Pages

Mari mengumpul bloggers!

Monday, April 11, 2011

Bila lagi nak update blog yer..

Sorylah kat kawan-kawan sebab dah tak cekap mengupdate blog. Tak kisah lah, nak share pasal telur palsu ke, gegaran susulan gempa kat Jepun yang terbaru ke, 3 beranak meninggal dalam kemalangan diseret lori kat highway ke (actually my fiancée classmate tuh), or cerita pasal kempen pilihan raya di Sarawak waima video seks DSAI sekalipon, dah tak bermakna semua tuh. Nak join contest pon dah tak boleh. Lebih-lebih lagi time my cayang BB nih slow gile lately. Grrrrr!


Oke aku ajar korang, nak tengok data usage dah sampai blom, tengok kat jadual, jgn tengok kat graph tuh. tipu je lebih! 
* Mamat Maxis baru gayut gitau dalam tepon tadi.

Sesungguhnya kebelakangan ini, Cik Ima sudah busy menghadap seminggu terakhir di sebelum study week kat UiTM nih. Gerun lak pk dah nak start final exam. Sila tengok jadual minggu nih:


  • Isnin : Test FIN
  • Selasa : Test OPM, submit video Arab
  • Rabu : Test HRM, hafazan
  • Khamis : Public Speaking,
  • Jumaat : Cuti ku, kamu ke kelaslah... *gelak jahat!
Oke, settle update!


Ini pulak my father hantar last week. Tunggu Cik Ima habis kelas pukul 6.30 ptg semata-mata nak bagi bungkusan nih bersama sambal goreng yang enak. Actually, beberapa hari dah abes. jimat masa Cik Ima nak masak dan menapau kat luar.


Jadi, terima kasih kepada Cik Oyeen yang sanggup menghantar key chain Singapore nih kat Cik Ima, Jauh tuh nak hantar sampai kat Melaka. Rasa terharu sangat! 
*sambil kembang-kembang hidung*

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, April 6, 2011

Yuyu Zulaikha: Ferrero Random Giveaway

Memperkenalkan Cik Yuyu Contest. Haha. Syiok, dapat Giveaway Ferrero Rocher warne gold tuh.
(berjejes air liur beta!) Aku pasan Cik Yuyu nih sebab dia gajin komen kat belog Cik Epal, jadik aku trylah join. Bak kate dia, pilih pemenang secara random kan. 

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Lalalala~


 Macam biasa, korang klik sini untuk keterangan lanjut. Walaupon tak kesah nak tag or tak, aku bagi je lah link nih. Sila...sila... Aku nak copy paste tak tak dibenarkan sebarang plagiat yer. Tehee!

Ok, dah join. Aku nak tido jap!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

CONTEST : SIAPA BLOGGER ITU ??

Second contest aku malam ini yer....



Syarat-syarat penyertaan:

  • buat satu entry khas untuk kontes ni dengan tajuk " CONTEST : SIAPA BLOGGER ITU ?? "
  • dalam entry tu , sila tempek banner kat atas tu dengan rela hati yer . kemudian , linkkan ke entry ini . kalau nak letak di sidebar pun digalakkan , tanak takpe ^^
  • terbuka kepada semua blogger , sama ada follower atau pun tak . bagi yg bukan follower pastikan korang sentiasa alert dengan update kontes ni :)
  • lepas tu , korang kena bagi jawapan untuk soalan di bawah .
  • dan ulas sikit tentang kontes ni , ape2 je yang korang nak ulas.

Soalan beliau:
  • sila teka siapakah blogger yang dipaparkan gambarnya kat bawah ni .
  • tak perlu letak gambar bloggers ni dalam entry korang .
  • sertakan sekali link blognye kalau korang tau .
Jawapan saya (dah siap tepek link sekali):
Hehe....aku suke contest nih sebab aku sukelah...Errr..
Gudluck kat Cik adik Nadhirah ye...Ade effort buat contest camnih...Lalala~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Cik Epal Contest

Tak pasal-pasal aku terikut si Cik Yah, join contest-contest dari blogger yang HOT macam Cik Epal Gonyeng nih. Harap-harap tercalonlah ye. Pasan abes!





Untuk info contest lebih lanjut, sila ke Terma-terma & Syarat contest ini yer?

Berikut adalah gambar berani mati yang aku pertaruhkan.



Slogan untuk tatapan beliau a.k.a Cik Epal:

" SAYA MEMBACA BLOG CIK EPAL KERANA CIK EPAL TULIS ALA SANTAI DAN SEMPOI ,ADE SELF CONFIDENT YANG TINGGI, ENTRI DIA TULIS SENANG NAK LAYAN, BANYAK FOLLOWER, MESTI BANYAK TIPS KAN? KADANG-KADANG TERMERENG JUGAK NIH. OPPPSSS! BANYAK INFO PASAL TUDUNG, EVEN CHUBBY PON, RILEK JE NAK BERFESYEN,  (AKU SUKE TUH!)"

Mari join sekali kawan-kawan!




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saya taknak tipu, jadi baik saya bagitau

Salam pagi hari kawan-kawan!

Setelah sebulan bergelar Cik Tunang kepada Incik Mohd Iryady, Ahad lepas beliau membelanja saya makan malam. Saya anggap itu dating lah ye? Nak ajak Dila, dia tak balik lagi, Shaz pulak, mau nak ikut kami. Jadi, kami pun pergi makan berdua aje. 

Lokasi: Pizza Hut Hang Tuah Mall.
Dekat je. Jangan risau. Aku jalan kaki pon boleh sampai sana dari rumah. Errr...15 minit!


Memula, saya nak mengajak beliau makan di sini, Domino's Pizza. Dekat je, jangan risau. Dekat bangunan baru MAIM sebelah Masjid Al-Azim. Tepi jalan je. Tapi disebabkan ruang makan yang kecil, dan servisnya lebih kepada delivery, so, kami keluar balik dan memilih untuk makan Pizza Hut. Uish, demand betul saya nih.

Actually, dah dua cawangan Domino's Pizza kat melaka nih. Satu lagi kat area Taman Merdeka. Tak silap saya, dekat-dekat dengan Pasar Borong MBMB. Kalu korang tau Pasar borong MBMB, hah... confirm tak sesat!

Saya kurang arif tentang Domino's Pizza nih. Tapi, mengikut kata Incik Tunang, akak opis dia selalu order Domino's Pizza kalau ada makan-makan kat opis. Sebab Domino's Pizza nih memang expert bab delivery nih. Then, kalu kite order take away, beli satu, percuma satu. Tada! untung kan? Tapi, adelah T&C nya. Biasalah, hidup nih mesti ada Give & Take. Korang boleh refer blog member nih: Fitri hadi.

Pendek cerita, masih tertelan air liur sebab takpat makan Domino. (sambil bercucuran air mata)

Saya nak share picture dinner ari tuh. Jangan jelak. Kalau tak suke, sile nasihat. Jangan main sembur je. Jangan risau, saya tak hipokrit. 
(sumtimes - tengok tempat)


*Makan budak!* 
Agak pelik bila Incik tunang lebih suke gambar saya tidak senyum. mungkin muak tengok gambar saya banyak sengeh!



Teettt! Oh, saya yang gemuk!

.
.
.
.


Incik tunang dengan gaya memilih menu serta gaya prihatinnya ♥ ♥ ♥



Incik Tunang dengan gaya penyabar (sambil perut berbunyi-bunyi)

Menu: Sea food Lasagna & 1 set Big Shot Cheesy Pops. Nyummy!

Note: teringat lasagna Mokteh yang enak tuh. Pizza Hutnye tak sedap!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, April 1, 2011

The making of.....

Selamat petang Jumaat. Pagi tadi masa keluar rumah, mendung macam nak hujan. Panas juga rupanya.


Lokasi pengambaran video Arab kami di Serkam Pantai sangat memuaskan hati. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Kami semua mengikut masa yang di tetapkan, seawal 8.00 pagi dah bersiap-siap tunggu Bel jemput kat rumah. Then, sampai je, kami sarapan di simpang empat Serkam Darat, sebelum pergi ke rumah Tok Andak. Sempat pinjam kain pelikat, kopiah putih dan baju kemeja. Izz memang sangat-sangat 'macho' pegang watak Jaddun (datuk). Hehehe.

Sila zoom untuk lihat dengan lebih jelas:)

Panasnya jangan cakaplah. Maklumlah kampung dekat dengan laut. Tapi, angin tepi sawah memang menenangkan. Aku pun puas hati bila lokasi yang aku syorkan diterima dengan keseronokan kawan-kawan satu kumpulan. Nampak macam mereka happening. And I hope so!


Sibuk menghafal skrip nih!




Tempat bot nelayan. Dulu kayu jer jeti ni. Tempat aku main lumpur, sambil kejar ketam batu. Dan sambil kumpul terumbu karang yang keras dan tak cantik macam kat Langkawi. Sambil pungut rumpai laut yang tak sehijau di kepulauan Sabah.


Di tengah terik panas. Anda boleh lihat, betapa besarnya saya di situ!


Tempat saya join pak cik kampung menangguk udang galah masa kecik-kecik dulu:)



Ok, enuffff. Ini yang last. 
Lokasi: Pak Yak's house.


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Dia yang kucinta




Tetibe tadi Syed text me, dia mintak pendapat tentang kawan dia (non-Muslim) yang berminat tentang Islam, but after her boifren left her. Then, aku tanye Syed, girl tuh nak tau tentang Islam sebab Islam or sebab ex dia? Then..... biarlah kami je tau jalan cerita di sebalik kisah mereka ini.


Aku teringat, Ahad lepas, masa keseorangan di rumah dengan kelaparan tahap cipan. Aku bukalah drama TV1, tajuknya "Dia... yang kucinta" terbitan Eurofine - memang dramatik. Lakonan Jason Chong, Elly Mazlin, Norman Hakim, Adik Maisara, Fazlina Dato' Ahmad Daud dan Faizal Yusof. Aku tengok sambil tersenyum-senyum bila scene jiwang-jiwang. Ahaks.


Cerita tentang Alex (Jason Chong) yang terlanggar seorang Melayu (arwah Faizal Yusop) dan hanya sempat dengar dia mengucap. Alex ni terasa bersalah teramat sangat tetapi isteri (Elly Mazlein0 dan anak arwah (Maisarah) tidak pernah menyalahkannya kerana menganggap sebagai takdir. Selepas itu Alex mendapat bayangan tentang Islam ni dalam mimpi.


Ada satu bahagian yang menarik bila Alex ni bersoal jawab dengan Khir (Norman Hakim). Alex seorang free thinker dan mempercayai teori Darwin di mana dari satu benda menjadi benda yang lain seperti asal manusia dari kera. Khir membalas dengan mengatakan cantik kereta yang dipandu Alex dan mengatakan jika mengikut teori Darwin kereta ni asalnya dari kereta lembu dan kemudian menjadi kereta kuda dan barulah menjadi kereta yang cantik ni. "Logiklah sikit, takkanlah kereta ni dari kereta lembu, mesti ada yang membuatnya,"jawab Alex. Balas Khir,"Logiklah sikit, takkanlah manusia dari kera, kalaulah ada pun, tentu ada kuasa yang mengubahnya." "Kuasa siapa?" tanya Alex. Mudah sahaja jawapan Khir, "Allah!"


Cerita ini bagi aku berat sikit nak bawak sekiranya kita tak betul-betul kaji tentang Islam. Lagi pulak bab-bab ilmu Tauhid. Kita percaya akan Allah, akan Islam sebab itu semua ada dalam Rukun Iman, tapi sejauh mana kita yang lahir sebagai umat Islam sejak azali betul-betul memenuhi semua rukun Iman itu. 

Tapi, cuba tanya saudara baru kita yang baru masuk Islam, perasaan cinta pada Allah melebihi dari cinta sesama manusia. Untungnya mereka yang dapat hidayah sebegitu kan?

Ending cerita nih memang sedih, tapi itulah yang berlaku. Bila Alex yang sudah berkahwin, terpaksa bercerai dengan isterinya yang juga free thinker dan tak percaya pada Tuhan. Semua kerana kasih sayang dia yang tak berbelah bagi kepada Dia (Tuhan yang Satu). Sebab itulah tajuk cerita nih "Dia.. yang kucinta".


Cuma aku keliru, mula-mula aku ingat betul-betullah si Jason Chong nih Islam, sebut Allah, lakun watak mimpi angkat air sembahyang. Rupanya Cina tulen. Kagum betul aku dengan dia.

Persoalannya: boleh ke orang bukan Islam melakonkan watak Islam dalam drama?

Aku tengah cari buku dalam cerita nih, "ISLAM Antara Isi dan Kulit". Kalau ada yang tau, sila bagitau kat aku yer?

Note: Oleh kerana aku takde Astro channel, TV1 one of my feveret channel sebab boleh tengok National Geografi tiap-tiap hari pukul 7.00-8.00 malam. hehe.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers