Yeah, untuk kali ke berapa tah aku join contest cenggini. Saje nak try test, mane tau menag ke. Yang sebelum-sebelim nih dah kalah. Dah takde rezeki, nak buat cam mana.
Macam biasa, syarat-syarat yang harus dipatuhi:
Menjadi follower kepada Abg Stalker ye..Saya adalah follower ke 792 yer..
Kemudian, mempertaruhkan satu gambar yang tidak memakai mekap.
Oh, aku rase inilah yang terbaik walaupon pakai henpon cikai je.
Kemudian lagi, sila tepek banner Abg Stalker nih kat blog korang. Jangan lupe kat sidebar sekali.
Sila click play untuk lebih feel apa yang ingin aku kongsikan ini yer?
Sedang melayan lagu In-team, Sentuhanmu yang aku share kat FB malam tadi, buat aku terkenang zaman kecik-kecik. Oh, tetibe terasa nak nangis kejap. Dah-dah, cukup Cik Ima, 5 saat je.
Aku nih mungkin tak pandai nak bagitau kat buyah yang aku sayangkan beliau. Kat mak, dan mungkin juga adik beradik aku yang lain. Even aku seorang keras kepala, sangat degil, suka memberontak dan kadang kala tidak mendengar kata, tapi sebenarnya hati aku sangat rapuh. Mungkin depan mereka, nampak kejinya perangai aku, tapi hati menangis, tak siapa tahu. Cheeewah!
Tahun lepas, aku masak kan ayah aku nasik ayam. Sempena hari bapa, as my father request. Hueh-hueh.. Itu je yang aku mampu, nak belikan kereta sebijik, hadiahkan kepada beliau, aku tak mampu. Paling kokak pon kalau ada duit, aku beli set tali pinggang, wallet dengan pen yang selalu jual kat Parkson tuh. Adeh, takleh blah terserempak dengan pokde kat Parkson, Mahkota Parade puasa tahun lepas sebab nak belikan buyah tali pinggang barulah. Kesian buyah pakai tali pinggang Bulan Sabit Merah tah hak milik anak dia yang ke berapa tah. Sayu pulak hati aku.
Masa terserempak dengan Pok De, aku siap sorokkan bungkusan tuh. Terasa rendah diri, maklumlah, kami dari keluarga sederhana, berada di Parkson sebumbung dengan pok de pon aku dah segan.
"Sentuhanmu amat bermakna..."
Okeh, lirik nih mengingatkan aku pada suatu hari. Subuh tuh, tengah siap-siap nak ke sekolah, darjah 4 tak silap aku, aku bergaduh lagi dengan adik aku, dak Siti. Kami mase kecik memang kuat bergaduh ok. Dan aku sangat berdendam dengan adik aku ketika itu. Okeh, diulang, ketika itu ye.
Kami bergaduh berebutkan stokin. Bising betul pagi tuh. Buyah zaman muda dia sangatlah garang, Kalau marah, ekspesi muke beliau sangat digeruni. Beliau akan membawa rotan beliau yang sangat nipis tuh kalau kami degil takmu dengar kata. Kalau terkena sebatan rotan tuh, pedihnya tak terkata wooo! Akhirnya, kami tak pergi sekolah pagi. Dua-dua kena hambur dok dalam bilik. Grrr, marah betul aku masa tuh.
Tapi petangnya, aku siap-siap nak ke sekolah agama. kami gelarkan 'sekolah petang'. Aku tak ingat apa buyah buat kat laman rumah masa tuh, aku salam beliau, kemudian beliau usap kepala aku, sambil pesan, "belajar rajin-rajin...".
Nak tau impak dari perbuatan beliau, aku tergaman tak terkata. Sambil berjalan lebih kurang 1KM, aku menangis teresak-esak. Tetibe aku terasa ayah aku lagi sayangkan aku lebih dari dak Siti. Adui, perasan lebih pulak aku nih.
Ade lagi satu cerita di bulan puasa. Aku baru nak belajar puasa penuh. Kawan-kawan aku masa darjah 1 & 2 selamba je bawak bekal air dan makanan gi sekolah. Malu je. Tapi aku, time rehat, gi library. Memang hobi aku masa sekolah dulu. Rajin pinjam buku Siri penyiasatan. Macam-macam tau. Boleh tengok senarai dia kat sini. Buku nilam aku setahun sampai lekatkan buku sambungan kat belakang. Gila membaca aku sampai jadi pustakawan.
So, baliknya, hari Jumaat tengahari masa tuh. Bas sekolah akan berhenti dekat kelapa sawit(maksudnya jalan shortcut yang kami terpaksa lalu untuk sampai ke rumah), ataupun dekat rumah Cik Sal. Paham-pahamlah, bile dah tengahari, sampai rumah mesti keletihan. Muke dah merah padam akibat berjalan. So, sampai rumah, aku ngadu kat Buyah. Buyah tak sampai hati, bagi aku pisang sejibik. Wah, pantang orang bagi muka sikit, buyah aku gi masjid semayang jumaat je, aku curi lagi sebijik dua pisang kat dapur. belum lagi part minum air sorok-sorok. Oh, nakalnya saya dulu. Hik hik.
Ade lagi. Zaman tomboiku terserlah bila mak kunci pintu rumah sebab aku balik lambat pergi memancing ikut kawan-kawan sekampung aku. Duduklah aku diam-diam kat luar rumah sampai buyah balik. Hehe. Then buyahlah yang bukak kan pintu untuk aku. Siap back up aku, marahkan dak along yang telah membunuh anak ikan pelaga hasil tangkapan aku kat kebun getah. Bengang gile aku. Dia amek putik kapas, buat macam straw n tiup air ikan aku. Mati terbeliak sume ikan-ikan aku tuh.
Dah, banyak sangat kisah kenakalan aku zaman kanak-kanak. Kesimpulannya di sini, aku sayangkan ayah aku, dan berdoa moga beliau sentiasa bahagia.
Last, ayam masak merah special khas untuk my luvly daddy!
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!
Aku sebanarnya nak download untuk diri sendiri, tapi dah alang-alang menyeluk perkasam, biar ke pangkal lengan. Jadi, mari kita men-donlodnya beramai-ramai. Aku tak penah tengok citer nih sebab aku jarang ada depan tv. So, aku jangka orang yang donlod lebih kurang macam aku lah kot.
Yeah, siap suda. Aku tepek kat blog aku supaya mudah aku nak refer semula. tak ada kena mengena antara hidup dan mati. Sekiranya anda terasa ingin mendonlod lebih banyak drama terbaru, sila ke, alamak, aku dah terbuang link asal. Adeh! nanti aku undate!
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!
Aku dapat info nih ekoran melayan lagu Bruno Mars dalam satu lagu dia 'The Lazy Song' kat youtube lati, the tertarik bila dia nyanyi dalam salah satu lirik dia, "Tomorrow I'll wake up, and do some PX90". Pastu, aku pun mencari info mengenai PX90 nih. Tengok video dulu.
Menarik kan? Rasa teruja tak?Meh kite review sikit pasal PX90 nih.
Barang-barang nih banyak kat gym. Tapi kalau nak beli sendiri , cube refer kat mana-mana pusat gym terdekat anda
PX90 atau dikenali sebagai Power 90 extreme nih merupakan satu sistem senaman yang dilakukan di rumah. Sistem nih di perkenalkan oleh Tony Horton bersama beberapa pihak lain yang ada kemahiran tentang senaman, penjagaan nutrisi makanan, alatan sukan dan sebagainya. Dan yang paling bestnya, bila korang buat senaman nih mengikut segala peraturan yang ditetapkan, insyaAllah korang akan miliki tubuh badan yang diidamkan dalam masa 90 hari. Hebatkan? Ala-ala macam Malik Noor gitu. Tapi training dia memang agak ketatlah.
Pteknik PX90 nih hasil gabungan pelbagai teknik latihan termasuk latihan kekuatan, cardio, yoga, pliometrik, dan peregangan. Pliometrik nih, kalau tak silap akulah, macam budak-budak yang main bola tuh, terlompat sane, terlompat sini. Macam katak pon boleh, macam kijang pon boleh. ikut suke korang lah macam mana nak paham.
Program ini terdiri daripada panduan nutrisi, rencana kecergasan, kalendar dan siri video DVD yang memaparkan Horton sebagai jurulatih dibantu oleh beberapa pembantunya yang menunjukkan pelbagai teknik. Korang janga risau, kalau perempuan pun ada model sekali.
Untuk latihan yang memerlukan berat, misalnya, salah satu model menunjukkan latihan menggunakan elastic resistance bands. Ala, dulu masa kecik ayah aku selalu gune getah camni ikat tong kerja dia (tool box) yang letak barang-barang tukang tuh...ngeee. Model-model tuh juga akan tunjukkan beberapa pergerakan sama ada dari bawah ataupon dari atas. Macam gambar tuh, nampak tak?
So, sekarang lebih jelas? Kalau berminat, carilah dealer yang jual full set training nih. Jangan risau, dalam set nih, ada banyak langkah-langkah yang dia bagi untuk capai matlamat kita dalam memiliki tubuh badan yang sasa. Tadi, aku tengok, ada orang jual dala. RM30 lebih, tataulah betul ke tak benda alah tuh. Teruskan buat research ok.
Note: Tanaklah aku buat senaman nih, nanti badan aku ketul-ketul, menakutkan je. Sekarang nih pon dah cukup sasa aku rasa.
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!
Aku dah tak ingat dari sumber mana aku baca tadi. Alih-alih ada dah ter-CTRL+Ttengok website berkenaan.
Ok, budak nih umur dia baru 17 tahun dan suke sangat buat artwork doodle. Alah, yang popular sangat sekarang orang buat letak kat header blog tuh. Dia listkan nama-nama si pencetak rompak yang dah gunakan hasil kerja dia dan orang lain dalam post dia tuh.
Errr, aku print screenkan je lah. List dia, korang check sendiri, manalah tau korang salah satu lanun yang mermpak hasil kerja beliau.
It's mostly people from Malaysia that steal my art!! --->Aduh..tensionnya aku bace!
Dan aku dah berjalan hampir kesemua blog yang dilistkan dan terbukti budak-budak picisan belasan tahun. Normallah tuh, budak-budak kan. Tegur-menegur secara baik dan kemudian pintalah kemaafan kat si owner doodle tuh ye.
Nih aku ade buat satu tadi, tapi bikin kena gelak ngan adik aku je. Malu-malu....!
Pinky tuh. Ko reti buat? Haha.. tu sebab layout aku yang cute dengan header budak berbeskal tuh dah takde lagi. Nantilah aku ubah balik. Balik uma nih seronok plak belajar tutorial dari kawan-kawan blogger lain. Tapi pening jugak nak belajar HTML nih. Takleh adap satu malam je, mau juling mata aku. Yang nih pon aku belajar basic melukis je, sejibik macam Adik Hanie nih lukis. Tapi, dia punye lagi cantiklah. Kagum aku budak-busak sekolah sekarang pon pandai edit guna html kan, bila lagi aku nak tambah pengetahuan nih.
Tapi, korang boleh singgah kat blog Cap Ayam nih jugak. Memang gile cute. Doodle tu dia lukis sendiri, then baru edit kat photoshop. Aku dah reti guna photoscape dengan GIMP2 nak buat gambar tuh transparent pon dah cukup bersyukur:)
Aku ade jugak tangkap gambar header sengal nih kat Cik Tunang, tapi dia sopan santun sikitlah, tak macam adik aku, tak pandai jage hati langsung. Huh!
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!
“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya:
“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW :
“ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir.
Allah bertanya kepada iblis :
"Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu?"
Kata iblis :
"Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi :
“Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
Sumber: ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!
Lately susah betul nak blogwalking kat blog kawan-kawan. maklumlah, dah tinggal berdua ngan Cik Dila, ada masa aku nak gak berjalan-jalan kat blog orang, tengok isu semasa yang ade. Update pasal tudung ke, tempat makan menarik ke, cerita pasal agama ke, paling tidak pun pictures yang menarik, tapi malangnya bila nak bukak je, lambat gile. Last-last aku tutup je. Kalau berlarutan macam nih, malas lah aku nak singgah blog korang. huh!
Aku tak faham ape yang memberatkan blog korang, tapi aku paling menyampah kalau blog ade READ MORE tuh. Adoi, menyusahkan tau tak. Tak kesah lah aku silent readers or else pon, janji aku rajin juga datang blog korang kan. So, jangan menyusahkan aku nak click banyak kali bulih tak?
Note: Aku ingat bb aku yang lembab, tapi at least dapatlah update blog kan. So, melampaulah kalau sume blog aku takleh bukak. Kat library pon sama. Tah pape. Bye!
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!