Pages

Mari mengumpul bloggers!

Monday, August 22, 2011

Entry lepas marah: Kau manusia kejam pernah aku jumpa!

Salam.

Entry kali nih agak keras sikit bahasanya. Syok-syok aku bersantai depan lappy, dengan rasa bahagia berjaya pakai baju kebaya labuh yang sebelum nih mmg tak boleh pakai langsung kat badan, alih-alih dapat meseg:

‎"Ema, akak mintak maaf byk2 sebab tpaksa ambil pelajar uitm utk masuk rumah. Rumah tuh boleh masuk 6 orang. Tolong bgtau kwn ima tuh dia tak boleh seorang bilik.."

Terkejut beruk aku. Apa undang-undang dia pakai nih? Suke-suke ambil orang masuk sewa dekat rumah kami, sedangkan bulan-bulan dah bayar duit sewa, dah bayar deposit. 4 bulan cuti sem, terpaksa bayar duit rumah sewa lagi. nih dah masuk kes teraniaya nih. Then aku reply cepat-cepat:

"Kak, jgnlah buat camni kak. Kami kan bayar duit rumah sewa tiap-tiap bulan. Kalau akak amek budak lagi, rumah tetap bayar 350 jugak kan?"

Tau dia balas ape?

Awak dengan kwn2 tetap sama, tp 1 bilik lg akak masukkan 3 PELAJAR dgn sewa 150 SEORANG. Maaf tpaksa krn kakak akak yg masih tuan rumah tuh nak mntak lebih. Akak belum habis byr rumah tuh. Rumah tuh masih hak kakak akak kt perak

Nak tau kenapa aku bengang sangat? 

Aku bertiga sewa situ caj RM300. Tambah 3 orang yang lain dengan caj RM150 seorang. 

Diulang: SEORANG. 

So, senang-senang amek untung satu bulan RM800 sedangkan aku dengan 2 oarang kawan aku hanya bertiga tanggung sewa RM300 dengan api air lumpsum RM50 sebulan, alih-alih terpaksa bersesak n berebut bilik air sebelum ke kelas dengan caj sewa rumah LEBIH TINGGI?? Wadehelllll..

Ape jenis manusia yang takde hati perut macam nih. Pakai tudung litup, berpurdah sepanjang masa, suami janggut panjang memang macam ustaz, bawak kereta mewah, tapi boleh ada sifat tamak dan tak berhati perut macam tuh. Adil ke?

Besok anak ko kena dengan orang serupa hati busuk dan tamak haloba macam ko, baru ko tau susah nye hidup sebagai pelajar terpaksa bayar jugak sewa selama 4 bulan tanpa tinggal di rumah sewa tuh. Bila dah naik sem baru, tanpa rela terpaksa berkongsi rumah dengan orang lain, berhimpit bersesak, tapi terpaksa bayar sewa 2x ganda LEBIH SEDIKIT dari sewa asal.

Moga Allah merahmati tindakan kau wahai kakak!

Nanti aku upload pic rumah tuh. Sekarang nk off to MASAK!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy