Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, October 26, 2010

Sakit musim final exam.

Salam Tengahari Isnin..

Firstly nak wish sume kawan-kawan di UiTM KBM nih moga dapat mengharungi minggu exam nih dengan jayanya. Pada yang dah lepas CTU - Hubungan Etnik, harap dah buat yang terbaik. Kat Ekin n Wani ntok paper petang nih, Gud Luck!

Untuk semester 'Buang masa' aku kali nih, paper untuk final aku ada 3 jer. 
CTU - TITAS, ECO 415 n MGT 417
Start 28hb Oct. habes 3hb Nov. Oklah tuh kan. Cuti sem lak part time kat tempat keje lama. Tunggu bos confirmkan dulu. Kalau tak, aku dok uma jer lah, gemukkan badan.

Aku masih tak cukup mood final lagi. Tapi, dah bace sikit-sikit. Lately banyak personal matters yang berlaku hinggakan kesihatan aku turut terjejas. Paling ketara bila aku makin kerap migran. Bila tak tahan sangat denyut n kepala bagai nak pecah tuh, baru aku amek ponstan. Ubat tuh kena makan dengan ubat gastrik, takut efeks perut, tp aku berani amek sekali jer. Takut terlalu harap pada ubat.

Yang atas tuh Ponstan, bawah tuh ubat Gastrik

Sakit kedua aku time-time final nih Gastrik pulak. Adoyai, tak penah-penah ade gastrik, tetibe bleh terkena lak. Dulu mase sekolah, aku kutuk-kutuk orang ade gastrik. Itu takleh makan, ni takleh makan. Now, Allah tarik nikmat makan aku sikit-sikit.

Puncanya sebab lately aku makan Bihun Tomyam tiap-tiap hari. Tak cukup masam, aku mintak pedas-pedas. Makan pon tak ikut masa. Ikut sukalah aku nak makan bila. Kalau takde kawan, aku berlaparlah sampai malam. Ngade kan? Agaknye memang dah sampai masa nak terkena, malam Ahad lepas, aku gi makan ngan Arnin kat Irfan Tomyam, dekat area belakang MC jugak. Memang pedas gile. Aku sanggup makan ayam, sayur-sayuran n pape rencah dalam tomyam tuh. Bihun pon tak abes. Korang bayangkanlah kalau kuah dia jer dah rasa cili api semata-mata. Tak caya ko tengok gambar nih!
.
.
.
.
.
 Cube perati cili api yang terapung-apung tuh!

Nih baru sikit cili api dapat dikumpulkan.
Hasilnya.......TADDDDAAAAA! 3 jenis ubat yang harus ku telan:)

Dari kiri: Mealox (ubat Gastrik), Buscopan (ubat Sakit Perut), dalam botol tuh, ubat kuarkan angin 

.Loya.Loya.Loya.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, October 22, 2010

Skala Kemahiran Insaniah Malaysia ::: Malaysian Soft Skills Scale (My3s)

Salam petang Jumaat pada kawan-kawan semua.

Baru bukak email,  then aku dapat email nih:

ITEM MY3S oleh Kementerian Pengajian Tinggi

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pelajar semester 1 UiTM seluruh kampus.

Pihak KPT sedang menjalankan kajian longitudinal mengenai softskills pelajar semester 1 semua IPTA diseluruh negara. Saudara saudari telah dimaklumkan melalui Timbalan Dekan masing-masing mengenai perkara ini, walau bagaimanapun setakat ini hanya 3051 sahaja pelajar UiTM yang telah memberikan maklumbalas daripada 14,591. Berbanding universiti lain, statistik kita sangat jauh ketinggalan,
Oleh itu, saya memohon saudara saudari yang belum memberikan maklumbalas untuk melayari laman web My3S di capaian berikut dalam kadar segera
   
    http://jpt.mohe.gov.my/my3s/

Saudari saudari hanya boleh berbuat demikian dalam tempoh 20/10/2010 hingga 23/10/2010  ini (4 hari sahaja) kerana ini adalah fasa yang terakhir.

Harap dapat berbuat demikian bagi membantu universiti mendapatkan maklumat untuk membantu saudara saudari mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan

Di harap sebelum saudara saudari meninggalkan laman web tersebut, mohon mencetak laporan untuk disimpan dan diberikan satu salinan kepada Ketua Progam masing-masing.

Sekian di dahului dengan terima kasih

Prof Madya Dr ROziah Mohd Janor
Pengarah Hal Ehwal Kurikulum
Bahagian Hal Ehwal Kurikulum
UiTM 40450 Shah Alam
Jadik, aku tengah menghadap questionnaire dia yang banyak nih..Arghhh..malasnya!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Oh, Ery Putra--->Jangan Kau Pergi

Salam Jumaat semua!

Sumber dari: Abg Google

Sedang enak-enak melayan Hot FM Lebih Hangat dari Biasa, aku terdengar lagu Ery Putra yang pelakon manis-manis tuh. Dia buat album baru. Aku pun tak ambil tahu sangat sebab aku taklah minat Ery Putra. Tapi aku nak donlod lagu dia jugak!Tak kire!!

[Note: Petang nih lagu-lagu kat Hot FM best-best lah..Hihi:)]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Memo Buat Si Belangkas

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti.

Ah, sekotor inikah cinta anak muda? 
Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi.
Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.

"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya.
Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta.
Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.

Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang).

Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis. Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.

Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,
Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap. Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya.

Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti.
Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?
Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab.
Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain. Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin. 

Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme.
 Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:
"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui." - An-Nur: 32
Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:
"Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."
Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal.
Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a:-
"Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." - Riwayat Bukhari dan Muslim
Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, 
"Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur: 32
Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa,
Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat Syabab,
Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:
"Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." - Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain
Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak, Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan). Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan:-
"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". - Riwayat Ahmad
Oh, kaum Hawa!
Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama! Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu.Yakinlah pada Allah. Berdoalah padaNya agar dipermudahkan nikah buatmu.
"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." - Riwayat Bukhari

Source: www.iluvislam.com

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, October 13, 2010

Aku yang sedang bengang!

Aku sangat bengang bila terpaksa buat benda yang bukan berpunca dari aku.
Ingat aku nih kudus sangat nak buat amal jariah sampai nak pungut rambut ko yang gugur tuh???
Adoi ai, kite dah degree lah wei,tp klu tak reti nak jage kebersihan diri sendiri pon, tak guna.

Takkan aku nak jerit bagitau,
"Woi, tuh rambut ko lah.Pegi pungut!"

Tak  pon cakap:
"Cube ko ukur rambut yang berserepah tuh dengan rambut aku, sama panjang tak?"

Ke nak detail lagi?
"Ape kata kita bawak sample rambut nih untuk tengok sepadan tak dengan DNA ko?"

Eiiii,geramlak aku.Memula nak jugak pasrah, kalu aku tak menyapu bilik nih, jgn harap aku nak nmpak ko buat kan?
Kunun weekend ko suke mop lantai, jadahnya.
Tapi takde pon aku nampak.

Kite nih share bilik, remember?
Kalau pon ko rasa ko tuh hebat, hidup ko adap buku jer,
TOLONG JAGA HATI ORANG SEKELILING.
TOLONG JANGAN PENTINGKAN DIRI.
Pandai komen serabut tengok katil aku, tp cube pandai katil ko sendiri.
Tak pon tanye orang lain.
Barang ko yang banyak tuh pon dah serabutkan otak aku.

Huhhh!Malas nak pikir pasal ko.
Banyak lagi keje aku.
Daaaaa~



[Note: Seriously,aku marah betul sebab ko pemalas nak mengemas n buat muke tak malu jer tengok aku mengemas. Banyak cantik muke ko!]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

[No Title]

Oklah, aku ngaku aku suke nyanyi ok. Lately, aku selalu ternyanyi lagu nih. Tak kirelah kat mana pun. Ade satu lagi, lagu Siti Nurhaliza...Kesilapanku, Keegoanmu...Teeeetttt!

Tapi lagu nih lagi banyak dapat permintaan budak rumahlah..:) Asal aku nyanyi or bukak kat lappy, ada je orang tanya tajuk lagu nih. Sape-sape ada lagu nih version Umie Aida dengan Azman A.Hassan, pass kat aku eh?

Redup Kerinduan

Artist: Umie Aida, Feat: Azman Abu Hassan
Sekian lama ku genggam rindu ini
Luntur dihembus sang bayu

Seteduh cintaku bertemankan kasih
Gugur di hujung waktu

Kemanakah hilang nilai cinta
Tika rindu berlagu

Kemanakah arah yang dituju
Andai kasih berlalu

Hm... hm... hm... hm... hm...

Puas ku mencari kesilapan diri
Mungkin tersentuh di hati

Telah ku hulurkan kemaafan kasih
Agar dikau kembali

Berlalulah cinta dan janjimu
Reda dalam kasihmu
Mengapakah ini yang ku temu
Dalam kamar kasihku

Sayang berakhir garis percintaan
Redup ku rindu ku sepi
Mungkin di sini dugaanmu Tuhan
Dalam kehidupanku
(Padaku dalam kehidupan)
hm... hm... hm...
 
[Note: Teringat cerita Romeo & Juliet. Umie Aida nyanyi dengan Ahmad Idham. Rupa-rupanya duet asal dengan Azman Abu Hassan. Hueh2. Sape ade versi duet bagitau aku ok. Minat gile!]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, October 12, 2010

Quote of the day..

Aku agak tertarik dengan quote nih, jadik aku tampal kat sini buat peringatan: 

Whatever you give a woman, she will make greater.
"If you give her sperm, she'll give you a baby. If you give her a house, she'll give you a home. If you give her groceries, she'll give you a meal. If you give her a smile, she'll give you her heart. She multiplies and enlarges what is given to her."
 
So, if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit.


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, October 7, 2010

Cokelat - Karma

Artist : Cokelat
Lirik Lagu : Cokelat - Karma

Sekian lama kita bersama
Ternyata kau juga
Sama saja

Kau kira kupercaya semua
S'gala tipu daya
Oh percuma

Kau buat sempurna awalnya
Berakhir bencana

Selamat tinggal sayang...
Bila umurku panjang
Kelak ku 'kan datang
'Tuk buktikan satu balas 'kan kau jelang
Jangan menangis sayang
Ku ingin kau rasakan pahitnya terbuang
Sia-sia, memang kau pantas dapatkan

Akhirnya, usai sudah semua
Kudapat tertawa
Bahagia

S'lalu tampak indah awalnya
Berakhir bencana


(Note: Lama dah aku tak layan lagu nih)
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, October 5, 2010

Saya dan awak suke berkongsi perkara yang sama kan?

Hai kawan-kawan.

Ikutkan pic kat post sebelum nih aku masuk dalam entri nih. Menunjukkan berbesar hatinya aku ada kawan satu kepala macam Macik Arnin nih. Aku nak sharekan pada korang barang yang kami share bersama. Satu jer cukup kot. Yang lain tak nampak pada mata kasar. Mungkin dari segi sikap, keselesaan, kebertolakkan ansur, kesesuaian dan keserasian antara satu sama lain.  Satu jer yang aku takut bila ngan Arnin nih, kaki shopping yang buat aku takut gile sebab aku pon sama terikut. Tapi memang bagus jugak. Sebab kalau tak ada dia, dari dulu sampai sekarang, tak bertukarlah baju aku. Pergi kelas pon pakai t-shirt percume. Tak pon pakai baju kurung terpakai. Kalau dia ada, bolehlah bagi pendapat sikit. Sebab aku nih agak susah nak membeli baju. Nak fikir banyak-banyak jugak. Nanti mak ayah aku bising sebab tak suka cara aku berpakaian. Itu memang aku tak suka dengar. Kalau si Arnin nih lelaki, aku ngorat jer dak Arnin nih. Naseb baik dia pompuan...Ngeeee..[sambil ketap-ketap gigi depan]

The picture currently not available. Plz refer to this link.
Ok, ini gambar terbaru sarung hp ktrg. Aku ingat masa nak beli hp nih dulu, punyalah lama aku survey. Simpan duit bagainya. Bila dah cukup duit, aku dah prepare siap-siap duit CASH dalam bag aku supaya bila jumpa jer hp tuh dengan harga yang memuaskan hati, aku akan terus beli. Korang leh refer link nih kalau korang nak tengok spesifikasi dia. Tapi tak sangka, si Arnin yang teman aku pon nak beli sekali masa tuh. Aku amek warne merah, dia pulak warna biru. Pastuh dia ajar aku cari theme hp. Maklumlah, sebelum nih, mana reti pakai hp mahal-mahal. Hp aku sume murah-murah jer. Paling canggih pon ade lampu suluh. Itu pon ex future in law aku bagi. Hehe, pastuh disebabkan aku nih takleh tido kalau tak dengar lagu, aku pergilah beli earphone. Puas gak nak cari earphone yang aku suke. Sebab earphone sekarang macam Sony punye. Jenis kena masukkan dalam lubang telinga. Yerk, kalau ada orang nak pinjam earphone aku, sumpah aku tak bagi secara ikhlas dan kudus.

Earphone yang sekarang nih puas hatilah. Macam ada speker bass kat dalam telinga aku. Malam-malam kalau datang insomnia aku nih, aku dengar jer koleksi lagu jiwang-jiwang aku nih, paling lama pon sejam nanti lelaplah. Haha! Si Arnin dengar jer betapa power earphone cap China aku nih dia pon nak beli. Aku bawak dia kat lower ground Melaka Mall tuh, tapi tatau lah kenapa earphone yang ada tuh bermasalah sumenya. Then, dia beli yang harga RM10 jer. Tapi oklah, sedap gak sound dia:)

Aku lak kebosanan melayan kerenah dia, belek-belek cover henset nih. Dah dia pon nak beli jugak. Dia cakap kalau aku beli, dia pon nak beli jugaklah. Macam-macamlah makcik Arnin nih. Actually, pic yang kami amek nih dari hp akak comnel kat kedai Celcom. Kebetulan aku daftar celcom bil, so, bosan-bosan, pinjamlah hp dia, snap kejap gambar hp ktrg yang comel nih.

Target terbaru, sebelum si Arnin nih confirm dapat offer kerja kat tempat akak dia, ktrg nak buat keychain gambar ktrg sebagai kenang-kenangan. Pasnih mesti dah kurang hang out dengan dia lagi. Takpelah, sem depan aku dah busy sebab jadual waktu dah mula padat balik.

[Note: Arnin, aku sayang ko giler.]





Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, October 4, 2010

Excident di hadapan kedai Leman Satay


Ok, semalam aku dengan kawan aku  keluar. Pergi rumah En. Azmi, ade open house, and temankan Arnin gi opis settlekan closing. Aku lak bawak buku eco dan study dengan bersungguh-sungguh!. Study lah sangatkan? Padahal 5 minit jer excited, then bukak FB, update tah pape kat wall n tagged name Mak Cik Arnin yang hampeh tuh!
Then, aku gi Parkson, dapatlah beli t-shirt labuh sehelai. Nasib baik pemegang Bonus Link dapat discount 20%, so dapatlah beli baju t-shirt tuh denga harga yang murah.

So, malamnye, kami pergila makan dekat Klebang. Aku kenyang, tapi makan satay. Si Arnin nih pulak makan nasik goreng ayam. Boleh tahanlah sedap satay dia. Sos nasik goreng ayam dia pon sedap. Masa mula-mula tuh ktrg borak-borak biasa jer. Ada lah mat rempit nih buat willy pulak kat jalan tuh. Aku cakap memang budak nih jatuh jap g nih. Tak sampai 10 minit, excident kat situ. Betul-betul tepi jalan tempat aku dengan si Arnin nih makan. Aku dah takut, sebab budak tuh melambung lepas hentam belakang kereta Arnin. Si Arnin dah jerit, "Alamak, kereta aku!" 

Seyes, memang kelam-kabut. Aku gi bayar duit makan, and suh Arnin gi tengok ape jadik kat kereta dia. Belakang bumper tuh terkopak sikit. Nasib baik budak tuh tak langgar kat bumper, kalau atas sikit, memang pecahlah cermin belakang kereta tuh. Mule-mule tuh, Arnin macam nak marahkan budak tuh, tapi  bile orang-orang tuh cakap bukan salah budak tuh, terus dak Arnin senyap. Kesian jugak budak tuh. 

Umurnya dalam lingkungan belasan tahun. Nak beli rokok untuk ayah dia. Tapi mungkin serong sikit ke tempat lain. Masa nak potong kereta Pesona, no plat pangkal P, dia potong kiri. Betol-betol dengat simpang masuk kedai Satay Leman tempat ktrg makan nih. Kebetulan, kereta Pesona nih pulak tak bagi signal terus belok kiri. Lalu, budak tuh terlanggarlah side mirror kereta Pesona tuh. 

Agaknya laju n takleh kawal, dia hentam belakang kereta Arnin, melambung n terselit kat  atas divider tengah-tengah antara pokok dan tiang elektrik. Dengan motor-motor dia skalik terhumban kat celah pokok tuh. Sorilah, aku tak tangkap gambar sebab kesian gile kat budak tuh. Bila tengok keadaan dia, teringat masa aku kecik dulu, excident sikit jek pon, tapi sebab terhantuk kat jalan raya, ada darah beku kat kepala. 

Budak tuh memang dah nampak macam tak ingat ape. Belakang bahu dia koyak sikit, dan masa lepas dia jatuh tuh, memang dah terhuyung-hayang. Ape yang aku tak puas hati:
  1. Bapak dia datang, bukannya nak simpati anak dia eksiden, bulih pulak dia marah anak dia nape tak beli rokok dia dekat-dekat dengan rumah.
  2.  Orang ramai datang, tapi tak sorang pun nak panggil polis dan ambulan. Masa ktrg nak buat repot kat Balai Polis Tiang Dua, polis tuh sendiri yang cakap, takde orang buat repot. Ambulan pulak sampai lambat gile.
  3. Orang ramai kat situ, bukan boleh harap, sebok jer nak tengok orang eksiden, lagi-lagi budak motor. Kalau korang tak insaf jugak tatau lah. 
  4. Ada kakak tuh datang, dia tepuk-tepuk bahu adik tuh, suh mengucap banyak-banyak. Siap cerita, pernah ade motor eksiden mati kat tempat yang sama. Siap terselit kat atas pokok. Wadehel!! Orang nak kuatkan semangat adik tuh, dia cerita lagi bende yang bukan-bukan. terus budak tuh rebah terjelepuk kat tanah.
Bumper kereta Arnin yang kena hentam. Bile bawak pulak macam sportrim bengkok.
 
Sepatutnya dalam perancangan, aku balik malam tuh bawak kereta Arnin. Sebab Arnin dah budget nak tido awal, pukul 10. Tapi, sebabkan kes budak tuh, pukul 11 malam aku baru sampai uma Arnin. Si Arnin nih memang suke aku tido uma dia agaknya. So, malam tuh pukul 3-4 pagi jugak baru aku lelap. La nih, aku sampai asrama dah petang. Tak sempat gi kelas pun sebab aku takleh masuk rumah. Berkunci.

"Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang"

Posted by Picasa

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy