Pages

Mari mengumpul bloggers!

Monday, February 28, 2011

Im already taken.

Semua tanya dengan siapa? Confuselah.. macam-macam. Ya..bila macam-macam perkara berlaku dalam masa 6 bulan, mestilah orang mula confusekan. Siapa follower blog nih, taulah. Yang tak bukak-bukak, or nak jadik follower pon takmu, FINE.

Alhamdulillah, selesai susah majlis pertunangan aku dengan Encik Tunang petang pada pukul...errr, tak sempat tengok jam lah, orang luar dah mintak keluar tonjolkan muka.

Alhamdulillah sekali lagi, dengan pelbagai dugaan yang tiba, akhirnya kami diikat dengan ikatan pertunangan. Jadi, aku combinekanlah semua ucapan dalam post nih yer:


Combinelah senang dalam satu gambar ye.

  • 22 Feb 2011: Birthday Incik Tunang
  • 27 Feb 2011: Kami bertunang
  • 28 Feb 2011: Kami bercinta
Geli? Aku pon sama lah! Haha. Ape pun, aku ucapkan syukur sangat kerana walaupon banyak dugaan sepanjang 3 tahun bergelar kekasih, kami selamat mengikat tali pertunangan. Perkahwinan tuh, biarlah dirahsiakan terlebih dahulu. Dah siap kad, aku ajaklah korang datang bertandang yer.

Buat kawan-kawan yang tak dijemput, maaflah. Tunang je kan. Yang dijemput pon tak datang, kalau aku jemput orang pon, macamlah korang datangkan?

Gambar mase tunang? Satu je lah. Kang banyak-banyak, bukan ade nak puji pon....


Bunga nih Encik Tunang bagi, diwakili ibunya masa sarung cincin. Encik Tunang tak dapat tengok saya, tapi saya dapat tengok Encik Tunang kat tingkap. Nak jenguk pon orang tak bagi..Ngee~~ 

Cian Encik Tunang tak dapat tengok saya mekap. Bergambar bersama? Jangan harap!

Hadiah saya buat Encik Tunang *9 berbalas 7*

Cukuplah dua yer. Dua pon dah banyak. Terima kasih kepada saudara mara dan jiran tetangga yang bertungkus-lumus menjayakan majlis yang tak seberapa ini.

Doakan ikatan pertunangan ini kekal sampai jinjang pelamin.

[Note: Sori Encik Tunang, ni je gambar yang saya boleh kongsi kat awak]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, February 27, 2011

Menghitung jam-jam terakhir

Pukul 1231. Sempat layan game n chat dengan Cik Oyen Gojes. So far, borang bese-bese je kat FB. And having fun wit member-member Farmville Tegar. Syiokkk! Peluh-peluh otak nak fikir slogan terbaik semata-mata nak rebut pokok Gold Apple yang RARE sangat kat FV tuh.. Hahaha. katun!

Now, even takleh tido, akan ku cuba juga menyumbat telinga dengan earfon sambil mendengar lagu-lagu sentimental kat N86. besok dah bertukar tuan semula:)

Maaf, tak niat tiru pic Miss Ainil, sebab saya memang sedang mengire waktu nih.

Sebelum tido, dan sebelum saya dah tak seperti kamu semua kenal dahulu, saya mohon ampun, jika sepanjang perkenalan kita, ada tersalah laku, terkasar bahasa. Ampunkan saya.

Tapi saya tak penah berubah. Saya masih macam dulu.

.....

Nak cakap lagi, tapi macam biasa, semua terpendam sendiri dalam hati.  Macam biasa,

"Biar Alah aje memahami hati saya"


~Syukran~

[Note *Orang tanye: berdebarkah saya, saya jawab: Baju tuh sangat mengong! Benci ALICE!]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, February 15, 2011

New lesson

Tadi hantar En Yazid ke ofis, pegang kereta dia sampai hari Khamis. Ada rombongan dengan intake baru Kursus Lepasan Graduan INSEP ke Pangkor. Walaweh, ku menghantar Encik Yazed, walhal, adik aku student dia. Keh keh!

Lebih kurang 11 lebih, baru heading to our home. Tapi masa nak balik, aku pusing-pusinglah area Melaka town, pantai area Eye on Malaysia then merayau-rayaulah sekitar area situ. Then, tanye Dila, ape kata ajak Yus dengan Y a.k.a Asyrani? Aku rasa itulah geng kami dalam kelas yang very supporting. So, we turn back to Dataran Pahlawan and going to KL (Kota Laksamana). Masa tuh Yus dengan Y baru habes meeting MASA (Marketing Associate Student Affairs) kat KBM then dorang decide nak pergi karok kat MP. Malangnya MP full, then nak ke The Jetty, tapi mahal. So, kami juz lepak-lepak minum je kat KL..Huhu.

Bagi aku wonderful nite lah hari nih. Terasa macam dorang brainwash otak aku yang berkarat nih dan sangat pemalas nni. Sekurang-kurangnya taklah aku melepak tak tentu hala tanpa ape-ape input. Aku salute dorang, walaupon dorang nih YDP (macam Presiden lah), Biro Public Relation, Bendahari dan Biro-biro khas, aku suke sebab dorang boleh join kami-kami yang kokak nih duduk semeja dan cari solution kenapa tak ramai ahli MASA yang betul-betul involve dalam aktiviti kat MASA.

Tak sangka kan, perkara yang kebetulan tuh buat aku muhasabah diri dan apply semua perkara yang aku belajar masa tengah duduk menyembang. Contohnya dalam Management (masa Dip dulu, subjek Pengurusan Perniagaan kot). Pentadbir / Top Management selalu bagi arahan macam tuh, macam nih pada orang bawahan, sedangkan mereka tak memahami ape kehendak orang bawahan. So, top management just syok sendiri je kan? Tapi dorang pulak, dengar rungutan, cadangan dari aku sebagai ahli yang betul-betul pasif nih, then cuba nak baiki segala kelemahan yang ada. Yang paling aku terkesan, bila yDP tuh cakap kat aku, 

"Jangan jadi backstabber, kutuk-kutuk bagai, sedangkan tak tahu ape yang top management try untuk bagi yang terbaik"
-Bukan 110% ayat yang sama keluar dari mulut beliau okess-
 Tak terasa? Tipulah tidak. Ofcoz lah terasa sebab aku yang bercakap. Bak kata Yazed (Bendahari), 
''Patutlah ko nih suke Admin, sebab ko kena pressure baru ko buat kerja'' 
Terima kasihlah sebab ko sangat memahami aku. Aku akuilah perkara tuh. Bukan aku taknak berbisnes, so pelik jugaklah kalau aku amek Marketing kan? Tapi aku lebih pada admin, sebab aku bukan manusia yang ada afford nak dapatkan orang untuk jual produk, tapi aku nak orang datang kat aku tanye ape produk yang aku ada. Then, ktrg pon discusslah planning bisnes aku secara kecil-kecilan kat KBM nih dan jugak bisnes jangka panjang aku dengan jiran aku after graduate nanti. Jadi. tolong jangan ajak aku jadi 'sales person' or join MLM sebab aku sangat pemalu.

So, cerita punye cerita, pukul 4 pagi jua kami balik. Aku hantar Yus n Y kat rumah dorang. Amek soalan untuk assignment OPM then pulang ke rumah. Hingga saat nih, aku rasa happening sangat!




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, February 14, 2011

Cara nak mengenali orang yang poyo



Ini printscreen dari salah seorang kawan fb aku. Dah ku remove sebab poyo sangat. Sakit lak mata aku nak baca status ko.


Ko nak delete akaun ko, delete je lah, tak payah nak tulis panjang-panjang kat post. Nyampah pulak aku aiii... Ingat nak hidden je status ko, tp better aku delete je lah. Inilah salah satu orang-orang poyo yang ingin aku tunjukkan. 


Sekian terima kasih.
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, February 13, 2011

Al-Fatihah buat Nik Aziz

Terkejut aku dengar berita ni. berdebar-debar jangan cakaplah.

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali menemui Allah yang Maha Pencipta. Marilah sama-sama kita doakan semoga urusan kuburnya dipermudahkan serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya.


KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini. 
Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.
Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Sumber: Utusan Malaysia online
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, February 10, 2011

Takde kerja

Tadi semangat berkobar-kobar nak update blog, duduk depan lappy since sampai rumah till now. Tapi, malas pulak nak update.

By the way, Buyah dah selamat sampai rumah. Kata mak, doktor cakap Buyah letih. Tak dapat baca darah Buyah. Biasalah, orang Thalassemia ni darah tak kuat. Mungkin penat 2 minggu sudah mengemas belakang rumah. Buyah tuh bukan kuat sangat. Kalau dak Angah dua hari menyimen dah demam, inikan buyah tiap-tiap hari buat kerja kuat tuh.

Sepanjang 2 hari di hospital, aku ulang aliklah dari rumah ke kelas sambil drive bawak mak ke hospital. Kelas habis pukul 6.30, so, semayang asar n maghrib siap-siap baru jemput mak. Kalau tak semayang Maghrib siap-siap, nanti qada' takyah je lah aku. 
*Tolong sekeh kepala aku bulih tak?*

Hari nih Buyah nampak cergas sikit, banding semalam, masa aku datang jemput mak, Buyah tak sedar. Tidur je. Sampai nurse tolak katil dia keluar dari bilik pon dia tak sedar. Sembahyang pun tinggal. Mungkin sangat penat ditambah doktor injek bagi ubat tidur. Kesiankan Buyah, sampai pengsan pon bawak diri sendiri ke hospital. Buduh betul doktor suh ayah aku 'menghantar' dirinya sendiri ke hospital Melaka. Kalau terpengsan lagi sekali masa odw ke hospital Melaka kan dah susah?

Tapi hari nih dah keluar hospital, kemain cergas. Bawak kereta ngeri betul.

Esok ade dua kelas je sepatutnya. Pukul 1230 pm- 230 pm & 430 pm - 630pm. Malangnya, malam ada kelas ganti HRM pukul 830 pm - 1030 pm. Aku tatau datang ke tak sebab esok aku drive dari Masjid Tanah pakai kereta buyah. Sebab jumaat takde kelas. 
*Macam terpaksa ponteng kelas malam je nih*

[note: nanti aku share info sikit masa kelas petang tadi dengan ustaz faizal. Best join kelas tuh]


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, February 7, 2011

.....

I miss everything about you.

That's all.

Thank you:)

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers