Pages

Mari mengumpul bloggers!

Thursday, March 19, 2015

Sambal Hitam Pahang

Gud morning uollss..

Oleh kerana seminggu nih belum dapat ape-ape tugas, so aku nak hupdate sikit pasal cara nak buat SAMBAL HITAM PAHANG. Aku bukan orang pahang, so tak bapelah expert pon. Aku tengok youtube & rancangan Lesung Pipit bersama Yana Samsudin di Astro Maya. Mak aku punye koje lah. Haha!

Mase 1st time buat dulu, aku tengok youtube, boleh tahan lah rase dia, tapi masam sikit sebab kurang ikan bilis kot. Ataupon sebab aku rendam ikan bilis lama sangat. Pastu tak rase pedas sgt sebab kurang cili api. Yang 2nd trip ni, ambik belimbing buluh kat rumah geng surau abah aku. Tukang rebus belimbing buluh sampai hitam legam tu mak & cik abang aku. Dorang tak koje ikut opis hour, bulihlah tolong rebuskan.

CARA REBUS BELIMBING BULUH:

Nak rebus belimbing buluh nih bukan sekejap tau. Ambik masa berjam-jam jugak. Sebelum merebus, belimbing buluh kene letak garam sikit. Sebab garam nih pemangkin untuk sejat keluar suma air yang terkandung dalam belimbing buluh tuh. Lagi satu, korang kene guna api yang perlahan dan bekas masak kenalah bertutup. So, cepat sikit air belimbing tu keluar. Masa first time aku buat, hitam legam periuk mak aku, sebab air belimbing buluh tak keluar, tp hangus dah belimbing belah bawah.
*bajet bukak api, boleh tinggal gitu-gitu je. Hihihi.

Kali ke 2 buat, mak & cik asben lak tolong rebus gilir-gilir. Laa nih dah cerdik sikit. REBUS BELIMBING BULUH TANPA AIR, TAPI GUNA PERIUK OR BEKAS BERTUTUP DAN LETAK GARAM. Dah pesan siap-siap kat mak before gi keje. So, masa balik, aku tengok kat dapur, belimbing besi dah siap direbus walaupon takle IRENG sangat macam selalu aku google. So far, not badlah.

Rehat n golek dengan Irshad Ghazi jap, then proceed dengan acara bertukang dengan lesung batu kat dapur.
Tataulah aku terlebeh over nak masak sampai tak sempat baju ke hape. Tapi memang aku malas nak tukar baju sebab nanti time tumbuk semua bahan habes bacin balik baju aku pakai.

BAHAN-BAHAN MEMASAK

Bahan-bahan dia simple je sebenarnya.

  • Belimbing buluh rebus
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Cili Api
* Semua bahan aku tumbuk pakai lesung batu. Tapi ikan bilis aku rendam dulu. Dak opis aku cakap, dia goreng ikan bilis sebelum tumbuk, baru rangup krrruupp kraaapp kruupp.. Siap bawak sikit gi opis nak bagi orang Pahang rasa sambal aku lak. Habis licin satu bekas lawan ngan roti canai.
* No wonderlah nape sambal nih pemes sangat. Cara pembuatan dia nampak simple, tapi penyediaan dia sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.




Tumbuk je semua bahan agak-agak lumat. Lepas tu goreng macam buat sambal goreng ye kawan-kawan.

Hasil selepas bertukang gune lesung batu.


Sambal hitam nih takdelah garing macam sambil goreng ikan bilis yang biasa kite buat tu. Mak aku pernah cakap, kalau makanan letak asam memang tak rangup/garing. Sebab aku buat sambal goreng pon mak suh letak asam keping secoet jek. Sambal hitam nih lagilah tak rangup kan, sebab banyak kot letak belimbing buluh yang masam tu..

Gambar lain dah takde, anak aku hamek henpon anak main Pou... Agaga!. So korang trylah buat kat rumah. Aku tak letak sukatan sebab lain orang lain tekaknya. kalau suke pedas dan maam, lebihkan je cili padi dan belimbing buluh tu. 

Semoga berjaya!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers