Pages

Mari mengumpul bloggers!

Monday, February 28, 2011

Im already taken.

Semua tanya dengan siapa? Confuselah.. macam-macam. Ya..bila macam-macam perkara berlaku dalam masa 6 bulan, mestilah orang mula confusekan. Siapa follower blog nih, taulah. Yang tak bukak-bukak, or nak jadik follower pon takmu, FINE.

Alhamdulillah, selesai susah majlis pertunangan aku dengan Encik Tunang petang pada pukul...errr, tak sempat tengok jam lah, orang luar dah mintak keluar tonjolkan muka.

Alhamdulillah sekali lagi, dengan pelbagai dugaan yang tiba, akhirnya kami diikat dengan ikatan pertunangan. Jadi, aku combinekanlah semua ucapan dalam post nih yer:


Combinelah senang dalam satu gambar ye.

  • 22 Feb 2011: Birthday Incik Tunang
  • 27 Feb 2011: Kami bertunang
  • 28 Feb 2011: Kami bercinta
Geli? Aku pon sama lah! Haha. Ape pun, aku ucapkan syukur sangat kerana walaupon banyak dugaan sepanjang 3 tahun bergelar kekasih, kami selamat mengikat tali pertunangan. Perkahwinan tuh, biarlah dirahsiakan terlebih dahulu. Dah siap kad, aku ajaklah korang datang bertandang yer.

Buat kawan-kawan yang tak dijemput, maaflah. Tunang je kan. Yang dijemput pon tak datang, kalau aku jemput orang pon, macamlah korang datangkan?

Gambar mase tunang? Satu je lah. Kang banyak-banyak, bukan ade nak puji pon....


Bunga nih Encik Tunang bagi, diwakili ibunya masa sarung cincin. Encik Tunang tak dapat tengok saya, tapi saya dapat tengok Encik Tunang kat tingkap. Nak jenguk pon orang tak bagi..Ngee~~ 

Cian Encik Tunang tak dapat tengok saya mekap. Bergambar bersama? Jangan harap!

Hadiah saya buat Encik Tunang *9 berbalas 7*

Cukuplah dua yer. Dua pon dah banyak. Terima kasih kepada saudara mara dan jiran tetangga yang bertungkus-lumus menjayakan majlis yang tak seberapa ini.

Doakan ikatan pertunangan ini kekal sampai jinjang pelamin.

[Note: Sori Encik Tunang, ni je gambar yang saya boleh kongsi kat awak]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, February 27, 2011

Menghitung jam-jam terakhir

Pukul 1231. Sempat layan game n chat dengan Cik Oyen Gojes. So far, borang bese-bese je kat FB. And having fun wit member-member Farmville Tegar. Syiokkk! Peluh-peluh otak nak fikir slogan terbaik semata-mata nak rebut pokok Gold Apple yang RARE sangat kat FV tuh.. Hahaha. katun!

Now, even takleh tido, akan ku cuba juga menyumbat telinga dengan earfon sambil mendengar lagu-lagu sentimental kat N86. besok dah bertukar tuan semula:)

Maaf, tak niat tiru pic Miss Ainil, sebab saya memang sedang mengire waktu nih.

Sebelum tido, dan sebelum saya dah tak seperti kamu semua kenal dahulu, saya mohon ampun, jika sepanjang perkenalan kita, ada tersalah laku, terkasar bahasa. Ampunkan saya.

Tapi saya tak penah berubah. Saya masih macam dulu.

.....

Nak cakap lagi, tapi macam biasa, semua terpendam sendiri dalam hati.  Macam biasa,

"Biar Alah aje memahami hati saya"


~Syukran~

[Note *Orang tanye: berdebarkah saya, saya jawab: Baju tuh sangat mengong! Benci ALICE!]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, February 15, 2011

New lesson

Tadi hantar En Yazid ke ofis, pegang kereta dia sampai hari Khamis. Ada rombongan dengan intake baru Kursus Lepasan Graduan INSEP ke Pangkor. Walaweh, ku menghantar Encik Yazed, walhal, adik aku student dia. Keh keh!

Lebih kurang 11 lebih, baru heading to our home. Tapi masa nak balik, aku pusing-pusinglah area Melaka town, pantai area Eye on Malaysia then merayau-rayaulah sekitar area situ. Then, tanye Dila, ape kata ajak Yus dengan Y a.k.a Asyrani? Aku rasa itulah geng kami dalam kelas yang very supporting. So, we turn back to Dataran Pahlawan and going to KL (Kota Laksamana). Masa tuh Yus dengan Y baru habes meeting MASA (Marketing Associate Student Affairs) kat KBM then dorang decide nak pergi karok kat MP. Malangnya MP full, then nak ke The Jetty, tapi mahal. So, kami juz lepak-lepak minum je kat KL..Huhu.

Bagi aku wonderful nite lah hari nih. Terasa macam dorang brainwash otak aku yang berkarat nih dan sangat pemalas nni. Sekurang-kurangnya taklah aku melepak tak tentu hala tanpa ape-ape input. Aku salute dorang, walaupon dorang nih YDP (macam Presiden lah), Biro Public Relation, Bendahari dan Biro-biro khas, aku suke sebab dorang boleh join kami-kami yang kokak nih duduk semeja dan cari solution kenapa tak ramai ahli MASA yang betul-betul involve dalam aktiviti kat MASA.

Tak sangka kan, perkara yang kebetulan tuh buat aku muhasabah diri dan apply semua perkara yang aku belajar masa tengah duduk menyembang. Contohnya dalam Management (masa Dip dulu, subjek Pengurusan Perniagaan kot). Pentadbir / Top Management selalu bagi arahan macam tuh, macam nih pada orang bawahan, sedangkan mereka tak memahami ape kehendak orang bawahan. So, top management just syok sendiri je kan? Tapi dorang pulak, dengar rungutan, cadangan dari aku sebagai ahli yang betul-betul pasif nih, then cuba nak baiki segala kelemahan yang ada. Yang paling aku terkesan, bila yDP tuh cakap kat aku, 

"Jangan jadi backstabber, kutuk-kutuk bagai, sedangkan tak tahu ape yang top management try untuk bagi yang terbaik"
-Bukan 110% ayat yang sama keluar dari mulut beliau okess-
 Tak terasa? Tipulah tidak. Ofcoz lah terasa sebab aku yang bercakap. Bak kata Yazed (Bendahari), 
''Patutlah ko nih suke Admin, sebab ko kena pressure baru ko buat kerja'' 
Terima kasihlah sebab ko sangat memahami aku. Aku akuilah perkara tuh. Bukan aku taknak berbisnes, so pelik jugaklah kalau aku amek Marketing kan? Tapi aku lebih pada admin, sebab aku bukan manusia yang ada afford nak dapatkan orang untuk jual produk, tapi aku nak orang datang kat aku tanye ape produk yang aku ada. Then, ktrg pon discusslah planning bisnes aku secara kecil-kecilan kat KBM nih dan jugak bisnes jangka panjang aku dengan jiran aku after graduate nanti. Jadi. tolong jangan ajak aku jadi 'sales person' or join MLM sebab aku sangat pemalu.

So, cerita punye cerita, pukul 4 pagi jua kami balik. Aku hantar Yus n Y kat rumah dorang. Amek soalan untuk assignment OPM then pulang ke rumah. Hingga saat nih, aku rasa happening sangat!




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, February 14, 2011

Cara nak mengenali orang yang poyo



Ini printscreen dari salah seorang kawan fb aku. Dah ku remove sebab poyo sangat. Sakit lak mata aku nak baca status ko.


Ko nak delete akaun ko, delete je lah, tak payah nak tulis panjang-panjang kat post. Nyampah pulak aku aiii... Ingat nak hidden je status ko, tp better aku delete je lah. Inilah salah satu orang-orang poyo yang ingin aku tunjukkan. 


Sekian terima kasih.
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, February 13, 2011

Al-Fatihah buat Nik Aziz

Terkejut aku dengar berita ni. berdebar-debar jangan cakaplah.

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali menemui Allah yang Maha Pencipta. Marilah sama-sama kita doakan semoga urusan kuburnya dipermudahkan serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya.


KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini. 
Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.
Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Sumber: Utusan Malaysia online
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, February 10, 2011

Takde kerja

Tadi semangat berkobar-kobar nak update blog, duduk depan lappy since sampai rumah till now. Tapi, malas pulak nak update.

By the way, Buyah dah selamat sampai rumah. Kata mak, doktor cakap Buyah letih. Tak dapat baca darah Buyah. Biasalah, orang Thalassemia ni darah tak kuat. Mungkin penat 2 minggu sudah mengemas belakang rumah. Buyah tuh bukan kuat sangat. Kalau dak Angah dua hari menyimen dah demam, inikan buyah tiap-tiap hari buat kerja kuat tuh.

Sepanjang 2 hari di hospital, aku ulang aliklah dari rumah ke kelas sambil drive bawak mak ke hospital. Kelas habis pukul 6.30, so, semayang asar n maghrib siap-siap baru jemput mak. Kalau tak semayang Maghrib siap-siap, nanti qada' takyah je lah aku. 
*Tolong sekeh kepala aku bulih tak?*

Hari nih Buyah nampak cergas sikit, banding semalam, masa aku datang jemput mak, Buyah tak sedar. Tidur je. Sampai nurse tolak katil dia keluar dari bilik pon dia tak sedar. Sembahyang pun tinggal. Mungkin sangat penat ditambah doktor injek bagi ubat tidur. Kesiankan Buyah, sampai pengsan pon bawak diri sendiri ke hospital. Buduh betul doktor suh ayah aku 'menghantar' dirinya sendiri ke hospital Melaka. Kalau terpengsan lagi sekali masa odw ke hospital Melaka kan dah susah?

Tapi hari nih dah keluar hospital, kemain cergas. Bawak kereta ngeri betul.

Esok ade dua kelas je sepatutnya. Pukul 1230 pm- 230 pm & 430 pm - 630pm. Malangnya, malam ada kelas ganti HRM pukul 830 pm - 1030 pm. Aku tatau datang ke tak sebab esok aku drive dari Masjid Tanah pakai kereta buyah. Sebab jumaat takde kelas. 
*Macam terpaksa ponteng kelas malam je nih*

[note: nanti aku share info sikit masa kelas petang tadi dengan ustaz faizal. Best join kelas tuh]


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, February 7, 2011

.....

I miss everything about you.

That's all.

Thank you:)

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, February 5, 2011

.:Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa:.





Ingat tak ungkapan tuh. Dari dulu sampai sekarang aku masih tak ubah. Bukan hanya untuk orang lain, tapi peringatan untuk diri sendiri supaya bersyukur selalu dengan nikmat yang Allah dah beri. Ko ingat aku suka-suka tempel kat situ??

Hari nih biar aku tepek ape yang bermain dalam kepala nih. Dan mungkin untuk peringatan kat diri aku, wahima orang lain juga yang akan terasa pedasnya *kalau beliau makan cili api*. Tapi kalau cili api tuh campur ngan sambal belacan, potongkan asam limau, mau tak meleleh air liur. Lagi pulak kalau mak korang masak kuah "Masak Lemak Udang" pulak kan??


STOP CIK EIMA, JANGAN MEMBEBEL.


Siapa aku untuk tak suka sikap perangai orang kan. Walhal, aku selalu fikir yang negatif je kat orang lain *macamlah aku baik sangat*. Kredit tuh miss Adila yang cakap, 


''Biarlah jelek mana pon perangai si Polan tuh, selagi dia tak susahkan hidup aku, aku tetap layan dia baik-baik."

Tapi macam mana pulak kalau kita dah bagi peluang, then orang tak hargai peluang yang kita beri?? 


Ha, Jawab! Jawab!


Hei korang kat luar tuh, aku ingatkan lagi sekali eh. Bila dapat sesuatu benda berharga dalam hidup, tolong jangan sesekali korang abaikan, tak hargai, campak merata-rata macamlah apa yang korang dapat tuh langsung takde harga. Walaupon harga barang tuh mungkin 20 sen, tak semestinya korang boleh jumpa barang 20 sen tuh kat kedai runcit, wahima kat pasar tani sekalipon. Dulu, masa barang yang ada dalam tangan tuh hilang, kau tahu sakit bila barang tuh hilang kan? Dah dapat emas ngan berlian yang memncar-mancar pun ko dah tak silau lagi. Sekarang bila barang tu bergolek-golek depan mata, ko simpan je dalam almari, tak pun kat dalam kereta ko. Buat gantung-gantung. Buat ape kalau ko gantung pon tapi tak jaga elok-elok. tak gilap cantik-cantik. Then, sebabkan dah kusam, dah berhabuk, kau tak perasan pon ada orang tumpang kereta ko, curik barang kau.


Wadehel.... (ayat tak pasal-pasal)

Dah lah, aku malas nak cakap banyak kali. Aku diam tak semestinya aku suka, dan aku cakap, bebel-bebel, masukkan dalam kepala, dalam hati. Fahamkan betul-betul. Sementara ada mulut nak bercakap. Besok kalau aku dah tak bercakap lagi, jangan paksa aku cakap pulak. Masa tuh baru kau tau, "NIKMATNYA DENGAR SUARA AKU YANG MERDU NIH".


*Sorilah, ade kalanya aku kuat cakap, merapu tak memasal, tapi bukan mudah aku nak luah sesuatu yang terpendam dalam hati. Jadi, sekali aku dah cakap, take note. Jangan minta aku cakap banyak kali.*

[MODE: TAK MARAH, SUKE!]


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Agnes monica -Teruskanlah



Pernahkah kau bicara,
Tapi tak didengar,
Tak dianggap sama sekali..?
Pernahkan kau tak salah,
Tapi disalahkan,
Tak diberi... kesempatan... 
Reff :
Ku hidup dengan siapa?
Ku tak tau kau siapa?
Kau kekasihku, tapi orang lain bagiku. 
Kau dengan dirimu saja,
Kau dengan duniamu saja,
Teruskanlah.. Teruskan lah
Kau begitu 
Kau tak butuh diriku,
Aku patung bagimu,
Cinta bukan... kebutuhan mu 
Back to reff. 
Hoo.. Hooo 
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskanlah.. Teruskanlah..
Kau.. kau begitu.
Teruskan lah... teruskan lah..

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, February 1, 2011

Buntu, ade sesiapa boleh membantu saya tak?

Tadi aku pergi library, dalam pukul 4.30 baru settle. Then balik uma sewa kejap. Member period and tumpang toilet rumah. Then kami pergi Jalan Bunga Raya, aku survey barang-barang sikit kat sana. Faham-faham je lah kalau masuk jalan kat area Jalan Bunga Raya tuh, jalan sikit punya sempit, sesak pulak tuh. Nak cari parking lagi. Akhirnya, belilah barang yang dicari-cari. Then kami pergi makan kat Pizza Hut. Huhu, kemain besar lagi selera kan?

Aku singgah rumah my friends dulu. Dalam pukul 9 baru gerak balik rumah. Maaflah mak, jikalau saya sampai rumah lewat (10 malam). Kesian my friend pulak kena marah. Bukan sengaja hp aku nak kehabisan bateri. Dan aku bukan suka-suka nak balik lewat. Tak silap dah cakap, aku nak settlekan urusanku di Melaka hari nih. Tapi takpelah, kalau cakap pun orang tak nampak, so tetap takkan percaya. Walaupun si kawan yang teman saya tuh perempuan juga kan. (Takkan kawan lelaki period pulak kan).

So nak jadikan cerita, sedang penat aku memunggah buku pinjaman aku yang agak tebal dari library tuh, aku melangkah masuk ke bilik. Sangat panik ok, bila tengok katil saya dah basah. And my lappy yang kebetulan kat atas katil turut terkena air yang tumpah tuh. Bukan terpercik ok. KUYUP! Saya ulang, KUYUP!! 

Kalau budak nih tertumpah full glass of water, lappy aku mandi setabung botol air ok.

Rasa nak menangis, tetapi memang dah meraung-raung dalam hati. Sebab tak ada manusia pun kat rumah yang tolong selamatkan lappy saya, tapi lappy tuh terbiar je tanpa ape-ape tindakan. Masa aku amek lappy tuh. masih basah kuyup. Menitis air yang tertumpah di sebalik keyboard laptop.

Guys, what shuld i do? Rasa sangat sedih. External hardisk saya pun tenggelam dek air. Sekarang tengah keringkan pakai kipas. (T_T)



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Ku di halaman rindu....

Hehe... Kalau jenis stalker nih, tegang-tegang urat agaknya bace tajuk post aku jer. Ape rindu-rindu? Tak pasal-pasal..



Erk! Oh, ni takde kaitan eh. Gambar tersesat masa hantar adik aku balik asrama. Bulan 12 lepas. Dah macam aku pulak mak dia. 1st time duduk asrama, mak aku jadi suara utama berzanji dekat kenduri kahwin, bapaku pula sibuk di kolam ikan Talapia Merahnya, Maka, akulah kakak merangkap ibu yang tolong temani beliau. Tapi, Kak Cik (Izzati Omar) yang uruskan bayaran yuran (^.^)

Sedih pulak masa hantar dia. Walhal, sekolah asrama Lubok China je. Imej. Imej. Tapi bila mak datang melawat hujung minggu, bende pertama dia buat masa datang jumpe mak, bukan disalam dan dicium mak nya, tudung mak dia yang di betulkan dulu. Inilah peneman ketawa mak, peneman gaduh mak, peneman bagi mak gemuk selalu kat rumah. Sekarang, mak ade kawan baru. Kak Cik yang jaga diet mak supaya mak slim macam dia balik. And tukang cabut uban mak. Sekarang, rambut mak aku dah macam rambut aku, hitam berkilat. Haha. Tak memasal:p

Tembamnye muke aku. Macam bengkak pon ade jugak --->ayat cover:)

* * * * * * * * * *


Jeng! Jeng!

Nilah aku nak bagitau. Hehe. Aku menebas kat belakang rumah tadi. Yang dah gondol nampak tanah tuh, aku cabut akar-akar rumput supaya tak tumpuh lagi. Kejam tak? Haha!
Tapi mula-mula je lah. Sampai tahap nak sakit pinggang cabut rumput-rumput tuh, aku amek sabit, aku cantas semua rumput yang dah tinggi lebih dari pinggang aku nih.

Inilah hasilnya. Tunggu cik Abu Bakar, adikku pergi punggut rumput-rumput yang mencium bumi tuh, sebab aku tak larat tahap nak pengsan!

[Note: Kalau tiap-tiap hari memasak pun, bosan jugakkan?]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Masa untuk berlagak!

Huhu. Malam tadi berguling-guling ku di katil kerana keengganan mata ini untuk dilelapkan. Semalam hujan sepanjang hari. Jadi, selepas balik dari kenduri sambut menantu rumah my ex-classmate, Amirul, aku terus terbaring dan tertidur di hadapan lappy walaupun masa tuh tengah seronok main Farmville. Mulanya, taknak tidur lama-lama, takut nanti mewarisi kebodohan. Haha! Tapi, ngantuk ditambah kesejukan bilik, terus nyenyak sampai pukul 6! Bangun-bangun gi kat wall, grab semua bonus Farmville yang masih available untuk di collect. Sengal betul!

Natijahnya, terus aku tak dapat lelapkan mata walaupun jam dah pukul 5. Ape lagi, aku ambil earphone, sumbat kat telinga, dengar lagu In-Team (tajuk telah dirahsiakan di sini) berulang kali. Siap set awal-awal, "REPEAT SONG'' supaya aku tak payah susah-susah nak previous lagu yang sama banyak-banyak kali. Al-maklumlah, pakai hp orang, lagu tah ape-ape jer dia letak. Tak boleh menenangkan kepala langsung. Ingat aku kaki jamming ape? 

Ok, dari mana aku nak mula berlagak nih?
.
.
.
.
.
Show off gambar dulu lah eh?
.
.
.
.
.


Cube teka ape dalam tu??
(versi bungkusan kemas cik Eima)

Versi Cik Buyah (my dad lah)

.
.
.
.
.
.
.
.

Versi panggang atas api
P/s: Sila abaikan yang hitam-hitam tuh yer:p

Versi bakar dalam ketukar hingga tak boleh bakar pape lagi:)

Tara! Pais ikan terang-terang. Bukan Tenang kat Labis, Johor ye. Haha! Tak abis-abis. (Actually, copy this statement from my dad)

Versi kering tuh, saya balut dengan daun pisang tak cukup lebar, kemudian dibalut pula dengan aluminium foil. Kemudian, amek dawai buat pagar tuh buat alas pembakar. Haha! Main sebat je Cik Eima nih kan?

Versi basah-basah menyelerakan tuh, ayah saya lah yang memasaknya. Simple je. Buyah cedok ikan yang siap digaul bahan-bahan tuh ke atas daun pisang. Angkat pinggan terus masuk dalam microwave. Malangnya, belum sempat menunggu microwave berhenti, saya telah menutup plug sebab microwave terbakar. Nasib baik saya ni kaki buat kek kukus sahaja, kalau tak mesti saya dah melalak-lalak sambil hentak kaki kat lantai sebab microwave tuh terbakar:p

Anyway, walaupon ikan pais saya tuh hitam, tapi rasenya memang sedap. Bukan angkat bakul sendiri okeh. Bila my mum n my dad makan, mulalah terkenang-kenang kisah lama. 2 bungkus mereka berdua je yang sental. Eceh. Tapi aku lebih rindu makan otak-otak Melaka. Hanya di Serkam je lah dapat rasa. Last makan otak-otak Melaka yang ada kelapa tuh, mase zaman kat poli 2-3 tahun sudah.

Oh! Rindunya daku rasa itu..


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sawang ke semak samun?

Salam readers,

Hehe, macam ramailah sangat reader kat blog aku yang berhabuk nih. Sorilah, malas nak meng'update', sebab idea tuh datang sepontan je, dan perginya pon sepontan jua..Huhu. Sadis pulak:p

First of all, aku nak ucapkan takziah kat mangsa-mangsa banjir. Pagi tadi, dr start bersarapan yang dah terlajak tuh, sampai aku habis memasak, kat Radio Malaysia Negeri Sembilan tak habis-habis update pasal mangsa banjir. Bukan setakat Segamat, hampir naik 1 meter paras banjir, aku yang duduk Lubok China nih pon naik banjir. Nasib baiklah kampung aku nih tanah tinggi, dan lebih gah lagi aku mengatakan, rumah aku paling tinggi kat dalam Perkampungan Felcra Ramuan China ni. Haha!

Kesihatan Kesian orang-orang area Labis kan? YB area Tenang baru nak bertenang berehat-rehat setelah berhempas pulas berkempen, sekarang dah nak selesaikan masalah rumah runtuh dan mangsa banjir. Info nih pun aku dapat masa tengok berita dan surat khabar online. Lepas tuh, mungkin fikirkan jalan nak naikkan lagi harga minyak kot. Secara kebetulan ke. Sila rujuk info nih Malasia KiniSejak bila lah aku nih ambil tau sangat isu-isu semasa nih!


Ni gambar banjir aku curik kat facebook sape ntah. Jangan kau fikir aku pergi Kota Tinggi semata-mata nak ambil gambar abang kereta Wira yang sangat berani ni yer? Adakah trajedi banjir 4 tahun sudah akan berulang kembali?

Second, marilah kita berdoa beramai-ramai moga-moga pelajar-pelajar Malaysia yang telah menghadapi kesukaran di Mesir akibat demonstrasi rakyat terhadap desakan mereka menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan terselamat dari menjadi mangsa keganasan. Pening-pening. Macam-macamkan. Macam-macam berita aku dengan. Pelajar dirogol, rumah di pecah masuk. Polis cabut lari. Tapi, berita terbaru yang aku ikuti, mereka semua dalam keadaan yang baik sahaja, dan akan berpindah secara berperingkat ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini. Kenapa aku nak ambil port? Mestilah! Sebab pakcik sedare merangkap sepupu mak aku ade dua orang belajar kat sana. Dahlah bukan calang-calang student yang dapat sampai ke sana.

Aku harap, takdelah musibah yang tak diingini pada mereka.

Nak update tentang mereka, sila ke Krisis Mesir, nasib pelajar kita. Dan boleh rujuk info di sini ye---> Silalah tekan.

[Note: Teringat masa akhir semester 1 (2006), 1st time terperangkap dalam banjir jalan-jalan di area Melaka Central hingga Cheng. Mase tuh aku punye gayat macam tak penah tengok air. Jakun amat!]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy