Pages

Mari mengumpul bloggers!

Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Sesi berjumpa kawan sekolah rendah!



Salam readers!


Tak banyak aku nak coret kan di sini. Nanti kawan-kawan bosan baca entri aku yang panjang lagi merepek. Jadi tengok lah gambar-gambar yang aku publish nih ye.


Melawat rakan sekelas pertama yang mendirikan rumah tangga:


 Mood baru sampai depan rumah


Intan junior.. ahehe. Comel nacam mak dia, tapi mata macam bapak dia:p


Amacam? ada macam berhari raya tak.
Main terjah je tak buat temu janji, pucat-pucat Intan Aziah pelawa kami masuk.

Fyi, Intan Aziah berkahwin pada tahun 2008, means berumur 20 tahun.
Berkahwin dengan cikgu sekolah yang mengajarnya di tingkatan 6.
Merupakan kawan paling baik aku semasa sekolah dan suke berangan nak mengorat cikgu Amzary, cikgu Add Math aku.
*takdelah handsome sangat*
haha!
*Just joke!*
Btw, aku bahagia bila dia bahagia, dah ade seorang anak dan bakal mendapat cahaya mata kedua beberapa bulan lagi.



Sesi tournament bowling @ MIBC, Ayer Keroh













 Markah pusingan pertama

 Markah pusingan kedua


Walaupun kami bukan lah pakar main bowling macam Shalin Zulkifli, tapi kami sangat enjoy hari tuh ye. Asik gelak-gelak dan jerit-jerit macamlah dalam mibc tuh, kami berenam je yang ada.

Aku yang markah corot pon, last-last jatuh ke tempat 3. Kelakar je.



Sesi mengambil kad undangan perkahwinan bagi peserta ke 4 yang bakal berkahwin bulan 6 nih:)



Calon pengantin nya yang berbaju merah tu yer. 
Pernah menjadi kekasih 'gelapku' seketika dulu semasa sekolah menengah.
Al-maklumlah, dari sekolah budak-budak perempuan, pindah sekolah harian, terikut-ikut trend nak berpakwe.
Tapi cinta monyet je lah.
Sekarang jadi kawan cam biasa. Hehe.
Tahniah Asrul, InsyaAllah aku akan datang majlis ko. 
Dont worry!


Sesi naik bot River Cruise, belayar sepanjang sungai Melaka.


 Baru sampai pon nak berposing.


 Atas kapal

 Nak balik masa nih. Aku main snap je.

Posing-posing

Gudbye River Cruise Melaka


Walaupon bot tuh ilang pertimbangan dan bergesel kat tebing sungai, alhamdulillah. Takde apa yang terjadi, waima kecederaan. Aku pon macam tak pasan ada kemalangan kecil. Untuk kali ke dua menaiki river cruise, aku lebih menghayati keindahan sungai buat pertama kalinya.

Cuma berterima kasih banyak-banyak kat dak Anis, satu-satunya geng yang dah bekerja antara kami berenam, belanja makan malam serta dapat diskaun 50% sebab akak dia kerja situ. hihi

Aku sampai rumah pukul 10 lebih, dihantar oleh cik Nina dan tidur dengan nyenyak teramat selepas tuh.

Apepon, enjoy selapas 6 tahun berpisah. Rindu nak jumpa korang lagi:)


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, May 22, 2011

Perkahwinan Sharina Pemadi bersama pasangan nye

Salam readers,

First of all, tahniah buat pasangan suami isteri yang selamat diijabkabulkan semalam, 21 Mei 2011. Merupakan rakan sekelas yang ke 4 selepas ayu, intan aziah n Adin. huhu, lepas Shina asrul, kekasih gelapku masa sekolah menengah, teeeetttt! Lepas Asrul siapakah pula ye?

Apepun really enjoy the moment. Tengok hubby Shiena yang cuba bertenang masa akad nikah, dan shiena yang malu-malu menjeling bakal suami di sebelah. Aku yang cuak. 

Teringat Cik Dila cakap, pengantin lelaki masa akad nikah merupakan cabaran yang sangat besar. Mereka akan terasa betapa besarnya tanggungjawab yang akan dipikul bila dah bergelar suami nanti. Ketika itulah syaitan akan mengganggu pengantin lelaki dengan kencing berulang kali di ubun kepala mereka *pengantin lelaki* kerana perkahwinan adalah perkara yang syaitan paling benci kerana menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Dah menjadi fitrah bagi syaitan, yang di turunkan ke bumi sebelum kiamat untuk menyesatkan anak Adam.

Bila dah nama kawan sekolah, jadi aku dan rakan sekampung pon dah ber-meeting siap-siap nak terjah rumah Shiena. hehe. walaupon tak ramai yang hadir, yang ada pon dah cukup meriuhkan keadaan. 6 tahun tak berjumpe bukanlah satu masa yang sekejap. Aku share sikit, nanti aku citer lagi ape yang kami buat selapas tuh:)

Gambar from my N86. Nanti check dslr anies, then upload with my others activities....>__<

si tukang driver dan ketua rombongan di tengah-tengah


 flower girl siap dengan kepak rama-rama lagi

 Upacara batal air sembahyang




 Penyerahan duit mas kahwin


 pemberian hadiah sang suami, gelang emas

 Oppssss!

 Si muncung anies n yanie

 Sesi tepung tawar, tapi aku naik pelamin terus salam n ciom-ciom pengantin


Nantilah aku story lagi yer. Lagipun koleksi gambar tak berkualitilah. Sat gi nak kumpul-kumpul rumah kawan-kawan sambil bergosip lagi.

Nota: walaupun aku menyelesaikan jahit kelim baju tuh pagi sebelum gerak ke rumah shiena, tp hasil jahitannya sangat memuaskan hati.. *angkat bakul sendiri*



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, April 11, 2011

Bila lagi nak update blog yer..

Sorylah kat kawan-kawan sebab dah tak cekap mengupdate blog. Tak kisah lah, nak share pasal telur palsu ke, gegaran susulan gempa kat Jepun yang terbaru ke, 3 beranak meninggal dalam kemalangan diseret lori kat highway ke (actually my fiancĆ©e classmate tuh), or cerita pasal kempen pilihan raya di Sarawak waima video seks DSAI sekalipon, dah tak bermakna semua tuh. Nak join contest pon dah tak boleh. Lebih-lebih lagi time my cayang BB nih slow gile lately. Grrrrr!


Oke aku ajar korang, nak tengok data usage dah sampai blom, tengok kat jadual, jgn tengok kat graph tuh. tipu je lebih! 
* Mamat Maxis baru gayut gitau dalam tepon tadi.

Sesungguhnya kebelakangan ini, Cik Ima sudah busy menghadap seminggu terakhir di sebelum study week kat UiTM nih. Gerun lak pk dah nak start final exam. Sila tengok jadual minggu nih:


  • Isnin : Test FIN
  • Selasa : Test OPM, submit video Arab
  • Rabu : Test HRM, hafazan
  • Khamis : Public Speaking,
  • Jumaat : Cuti ku, kamu ke kelaslah... *gelak jahat!
Oke, settle update!


Ini pulak my father hantar last week. Tunggu Cik Ima habis kelas pukul 6.30 ptg semata-mata nak bagi bungkusan nih bersama sambal goreng yang enak. Actually, beberapa hari dah abes. jimat masa Cik Ima nak masak dan menapau kat luar.


Jadi, terima kasih kepada Cik Oyeen yang sanggup menghantar key chain Singapore nih kat Cik Ima, Jauh tuh nak hantar sampai kat Melaka. Rasa terharu sangat! 
*sambil kembang-kembang hidung*

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, March 13, 2011

Luahan rindu

Saya mencari kawan saya. Lately banyak kawan-kawan saya yang tinggalkan saya. Saya tatau di mana mereka, dan saya sangat merindui mereka. Kalau kamu itu kawan saya, saya minta jangan pergi. Saya masih Cik Ima dulu yang kuat bercakap, tapi nangisnya lagi banyak dari gelak. 

Bila dah sambung degree, saya rasa kehilangan sangat. Saya rindu teman-teman saya. Yang selalu buat saya tergelak. Yang ada ketika saya sedih. Tapi sekarang, kenapa kamu tinggalkan saya. Kalau ada salah saya, maafkan saya. kalau ada tersilap di mana-mana, tegurlah saya.

Malam-malam macam nih, hati saya terasa kehilangan. Saya rindu kenangan lalu. Saya rindu kalian. Saya rindu PMM, saya rindu Anjung Tech. dan saya rindu semua yang saya ada dulu. Jadi, bila saya menaip segalanya di sini, saya sebak. Dan tanpa sedar, air mata itu mudah mengalir. 


Pulanglah. Saya masih Fatimah Azzaharah yang dulu. Kalau kamu menjauhi, takde lebih bahagia tanpa kepulangan kamu. Dan takkan ada senyuman indah di bibir ini tanda hadirnya diri kamu, sahabat!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, March 6, 2011

Simple header untuk Incik Pipi Blury

Fuh, siap jua akhirnya tolong Cik Pipi montel punye belog. Dia ngadu-ngadu mintak tolong cantikkan blog dia sikit. Supaya blog dia kelihatan menarik. Terkejut jua aku, banyak-banyak orang, kenapa mintak tolong aku. Pro sangatkah aku nak edit layout blog orang. Blog aku pon simple gile. Nak gak aku cantik kan, tp malas nak bermain-main dengan coding banyak-banyak. So, berbulan-bulanlah layout blog aku tak bertukar wajah.

Untuk Encik Pipi, aku buat simple je tuh, nanti yang lain, ko kena banyak buat blogwalking dan tengok layout blog orang. Aku nak tanye, ko takde tadi. Ini simple je. Aku pon tak edit pakai photoshop. Sebab laptop aku teramatlah berat. Gambar kau aku curik kat profile pic, ngehehe. Maap eh:p

Perlu di ingatkan lagi sekali, itu simple layout je. Pakai template design sedia ada. Nak layout cantik-cantik, search kat google ok?

Yang aku post nih untuk kegunaan ko akan datang. Mane tau ko ter-remove header ko tuh kan, At least ada yang lain sebab aku nak padam dari lappy aku. Takut terjatuh chenta pulak kalau tengok lama-lama. Lalala~


So... Semoga berbahagia dengan header baru!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, March 5, 2011

Kawan sekolah

Sedang happening berchatting dengan si Puan Bayah, sorang member lama aku tetibe sapa. 

''Woit-woit''

Macam tak caya, budak lelaki yang agak pendiam kat darjah 6 Melur, muke ala-ala Munif (penyanyi solo kumpulan Hijjaz) tegur aku kat Fb. Bagi aku, itu unbelievable-lah. Sebab biasa aku tegur kawan-kawan sekolah, dorang tak cam aku kan? Dah tentulah aku segan nak tegur dia, sebab dia agak pendiam kat sekolah dulu. Haha!

Gambar dia nih aku curik kat profile pic dia, semata-mata nak compare ngan Munif Hijjaz 
*Puas ati aku..hua-hua*

Rupe-rupenya sekarang, dia nih bakal jadi Mat Perang. Tengah degree kat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Patutlah kemain lambat dia nak gitau further study kat mana. Sebab lepas abes primary school, budak yang dapat 5A dan 4A rata-rata dapat sekolah berasrama. Tak kisahlah Sains ke atau Agama. Tak mainlah sekolah kat kampung ni.

So, dia sekolah MOZAC, sekolah sains agak hot jugaklah. Nazmi, kat Sultan Muhammad, Hamziah  Idris, aku tatau hilang ke mana, Azirah kat Sekolah Sains Seri Puteri. Siapa lagi? Siapa lagi? Aku pun lupa dah... Tapi, semua mantap-mantap. Aku je biasa-biasa. Dapat sekolah Syarifah Rodziah pon intake ke berapa tah. Masa tuh, ekonomi keluarga tak bapa baik, dapat Sultan Alauddin pon, aku dah rasa cukup berbangga. At least, aku ke hadapan sikitlah, banding kawan-kawan lain yang sekolah harian biasa kan:)

Aku pelik jugak. Tadi aku dok tanye, apsal dia lambat sangat abis degree, saing aku habis pulak. Dia habiskan diploma dulu ke. Sebab batch aku yang cerdik pandai memang dah settle degree siap-siap. Aku je tercicir baru nak masuk Semester Dua. Dia cakap ambil foundation, tapi ada paper sangkut. Haha! Macam-macam.

Aku macam kagum jugaklah. At least besok kau keluar U, dah confirm jadik pegawai. Ambil pulak Civil Engineering kan? Dari aku nih, dahlah lari bidang, pastuh tak pasti keluar nanti ade kerja ke tak. Tapi kau pulak tak suke position kau sekarang. Hai...manusia..manusia... Selalu tak syukur dengan segala yang ada kan? Apa-apapun, aku harap kau berjaya dengan bidang kau ceburi. Kalau sampai ke tahap sekarang nih, kau cakap kau tak suka jadi tentera, aku tak tahulah nak cakap apa. Cume, sebagai kawan sekolah, aku sangat bangga, kawan-kawan aku semua berjaya dengan kerjaya masing-masing.

Note: Pak cik aku dah jadik Pegawai Besar kat TUDM Subang, sampai sekarang aku keliru pangkat dia kat sana. Tapi bangga gila kalau naik kereta dia, orang tabik hormat. Weeee~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, March 4, 2011

BerFARMVILLE sambil berkarya!




Tak sangka pulak UncleFact copy balik slogan aku nih. Slogan terlintas tetibe sebab nak rebut pokok Giant Golden Apple yang RARE sangat tuh kan? Tapi memang happening kawan-kawan aku nih. 

Geram? Mau tak geram. Ade orang pakai snagbar untuk curi bonus dari wall. Salah satu application menipu dan singkat yang digunakan untuk mendapatkan bonus yang di post kat wall kawan-kawan fv lain. Kesannya, dia senang-senang ambil bonus tu, sedangkan kawan-kawan lain tak ada kesempatan. Boleh rujuk di sini untuk tau application yang di haramkan oleh Geng-geng Farmville Tegar.

Bagi kawan-kawan yang Tegar berfarmville, anda bolehlah join our club:



Syarat-syarat penyertaan:
- Anda dikehendaki meng-add semua ahli2 kami & mesti jadi jiran kami (especially add admin) -----> saya adalah admin.- Sila removed diri anda sendiri kalau anda rasa anda tak tak mau main atau suam2 kuku aja mood anda.. supaya kami tak wasting time kasik info kat anda okey??

Kelebihan join club nih:
- Jiran yang akrab akan sentiasa tolong semasa sendiri.- Co-op kami setiap hari / minggu semuanya menang GOLD, bagoih untok dapat ribbon, XP dan jugak hadiah2 yg kami dah bosan dok dapat tuh...- Anda akan dpt byk adiah dr wall feed anda.- Anda akan byk geng pemain FV yg tegaq.

Keburukan:
- Setiap kali menda yg nak di-alert, co-op baru, atau sapa2 member mintak tolong raising barn or whatsoever akan di-post kepada ahli2 semua.. so kotak mesej anda mungkin akan semak dgn mesej2 kami..- Geng2 tegaq ni akan bercakap tak berhenti2 so setiap kali apa yg kami ckp akan menyemakkan wall (home) anda.

Berminat? joinlah ye. Jika kamu rasa nak having fun with this game. Kalau tak berminat, just baca je. Tak payahlah nak bising-bising:)


Note 1: Kadang-kadang, yang main CityVille pon ramai jugak dalam group nih
Note 2: Kalau ada geng saya baca post nih, sila FOLLOW saya dan komen yer?
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, March 2, 2011

Kawan... Tiga ringgit... Sepuluh ringgit...

Urghhh..beberpa hari nih kesihatan aku sangat-sangat merosot. Selera makan takde, asik pergi 'Qada' Hajat', migran, muka pucat, badan lemah-lemah. Tak tau lah kenapa. Then doktor ade bagi sedikit kaunseling. Jangan tak caya, aku boleh ternangis dalam bilik doktor tetibe. Dah doktor tuh ingat aku ade masalah peribadi gaduh dengan boifren. Budus betul. Ape taknya, aku patient, mane aku tau sakit ape, sibuk plak dia tanye-tanye aku sakit ape. Last-last aku merayu kat dia "Doktor, tolonglah check saya... saya dah tak larat nih!" Baru En. Doktor amek tekanan darah aku. Mula-mula takleh baca tekanan darah. Kali kedua baru dapat baca. Tekanan darah aku rendah.

So, pendek cerita, dia bagi multivitamin, ubat batuk, ubat cair kahak, dengan ponstan. Dia tak bagi MC, aku tak kesah. Aku pon memang tak reti mintak MC. Nak jumpe doktor pon sebenarnya aku tak suke, sebab aku rasa macam tak ade faedah pulak. Baliknya, aku tidur je. Makan pun tidak. Dila masak maggi, tak habis. Tapau bubur pulak, aku makan dengan terpaksa sebab nak makan ubat. tapi, bertambah sakit kepala. Mungkin MSG dalam bubur terlalu banyak. Lepas makan ubat, berguling-guling menahan sakit kepala, akhirnya aku lena.


Ok, tutup cerita. Kisah nih pasal kawan sebilik, Cik Dila nih! Dia suka buat I tak senang tau. Bila beli pape nak kena share, dia nak bayar lebih. 

Malam tadi, badan aku still exhausted sangat. Tapi, aku rasa macam nak amek udara luar. Shaz pulak ada test besok, so dia suh drive je kereta dia, tapau sekali untuk dia. Aku tapau bubur. Si Dila nih tak bagi aku bayar pulak. Takkan aku nak rebut-rebut bayar bubur aku depan cashier pulak kan? Tak senang pulak hidup aku. 


Memule bubur RM3, sat tadi nak bagi aku RM10 bayar brokben. Brokben tuh bulan-bulan baru RM38. Tolonglah Cik Dila, saya tak suke awak buat camnih. Awak bukan pakai selalu, sekejap-sekejap je, takmulah bagi saya duit sampai RM10. Nanti saya tak senang. Nanti saya dah takut-takut nak bagi awak pakai barang-barang saya lagi. Kita kan kawan, kalau everything awak nak bayar, saya yang tak selesa. Tolong ye Cik Dila. Duit awak tuh, saya letak atas meja, kalau awak tanak amek, saya letak dalam purse awak senyap2.

[Mood: Batuk-batuk dan masuk toilet je since pagi tadi]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers