Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, October 16, 2011

Just for you....


I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie is made up on your side

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too

When you're gone
The words I need to hear to always get me through
The day and make it ok
I miss you...
I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left, they lie on the floor
And they smell just like you, I love the things that you do

We were made for each other
Out here forever
I know we were, yeah

And all I ever wanted was for you to know
Everything I'd do, I'd give my heart and soul
I can hardly breathe I need to feel you here with me, yeah

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
And when you're gone
The face I came to know is missing too

And when you're gone
All the words I need to hear will always get me through
The day and make it ok
I miss you


Sleeping with tears, hugging your baju nikah alone....:(

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, September 21, 2011

Handmade card

Assalamualaikum semua!

Hari nih aku pulun buat kad. Actually, dari minggu lepas lect aku mintak buat kad nih, tapi aku takde mood nak ngadap. Maklulah, orang berseni nih, kalau takde mood, nanti cincai pula jadinya kad aku.

Hasil dari mengumpul barang-barang terbuang serta kertas warna-warni dok kecek member rumah depan dan sdn bhd, lalu terhasillah kad nih:p

Barang-barang yang diperlukan

Mengumpul sampah cantik-cantik yang aku sayang nak buang

 Muke sape lah kuat tersengih nih

 peneroka = settler *betulkah?

Tara!!! Dah siap biodata aku!


 Penanda buku *free gift vitagen yang dah patah*
+
reben hiasan bekas door gift wedding reception


Bunga kat getah rambut hosmet aku. Padan muke dah ilang sekuntum.
Harap-harap dia tak pasan.....:p

Jum tido. Semalam tidur lambat buat slide presentation lusa. Subjek nih jugak. Hari nih berjaga untuk submit kad cute *macam cute sangat kan...* ni pulak. Dah lah tak tido petang tadi. Kelas sampai ke malam. Kalau tak dapat pointer 3.00 n above, siap ko Fatimah Azzaharah!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, September 19, 2011

Salam sayang dari jauh...

Salam ini ditujukan buat orang di Puchong yang masih belum pulang ke rumah since after Zohor tadi. Memang entry nih khas untuk beliau, di samping melenyapkan rasa risau beliau tak pulang ke rumah lagi. Masih di tempat event. Masih tak cukup rehat. Masih tak packing baju-baju. Masih tak packing perlatan yang nak bawak ke outstation.



Dua minggu lepas Cik Tunang bagitau on the fon. Katanya bos ada cakap dapat tender buat kerja di Sabah & Sarawak. Kebetulan rakan sekerja beliau, 2 orang ade hal keluarga. Cuti or hal lain, tak berapa nak pasti. Yang pasti 2-2 sudah berkahwin dan baru berkahwin. Tinggal lah Cik Tunang dan rakan sekerja lagi sorang, juga berdarah manis terpaksa pulun kerja sampai hujung minggu. Nak kawin dengan student punye pasal kan...terpaksa lah rajin sikit...:p

Akhir perbualan kami, aku juz risau je lah. Sedangkan aku nak ke Masjid Tanah bawak kereta beli barang pun mak aku tak bagi, inikan Cik Tunang nak outstation di Sabah & Sarawak minggu-minggu terakhir sebelum akad nikah. Tunang mana tak risau oiiii!

Tup tap... tup tap, bos dia dah booking flight untuk beliau. Bukan berdua, berseorangan. Tak diskas pape, terus buat keputusan sendiri. Aku yang kat sini bersusah hati.

*sampai mengeje pon tersilap marah punye pasal..*

Oleh sebab since Jumaat pagi, balik Pontian. Siapkan persiapan pernikahan yang dah semakin hampir. Jadi pengiring kawan baik kahwin di Johor Sabtunya dan pulang ke Puchong Sabtu malam dan terus bekerja sejak petang tadi sampai sekarang. Besok lepas Subuh dah berangkat ke LCCT pula. Jadi, saya nak ucapkan:

"Saya sayang kamu. Jaga diri baik-baik dan pulang dengan selamat. Saya sangat risau keselamatan kamu di sana... Semoga kamu selamat pergi dan pulang dalam keadaan baik. Jangan lupe  toiletries travel bag saya..:p"


Hihi..sempat pulak order buah tangan:p


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, September 16, 2011

2 weeks more! : Soal jawab tarikh pernikahan saya.

Dah lama tak berblogging, terkejut dengan perubahan blogger ni. Tapi smart jugak.. Macam nak bersaing dengan Facebook. Setiap kurang sebulan mesti ade je perubahan.


Selamat Hari Raya Alidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Harap-harap masih belum terlewat nak wish rakan blogger sekalian.

Lately, busy dengan persiapan Hari Raya. Sibuk je buat kuih raya. 3 jadi, lagi sejenis *almond London* jadi hiasan je kat dalam telap. Tak sape nak usik. Apepon thanks kat kakak tempat keje part time sebab ajar saya buat kuih tart nenas dan almond london tak jadik tuh. Next time saya cuba buat lagi, tapi pakai instant tepung yang ada kat kedai je lah..Hoho

Ape maksud 2 weeks more tuh?
Oklah, bonus pada rakan blogger. Saya bakal jadi isteri orang dalam 2 minggu lagi. 

Kenapa tak kecohkan kat FACEBOOK?

Sebab saya belum bersedia untuk membuat hebahan. Lagi pulak telah studi lagi kan. Tanaklah dalam kelas heboh-heboh cerita pasal perkahwinan saya. Padahal saya tak ade invite sape-sape pon mase majlis tuh nanti. Hanya saudara mara aje yang hadir. Hati orang sekeliling pon perlu di jaga. Jadi, jemputlah datang mase hari persandingan saje. Saya bertunang pon kawan sekelas tatau.

Kenapa tak kecohkan-kecohkan awak dah bertunang? Dengan siapa awak bertunang? Tak pernah nampak pon? Tak bawak cik Tunang beraya rumah sedara mara ke? Tak letak gambar Cik Tunang dalam Facebook?

Sebenarnya ada je yang dah tau. Cuma tak lah satu dunia. Yang tau pun secara tak langsung. Kalau orang tanye, ye, saya sudah bertunang. Kalau takde yang tanye, senyap-senyap sudah. Bukannya tunang 2 3 tahun pon. Besok dah sampai majlisnya, saya bagitau lah kan. Buat ape nak pening kepala.

Esok buatnya tak jadi, kan dah tanggung aib. Aib kat muka sendiri, tak pelah, sendiri yang kepoh sangat kan. Sape suruh. Kalau sebab mulut sendiri, parents yang tanggung malu sekali, tak naya? Saya kan perempuan, adab melayu masih perlu di jaga. Kan...?

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik."

Pasal beraya rumah sedara mara...Erm tak perlu kot. Raya tahun depan kan masih ade.. *nasihat cik Tunang* Dah nak bertunang, elakkan berhubung dengan saudara mara. Lama-lama nanti ilang pulak kemanisannya. Kan dah tak best camtuh. Jadi, bersabarlah duhai hati..

So, bila sebenarnya tarikh pernikahan awak nih Cik Eima Omar?

Saya bernikah pada 30 Sept 2011. Kiranya berkongsi tarikh Nabil Raja Lawak lah nih. 

Pfffttt!

Tapi, hari Jumaat tuh saya hanya nikah, tapi majlis bersanding pada 13 November 2011. Tapi majlis kecil-kecil aje. Sebab malam nya ade berkampung.

Perghhh, apsal nikah cepat. Dah gatal sangat ke nak kawen?

Ok. Nilah soklan paling kerap kawan-kawan saya tanya. Makan dalam jugaklah pertanyaan tuh. Tapi takpe, saya jawab jugak. 

11/11/11 tuh tarikh abang saya nikah. 12/11/11 pula majlis kenduri rumah bakal isteri dia. Kesian parents saya nak uruskan pula pernikahan saya di antara majlis sanding abang saya tuh. Nanti kelam kabut pula.

Jadi, saya pun dinikahkan awal supaya keluarga bakal suami saya taklah terganggu dengan jadual majlis 11 hingga 13 Nov nanti. Kebetulan saya nih student. Banyak kekangan masa selain cuti perkahwinan yang tak tersenarai dalam kelendar akedemik pelajar. Jadi, setiap keputusan tentang majlis pernikahan dan persandingan sudah saya buat kajian sebaik mungkin supaya tak clash dengan jadual belajar saya.

Tak takut ter'pregnant' ke sebelum habis belajar nanti.

Setakat nih, hanya kawan-kawan yang berani tanya soalan cenggini pada saya. Kebanyakan nya dari rakan sekerja mase buat part time cuti semester 4 bulan lepas.

Saya suka menjawab di sini: Kalau boleh di elakkan, tapi kalau terlekat juga, Alhamdulillah. 
Rezeki anak nih, Allah yang beri. Kalau terpaksa extend satu sem, extendlah kalau kehadiran anak tuh tak dapat di elakkan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.


Oklah, takleh lah taip banyak-banyak. Bagitau yang penting je. Sibuk je nak menggedik cerita hal peribadi pada orang awam kan. Tapi kadang-kadang mungkin ini yang terbaik. Taknak jadi fitnah pulak kalau perkahwinan tak dihebahkan:)



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, August 22, 2011

Entry lepas marah: Kau manusia kejam pernah aku jumpa!

Salam.

Entry kali nih agak keras sikit bahasanya. Syok-syok aku bersantai depan lappy, dengan rasa bahagia berjaya pakai baju kebaya labuh yang sebelum nih mmg tak boleh pakai langsung kat badan, alih-alih dapat meseg:

‎"Ema, akak mintak maaf byk2 sebab tpaksa ambil pelajar uitm utk masuk rumah. Rumah tuh boleh masuk 6 orang. Tolong bgtau kwn ima tuh dia tak boleh seorang bilik.."

Terkejut beruk aku. Apa undang-undang dia pakai nih? Suke-suke ambil orang masuk sewa dekat rumah kami, sedangkan bulan-bulan dah bayar duit sewa, dah bayar deposit. 4 bulan cuti sem, terpaksa bayar duit rumah sewa lagi. nih dah masuk kes teraniaya nih. Then aku reply cepat-cepat:

"Kak, jgnlah buat camni kak. Kami kan bayar duit rumah sewa tiap-tiap bulan. Kalau akak amek budak lagi, rumah tetap bayar 350 jugak kan?"

Tau dia balas ape?

Awak dengan kwn2 tetap sama, tp 1 bilik lg akak masukkan 3 PELAJAR dgn sewa 150 SEORANG. Maaf tpaksa krn kakak akak yg masih tuan rumah tuh nak mntak lebih. Akak belum habis byr rumah tuh. Rumah tuh masih hak kakak akak kt perak

Nak tau kenapa aku bengang sangat? 

Aku bertiga sewa situ caj RM300. Tambah 3 orang yang lain dengan caj RM150 seorang. 

Diulang: SEORANG. 

So, senang-senang amek untung satu bulan RM800 sedangkan aku dengan 2 oarang kawan aku hanya bertiga tanggung sewa RM300 dengan api air lumpsum RM50 sebulan, alih-alih terpaksa bersesak n berebut bilik air sebelum ke kelas dengan caj sewa rumah LEBIH TINGGI?? Wadehelllll..

Ape jenis manusia yang takde hati perut macam nih. Pakai tudung litup, berpurdah sepanjang masa, suami janggut panjang memang macam ustaz, bawak kereta mewah, tapi boleh ada sifat tamak dan tak berhati perut macam tuh. Adil ke?

Besok anak ko kena dengan orang serupa hati busuk dan tamak haloba macam ko, baru ko tau susah nye hidup sebagai pelajar terpaksa bayar jugak sewa selama 4 bulan tanpa tinggal di rumah sewa tuh. Bila dah naik sem baru, tanpa rela terpaksa berkongsi rumah dengan orang lain, berhimpit bersesak, tapi terpaksa bayar sewa 2x ganda LEBIH SEDIKIT dari sewa asal.

Moga Allah merahmati tindakan kau wahai kakak!

Nanti aku upload pic rumah tuh. Sekarang nk off to MASAK!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, July 31, 2011

Kisah hati...

Kisah hati tuh tajuk lagu terbaru Alyah. Mula-mula dengar kat Hot fm. Tanya adik aku, tapi dia tak tahu sape nyanyi. 

Pagi tadi, masa tengah tunggu loceng balik kat kilang, aku dok godek hp adik kat kilang, baru tau nih lagu Alyah. Suara dia dengan Misha Omar lebih kurang sama. Mati-mati aku ingat Misha Omar yang nyanyiu nih. 

By the way, aku minat suara dia nih. Sedap dan mendayu. 1st time tengok video klip lagu nih, meleleh air mata. Seyes, tak tipu!

Jom kita layan...



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, June 18, 2011

Cerita si Pensil & Pemadam





Pencil : You know,I'm really sorry.



Eraser : Sorry for what? You didn't do anything wrong!


Pencil : Well, every time when i make mistake, you will b there to erase my mistake. But, as time pass by, part of u r gone.


Eraser : You see, I'm made to do this. Even though i know one of these day I'll b gone, and u have to replace me with another. I'm still happy to do this job. So don't b sad! It worries me!




This is how true friends supposed to b like... =)))))

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers