Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, February 15, 2011

New lesson

Tadi hantar En Yazid ke ofis, pegang kereta dia sampai hari Khamis. Ada rombongan dengan intake baru Kursus Lepasan Graduan INSEP ke Pangkor. Walaweh, ku menghantar Encik Yazed, walhal, adik aku student dia. Keh keh!

Lebih kurang 11 lebih, baru heading to our home. Tapi masa nak balik, aku pusing-pusinglah area Melaka town, pantai area Eye on Malaysia then merayau-rayaulah sekitar area situ. Then, tanye Dila, ape kata ajak Yus dengan Y a.k.a Asyrani? Aku rasa itulah geng kami dalam kelas yang very supporting. So, we turn back to Dataran Pahlawan and going to KL (Kota Laksamana). Masa tuh Yus dengan Y baru habes meeting MASA (Marketing Associate Student Affairs) kat KBM then dorang decide nak pergi karok kat MP. Malangnya MP full, then nak ke The Jetty, tapi mahal. So, kami juz lepak-lepak minum je kat KL..Huhu.

Bagi aku wonderful nite lah hari nih. Terasa macam dorang brainwash otak aku yang berkarat nih dan sangat pemalas nni. Sekurang-kurangnya taklah aku melepak tak tentu hala tanpa ape-ape input. Aku salute dorang, walaupon dorang nih YDP (macam Presiden lah), Biro Public Relation, Bendahari dan Biro-biro khas, aku suke sebab dorang boleh join kami-kami yang kokak nih duduk semeja dan cari solution kenapa tak ramai ahli MASA yang betul-betul involve dalam aktiviti kat MASA.

Tak sangka kan, perkara yang kebetulan tuh buat aku muhasabah diri dan apply semua perkara yang aku belajar masa tengah duduk menyembang. Contohnya dalam Management (masa Dip dulu, subjek Pengurusan Perniagaan kot). Pentadbir / Top Management selalu bagi arahan macam tuh, macam nih pada orang bawahan, sedangkan mereka tak memahami ape kehendak orang bawahan. So, top management just syok sendiri je kan? Tapi dorang pulak, dengar rungutan, cadangan dari aku sebagai ahli yang betul-betul pasif nih, then cuba nak baiki segala kelemahan yang ada. Yang paling aku terkesan, bila yDP tuh cakap kat aku, 

"Jangan jadi backstabber, kutuk-kutuk bagai, sedangkan tak tahu ape yang top management try untuk bagi yang terbaik"
-Bukan 110% ayat yang sama keluar dari mulut beliau okess-
 Tak terasa? Tipulah tidak. Ofcoz lah terasa sebab aku yang bercakap. Bak kata Yazed (Bendahari), 
''Patutlah ko nih suke Admin, sebab ko kena pressure baru ko buat kerja'' 
Terima kasihlah sebab ko sangat memahami aku. Aku akuilah perkara tuh. Bukan aku taknak berbisnes, so pelik jugaklah kalau aku amek Marketing kan? Tapi aku lebih pada admin, sebab aku bukan manusia yang ada afford nak dapatkan orang untuk jual produk, tapi aku nak orang datang kat aku tanye ape produk yang aku ada. Then, ktrg pon discusslah planning bisnes aku secara kecil-kecilan kat KBM nih dan jugak bisnes jangka panjang aku dengan jiran aku after graduate nanti. Jadi. tolong jangan ajak aku jadi 'sales person' or join MLM sebab aku sangat pemalu.

So, cerita punye cerita, pukul 4 pagi jua kami balik. Aku hantar Yus n Y kat rumah dorang. Amek soalan untuk assignment OPM then pulang ke rumah. Hingga saat nih, aku rasa happening sangat!




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

2 comments:

MiSs kIkIn said...

besnyer lepak-ing....

EimaruSi|ence™ said...

sikitlah...lagi best mase kena brainwash:)

suh speking bi secara terpaksa....wahhhhhhh...sangat terseksa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers