Pages

Mari mengumpul bloggers!

Saturday, June 18, 2011

Cerita si Pensil & Pemadam





Pencil : You know,I'm really sorry.



Eraser : Sorry for what? You didn't do anything wrong!


Pencil : Well, every time when i make mistake, you will b there to erase my mistake. But, as time pass by, part of u r gone.


Eraser : You see, I'm made to do this. Even though i know one of these day I'll b gone, and u have to replace me with another. I'm still happy to do this job. So don't b sad! It worries me!




This is how true friends supposed to b like... =)))))

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, June 16, 2011

Dendam dalam diam

Salam readers!




Korang mesti pernah dengar lagu nih kan? Aku layan drama lepas mandi. OT hari nih, pukul 800 malam baru balik kerja.



Drama nih tajuknya 'Di sebalik Tirai Kasih' lakonan Ellie Suriati, Elly Mazlein dan Azhan Rani dekat TV9. Gila sedih drama nih. Then keluar pulak lagu kak Nora yang mendayu-sayu n unik nih. Terus download tanpa segan silu. Lepas tuh dengar non-stop kat winamp. Kejap lagi aku Bluetooth kat hp pastuh dengar sampai tertido.Aku tanya mak aku, leh pulak mak aku cakap tajuk lagu nih 'Madu Umpama Racun'. hehe.


Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu 
Madu manis padamu

Pahitnya sungguh bagi diriku

( korus )
Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah

Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar

Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku



Ok, layanlah dulu. Aku nak tido, besok nak bangun pagi-pagi.
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, June 14, 2011

Saya minah kilang!

Salam readers!


Aku ngantok serta penat. Tapi masih ingin meng-update blog! 
Alhamdulillah, dah masuk 2 hari bekerja.
Da isi offer letter sebahai QC Inspector.
Basic tak banyak, tapi kalau menten sehari 3 jam, insyaAllah bakal capai RM1k sebulan.
Hari nih dah start balik pukul 800 malam.
Esok tak berapa nak pasti...


Hari nih aku rase terkilan bila HR bagi basic kurang rm200 dari tawaran awal on-da-fon
Ingat aku nih budak tak sekolah ke?
Rumah aku jauh dari kilang, tapi dia bagi elaun kenderaan RM80 sahaja, alasan ikut radius 10km dari kilang.
Wadehelll!
Ko ingat 10km dari kilang sama ke jaraknya naik motor.
Dahlah suh OT sampai ke malam. Bengang sungguh aku.


Takpe, nasib baik aku sabar. Demi 1k dalam tangan.


Hari nih dah tak duduk sambil baca nota berusia tiga tahun.
Pengarang nya indon!
Nasib baiklah aku nih masih rasa nak belajar.
Bolehlah faham sikit-sikit.


Ok, aku nak tidur. Doakan bulan nih aku dapat 1k! Yuhuuuu!
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, June 12, 2011

Selesai sudah kursus kahwin saya..!

Salam readers,

Boleh tengok sini untuk cerita tentang kursus kahwen aku sebelum nih. Macam biasa, keluar je dewan kursus, aku rase macam nak patah je pinggang aku nih. haha. Macam tak cukup kalsium pulak. kene buat 14 days challenge yogurt BLISS macam Hamis Zulaikha nih. hehe. pastu perut pon leh kempis n pakai baju saloma kan? kan?

Lepas hantar Encik tunang kat rumah sewa aku, aku dok melepak kat rumah kawan aku. Ape lagi, online lah. Kesian farm aku kat FARMVILLE mati semalam sebab tak online. haha! Seyes aku memang tegar!

Gelak je teringat jiran aku tegur cik Tunang. Orang cakap gi kursus kahwin, dia cakap ko dah kahwin ke. haha! Kalau dah kahwin, taklah aku tumpang tidur rumah kawan aku macik oiii! Baik aku lepak rumah laki aku je, badan pon dah lembik nak hantar dan jemput dia gi masjid al-azim. Padahal pakai kereta dia. Haha!

Hari nih kursus berjalan dengan lancar. Cuma masuk slot modul ke 7, aku da start main-main. Tajuk modul tuh, langkah-langkah menanggani stress dalam rumah tangga kot. Lebih kurang lah. Sebab penceramah tuh tak muda lagi, so aku dok berboraklah ngan kak Ina yang duduk sebelah aku. Kalau dia muda dan hensem, memang aku dengar dengan khusyuk sambil tak kelip mata dah! Stres je penceramah tuh aku tengok bila ramai yang terlentok keletihan. 

Aku pulak syok dan teruja sebab Kak Ina ajar aku macam mana nak beli emas supaya tak tertipu. sebelum nih, peduli ape aku tentang emas. Baik aku beli hp, laptop, iphone, ipad ke. tapi sekarang, aku rasa emaslah paling bernilai. boleh jadi aset. ko beli ipad riban-riban tapi lama-lama harga jatuh buat apa. tak dapat apa pon. Kalau ada emas, at leaset besok, adelah simpanan kalau aku takde duit kan. nanti dah kaya sikit, belilah tanah pulak. haha... kaya aku! Kaya aku!

Ok, dah pukul 5. Alarm tepon aku dok melalak suh aku siap kemas barang, then balik uma cepat-cepat. besok dah start bekerja. pukul 7 dah kena ada kat tempat kerja. Bali pukul 8 malam. Dapat kumpul rm3000 dalam 3 bulan nih masyuk jugak kan?Beraya sakan aku nanti!

Apa pon, hari nih dari 100%, aku dapat ambil 65% je isi kandungan modul yang dibentangkan. Mungkin sebab overload sangat kot. Masa penutup je aku rasa aku tak ngantok dah! Prof. Madya Datuk Dr Abu Bakar Bin Mohd Diah, pegawai ape tah kat jabatan ketua menteri melaka yang rasmikan majlis penutup kursus nih. Memang seronok dengar dia berceloteh walaupon untuk buat perasmian penutup je kot.

Apa pon, kalau kita niat untuk mendapatkan ilmu, janganlah kita sia-siakan peluang itu. Kalau setakat datang dan bayar RM65 then balik ambil sijil tanpa pelajari apa-apa, memang sia-sialah datang kan?

Ok, nak baring rehat. 15 minit lagi aku gerak balik. papai!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Kursus kahwin di Masjid al-Azim, Melaka dan kenapa pilih di sana

Salam readers!


Seharian berada di Masjid al-Azim cukup membuatkan satu badan aku kejang. Pinggan aku bengkok dan sakit nak diluruskan, kedia-dua peha turut kejang dok silang kaki disebabkan kelenguhan sepanjang 5 slot modul di bentangkan. Bayangkanlah, 4 modul 1 jam, modul ke 5 je 2 jam. Non-stop kecuali sarapan pagi selama 15 minit  dan makan tengahari dan solat Zohor 1 jam. Kottt..


Tapi aku cukup happening kat sana. Nasib baik kakak sebelah aku nih ramah, Suka berborak dengan aku dan teman aku makan sekali. Kalau tak, macam kera sumbang kau kat sana. 


Aku pergi berdua dengan Encik Tunang. Dah puas pujuk Cik Dila, housemate aku join masa daftar kursus, tapi apakan daya, dah terlambat.Bila dah berdua je, faham-fahamlah. Cik Tunang ke Timur, aku ke Barat. Habis je sesi modul hari nih pukul 5 petang, aku bukak nota Cik Tunang, kosong belaka. Kemas betul buku nota dia tak tulis apa-apa. nasib baik aku soal balik apa penceramah cakap, dia boleh jawab. Kalau tak, memang dah kena ketuk dengan aku.


Apepun, penceramah dia... oklah. Satu jam untuk satu modul tak cukup sebenarnya. Ada beberapa point dan slide yang mereka tak terangkan. penceramah pertama agak slow, penceramah terakhir pulak...Ntah, no komen,


Tujuan:
Aku tau dekat Maim Bentara nih peraturannya ketat, tak selesa dan macam-macam rungutan yang aku terima. Tapi aku tetap berkeras nak ke sana. Sebab-sebabnya:


1. Lelaki wajib pakai baju kemeja atau baju melayu berwarna putih, bersongkok hitam dan berseluar slack warna hitam atau blue black
kenapa aku suke?
Sebab aku jarang dapat tengok Cik Tunang pakai baju semat-semat. Dr dulu sampai sekarang, paling semat baju dia pakai, t-shirt berkolar. tuh pon kalau ada pergi kenduri kawin or majlis pertunangan. Termasuklah Majlis pertunangan aku. 
*skodeng-skodeng dari tungkap je. Hehe!*
Dan aku paling tak suke tengok dia pakai seluar pendek.

2. Yuran pendaftaran RM65/orang
Berani google-lah then cari harga lebih murah daripada tuh. haha. mestilah takde kan?
Sebab aku amek pakej promosi. hari nih je promosi diskaun seperti harga di atas.

3. Isi kandungan modul lebih lengkap berbanding kursus kahwin di tempat lain.
Nak mencari ilmu bukannya mudah. macam juga nak mendapatkan ilmu sebelum berumah tangga nih.
Walaupun aku ada masuk kelas Kekeluargaan Islam dekat UiTM untuk modul ko-ku, menghafal macam-macam doa untuk persediaan ke alam rumah tangga, masih lagi tak cukup dan banyak lagi kekurangannya.
Sebab itu kena cari lagi ilmu yang ada.
Even dia bagi buku nota tentang isi kandungan modul kursus kahwin nih, aku masih mendengar dengan teliti setiap yang penceramah sampaikan.
Sebab aku taknak suatu hari nanti berlaku masalah rumah tangga yang mengakibatkan penceraian.
Ingat kahwin nih sesuatu yang main-main ke?

3. Penceramah hebat dan banyak pengalaman
Aku ingat kat Tampin je ustaz nya kelakar dan pandai menyampaikan ceramah.
Ala...kat sini pun ade. Pegawai-pegawai JAIM pun ada.
Tak faham, semua boleh tanya direct.
bukan semua tempat tuh, servis dan qualitinya sama.
Jadi, pilih tempat kursus yang terbaik dan isi kandungan yang lebih lengkap sebagai bekal pengajaran untuk masa akan datang.

Nanti aku update lagi. Ngantuk dan letih. Perlu bangun awal dan bersedia untuk ceramah keesokkan harinya. Tata~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, June 10, 2011

Blogging itu Aku Suka!


Segmen nih dijalankan oleh Mr Syaimz aka MOHD SYAFIQ NAIM especially yang suka berblogging aka
BLOGWALKERS



Kata beliau:
aku akan review each blogger yang join segmen ni,
alang-alang boleh berkenalan kan?
share.share.share.share.share


So, ape lagi, jomlah kita join ramai-ramai. Entah bila lah orang nak review blog aku nih..


So, aku tag Cik Yah aka Cik OShin dan rakan karib beliau Abg Stalker.
Haha!


TARIKH TUTUP : 15 JUNE 2011

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Marriage [sad]

When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I've got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes. 

Suddenly I didn't know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly.

She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why? 

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn't love her anymore. I just pitied her! 

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company.

She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now. 

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn't have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane. 

When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again. 

In the morning she presented her divorce conditions: she didn't want anything from me, but needed a month's notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month's time and she didn't want to disrupt him with our broken marriage. 

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day.

She requested that every day for the month's duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request. 

I told Jane about my wife's divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully. 

My wife and I hadn't had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don't tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outsidethe door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office. 

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn't looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her. 

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me.

On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn't tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger. 

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite afew dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily. 

Suddenly it hit me... she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head. 

Our son came in at the moment and said, Dad, it's time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day. 

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn't noticed that our life lacked intimacy.

I drove to office.... jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind...I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore. 

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won't divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn't value the details of our lives, not because we didn't love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart.

Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. 

At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I'll carry you out every morning until death do us apart. 

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead.

My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push thru with the divorce.-- At least, in the eyes of our son--- I'm a loving husband.... 

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse's friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage! 

If you don't share this, nothing will happen to you. 

If you do, you just might save a marriage.

Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

Kredit to:
Mommy's Diary of Life

Luahan hati pemilik blog: Nikmat itu kadang-kadang tak disedari, apabila hilang barulah manusia benar-benar terasa




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, June 9, 2011

PUJI ATAU KRITIKLAH ENTRI KU INI





Jum check apa kaitan gambar dengan dunia blogger. Klik sini untuk join.


1. Cermin diri sendiri: 
Bila kita terlibat dalam dunia blogging, pembaca menilai kita dan cara hidup berdasarkan gaya penulisan. Mungkin dari segi bahasa, gaya hidup, pergaulan antara kita dengan blogger lain dan sebagainya. tapi kadang-kadang, bila syok menulis dan mengkaji dunia luar, kita kene selalu mengingatkan diri sendiri, pernah tak kita ambil tauladan dari entri yang kita buat? So, dari situlah kita perbetulkan diri sendiri. 
2. Trafik: 
Jika dalam dunia blog, trafik yang tinggi sangat bagus untuk kebaikan blog kita. Baru kita tahu, blog kita ada nilai atau tidak. Jadi, kita akan cuba berikan entry terbaik kepada pembaca supaya mereka akan tetap berkunjung ke blog kita dan enjoy dengan hasil penulisan kita.

mMacam juga dunia luar. Ada macam-macam sebab kenapa jalan raya sesak. Ada pesta ke berhampiran tempat kita memandu? Ada acara yang menarik ke sampai orang bersesak-sesak dan terpaksa mengharungi keksesakan. mungkin meredah kesesakan untuk sesuatu yang kita suka macam nak tengok konsert Dato' Siti or rutin harian yang membosankan macam nak pergi berkerja. 
3. Berhati-hati sentiasa: 
Dalam berblogging, setiap entry yang dihasilkan perlulah dititik beratkan. ini penting supaya entry yang terhasil tidak mendatangkan kemarahan orang lain. So, elakkan mengeji atau mengutuk orang. Emosi perlu dikawal walaupun menaip dalam keadaan marah. Macam kat jalan raya. Kalau tak memandu betul-betul, silap2 kete ko cium bontot kete orang. hehe.  


Haha, macam bagus pulak aku nih. Oklah, itu je yang aku leh list kan berdasarkan gambar, Nak tulis banyak-banyak takut tak ikut syarat abang Ben pulak. Silalah puji atau pun kritik entry ini supaya aku tau mana silap dan salah aku sebagai blogger.
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, June 7, 2011

Sajak buat bakal suamiku..


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

- Artikel iluvislam.com -

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

terima kasih follower ke 100

Salam readers,

Mula ber-blogging pada September 2009. Haha, jangka masa yang lama juga, Aku update blog pon ikut waktu dan masa aku sendiri. Aku tak macam Abang Ben tuh, satu hari berpuluh-puluh entry dia buat. Mungkin aku tak setangkas dia, menaip entry walaupun sedang bekerja, atau pun macam mana-mana student yang lain.

Asalnya, aku join blogger sebab senang ade akaun nak komen sedara-mara. Aku suka menulis dan menaip. Tapi sedar-sedar, panjang berjela dan meraban lagi banyak dari isi yang nak disampaikan.

So, aku lagi prefer jadi silent reader. Perhati gaya penulisan orang dan kenapa dia top sangat. Tapi seikhlas hati, aku selalu jumpa blog yang berkualiti, tapi kurang top berbanding blogger yang lagi banyak merepek nih. Aku pun tak tau kenapa. Sebab aura blog dia kot.

Thanks pada follower ke 100 yang sudi jadi follower bertuah. Memandangkan semalam, aku tak beberapa sihat, maka hari nih baru buat entry untuk kamu.




Btw, follower ke 100 takde blog untuk di review. Apepon, terima kasih banyak-banyak. Lain kali aku nak review lagi blog-blog lain pada masa akan datang:)
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, June 6, 2011

CoolBlog dalam mimpi

Salam readers!

Aku tau korang dah tido. Aku je masih berjaga.
Nak meseg boifren, jangan mimpilah up 12 tengah malam masih berjaga.
Walau kaki lenguh berjalan, walau kepenatan, walau hujan renyai-renyai kat luar, mata aku menten takleh lelap.

Lapar!
Ye, lapar mengenangkan aku hanya kongsi makan quarter of chicken dekat Kaizer dengan Cik Tunang siang tadi.
Oh, ade tambahan sikit, belen ayam Cik Dayah.

Budget dia dah makan kat rumah, dah kenyang, so belilah satu set ayam dengan kentang goreng je.
Alih-alih, dia makan lebih dari aku.
Nasib baik ada bekap lasagna seafood, tapi perasa inti karipap jenama Kaizer.
Lagipon sejam sebelum tuh, aku dah bantai CoolBlog secawan sambil tunggu Cik Tunang menyinggah sebelum pulang ke Puchong.


Dulu CoolBlog nih takdelah femes sangat.
Aku pon tak bape nak layan sangat makanan remaja-remaja nih.
Senang cerita aku nih bukanlah golongan yang terikut dengan cara orang, kesukaan orang ataupon fesyen terbaru yang mengikut peredaran masa.
Tapi, kalau apa yang popular tuh mampu menarik perhatian aku, ni lah jadahnya.
Satu Dataran Pahkawan aku pusing semata nak cari CoolBlog punya pasal.
Siap teguk-teguk air liur tengok orang lain pegang cawan dia.
Memang betul-betul kuat pengaruh CoolBlog dalam hidup aku.

Ni senior aku buat untuk subject marketing. jum layan!

Sape yang tak pernah rasa, silalah try secawan.
Biasa dia akan tanya nak pearl ke tak.
Pearl tuh takde rasa sebenarnya.
Just bebola kenyal dari ubi kayu yang dimasak dan dimakan bersama air / ice-blended untuk menambah keunikan rasa CoolBlog tuh je.
Aku suke, kalau boleh nak mintak extra kat amoi yang jual tuh.
Aku just tak puas hati, kenapa harganya berbeza-berbeza jika lain tempat.
Dekat Dataran Pahlawan, RM3.10 tp dekat Jusco baru sebelah tesco Melaka tuh, RM4 lebih.
Cekik darah betul!


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Bershopping bersama Cik Dayah Kassim

Salam readers,


Baru balik berjalan di Melaka bersama Cik Dayah. Kaki lenguh tapi berbaloi. Makan Kaizer kat Dataran Pahlawan then melayan Cik Dayah mencari beg dan kasut untuk memulakan hari pertama bekerja di kilang besok.

Oh, lupa nak bagitau, aku ada interview besok! pliz doakan aku.

Asalnya aku isi borang untuk jawatan operator. Cukup 3 bulan, aku blahlah. Just nak cari duit poket untuk belen lagi 3 bulan bercuti nih. Pergi bersama Cik Dayah, isi borang bersama beliau. Tp, alhamdulillah dapat panggilan temuduga sebagai Quality Control (QC). Basic mungkin RM600. Kira up-lah sikit seratus dua banding jadi operator. Dayah pulak, tak dapat temuduga, just terus masuk kerja sebagai operator. See, sape cakap tak de kerja kat melaka nih. Ada je, cuma kena pandai cari lah.

Ok, berbalik cerita asal, dayah dapat kasut yang di cari. Tapi saiz budak-budak. Err, paling besar. Itupun setelah merayap kat Melaka Sentral. Bukan di Dataran Pahlawan, mahupun Mahkota Parade.

Cian dia, saiz kaki comel sangat, terpaksa ambil saiz budak-budak. Melayan dia, pukul 10 malam tepat sampai rumah. Nasib baik dia drive selow-selow. Dimaafkan walaupon hatiku si pemandu ibarat pelesit nih agak tertekan di dalam kereta beliau. hik Hik!


Aku beli tudung. Tudung bewarna putih. Benci sungguh pakai tudung warna putih. So, taknak nampak macam tudung sekolah, aku beli yang bling-bling punya. Macam kat atas nih, tapi warna putih. Sendiri imiginlah. Mak komen pendek dan senteng. Tetibe rasa nak jual kat dayah, tapi mak tukar fikiran, memberi keizinan. Sori mak, tak cukup bajet nak beli tudung saiz L. Lagi besar saiz, lagi mahal rupanya. Susah juga nak berjuang tutup aurat nih yer?

Next week pergi kursus kahwin kat masjid al-Azim. Kena pakai tudung warna putih, baju bebas. Balik tadi, puas aku acu tudung putih dengan stok baju kurung. Tak masuk langsung! Bengang habes! Muke aku dah makin hitam bila pakai tudung putih, lagi tambah jerawat berketul-ketul. Makin hitam aku tengok. Hampeh betol! tiap-tiap hari aku sapu krim OXY serta pencuci muke satu set. Dengan harapan muke aku kembali licin dan gebu macam 2 tahun lepas.

Zaman cekeding sekejap dan zaman muke tengah suci. Tak pakai mekap ok!

Terima kasih Cik Tunang, sudi singgah Melaka sekejap kirim kek dan kuih bahulu untuk bakal mertua awak. Walaupun muke awak ketat sangat petang tadi dok cari parking, saya tau awak ikhlas datang jumpa walaupon untuk seketika. Minta maaf kerana terpaksa singgah sebentar dan melayani kerenah 'orang perempuan bila bershopping' buat awak keletihan dan kepenatan berganda dek merewang kenduri kazen awak kelmarin. Mintak maaf juga dari saya dan mak ayah saya sebab tak dapat hadir majlis kenduri sedara awak di sana even Ude dah sudi menemani saya ke majlis tersebut. 

Apepun, keikhlasan awak sangat saya hargai.

Orang cakap, bertunang jangan jumpe selalu, nanti manisnya hilang. Dapat jumpe sejam dua tadi pon, dah begitu besar maknanya. 

Nota: Siap font kaler pink. Kunun, hati aku pon warna pink masa type entry khas untuk Cik Tunang >.<



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, June 5, 2011

Ragam adik beradik lelaki

Sedang menonton jemaah Kolesterol dekat TV3, ayah aku bersuara:

Ayah: Sorang volunteer tolong sini sekejap.
(Actually, ayah aku tengah buat kerja kat bilik baru beliau dengan mak. Bilik lama jadi bilik pengantin --->untuk saya. Hehe)

Kebetulan ketiga-tiga abang aku dan adik lelaki aku yang bongsu ade depan tv dengan mak aku.

Abang-abangku: Anoi! Anoi! (panggilan manja Muhammad Nur Fikri kat rumah. Boleh pulak dorang ni panggil serentak)

Macam biasalah. Kalau dah berkumpul ramai-ramai macam nih, yang kecil jadi mangsa pembulian abang-abang yang besar. 


Tapi adik beradik perempuan ni lain sikit. baru nak gurau tarik rambut sikit nak jerit marah-marah. 


Nanti macam biasalah, kalau ayah aku dah dengar suara anak meninggi, mulalah dia buat muke terpinga-pinga. Bila nampak aku tersengih, dia tau lah aku saje nak gurau dengan adik aku.

Pastuh ayah aku cakap:
Beruntung dapat adik-beradik ramai nih. Ade orang takde adik-beradik ramai nak bergurau senda.


Macam Cik Tunang aku tuh. Kesian anak tunggal. Tataulah besok dah kahwen abang-abng aku leh terima dia jadi adik ipar ke tak. Dia je yang bersemangat nak jadi adik ipar dorang walaupon dah tua bangka... Keh keh keh.

Atas: Anoi & Along
Bawah: Abu & Angah

Natijah bila berkumpul di hujung minggu. Bilik yang kecik nih dijadikan tempat perlawanan Counter Strike. Habes lappy aku pon jadi medan pertarungan.

Dari kiri: along, ude, anoi, angah (atas kerusi malas)

 Ini pula 3 orang abang dengan adik bongsu tercinta. Berbaring semua depan tv. Si Ude takleh tengok si Bongsu senang, mesti nak mengacau.

Tengok, siap peluk-peluk lagi. Mesranya beliau   =.='

Oh, gambar kurang berkualiti. teringat pulak N86 yang dah bertukar tangan.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, June 3, 2011

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO



Salam readers,


Macam biasa, aku join lagi segmen abg Ben. Mudah dan ringkas. Terbuka kepada semua rakan-rakan bloggers yang berumur dalam lingkungan 18 - 25 tahun. Aku kat tengah-tengah. Hehe. Mari join ramai-ramai.

Sebelum nih, biar aku lengkapkan slogan yang abg Ben mintak:

"Saya suka blog The Other Khairul kerana ayat gila-gila tapi ade pengisian."

Ok dah. bye!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, June 2, 2011

Video : Majlis pernikahan Salih Yaakob dan Samihah Sheikh Ali

Salam readers,

Yuhuu kawan-kawan. Kisah Salih Yaakob dah cukupkan qouta ke 4 nya 30 Mei 2011 yang lepas. Aku share tak semestinya aku suka. Stendetlah weh, aku kan perepmpuan, tak sanggup aku nak berkongsi kasih. kekasih kena rampas pon aku frust tertonggeng-tonggeng. Inikan pulak nak berkongsi lelaki. Tak sanggup mak!

Tapi apepon, dah kira jodohlah kan. Si Samihah pon dah suke sangat ngan Salih Yaakob, so dari buat dosa, baik dorang nikah. Yang untung, si Salih Yaakoblah. Ade 4 orang isteri. Isteri-isterinya pulak, moga-moga di tempatkan di syurga sebagai isteri yang patuh dan sentiasa redha dengan sang Suami. Dapat payung emas tau. Siapa yang tak nak. tinggal sanggup tak sanggup je lah.

Walaupon aku mendoakan mereka bahagia, korang doakan lah Cik tunang lah lelaki pertama dan terakhir dalam hidup aku. itu je lah. Dan aku harap aku lah yang pertama dan terakhir dalam hidup dia. Takmu kongsi-kongsi ok.

Ok, layan video majlis pernikahan dia. Lancar je Salih Yaakob lafazkan akad nikah. Orang pro katakan.


Gambar-gambar boleh tengok kat blog Beautiful Nara ok. Btw, isteri ke empat dia nih sangat cantik dan muda sangat. hihi. Tahniah buat pasangan mempelai!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Oh senggugut!

hai readers!

Tau tak ape itu senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang biasanya dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Sebagai seorang perempuan juga, meh aku kongsi cerita dengan korang semua, tanda-tanda yang biasa dialami oleh gadis-gadis bila senggugut.

1. Kekejangan. Bahagian bawah perut korang mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
Pergh, masa nih jangan berani buat hal or suruh buat kerja banyak-banyak. korang takkan rase macam mana sakitnya masa senggugut ok. nampak si penghidap macam takde pape, tapi bila bergerak sikit, rasa macam perut kita macam nak jatuh ke bawah ok. Amat sakit! 
2. Sakit kepala yang berdenyut-denyut
Aku tak pasti sama ada teori aku betul or tidak. bila peringkat permulaan period, biasanya perempuan kekurangan darah. jadi, kurangnya oksigen menyebabkan kepala mudah pening dan pitam. kebetulan aku ada masalah darah rendah. Setiap kali period, selalu aku kena migran kalau tak rehat secukupnya. 
3. Pitam 
4. Muntah atau mual/loya
Oh, yang ini memang tak asing lagi. Bila dah pening kepala dan pitam, tak sahlah kalau tak loya kan. tapi jaran berlaku melainkan kepala sangat sakit hingga mendatangkan migrain.

 5. Sakit kaki dan bahagian belakang badan
perkara sebegini sering terjadi permulaan period. Aku biasa sakit bahagian pinggang. bila time nak buang air besar, memang teramat sakit. rasa macam perut pon macam nak jatuh. mungkin peranakkan kita masa tuh sedang mengecut, jadi bila terasa nak membuang tuh, memang tak selesalah kan. Jadi banyakkan makan sayur dan makanan serat supaya proses penghadaman korang lancar. kalau taknak tanggung sakit, doalah moga-moga korang tak terasa nak 'qada' hajat' pada masa tersebut. ^__^ 
6. Pergerakan usus yang tidak sekata

Apa yang perlu dilakukan bagi mengurangkan sakit senggugut?

1. Ambil pil penahan sakit.
Kalau boleh elakkan terlalu bergantung takut efek dari bahan kimia ubat-ubatan yang diambil, Jadi ambillah mengikut dos yang di tentukan. 
2. Tuam perut.
Ini penting supaya ketegangan perut dan kekegembungan semasa period dapat dikurangkan.Boleh dilakukan dengan menggunakan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda. 
3. Berehat dan elakkan membuat kerja berat.
Baring dan tenangkan diri adalah langkah terbaik. Jika korang pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas mengambil pil penahan sakit. Cara ini boleh juga digunakan oleh penghidap migran.
Sebenarnya banyak cara untuk kurangkan sakit senggugut nih. kalau dah takut tiap-tiap bulan sakit senggugut, rehatkanlah diri. Allah pon fahami masalah wanita, lalu beri kelonggaran mereka berehat dari beribadat macam menunaikan solat 5 waktu. Jadi hargai lah diri anda.

Sebagai orang sekeliling pula, fahami situasi wanita yang mengalami 'datang bulan'. Sila jangan desak mereka melakukan kerja rumah sekiranya anda hargai mereka di sisi anda. kadang-kadang wanita pun perlukan rehat yang mencukupi walaupun tidak berkerja seperti anda.

Lagi satu, jangan sesekali mengeluh bila menghadapai senggugut, sebab senggugut nih satu persediaan merasai kesakitan semasa handak melahirkan anak pula. Anggaplah kesakitan senggugut nih satu kejadian indah, barulah rase nye berkurang. Erk!
Terima kasih.

Nota: Teringin nak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetibe.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, June 1, 2011

Budak 14 tahun mengaku takde dara?!

Salam readers,

Macam banyak sangat reader(s)..

Sedang bukak FB, macam biasa aku tengok update status kawan-kawan FB. Ape yang terbaru aku bacalah; yang merepek, aku ignore ajelah. Then, bukak blog, tengok update post terbaru. Isu "Blog Adinda: Kisah apa aku tak virgin"

OmaiGod! sensitip betul aku dengar kisah budak nih. Aku bukak blog mamat nih. Yer, aku memang minat gile baca blog dia. Seyes. Jadi aku rajin bukak even dia dah update blog tuh seminggu yang lepas. Mungkin sebab apa yang nak disampaikan mudah aku nak faham.

Dia ada bagi link si budak 14 tahun tuh. Aku dah baca. Tahun lepas punye post tuh. Secara terang-terangan dia mengaku dia tak de dara.

Istigfar panjang aku. Kesian. Teringat pulak kat adik perempuan aku. Sekarang nak amek PMR. Aku rase sebaya dengan budak nih kalau tengok tarikh entry tuh.

Aku doa je lah dia berubah. Muda-muda nih janganlah mudah sangat serahkan maruah pada lelaki even ko yakin dialah lelaki masa depan ko. macam ayat Yuyu Zalikha tuh. 

maruah perempuan nih sangat berharga dik. Sekarang ko tak fikir, sebab ko kecik, muda remaja lagi. Besok ko dah dewasa, dah ada akal fikiran yang cukup, baru ko nak sedar dah terlambat dah dik. Silap-silap bakal suami ko pon dah taknak angkat martabat ko tinggi-tinggi sebagai isteri dia. Dah tak bermakna pon perkahwinan ko. kalau ko kawen jugak dengan boifren penghancur masa depan ko tuh, alhamdulillahlah kan. itu pon kalau dia tau bertanggung jawab. 

tapi ko kena ingat, keturunan ko tuh pulak macam mana. orang selalu cakap, kalau mak ayah nya tak elok, anak-anak pon mengikut. Jadi pilihlah suami yang soleh, yang boleh membimbing kita. kalau pon tak jadi imam masjid, imam kita dan anak-anak pon jadilah.

Dah, aku mula nak meraban. Cume sebagai blogger pemerhati, aku cuba dapat simpulkan sebegini. toksahlah kita nak kecoh-kecoh pasal budak tuh pon. nak maki dia tak memasal macam ko seorang yang perfect dan sempurna. 

kalau bukan si penghebah yang dok google type 'perempuan tak ada dara', silap-silap sampai ke tahun depan pon ko takkan jumpe blog budak tuh kan. Pastuh nak kecoh-kecoh kat twitter maki-maki n komen berjela kat blog dia supaya dia insaf. Padahal, ko pon miang gak nak search-search pasal pompuan takde dara kenapa? ko baca, ko jadi pengajaran sendiri sudahlah.

Nasib kalau dia insaf. Kalau 'follower' nak jadik macam dia pon bertambah macam mana?

Memang lah dunia nih dah akhir zaman.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Google Chrome crash!

Salam readers.


Agak berjeman aku tak update blog. Entah ape silap Google Crome aku nih merajuk or meraban. Aku bukak FB, tapi takleh update status, komen status sendiri or orang lain, kadang-kadang tetibe tak dapat melayari internet. Ahaks *ayat skema* dan sebagainya.


Dekat seminggu juga macam nih. Penat-penat aku taip komen panjang-panjang, tekan ENTER tapi tak publish. Pelik habes!


Bila online, aku main Farmville, tengok wall orang lain *sambil gigil-gigil tak dapat komen* serta blogwalking sebagai silent reader. Abes nak buat camne, dah aku takleh nak buat pape. 


kalau aku update status or balas komen pon sebab aku online pakai tepon. Aku ingat Fb aku je biol, rupanya bila aku test bukak FB cik tunang pon same jugak rupanya.


Akhirnya aku re-install balik Google Crome. Baru boleh update status n komen seperti biasa.


Hari nih, pukul 8 lebih (wajtu malam) baru ayah aku bagi wayar streamix. Setelah di bodek oleh dak Idah, buat facial muka depan tv, n sesi urutan badan oleh aku sebentar tadi, barulah dapat bukak streamix.


Tapi aku berani kerat jari, sebelum pukul 12 mesti ayah aku bukak plug punye. Mau nangis kuat-kuat!


Dah, tak mau membebel panjang. mau melayari internet dengan begitu khusyuk ari nih. da~~
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy