua staff kecuali Bos n En. Azmi je tak pergi. Esok aku pon takde, nasib lah..Tunggang langgang opis..
Nnti En. Kaha sorang kena handle student.

--------

Petang nih nak balik rumah.. Amek baju yang dah siap tempah..Syok nyer..
Even baju tuh warna macam nk melawat org meninggal, aku dah tak kesah! Janji aku ada baju nak pakai time konvo, and leh matching ngan tudung putih. (wajib untuk para graduan wanita ok)

Pagi td masa aku call Buyah, He said, baju yang aku tempah tuh macam pelik. 
Macam sarung nangka pon ade..Erk!
Aku buat baju kurung moden, tp kan tuh ikut ukuran badan aku. Nasib tak amek ukuran baju raya yang aku beli tuh, lagi kecik..hehehe:)

Hopefully, Majlis Konvokesyen aku berjalan dengan lancar hendaknya. Dan aku menunggu suprise moga2 dapat fresh flower dr orang tersayang..Berharap je lah aku nih..Hehe..

P/S: Pernah hantar msg kt my mom mntak fresh flower sebab tak pernah dapat hadiah akedemik selama nih... Result ku setakat nih boleh dibanggakan berbanding my siblings okeh..Plz mom! Nk! Nk! Nk!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, March 23, 2010

Open DNS???


Lama gile gaban aku tak update blog nih..busy sangat kt opis...klu aku rase nk sharing n caring pon, ade Facebook, leh lah ngumpat n maki-maki orang klu geram...--->(sorry, ayat kali ini agak kasar ye??)

By the way, aku tetap masih aktif jadi follower blog makcik2, pakcik2, sepupu2, kawan2, skandal2....(ooppppsss) walaupon tidak mengupdate blog aku nih...

Semalam aku tak datang, Sofi dari pagi ke petang asyik msg sebab kena take over kerja aku..kesian kat dia yang tak tahu apa..Tapi aku bagi rate 5/5 sebab dia berjaya jugak take over kerja aku dengan jayanya..Busy jugak they all kt ofiice melayan En. N******n yang sakit menyakitkan hati itu..huh!

Pagi tadi, mase otw nak ke toilet, si Mizi ngadu En. N tuh buang mug & bekas air dalam tong sampah..O.M.G!!!Rupa-rupanya dari pagi semalam kt tong sampah tak dialihkan..Aku bersihkanlah tong sampah tuh..N Mizi tolong basuhkan mug...Aku nak tangkap gambar, tp hp Motorolla aku ilang pulak....:(
Bengang betol aku..Pantry tak disediakan, n kami yang staff nih dah macam robot kerja 8 jam non-stop..Gila ape???

Itu hal semalam, hari nih, En. N tuh block plak Facebook n 4 shared yang aku biasa guna download lagu..Pe lagi, panas lah hati ku ini..huhh!Bongek betullah dia tuh..Youtube yang takde function tuh tak plak dia block..Aku baru nk tanye kawan2 aku planning konvo ktrg Ahad nih...

Facebook yang telah di block..hua hua hua!!!!
Belum lagi bende2 lain yang merepek2 dia nak ubah dalam office nih.. Tengok jelah bape lame lagi staff kt Anjung nak blah klu dia makin nak tunjuk bagus dia ngalahkan bos tuh..huh!Bos pon tak bperangai teruk macam dia..
Kadang2 aku tak tau ape yang ada dalam kepala dia.. Teringat cerita Hindustan masa aku sekolah menengah dlu kot.. Arbaaz Khan berlakon ngan sape ntah.. Tp watak lelaki yang psyco sebab obses sangat ngan p'alatan yang tersusun ala2 5's, ganas, n mendera isteri dia sampaikan wife dia larikan diri n buat-buat macam mati lemas..Actually tatau macam mane nak cerita..:P

Moral of the story:
Kalau ada sesiapa yang ada hubungan kekeluargaan dengan big boss, plzlah sedar diri yang awak hanyalah pekerja biasa yang takleh suka-suka ubah environment dalam office hingga menyusahkan pekerja lain, especially ME!! Tak semua orang boleh buat kerja sama ngan cara orang lain buat kerja.. Dan pentingnya komunikasi yang baik antara pihak atasan dengan bawahan supaya operasi syarikat berjalan dengan lancar dan menyenangkan......

Sekian sahaja dari saya...



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers