Pages

Mari mengumpul bloggers!

Monday, March 7, 2011

Alhamdulillah! Dah selamat deliver babies.

Gambar Mimie tengah 'jaga badan'
 Maklumat kelahiran: 
Tarikh: 05 March 2011
Masa kelahiran: 12.30 pm
Bidan terlibat: Cik Eima
Bil. anak: 5 ekor
Act. tak semua ekor aku adap sorang. Masa tuh tengah masak. So, bila adik aku jerit si Mimie nak beranak, berlari aku siapkan kotak untuk dia. Dengan senang hati dia masuk dalam kotak tu. Macam tau-tau je. Tapi aku sempat teman dia sekejap je. Sebab aku tengah goreng ikan. Nasib baik mak take over kejap:)

Masa aku dah siap masak, dia dah selamat 3 ekor dah. Dak Abu teman. Keh keh keh! Pastu 2 ekor lagi, aku teman. Dari meneran, sampai habis kering dah dijilatnya, aku dok teman. Kebetulan, tempat bersalin bawah katil aku je, so aku main Farmville lah sementara tunggu dia. Siap tolong urut-urut perut Mimie. Haha! Tah pape je.

Yang nih, snap lepas maghrib. Badan babies dah kering dah!


Saje aku ukur kepale anak mimie

Aku macam doktor kucing tak?

Shiro, si anak tunggal Abby kekerasan dan ketakutan. haha! 

Hitam putih (along) | Hitam semua (angah) | Bawah hitam (ude) | Belang-belang (ateh) | Hujung sekali (Ucu)

Korang suke anak kucing. hehe. Kalau dah besar sikit, aku mungkin nak let go kot. Tapi biar aku beristigkharah dulu. hehe. Harap-harap babies nih akan sihat dan gemuk-gemuk. Tak sabar nak peluk korang!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

SERDANG CAT ABUSER


Video ni aku tertengok kat FB, from one of my friends. Dia publish kat wall. Macam biasalah, mula-mula aku cuak jugak nak tengok, tapi akhirnya cuba nak memberanikan diri, then tekan play. 

Perasaan? Of course lah sangat sedih ok. My cat pun baru 2 hari lepas dapat baby baru 5 ekor. Ingat tau tarikh nih, 5 march 2011, pukul 12.30 pm

Nama dia Mimi. Aku yang sambut kelahiran dia tau! So, tentulah aku sangat-sangat sensitif bila manusia tak berhati perut nih sesuka hati pukul anak kucing tuh. tersentap-sentap aku sampai masa nak tidur malam tuh, aku susah nak pejam mata. Terbayang-bayang, macam manalah perasaan mak kucing tuh nak selamatkan anak dia. 


Bodoh punye tomboy!


Korang boleh tengok blog-blog nih untuk berita lanjut Ean Yong Hian Wah, si pembunuh kucing nih buat pengakuan terbuka tanda minta maaf pada semua orang yang marah gila khinzir kat dia.

2. NTV7 News (Ni versi cine, kalau ko paham, ko tengoklah)

Surat minta maaf - She said she "menyeksa anak-anak kucing", bukan membunuh???

Note: Dia dah mintak maaf. korang nak maafkan tak?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, March 6, 2011

Siti Nurhaliza - Pastikan


Siti Nurhaliza - Pastikan

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Simple header untuk Incik Pipi Blury

Fuh, siap jua akhirnya tolong Cik Pipi montel punye belog. Dia ngadu-ngadu mintak tolong cantikkan blog dia sikit. Supaya blog dia kelihatan menarik. Terkejut jua aku, banyak-banyak orang, kenapa mintak tolong aku. Pro sangatkah aku nak edit layout blog orang. Blog aku pon simple gile. Nak gak aku cantik kan, tp malas nak bermain-main dengan coding banyak-banyak. So, berbulan-bulanlah layout blog aku tak bertukar wajah.

Untuk Encik Pipi, aku buat simple je tuh, nanti yang lain, ko kena banyak buat blogwalking dan tengok layout blog orang. Aku nak tanye, ko takde tadi. Ini simple je. Aku pon tak edit pakai photoshop. Sebab laptop aku teramatlah berat. Gambar kau aku curik kat profile pic, ngehehe. Maap eh:p

Perlu di ingatkan lagi sekali, itu simple layout je. Pakai template design sedia ada. Nak layout cantik-cantik, search kat google ok?

Yang aku post nih untuk kegunaan ko akan datang. Mane tau ko ter-remove header ko tuh kan, At least ada yang lain sebab aku nak padam dari lappy aku. Takut terjatuh chenta pulak kalau tengok lama-lama. Lalala~


So... Semoga berbahagia dengan header baru!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, March 5, 2011

Kawan sekolah

Sedang happening berchatting dengan si Puan Bayah, sorang member lama aku tetibe sapa. 

''Woit-woit''

Macam tak caya, budak lelaki yang agak pendiam kat darjah 6 Melur, muke ala-ala Munif (penyanyi solo kumpulan Hijjaz) tegur aku kat Fb. Bagi aku, itu unbelievable-lah. Sebab biasa aku tegur kawan-kawan sekolah, dorang tak cam aku kan? Dah tentulah aku segan nak tegur dia, sebab dia agak pendiam kat sekolah dulu. Haha!

Gambar dia nih aku curik kat profile pic dia, semata-mata nak compare ngan Munif Hijjaz 
*Puas ati aku..hua-hua*

Rupe-rupenya sekarang, dia nih bakal jadi Mat Perang. Tengah degree kat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Patutlah kemain lambat dia nak gitau further study kat mana. Sebab lepas abes primary school, budak yang dapat 5A dan 4A rata-rata dapat sekolah berasrama. Tak kisahlah Sains ke atau Agama. Tak mainlah sekolah kat kampung ni.

So, dia sekolah MOZAC, sekolah sains agak hot jugaklah. Nazmi, kat Sultan Muhammad, Hamziah  Idris, aku tatau hilang ke mana, Azirah kat Sekolah Sains Seri Puteri. Siapa lagi? Siapa lagi? Aku pun lupa dah... Tapi, semua mantap-mantap. Aku je biasa-biasa. Dapat sekolah Syarifah Rodziah pon intake ke berapa tah. Masa tuh, ekonomi keluarga tak bapa baik, dapat Sultan Alauddin pon, aku dah rasa cukup berbangga. At least, aku ke hadapan sikitlah, banding kawan-kawan lain yang sekolah harian biasa kan:)

Aku pelik jugak. Tadi aku dok tanye, apsal dia lambat sangat abis degree, saing aku habis pulak. Dia habiskan diploma dulu ke. Sebab batch aku yang cerdik pandai memang dah settle degree siap-siap. Aku je tercicir baru nak masuk Semester Dua. Dia cakap ambil foundation, tapi ada paper sangkut. Haha! Macam-macam.

Aku macam kagum jugaklah. At least besok kau keluar U, dah confirm jadik pegawai. Ambil pulak Civil Engineering kan? Dari aku nih, dahlah lari bidang, pastuh tak pasti keluar nanti ade kerja ke tak. Tapi kau pulak tak suke position kau sekarang. Hai...manusia..manusia... Selalu tak syukur dengan segala yang ada kan? Apa-apapun, aku harap kau berjaya dengan bidang kau ceburi. Kalau sampai ke tahap sekarang nih, kau cakap kau tak suka jadi tentera, aku tak tahulah nak cakap apa. Cume, sebagai kawan sekolah, aku sangat bangga, kawan-kawan aku semua berjaya dengan kerjaya masing-masing.

Note: Pak cik aku dah jadik Pegawai Besar kat TUDM Subang, sampai sekarang aku keliru pangkat dia kat sana. Tapi bangga gila kalau naik kereta dia, orang tabik hormat. Weeee~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, March 4, 2011

BerFARMVILLE sambil berkarya!




Tak sangka pulak UncleFact copy balik slogan aku nih. Slogan terlintas tetibe sebab nak rebut pokok Giant Golden Apple yang RARE sangat tuh kan? Tapi memang happening kawan-kawan aku nih. 

Geram? Mau tak geram. Ade orang pakai snagbar untuk curi bonus dari wall. Salah satu application menipu dan singkat yang digunakan untuk mendapatkan bonus yang di post kat wall kawan-kawan fv lain. Kesannya, dia senang-senang ambil bonus tu, sedangkan kawan-kawan lain tak ada kesempatan. Boleh rujuk di sini untuk tau application yang di haramkan oleh Geng-geng Farmville Tegar.

Bagi kawan-kawan yang Tegar berfarmville, anda bolehlah join our club:



Syarat-syarat penyertaan:
- Anda dikehendaki meng-add semua ahli2 kami & mesti jadi jiran kami (especially add admin) -----> saya adalah admin.- Sila removed diri anda sendiri kalau anda rasa anda tak tak mau main atau suam2 kuku aja mood anda.. supaya kami tak wasting time kasik info kat anda okey??

Kelebihan join club nih:
- Jiran yang akrab akan sentiasa tolong semasa sendiri.- Co-op kami setiap hari / minggu semuanya menang GOLD, bagoih untok dapat ribbon, XP dan jugak hadiah2 yg kami dah bosan dok dapat tuh...- Anda akan dpt byk adiah dr wall feed anda.- Anda akan byk geng pemain FV yg tegaq.

Keburukan:
- Setiap kali menda yg nak di-alert, co-op baru, atau sapa2 member mintak tolong raising barn or whatsoever akan di-post kepada ahli2 semua.. so kotak mesej anda mungkin akan semak dgn mesej2 kami..- Geng2 tegaq ni akan bercakap tak berhenti2 so setiap kali apa yg kami ckp akan menyemakkan wall (home) anda.

Berminat? joinlah ye. Jika kamu rasa nak having fun with this game. Kalau tak berminat, just baca je. Tak payahlah nak bising-bising:)


Note 1: Kadang-kadang, yang main CityVille pon ramai jugak dalam group nih
Note 2: Kalau ada geng saya baca post nih, sila FOLLOW saya dan komen yer?
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, March 2, 2011

Kawan... Tiga ringgit... Sepuluh ringgit...

Urghhh..beberpa hari nih kesihatan aku sangat-sangat merosot. Selera makan takde, asik pergi 'Qada' Hajat', migran, muka pucat, badan lemah-lemah. Tak tau lah kenapa. Then doktor ade bagi sedikit kaunseling. Jangan tak caya, aku boleh ternangis dalam bilik doktor tetibe. Dah doktor tuh ingat aku ade masalah peribadi gaduh dengan boifren. Budus betul. Ape taknya, aku patient, mane aku tau sakit ape, sibuk plak dia tanye-tanye aku sakit ape. Last-last aku merayu kat dia "Doktor, tolonglah check saya... saya dah tak larat nih!" Baru En. Doktor amek tekanan darah aku. Mula-mula takleh baca tekanan darah. Kali kedua baru dapat baca. Tekanan darah aku rendah.

So, pendek cerita, dia bagi multivitamin, ubat batuk, ubat cair kahak, dengan ponstan. Dia tak bagi MC, aku tak kesah. Aku pon memang tak reti mintak MC. Nak jumpe doktor pon sebenarnya aku tak suke, sebab aku rasa macam tak ade faedah pulak. Baliknya, aku tidur je. Makan pun tidak. Dila masak maggi, tak habis. Tapau bubur pulak, aku makan dengan terpaksa sebab nak makan ubat. tapi, bertambah sakit kepala. Mungkin MSG dalam bubur terlalu banyak. Lepas makan ubat, berguling-guling menahan sakit kepala, akhirnya aku lena.


Ok, tutup cerita. Kisah nih pasal kawan sebilik, Cik Dila nih! Dia suka buat I tak senang tau. Bila beli pape nak kena share, dia nak bayar lebih. 

Malam tadi, badan aku still exhausted sangat. Tapi, aku rasa macam nak amek udara luar. Shaz pulak ada test besok, so dia suh drive je kereta dia, tapau sekali untuk dia. Aku tapau bubur. Si Dila nih tak bagi aku bayar pulak. Takkan aku nak rebut-rebut bayar bubur aku depan cashier pulak kan? Tak senang pulak hidup aku. 


Memule bubur RM3, sat tadi nak bagi aku RM10 bayar brokben. Brokben tuh bulan-bulan baru RM38. Tolonglah Cik Dila, saya tak suke awak buat camnih. Awak bukan pakai selalu, sekejap-sekejap je, takmulah bagi saya duit sampai RM10. Nanti saya tak senang. Nanti saya dah takut-takut nak bagi awak pakai barang-barang saya lagi. Kita kan kawan, kalau everything awak nak bayar, saya yang tak selesa. Tolong ye Cik Dila. Duit awak tuh, saya letak atas meja, kalau awak tanak amek, saya letak dalam purse awak senyap2.

[Mood: Batuk-batuk dan masuk toilet je since pagi tadi]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers