Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, September 29, 2010

Cinta: Perlu ke cemburu buta??

Al kisah tentang lelaki kuat cemburu..
Jumaat lepas, kawan aku, A kuar dengan kawan lelaki dia. Berkenalan dari B yang bagi no fon kat lelaki tuh. Masa balik kelas tuh, saje aku sakat cakap nak ikut dorang ngedate. Sebenarnya aku tak kenal pon kawan dorang nih. Maklumlah, nama jer aku kelas sama ngan dorang, tp aku terpaksa tumpang kelas orang lain sebab aku banyak tranfer kredit untuk subject Part 1. So, nak jadik cerita si A nih tipulah kununnya BF dia yang jemput, sedangkan dia nak ngedate dengan lelaki nih. Lalu berlakulah insiden kantoi bla ayah dia call Bf dia sebab dia tak balik-balik menjelang petang.

[aku pendekkanlah sebab panjang sangat]


Disebabkan dia balik lambat, n tipu ayah n BF dia, so kantoi. Aku yang tatau menau nih n B  yg dah mengenalkan lelaki nih dengan A kena marah pulak dengan BF member aku nih. Hmmm,honestly, aku tak suke BF kawan aku nih. Baru bercinta dah nak kongkong abes-abesan. Dah lah cemburu buta, panas baran pulak tuh. Kadang-kadang angkat tangan. Pastuh hal kecik sampai nak bertumbuk pulak dengan lelaki tuh. Hmm, korang yang lelaki janganlah buat mcam tuh ok..
  1. Pertama, korang dah memalukan awek korang, sedangkan, awek korang dengan lelaki tuh kawan biasa je. 
  2. Kedua, korang nih baru pakwe bukan hubby dia pon. Korang tak payahlah nak threat dia macam wife korang plak walaupon 5 tahun bercinta.. 
  3. Ketiga, awek korang tuh baru 20-an. Tengah belajar lagi. Jangan kerana sikap korang tuh buatkan awek korang jadik katak bawah tempurung. Tak dapat nak rase life masa jadik student. Come on lah beb, korang rasa dia hak korang, gi lah kawen dengan dia cepat-cepat. Tak payah nak berlagak cam hero sangat. 
  4. Keempat, korang tak takut ker sebab perangai korang yg over tuh penyebab awek korang carik lelaki lain.  Mungkin yang lebih baik. So, beware lah sikit. 
  5. Kelima, aku paling tak suka hal rumah tangga ko melibatkan aku yang memang tak amik tau nih. Aku tak penah kenal ko. Tetibe ko call aku nak berhangin n cakap bukan-bukan. Plzlah, klu ko pakwe yang sangat bagus sekalipun, ko masih tak bagus kalau ko cube nak menyombong dan bergaduh dengan kawan-kawan awek ko. Sebab kawan-kawan nih lah yang tau ko nih bagus ke tak untuk awek ko nih.. 
[Si B pon dah tak suke ko dengan kawan kitorang tau..Rase nak suh korang clash jer..Huh!]
***********


After a few days, my luvly friend nih msg aku. Dia mintak maaf sebab Bf dia buat macam tuh kat aku n B. By the way, aku bukan nak hangin tak tentu pasal, (walaupon mood aku memang cepat berubah). Tetapi as a man, Bf dia memang tak patut buat macam tuh. Lagi pulak masa tu kawan aku B nih tengah demam. And now, tengah di tahan kat Hospital Tampin sebab denggi. So, agak-agaklah kalau nak mengamuk sekalipunkan. Naya budak tuh tetibe kena maki free.
Bila aku masuk kelas Isnin lepas, A duduk sebelah aku. Memula gosiplah hal lain. Bla.. bla.. bla..then dia bukak cerita hal dia dengan Bf dia.
  • Ayah dia marah Bf dia sebab datang nak mengamuk kat rumah n nak settle problem yang kecil macam tuh time maghrib. Orang nak pergi masjid, dia sebok nak settle masalah dorang. Kata A lagi, Bf dia siap nak ajak kawan-kawan dia gaduh dengan budak lelaki tuh. Dia cakap ape guna silat kalau tak nak praktikkan. [Hmm, memang nak kena makilah dengan ayah si A ni. Macam nih ke contoh seorang lelaki matang dalam menyelesaikan masalah??] 
  • Ayah dia siap halau dia balik sebab family A nih ade hal nak keluar pegi rumah sedara dorang. Dah macam-macam dia bebel, Bf si A nih buat muke selamba je. [Kalau nak jadi menantu, hormatilah keluarga mentua kita.] 
  • Abang si A nih bagi penyepak a.k.a penampar kat A. Ayah A pun tak mampu nak cakap apa-apa. Dia just pandang muka Bf A n cakap: "Macam nih ke yang kau nak?" Terus Bf si A nih pergi sambil pecut kereta dia. 
  • Si A sebenarnya langsung tatau yang Bf dia nih meseg-meseg n call ktrg n tanya kat mana budak lelaki tuh. Nak tanye aku, confirmlah aku ceramah dia balik. Aku tatau. lagi mau tanye aku.  Yang pelik tuh, tah bile dia amek no. hp aku n B agaknye ek??
Then, si A nih akui, kesalahan dia.

Aku cuma cakap dia dia, walaupun dia ada Bf, tak salah kalau nak berkawan, tapi ada batasnya. Masa zaman aku bercinta dulu, aku memang ramai kawan lelaki, aku seorang yang sosial [bukan so-sial], aku suka jalan-jalan dengan kawan-kawan aku, tapi dalam masa aku tak penah tipu BF aku, even kalau aku tak cakap pon dia memang tak amek peduli  [sekarang dah ex ok]. Korang dah besar so jagalah diri sendiri. Jangan dah terhantuk, baru nak tergadah. Berkawan pun janganlah keluar berdua. Satu datangkan syak wasangka kat Bf korang. Kedua, Bf sendiri pon kita tak boleh percaya 100%, inikan lagi lelaki yang baru kita kenal. Kalau dia buat sesuatu tak baik. sapa nak tolong? Nak mintak tolong kawan pun, kawan tak ada kan?

So, think before you do. Sekian.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, September 28, 2010

Setiap pilihan, mesti ade penyudahnya..

Setiap pilihan, mesti ade penyudahnya..

Dah masuk 22 tahun aku sekarang. Tapi selama aku hidup nih, aku selalu salah buat pilihan tentang ITU.. Lalu, suatu hari, aku gagal lagi memilih pilihan ke arah ITU lagi. Kalau nak ikutkan dah kali kedua aku kecundang. Selepas itu, aku dah malas lagi dah membuat keputusan ke arah ITU..

Mungkin Allah tuh masih lagi menyayangi aku. Mulanya Dia menunjukkan jalan. Dan aku tetap berkeras hati tak nak mengikut jalan yang Dia tunjukkan. Ya! Aku memang keras hati orangnya. Degil serta tidak mendengar kata. Nasihat orang juga tak aku pedulikan. Sampai suatu hari, ketika memasak di dapur, adik aku berkongsi cerita. Katanya:

Kak Chik : Awa, masa kita balik kat sini, Kak Chik borak-borak ngan budak-budak nih [Kak Chik naik kereta dengan abang-abang dia n Anoi kt kereta lagi satu. Aku dengan Siti n Ida naik kereta dengan Mak & Buyah] .Then dak Angah cakap kau nih budak degil.
Awa: [Berderau darah] Yeke, kenapa tetibe dia cakap macam tuh.
Adik : Sebab ko bawak kereta dak Along (Hyundai Accent) sampai ke Muar sorang-sorang. Lepas kan ter 'lock' kereta tuh. Buat susah orang jer nak bukak kereta tuh dari luar..
[Lebih kuranglah ayat dia macam tuh]

Aku gelak jer. Walau pun macam tak kena jer sifat aku yang degil dengan jalan cerita yang Kak Chik cakap tuh .Tapi memang aku akuilah, aku memang seorang yang degil. Benda yang orang tak bagi, benda tuh lah yang aku nak buat. Selagi aku rasa aku betul, aku akan berusaha nak dapatkan jugak. Bahkan, itu bukan kali pertama aku dengar orang cakap aku budak degil.Hehe.

Tapi lepas berbulan-bulan, Allah nak bukakan jalan untuk aku buat pilihan sekali lagi, aku masih berkeras hati. Bagi aku, aku tetap nak pandang ke belakang. Walaupun aku gagal, aku tetap nak pilih pilihan kedua aku tuh. Kenapa degil sangat aku nih ek.

Aku menangis. Aku taknak sambung belajar. Aku taknak kerja. Aku rasa lumpuh. Aku taknak dengar cakap n nasihat kawan-kawan. Aku buat-buat gelak. Buat-buat kepoh. Kemudian, aku menangis lagi. For surelah kawan-kawan aku memang membebelkan aku siang malam.

Sampai suatu hari, Allah bagi aku peluang buka mata aku nih. Buka pintu hati aku nih. Aku rase itu petunjuk buat aku. Dia tunjukkan betapa berbezanya pilihan depan mata aku nih berbanding pilihan kedua aku yang dah pon temui kegagalan. Betapa tak ruginya aku jika aku pilih pilihan depan mata aku nih. Hanya DUA HARI. Aku ulang, HANYA DUA HARI. Walau pon dah lama aku nampak pilihan nih, aku tetap dengan ego aku. Bila depan mata, aku nampak, betapa baiknya pilihan depan mata aku daripada aku berpatah ke belakang semata-mata nak kekalkan pilihan sedia ada aku tuh. Dalam hati, aku berkata-kata. Mungkin Allah tuh sengaja nak tunjukkan, banyaknya kebaikkan aku memilih pilihan sekarang. Yang memenuhi semua yang aku perlukan.

Macam juga kalau kita pakai Maxis dan Celcom. Mestilah kita tau apa yang terbaik untuk kita. Ciri-ciri yang ada pada pakej yang ditawarkan. Takkan kerana Celcom itu ungu, dan Maxis itu merah..tapi sebab aku suke Ungu, maka aku perlu terminate bil Maxis aku walaupon aku suke pelan yang Maxis tawarkan. Hahaha, korang jangan kerut kening. Tuh hanya perumpamaan tentang pilihan kedua aku yang kecundang dan pilihan sekarang yang membawa masa depan yang cerah penuh dengan warna-warni Aidilfitri.

Buat masa sekarang, walaupun Arnin kata, "bila ko nak buat pilihan nih". Aku hanya sengih macam kerang busuk. Aku tau, pilihan yang kecundang tuh kecundang, sebab aku tak penah nampak masa depan aku. Aku tak penah dijanjikan apa-apa masa aku memilih pilihan itu. Ya! Kadang-kadang kita perlukan satu pegangan supaya kita yakin. Bukan kita membina keyakinan kita sendiri dengan berangan kunun-kunun itulah pilihan terbaik kita. Dan kesan buruk dari tersilap langkah memilih keputusan, aku sendiri yang berada dalam situasi kebingungan. Walaupun aku dah terang-terang mampu buat keputusan yang betul, tapi masih lagi terbelengu dengan kesilapan yang telah aku buat sendiri.. Hmm, entahlah. mungkin aku memerlukan extra kekuatan sebab sekarang aku yang tiada keyakinan diri lagi. Mujur aku ada kawan-kawan penyayang yang sentiasa inginkan terbaik untuk aku.

Oleh itu, terima kasih untuk Arnin, Wani, Ekin, Dila, Syed, Ika dan semua kawan-kawan sekeliling aku yang selalu beri sokongan dan dorongan. Sayangku tak terhingga buat korang sumer..
A.D.I.O.S

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, September 26, 2010

Selepas cuti raya selama dua minggu..


Hai kawan-kawan....

Bukan mudah nak menghadap laptop n menaip untuk update blog nih..Tapi aku cubalah spend time kat sini kejap..

Banyak benda aku nak update nih:

Perkara (1):
Aku balik lewat ke hostel serta berulang alik dari rumah ke kelas 3 hari minggu nih sebab jadik driver ayah aku..Nasib baiklah kelas aku tak pack..Walau bagaimanapun, agak kepenatan jugaklah sampai balik umah malam-malam, besok pagi sure aku liat nak bangun subuh..Tapi, aku seronok sebab aku tau mak aku selesa bila aku kat rumah menemani dia saat-saat Buyah terlantar di hospital...Macam-macam topik kami bualkan dalam kereta setiap hari sepanjang aku jadik driver mak aku..So, takdelah dia tension sangat kan..

Perkara (2):
Perangai aku yang memang selalu CUAI nih terbukti bila aku dah menghilangkan kunci hostel dan kunci locker menyebabkan aku terpaksa bergantung kat baju-baju yang aku dah bawak balik kampung.. Nasib baik aku ade extra space yang aku sediakan sendiri nak letak baju-baju kurung aku..Maklumlah, locker kat asrama nih kecik sangat..So, kebetulan masa kerja dulu, aku memang ade bakul baju sendiri yang aku letakkan baju kurung.So, aku bawak terus baju-baju kurung tuh terus ke hostel..Takyah susah-susah nak lipat lagi..hehehe!Nasib baik ade abang sombong yang tak pandai berborak tuh datang tolong gergajikan mangga solex aku tuh..Tak payah susah-susah aku nak bukak mangga besar gedabak aku tuh kan..hehehe..

::Tengok abang sombong nih gergaji kunci locker aku..Smart giler...::

Perkara (3):
Aku rasa bende nih macam tak penting sangat pun..Tapi, kadang-kadang kan aku setuju bila orang cakap 'Mungkin Allah sengaja biarkan kite kecewa dan berjumpa dengan orang yang salah sebelum kite jumpa orang yang betul-betul serasi dengan kita'..Tapi kadang-kadang aku menolak jugak..sebab dah kali ke 2 aku frust..Tak jugak jumpa orang yang betul-betul hargai aku..So, sekarang apa yang aku percaya, tak de hubungan yang lebih terjamin dan berkekalan selain ikatan perkahwinan..Jadi, biarlah aku bersabar dan banyak bertenang serta study bersungguh-sungguh untuk habiskan degree aku nih..Siapapun pasangan aku, aku redha jer...hehehehe...

Perkara (4):
Semalam, tak pasal-pasal pakwe kawan aku nak carik gaduh dengan aku n sorang lagi kawan aku sebabkan perkara tak masuk akal..Nanti aku cerita next post ok..

Perkara (5):
Naik cuti nih macam-macam due date nak kejar...Nak siapkan perbentangan, dengan exam, kuiz..Sian Deng aku sebab aku kurang bagi perhatian kat dia lately. So far, Jumaat lepas dah settle satu presentation untuk subjek Information System..Berhabuk-habuk nak speaking..Kah kah! Kitorang ade buat blog, tp jadikkan macam under re-construction jer sebab tak sempat..So, blog tuh akan di update oleh geng-geng kami sepanjang degree nih sebagai kenang-kenangan...Ni link dia, korang leh bukak kalau korang rajin..Tapi lom buat pape lagi.eheh! 

Perkara (6):
Weekend!!! Tuh lah time yang paling aku suke..Spent time dengan macik Arnin ajak dia teman aku carik jeans..Penyudahnya, aku tak jumpe jeans aku, dia pulak yang membeli belah dengan jayanya..Kalau aku kuar dengan dia balik lewat, aku tidur rumah dia..Mak aku pun dah faham dah n tak bising-bising sebab kalau aku balik lewat, takkan aku nak drive malam-malam buta kan.. Nak pergi uma Arnin jer dah makan 1/2 jam sampai 45 minit. Lalu hutan Terendak lagi..Tapi aku boleh jer balik tengah-tengah malam..Haha!


Perkara (7):
Ini update yang paling aku benci...Kawan-kawan aku cakap badan aku naik lagi..Argh, bengang abes...Ekin, Zana, Wani cakap badan aku naik...Si Arnin pulak cakap pipi aku makin tembam..Dah tak boleh pakai shawl lagi ok..Pakai tudung sarung tuh pon kena dielakkan..Adeh! Aku dah lama nak beli jeans pon sampai sekarang tak beli-beli lagi.. Kalau dulu saiz L pun aku muat, sekarang saiz XL pun aku dah gerun nak pakai...Tu lah penyebab kau tak beli jeans tadi..Kalau aku beli jugak, confirm mak aku halau aku dari rumah n tak ngaku aku anak! Haih! 

Td aku duk borak-borak dengan Yan kecik, dia cakap aku nampak makin kecik ade lah..(?????) Bingung lak aku..So, sekarang nih aku mule mengurangkan makan aku semula..Mungkin beraya selama dua minggu, selera aku bertambah-tambah..Lagi pulak sebulan puasa aku tak balik kampung, so, bila cuti..happy lah aku..Sampai selera makan pun bertambah-tambah..Ngeeee~~


(Note: Sedang membersihkan kipas yang dah berhabuk..Tinggal berdua jer dengan kecik..Yang lelaen pagi-pagi dah berambu tah ke mana..)





Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, September 20, 2010

Latest news about My Dad..:)

So far semalam masa aku datang, Buyah dah segar sikit....Pakai kopiah dia, berjalan-jalan kat katil patient lain buat sesi berkenalan..Kalau ayah aku power dalam medic, dah lama dia tolong bagi nasihat kesihatan kat orang-orang dalam wad tuh...

Tapi memang tak reti duduk diam..Tau lah macam 'McGyver', habis semua peralatan elektrik dalam wad dia dia nak check kenapa takleh hidup..Kalau dia bawak barang-barang 'McGyver' dia tuh, alamatnya memang boleh jadik technician kat hospital...Aku rasa macam nak ikat jer kaki dengan tangan dia supaya tak jalan-jalan..Tapi alhamdulillah, ayah aku dah sihat..Maklumlah baru jadik drakula Ahad lepas..Cume jadik bahan 'eksperimen' doktor pelatih sebab nak kaji penyakit ayah aku tuh..Hari Selasa nanti baliklah tuh..Aku pulak berulang-alik ke kelas 2 hari nih supaya mak aku mudah nak melawat ayah aku kat hospital..Nasib baik kelas hari nih pukul 4.30 ptg dan kelas besok start pukul 10.30 sampai 4.30 petang...So, bolehlah aku arrange jadual kelas aku dengan masa melawat mak aku...

Masa aku update post nih, mak aku telefon Buyah..Buyah kena masuk darah lagi...Siap buat suara lemah-lemah bila mak aku call...Macam dak Anoi lah pulak...Tapi dengan kawan-kawan segar lah pulak...Ngade!

[Note: Sedang risau peperiksaan final sem yang akan tiba kurang 4 minggu lagi]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, September 19, 2010

Yang sempurna.....

Lirik 
Yang Sempurnakan Ku – Sixth Sense

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harumi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

*Chorus

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ulang Chorus 2X

P/S: Thanks to Arnin yang updated lagu 6ixthSense nih kat aku...Kenapa abg Ady aku ni makin chubby???
[sedang dengar berulang kali kali di WINAMP tanpa jemu..walaupun hatiku susah menantikan tetamu yang nak datang besok nih..Ades]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Ayahku drakula..


Propa tak statement aku nih...??


Ayah aku ade Thalassemia...Adik beradik aku semua ade Gen-2 jugak macam bapak dia..Pembawa kepada penyakit Thalassemia nih...Kalau nak tau lebih lanjut, leh bukak link nih..Thalassemia Aku rasa maklumat dia bagi tuh hampir lengkap kot...:) 
[Note:klu nak jadik pakwe aku, korang kena check darah dulu tau..Kalau korang ada Thalesemia, confirm-confirmlah kena rejek sebab aku tanak anak-anak aku mati cepat]


*****

Ceritanya camnih: 

Semalam aku melawat Buyah kat hospital..Dia ditahan di hospital since petang Jumaat lepas semayang Jumaat..Katanya, dia tension, then jantung dia pam darah laju-laju tapi takleh proses darah.. Then, aku pon tak paham kenapa darah yang dipam tuh effect kat perut Buyah aku.. Semalam doktor check, darah Buyah tinggal 7 lebih..So, kena masukkan darah sampai normal 8 semula..[bagi pengidap Thalassemia, paras kemoglobin 8 itu normal] Masa aku sampai memang Buyah dah kena cucuk darah..Mak pulak setia kt sebelah urut tangan Buyah supaya darah tuh mengalir cepat kt dalam badan Buyah..Kesian tengok Buyah, tp tengok dia happy dan bersenang-lenang kat atas katil tuh pun dah cukup menenangkan jiwa aku..Lagi pulak orang kat sebelah katil Buyah ngah nazak..Menakutkan jek....


Mase kami sampai dah pukul 2.30 petang. Habes waktu melawat. Orang sakit nih boleh merayau tengok TV kat luar. Takleh dok diam betol. So, kami menghantar ibu kesayangan menemani suaminya semntara kami beraya di sekitar Melaka bersama adik beradik perempuan SAHAJA.

Bila sampai semula pukul 5.30.. 
 Pesakit tengah makan..Orang sebelah pesakit pon sebok jugak makan sekali..

Tengoklah darah dia pekat kan...Takut!!!!Mak aku plak yg nmpak runsing, padahal ayah aku rilek jek lepak2 atas katil.. 


*****


Kebetulan, sedare aku pon masuk hospital saing ayah aku Jumaat lepas..Pangkat Pak Cik sedare walaupon dia bawah aku..Aku mmg banyak sedare pangkat pak cik2 pun..ngeh2...

Nama dia Halim Abdul Majid..Eksiden melibatkan motor, dia (pembonceng) kene langgar dari belakang oleh kereta ape tah.. Tangan dan kaki patah..Tumit kaki hancur..
Kejadian berlaku semasa pembawa motosikal, juga Pak Cik sedara aku cube membuat u-turn dan dilanggar dengan begitu lagu nye oleh pemandu kereta berbangsa Cina. Mengikut maklumat dari Tok Cik dan Nek Intan, kereta beliau masih di balai polis dan kes ini disiasat oleh pihak polis.

Nampak jek tebal, tp sebenarnya, tumit kaki dia hancur..Tengah tunggu doktor buat tumit baru untuk dia...Ngeri!



So, korang tolong doakan Buyah n sedare aku nih sihat seperti biasa yer...


~Sekian, terima kasih~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, September 13, 2010

Caution: My heart is fragile





♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan org yang salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

  1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy