Pages

Mari mengumpul bloggers!

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Surah al-Waqiah: Banyak rahsia disebaliknya.

Salam kawan-kawan. 



Saja nak share surah feveret aku pada kawan-kawan. Setiap kali baca surah ni, saya ingat nenek saya, Hajah Fatimah bt. Hj Othman. Aik, nama sama. Hampirlah. Tapi saya sedap sikit, Fatimah Azzaharah bte Omar. Promote nama ke ape nih? Hehe. Tuh sebab kat rumah orang panggil saya Zarah @ Zaharah @ Awa sebab tak nak keliru dengan nama nenek kesayangan saya.



Oke, mari kita tengok hadis-hadis di bawah:

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” 
(Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.


Okeh, sebenarnya tak cukup kalau kita juz baca melalui internet je kebaikan surah nih. Apa kata anda beli tafsir al-Quran dan baca terjemahan surah nih. Baru rasa betapa tak cukupnya amalan kita kat muka bumi nih. 





Dah bertahun-tahun arwah nenek pergi, dan dia selalu pesan kat saya masa kecik-kecik dulu supaya amalkan surah nih. Alhamdulillah, masa sekolah menengah, bila Biro Agama mintak saya hafal surah ini (dan beberapa surah lain), saya rasa bangga, sebab masa saya tingkatan 2 tak silap, saya dah berjaya menghafal surah nih. Tapi, baru hari nih saya baca tafsirnya dengan housemate Dila. Cik Dila cakap, sedih pulak bila tau maksudnya.



Jadi kawan-kawan, mulalah membaca, jika tak mampu menghafal sekalipun. Sekurang-kurangnya, bila dah membaca, ada jugak saham anda nak ke akhirat nanti kan? Selamat beramal.

Terima kasih kat Cik Tunang dan Future Father-in-Law sebab hadiahkan saya tafsir comel nih. Ingat, pemberian orang tak semestinya mahal, tapi cukuplah jika pemberian tuh memberi makna mendalam pada diri kita. Jadi, setiap kali baca Quran, Cik Ima akan jeling-jeling makna surah sekali.

Anda pula bagaimana?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, March 27, 2011

Zina akan berterusan walaupun telah diijab kabul

Untuk perbincangan bersama. Kalau fakta dan hukum ini salah, kita berbincang bersama-sama. Dan tindakan yang perlu diambil supaya tiada zina berleluasa.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.



Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.



Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah



Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.



Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>



Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>



Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.



Kesimpulannya: Ibubapa, saudara mara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI AL HAFIZ.

Note: Terasa nak buat surat layang, print artikel nih, hantar kat 'sesiapa yg berkenaan'. Boleh tak?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, June 8, 2010

"DAJJAL" TELAH "MUNCUL" DI KHURASAN, INDIA SELATAN

Inilah sebagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahawa telah muncul "Dajjal" bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadist dari Jamiu at Tirmidzi,
"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bagian timur bernama Khurasan"

Maka boleh jadi yang dimaksud Rasulullah SAW tersebut ialah benar adanya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi SAW. bersabda: 
"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Dan Sai Baba ini bisa jadi adalah salah satu dari 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa bin Maryam).


SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW? 
  • Lelaki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
  • Menyembuhkan orang lumpuh dan buta,
  • Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
  • Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap,
  • Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang gahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.

Saat ini lelaki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.


"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." 
(HR.Bukhari dan Muslim)

"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati." 
(HR.Ibnu Majah)


BEBERAPA PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA:
  • Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor) - Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.
  • Dajjal memiliki mata yang buta - Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.
  • Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air - Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.
    Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.
  • Dajjal mempunyai pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal - Sai Baba mempunyai pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.
  • Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya - Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.
  • Dajjal akan muncul dan sebagai nabi - Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut-pengikutnya.
  • Dajjal akan menggunakan nama ''Al-Masih'' - Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.
  • Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan - Sai Baba mengklaim bahawa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.
  • Dajjal akan mendakwahkan agama Allah - Dalam banyak majlis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.
  • Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit - Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.
  • Dajjal dapat menurunkan hujan - Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).
  • Dajjal mampu mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya - Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.
  • Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali - Sai Baba mampu menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.
  • Dajjal mampu berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba mampu berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan bentuk reinkarnasi dirinya.
  • Dajjal mampu membesarkan tubuhnya - Sai Baba memliiki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.
  • Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan - Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, dia juga boleh berjalan ke pasar, rumah sakit, projek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.
  • Dajjal mampu memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumubuhnan dan air - Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.
  • Dajjal tidak memliki anak - Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
  • Dajjal memimpin orang yahudi - Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.
  • Dajjal muncul di zaman pertikaian - Sai Baba mengakui bahawa ida datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan. 



Kesimpulan:  
Bahawa sifat Dajjal dan Sai Baba yang diutarakan di atas adalah sebahagian dari sifat salah satu 30 dajjal-dajjal kecil (pendusta-pendusta akhir zaman) yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal besar).

Ciri-ciri Dajjal menurut riwayat Hadits Shahih adalah sebagai berikut :
  • Dajjal buta sebelah seperti buah anggur. 
  • Kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang beriman. 
  • Dajjal tinggal di bumi selama 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1 hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari berikutnya seperti hari biasa.

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: 
"Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal."

Rasulullah SAW bersabda : 
“Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.”(HR. At-Tirmidzi)

Hadist riwayat Muslim, dari Nawwas bi Sam’an: Rasullulah SAW mengatakan, 
"Dajjal adalah seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celek, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa ke sana ke mari ”

ALLAHU AKBAR! LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL "ALIYUL ADZHIM….

Sudah selayaknya kita senantiasa memohon perlindungan hanya kepada Allah SWT saja. Bacalah selalu doa di bawah ini selepas sOlat Fardhu, di akhir tahiyyat sebelum salam, insya Allah, kita selalu dalam lindungan-Nya.
"ALLAHUMMA INNI 'AUDZU BIKA MIN ADZABIN JAHANNAM, WA MIN ADZABIN QABRI, WA MIN FITNATIN MAHYA WA MAMAAT, WA MIN SYAHRII FITNATIN MAHSYIHIL DAJJAL"

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, kuberlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian serta kuberlindung kepadaMu dari kejahatan dan fitnah Al-Masih Dajjal”


***Konspirasi Dajal bersifat matrialistik sekuler, dia datang dan "berdakwah" dengan membawa perumpamaan air, namun pada hakikatnya adalah api. Syurga yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah neraka. Neraka yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah syurga.

Gaya bicara Dajjal, tidak lain adalah seorang pendusta besar! Solat adalah membuang waktu, Al-Quran dan agama hanyalah simbol, bahkan ia kerap mendustakan kewujudan para nabi-nabi terdahulu dan mengadakan fitnah di dalam cerita/kisah rasul-rasul terdahulu.

Itulah sebagian sifat dari Dajjal laknatullah alaihi! Tujuannya hanya ingin mengkafirkan penduduk bumi dan memurtadkan orang-orang Islam agar keluar dari agamanya dengan dalih, Islam adalah agama syaitan dan masih banyak lagi. Naudzu billahi min dzalik!

Padahal Allah telah menjelaskan dalam Quran: 
"Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. 
(Ali-’Imran:18-19)

Waspadalah wahai kaum muslimin dan mukminat!

p/S: Aku masih mencari info tentang hal ni, so, tunggu hasil research aku...

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers