Pages

Mari mengumpul bloggers!

Monday, May 31, 2010

Budak Wanted yang sebok! (Sinambungan Mari Melukis)

Siapa yang bace pos aku Mari Melukis!!! mesti tau sape dia ape BUDAK WANTED nih kan..So, aku tak perlu kenalkan sape lah kan..(malas btol aku  nak buat link kan??) Hari tu dia cakap aku jadikkan dia bahan..kali nih dia lak jadikkan diri dia bahan catatan aku..ahaha!Sebok jek soh aku updated blog ngan hasil lukisan dia (tp cantik sebab aku touch up sebenarnya)..

p/s: Eh, mane korang tau aku yg touch up?? Aku just berbisik dlm ati jek td...Pandai lah korang nih..(o.0)

Tengoklah hasil lukisan BUDAK WANTED yang cantik nih!
~terima kasihlah banyak2 sebab cakap aku comel :^O~

~Disebabkan chat nyer terlalu sukar utk dikongsi sebab banyak censored, so aku share hasil lukisan si BUDAK WANTED ni jek lah eh..Ahahahaha!~

 



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, May 30, 2010

Mari Melukis!!!


Dah beberapa hari aku layan BUDAK WANTED (click utk lihat muke BUDAK WANTED) yg telah menceroboh blog aku..ahahaha..Dan ketika itu jualah kami masuk kelas lukisan Darjah 1 mase dulu2 tuh..Eheh..

Oleh kerana BUDAK WANTED tuh tak reti melukis, aku suh lah dia kaler2 ape yang patut kat lukisan aku yang sangat berSENI tuh... masa dah nak finishing (dalam hati dah berangan buat print screen buat koleksi), bleh pulak si BUDAK WANTED nih conteng lukisan mahal aku ala2 POTRET MONALISA tuh....Cis2, tak patut btol....
Tengoklah ape tjadik kat lukisan ala2 MONALISA ku ini:

AFTER DI SABOTAJ--->
~malas nak crop~


LEPAS CUBE NAK MEMPERBAIKI LUKISAN BER SENI AKU:)--->
~still malas nak crop~

Seterusnya (ape yg diperkatakan tentang lukisan nih):

PART 1: BARU MULA NAK LUKIS
BUZZ!!! 
BUDAK WANTED: arghhh 
BUDAK WANTED: susah r nk lukis
EimaruSi|ence �: warnekan
BUZZ!!!
 

PART 2: BANYAK SONGEH LAK BUDAK NIH
BUDAK WANTED: detail kn lg lukisan ko
BUZZ!!!
EimaruSi|ence �: amacam
EimaruSi|ence �: comel tak
BUZZ!!!
 
BUDAK WANTED: x detail la 
BUDAK WANTED: tmbh la pokok 
BUDAK WANTED: kat bukit 
BUDAK WANTED: letak burung terbang'
BUZZ!!!
EimaruSi|ence �: tuh kan ade tuh
EimaruSi|ence �: nmpak cam pokok tak
 
BUDAK WANTED: mne nye 
BUDAK WANTED: x de pape prubhan pn
EimaruSi|ence �: aik
EimaruSi|ence �: tuh
EimaruSi|ence �: pokok2 kat kaki bukit
 
BUDAK WANTED: sengal 
BUDAK WANTED: mne de
EimaruSi|ence �: itu pokoklah
EimaruSi|ence �: ne le lukis kecik2
EimaruSi|ence �: bagi aku pencil ngan kertas
EimaruSi|ence �: t aku lukis
BUZZ!!!
EimaruSi|ence �: tuh pagar
EimaruSi|ence �: hehe
EimaruSi|ence �: pastuh letak pelita
EimaruSi|ence �: tuh nmpak api tuh

PART 3: PART PALING MEREPEK
BUDAK WANTED: org men bola la
EimaruSi|ence �: mne ade org main bola atas sawah ngong
 
BUDAK WANTED: mne de sawah 
BUDAK WANTED: sengal
EimaruSi|ence �: tuh blakang sawah lah dol
EimaruSi|ence �: cume g sawah
EimaruSi|ence �: mse sekolah blajar pend kan seni
EimaruSi|ence �: lukisan sawah camtuh ar
 
BUDAK WANTED: x jugak 
BUDAK WANTED: sungai pn bleh jugak
EimaruSi|ence �: google!!!

PART 4:BUDAK WANTED DAH MULA SABOTAJ
BUZZ!!!
EimaruSi|ence �: ala
EimaruSi|ence �: jgnlah conteng
EimaruSi|ence �: aku nak buat koleksi
EimaruSi|ence �: bongek!!!!!!!!
EimaruSi|ence �: aku taknak kawan ko lg
EimaruSi|ence �: !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
BUDAK WANTED: ko nak aku kalerkan ke x? 
BUDAK WANTED: td ko soh aku kaler
EimaruSi|ence �: penat aku lukis cantik!

PART 5:BUDAK WANTED DAH MULA RASE BSALAH KENE MARAH...HAHAHAHA(GELAK JAHAT)
BUDAK WANTED: k r 
BUDAK WANTED: aku padam blik 
BUDAK WANTED: dah
BUZZ!!!
EimaruSi|ence �: jap
EimaruSi|ence �: jgn usik!



SO...WHAT HAPPEN AFTER THAT (??)--->
(eima... aku x sngaje r.. aku x tau pape)
Psssttt: Jgn marah k...heheheh:)

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Oh Tidak!!!!

Cis, dah macam blog Oh! Tidak lah pulak...eheh..

sambung balik cerita asal....
"Tolong!!!!! Ade orang baca blog aku senyap2!!!!!
kunun surprise gile.....

Siap ko.......,
Budak wanted yang telah menceroboh blog aku...ahahaha






Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, May 25, 2010

~Cerita tak bertajuk~ (V,2)


Kau....,

Kau bahagia, aku sokong pilihan hidup kau.. Aku doakan kebahagiaan kau..Aku jaga hati pasangan kau sama selayaknya taraf kau sejak azali lagi..
Bahkan aku doakan kebahagiaan kau sampai bila2...
Kau dah ada ikatan menuju kebahagiaan, sedangkan aku...masih terawang2...
Tapi bukan bermakna kau boleh sesuka hati memperlekehkan dia..


Kau....,
Pernah tak kau cube membahagiakan aku..??
Tp kau rampas kebahagian aku yang sedikit nih..
2 tahun aku mbina, tp senang2 kau hancurkan dengan kata2 kau yang mmedihkan..
PAtutkah aku mhormati kau lagi selepas nih walaupun sepanjang hayat aku cuba merapatkan diri dengan kau...


Kau....,
Ungkapan kau...cukup buatkan hatiku terhiris, walaupon ditujukan padanya..
Apatah lagi dia yang menghadapinya...
Sampaikan nama mak ayah memberi turut dipersoalkan...
Tak pernahkan kau perasan siapa dia di hatiku ini..
Pernah tak kau bmesra dengan dia..
Yang kau sendiri tau betapa istimewanya dia di dalam hatiku...
Adakah kau sahaja yang patut bahagia..
Sedangkan aku, hanya mbahagiakan kau sepanjang hayat ini?
Pernahkah kau sedar, betapa aku cuba mbahagiakan kau walaupun sedikit kudrat yang mampu kuhulurkan..


Kau....,
Dah cukup mbuat aku derita kali ini..
Dah cukup buat ku derita..
Tak cukup dengan layanan dingin kau pada dia..
Kau tambahkan dengan kata-kata mengiris hati..
Bukan pada dia semata yang tluka..
Tapi aku juga turut terasa biasnya..

"TERIMA KASIH ATAS SEGALA YANG KAU LAKUKAN PADA AKU..... WALAUPON KAU TAKKAN BACA POST NI PADA SAAT INI, TAPI AKU MASIH BHARAP ADA HARI ESOK UNTUK KAU RASAI BETAPA TLUKANYA AKU DENGAN PERLAKUAN KAU.."


NOTE: Kau..orang yang selayak ku hormati selama ini, tp kau juga yang mengambil hak tuh.. Aku tak pernah mbenci kau, tp cukuplah aku katakan...AKU BETUL-BETUL TERLUKA.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, May 19, 2010

~Cerita tak bertajuk~



Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang

Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu
 
 Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan

Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan

Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

--T.A.M.A.T-- 

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Kalo binatang ada facebook… agak-agak apa status mereka…??

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah… 
 
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!…

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, May 16, 2010

Semalam yang masyuukkk!

Dua hari berturut2 aku g Tangkak..Projek Tangkap  gambar Matrik Card pakai sistem database yang En. Nas buat semata2 untuk projek nih...Ade enam section yang Kolej Matrikulasi Tangkak mintak...Kita sediakan tripod, kamera, sistem pengambilan gambar serta siap ngan database student yang dah masuk dlm sistem..So, Unit ICT sana just amek gambar.. Kami just set up kelengkapan and stand by jek bantu ape2 yang patut.. Lebih kurang 3,000 student yang terlibat dari blok A sampai blok F... Tapi pengalaman ni memang best..Dari aku duduk jek dalam office ngadap documentation, syok jugak dapat keluar buat kerja..

Ade aku amek gambar masa kat sana.. Tapi semua dalam camera office and camera En. Azmi.. Masa pergi hari Jumaat, aku, Mizi saing pergi dengan En. Azmi naik kereta dia..speed sampai 170km/j dia bawak..Tapi still steady jek..Hehehe..Then, balik pukul 5.30 ptg, singgah runah Mizi kat Tangkak tumpang peralatan camera and tripod.. 

Sabtunye, pagi2 buta lepas Subuh, aku bersiap nak gerak ke Tangkak.. Saing ngan En. Yazed naik kereta office..Mula2 tuh macam berani tak berani jek nak naik kereta tuh..Tapi bila sampai highway, oklah...Speed paling tinggi pon 130km/j..hehehe..Lebih dah tak berani.. Takut tercabut semua body2 kereta tu..
(ktrg panggil kete tuh MAN) Tp alhamdulillah, sampai dengan selamat.

Baliknya lebih kurang pukul 4.00 ptg kot, aku singgah office dlu hantar barang2 camera.. Ajak Nizam pergi Melaka Wonderland Theme Park. Saje pergi..bukan nak main air pon.. Nak tengok openning dia jek 15/05/2010.. Tapi macam tak ada ape jek kat sana.. Tiket weekend sampai RM30, weekday RM20 bape tah..Tapi semalam dengan hari nih (16 Mei 2010) harga promosi RM20.. Kalaulah percume..mesti ramai orang datang kan??



So, kalau korang nak pergi sila ikut peta nih ok

Oleh sebab ia bukan percuma, kami bergerak ke Taman Botanikal tak jauh pon dari situ (sebelah je ponnn). Sampai-sampai jek Nizam siap ajak pura-pura kunun-kunun kami nih pasangan bercinta..(ambil feel lah kununnya).. En. Yazed bantai gelak jek.. Aku penah pulak dating dalam hutan jek..Adoi..

Kat sana memang best wat tempat jogging. So, aku maybe akan berjogging di sana lah kalau hujung-hujung minggu nih.. Memang redup and nyaman sangat-sangat.. Then, kerana pakai jeans and baju kerja ker, aku ngan dak2 nih sewa basikal.. RM2.50 setengah jam..Kami bertiga mengayuh-ngayuh lah sampai tercungap-cungap.. Memang penuh keazaman aku mengayuh.. Maklumlah, pagi tadi dah makan nasik lemak and nasik campur.. (pegawai ICT kt sana ajak mam sekalik..) hehe..
[p/s: Aku tengah in progress untuk kuruskan badan ok]

Lepas berehat-rehat setelah kuyup badan disimbahi peluh, we all pon balik..Singgah dulu kat Tasik Ayer Keroh (tempat 1st dating aku ngan Mr Silence).. Actually lalu jek kat sana.. Aku tunjuk kat En. Yazed tempat rekreasi kat sana.. Memanglah best!Ada tempat nak berkayak, wall climbing, dewan badminton, memanah, memancing, taman mainan dan pelbagai aktivitilah.. Sumday, maybe aku akan pergi kat sana lagi untuk beriadah di hujung minggu.. Semalam dah overload.. So, balik rumah, aku berehat sepuas-puasnya....






Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, May 12, 2010

~Home Alone~

1stly before start pape, nk wish 'Selamat Bertunang kt Angah & Kak Ogy'..Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan.., akhirnya mereka diikat dengan ikatan pertunangan..Alhamdulillah..Moga2 jodoh mereka dipercepatkan lagi..Aku sebagai adik sentiasa mendoakan kebahagiaan abg aku..


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, May 5, 2010

Tak tau kenapa dgn aku ari nih..

Aku tiap2 hari nak tulis macam2 kt blog aku nih..Tp tinggal dalam draft je lah..Insya Allah lah, klu aku ni kuatkan azam menaip, akan ter post jugak post nih..(ape yang aku meraban ni)

Ada 2 blog yang aku rajin tengok 2 3 hari nih..kat sini & kt sini jugak..Kagum tengok dorang nih meng kuruskan diri..Al Maklumlah, sedare-mare aku pon dah lama tak update blog...So aku singgah je lah blog sape2 yang menarik perhatian aku..Biasanya orang post kat Facebook..Atau pon, aku sendiri yang mengilhamkan diri googling artikel yang menarik perhatian aku..hehehe.

Lately, aku rase teramat letih.. Tension pon ada.. Balik kerja, tak dapat lepas Maghrib, balik jek trus aku tido..Teruk kan?? Pastu pukul 10 get ready tngok samarinda.---->Asmaradana...Takleh lah aku terdengar kekasih aku Ady 6ixth Sense tu nyanyi lagu Tak Bisa Memilihmu..Otomatik badan aku yg lunyai n lemah gemalai nih g depan TV..Klu tak, dr pukul 6 ptg (paling awal ar tuh sampai uma) sampai esok paginye, aku berkurung dalam bilik or kuar g makan..
(psssssttt: Aku ni jarang dok depan TV..tak caye tanyer orang yg penah serumah ngan aku)

Klu balik kerja aku tak tido, nanti citer Samarinda aku tahan mata lg..Kalau atas pukul 11 aku tak tido jugak, alamatnya pukul 1 lebih mesti aku bguling2 sebab takleh tido...

Hari nih keje masuk hari kedua aku tak gi rehat..(sebenarnya tiap2 hari macam tuh)..Mane taknya, nak rehat kene rotate, tp time pukul 1 tuh, sume orang kuar rehat, aku lah yang stanby kt opis..Padahal, macamlah orang tatau time lunch hour orang pergi makan..bila orang balik rehat, macam lupe jek aku tak kuar lunch..Semua kerja baling n campak2 jek kat aku..Sampai diri sendiri tak mampu nak catch up semua kerja..Tension sangat..Bila tak buat, orang cakap aku ni teruklah, aku ni careless, aku nih tek semenggah..tp keje ko, ko bg kat aku, keje aku takleh mintak tolong orang, tp keje orang lain..aku jugak yang buat.. Mau aku tak mabuk depan PC..Nasib baik aku bukan PC, klu tak msti dah kuar Blue Screen kt muke aku..:(

Hari nih jek aku buat 3 kerja satu masa:
Acct: settlekan akaun syarikat dengan Company Secretary
Specification product: Kena type 6 m/s x 2 untuk 2 product yg aku pon tatau ape sebab they all bg hard copy jek.
sambil tuh....
Print out Profile Syarikat sebanyak 90 m/s yg masih tak disusun lagi..
Ringkasan---> mata pandang PC n menaip spesifikasi product, telinga on da phone n explain pasal acct kt Company Secretary sambil tangan pilih folder untuk print Company Profile.. Gile..Berasap aku..

Kt rumah pulak, saluran tersumbat, semua lepas tangan n buat tak tau..Bengang babis..Nak mandi punya pasal, aku pinjam getah paip mak cik sebelah, g sedut air dalam bilik air gune Teori Tekanan Rendah n Tinggi buyah aku..hehehehe. At least, aku dapat mandi, tp aku tak share pon teori aku kat budak uma aku..Biar aku sorang jek wangi..Padan muke dorang kepam..Bila tukang paip datang, kejap jek dah ok, terbang RM20.

Cakap pasal duit yang beterbangan, balik kerja, dengan muke yang kusut, aku gi ar Petronas Ayer Keroh..nak mengosongkan duit kt Maybank aku bayar duit sewa rumahlah kununnya..kt tengah jalan bertentangan nak masuk simpang Petronas lak, tetibe enjin MW mati..dengan pakai baju kurungnye, terkial2 aku kt tengah2 jalan nak free kan gear n tolak motor kt tepi jalan..BUNGOK! Tuh je lah ayat yang aku mampu menyumpah dalam hati walaupon aku tau muke aku dah pucat lesi sebab hampir mati katak tengah jalan..Nasib baik abang India  yg tengah lepak dalam lori dia tolong tolakkan motor aku sampai ke kedai motor bape meter jek kat situ. 
 Tengok dawai dia tuh dah hangus dah

Coil dia rosak..wayar2 tuh hangus jek aku tengok.. Terbang lagi RM35..Bape dah aku pokai ari nih..Sepanjang aku tercatuk kt bengkel motor tuh, debar2 tuh still ada..kali kedua aku hampir mati katak tengah jalan..Bila dah siap, aku nak gi cucuk, rase macam nk meraung jek masa nak keluarkan duit aku..Napelah cepat sangat duit aku habes nih..


Balik rumah, Arnin yang cun memikat call aku.. dia sorang jek lah yang memahami tension keje n mdengar ape yang aku citer dengan tekunnya..tak jadik aku nak nanges bila dia wat lawak..takpe Nin, tengahari esok, aku rembat kete opis jmput ko kt opis n lunch together kt Naiman wokeh..

Ingat pasal makan, laaa nih aku masih lom makan pape since pagi td melainkan Roller Coaster n Kacip Fatimah sebab teramat ngantok berjaga malam td, pam air yang tersumbat dalam bilik mandi gara-gara takut pergi kerja tak mandi pagi..hehe. So, klu nak ikutkan petua2 kawan2 blog aku tuh, aku lagi advance n menuju ke kubur sebab tak menjaga time makan aku ni bebetul2 sejak dua menjak nih.. Tapi badan aku still tak susut2... Hehe.
 (Teringat gi tengok wayang n makan Siakap Pedas kt Berkat Salam malam semalam ngan Oren n Mr. Silence..)


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy