Pages

Mari mengumpul bloggers!

Thursday, February 10, 2011

Takde kerja

Tadi semangat berkobar-kobar nak update blog, duduk depan lappy since sampai rumah till now. Tapi, malas pulak nak update.

By the way, Buyah dah selamat sampai rumah. Kata mak, doktor cakap Buyah letih. Tak dapat baca darah Buyah. Biasalah, orang Thalassemia ni darah tak kuat. Mungkin penat 2 minggu sudah mengemas belakang rumah. Buyah tuh bukan kuat sangat. Kalau dak Angah dua hari menyimen dah demam, inikan buyah tiap-tiap hari buat kerja kuat tuh.

Sepanjang 2 hari di hospital, aku ulang aliklah dari rumah ke kelas sambil drive bawak mak ke hospital. Kelas habis pukul 6.30, so, semayang asar n maghrib siap-siap baru jemput mak. Kalau tak semayang Maghrib siap-siap, nanti qada' takyah je lah aku. 
*Tolong sekeh kepala aku bulih tak?*

Hari nih Buyah nampak cergas sikit, banding semalam, masa aku datang jemput mak, Buyah tak sedar. Tidur je. Sampai nurse tolak katil dia keluar dari bilik pon dia tak sedar. Sembahyang pun tinggal. Mungkin sangat penat ditambah doktor injek bagi ubat tidur. Kesiankan Buyah, sampai pengsan pon bawak diri sendiri ke hospital. Buduh betul doktor suh ayah aku 'menghantar' dirinya sendiri ke hospital Melaka. Kalau terpengsan lagi sekali masa odw ke hospital Melaka kan dah susah?

Tapi hari nih dah keluar hospital, kemain cergas. Bawak kereta ngeri betul.

Esok ade dua kelas je sepatutnya. Pukul 1230 pm- 230 pm & 430 pm - 630pm. Malangnya, malam ada kelas ganti HRM pukul 830 pm - 1030 pm. Aku tatau datang ke tak sebab esok aku drive dari Masjid Tanah pakai kereta buyah. Sebab jumaat takde kelas. 
*Macam terpaksa ponteng kelas malam je nih*

[note: nanti aku share info sikit masa kelas petang tadi dengan ustaz faizal. Best join kelas tuh]


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers