Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, October 5, 2010

Saya dan awak suke berkongsi perkara yang sama kan?

Hai kawan-kawan.

Ikutkan pic kat post sebelum nih aku masuk dalam entri nih. Menunjukkan berbesar hatinya aku ada kawan satu kepala macam Macik Arnin nih. Aku nak sharekan pada korang barang yang kami share bersama. Satu jer cukup kot. Yang lain tak nampak pada mata kasar. Mungkin dari segi sikap, keselesaan, kebertolakkan ansur, kesesuaian dan keserasian antara satu sama lain.  Satu jer yang aku takut bila ngan Arnin nih, kaki shopping yang buat aku takut gile sebab aku pon sama terikut. Tapi memang bagus jugak. Sebab kalau tak ada dia, dari dulu sampai sekarang, tak bertukarlah baju aku. Pergi kelas pon pakai t-shirt percume. Tak pon pakai baju kurung terpakai. Kalau dia ada, bolehlah bagi pendapat sikit. Sebab aku nih agak susah nak membeli baju. Nak fikir banyak-banyak jugak. Nanti mak ayah aku bising sebab tak suka cara aku berpakaian. Itu memang aku tak suka dengar. Kalau si Arnin nih lelaki, aku ngorat jer dak Arnin nih. Naseb baik dia pompuan...Ngeeee..[sambil ketap-ketap gigi depan]

The picture currently not available. Plz refer to this link.
Ok, ini gambar terbaru sarung hp ktrg. Aku ingat masa nak beli hp nih dulu, punyalah lama aku survey. Simpan duit bagainya. Bila dah cukup duit, aku dah prepare siap-siap duit CASH dalam bag aku supaya bila jumpa jer hp tuh dengan harga yang memuaskan hati, aku akan terus beli. Korang leh refer link nih kalau korang nak tengok spesifikasi dia. Tapi tak sangka, si Arnin yang teman aku pon nak beli sekali masa tuh. Aku amek warne merah, dia pulak warna biru. Pastuh dia ajar aku cari theme hp. Maklumlah, sebelum nih, mana reti pakai hp mahal-mahal. Hp aku sume murah-murah jer. Paling canggih pon ade lampu suluh. Itu pon ex future in law aku bagi. Hehe, pastuh disebabkan aku nih takleh tido kalau tak dengar lagu, aku pergilah beli earphone. Puas gak nak cari earphone yang aku suke. Sebab earphone sekarang macam Sony punye. Jenis kena masukkan dalam lubang telinga. Yerk, kalau ada orang nak pinjam earphone aku, sumpah aku tak bagi secara ikhlas dan kudus.

Earphone yang sekarang nih puas hatilah. Macam ada speker bass kat dalam telinga aku. Malam-malam kalau datang insomnia aku nih, aku dengar jer koleksi lagu jiwang-jiwang aku nih, paling lama pon sejam nanti lelaplah. Haha! Si Arnin dengar jer betapa power earphone cap China aku nih dia pon nak beli. Aku bawak dia kat lower ground Melaka Mall tuh, tapi tatau lah kenapa earphone yang ada tuh bermasalah sumenya. Then, dia beli yang harga RM10 jer. Tapi oklah, sedap gak sound dia:)

Aku lak kebosanan melayan kerenah dia, belek-belek cover henset nih. Dah dia pon nak beli jugak. Dia cakap kalau aku beli, dia pon nak beli jugaklah. Macam-macamlah makcik Arnin nih. Actually, pic yang kami amek nih dari hp akak comnel kat kedai Celcom. Kebetulan aku daftar celcom bil, so, bosan-bosan, pinjamlah hp dia, snap kejap gambar hp ktrg yang comel nih.

Target terbaru, sebelum si Arnin nih confirm dapat offer kerja kat tempat akak dia, ktrg nak buat keychain gambar ktrg sebagai kenang-kenangan. Pasnih mesti dah kurang hang out dengan dia lagi. Takpelah, sem depan aku dah busy sebab jadual waktu dah mula padat balik.

[Note: Arnin, aku sayang ko giler.]





Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy