Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, January 15, 2013

Panduan untuk suami ketika isteri sedang hamil


Panduan berguna,terutama utk kaum suami...:)


PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

  1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.
  2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
  3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
  4.  Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
  5.  Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
  6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
  7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
  8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
  9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
  10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
  11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
  12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

  1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
  2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
  3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
  4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.
  5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”
  6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

♥ Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri ♥

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri...bukan sekadar simpati. 

* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, January 9, 2013

Kaki cramp ketika mengandung

Assalamualaikum wbt.

"Awak nih macam orang tua lah. Muda-muda dah selalu cramp kaki.."
Sindiran doktor sebulan lepas selalu menghantui aku. Nak-nak sejak aku kerap kekejangan kaki malam n pagi-pagi nak bangun tidur. 


Actually, sebenarnya kaki cramp @ simpul biawak @ simpul urat tuh dah jadi satu lumrah bagi orang mengandung nih. Lebih-lebih lagi pada trimester kedua dan ketiga. Aku mengadap masalah nih since nak masuk trimester ke 2 sebab gi Langkami, panjat tangga nak mandi kat Tasik Dayang Bunting punya pasal. Ditambah malang bila dapat bilik dengan geng kaki kipas n air cond, dan pihak penginapan yang sediakan selimut nipis kat bilik. Sob sob sob. Malam-malam nangis sebelum tidur sebab tak tahan sejuk. Balik Langkawi, aku tak dapat jalan dengan baiknya sebab kaki cramp dan tegang. Sabar je lah.


Pagi tadi, situasi kaki cramp berlaku lagi. Lepas Subuh, aku baring semula. Tah silap macam mana, masa lurus kan kaki (ala-ala mengeliat), kaki aku cramp. Masa tuh dah tak rasa malu ngan roomate. Sangat sakit ok. Roomate pun juz tengok je sebab tatau nak buat ape. Aku pun tak salahkan dia. Umur 21 tahun, apa je dia tau pasal masalah orang mengandung..


So, untuk mengelak kaki diserang cramp, memalam, silalah sapu betis anda dengan minyak angin. Sila pakai stokin bagi mengelakkan kesejukan. Sebelum tido memang kita rasa panas, tapi menjelang tengah malam hingga ke Subuh, suhu akan mula sejuk. Senaman regangan kaki juga harus dilakukan untuk mengelakkan kekejangan pada waktu malam. Jangan lupa alas kaki dengan bantal yang lebih tinggi bagi melancarkan peredaran darah di kaki. Selimut bukan untuk tutup perut boyot anda, tapi sila tutup kaki anda ye. *Note untuk diri sendiri:p

Bila dah cramp macam nih, rasa bertuah bila ada suami di sisi. Kalau time cuti weekend, cik Abang lah tolong sapukan minyak angin, tolong urutkan belakang sebab angin n pinggang lenguh dan buatkan kite susu. Now kene rajinkan diri sapu minyak angin, kalau tak, tanggunglah sakit tuh sendiri. Hehe

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy