Salam readers,
Boleh tengok sini untuk cerita tentang kursus kahwen aku sebelum nih. Macam biasa, keluar je dewan kursus, aku rase macam nak patah je pinggang aku nih. haha. Macam tak cukup kalsium pulak. kene buat 14 days challenge yogurt BLISS macam Hamis Zulaikha nih. hehe. pastu perut pon leh kempis n pakai baju saloma kan? kan?
Lepas hantar Encik tunang kat rumah sewa aku, aku dok melepak kat rumah kawan aku. Ape lagi, online lah. Kesian farm aku kat FARMVILLE mati semalam sebab tak online. haha! Seyes aku memang tegar!
Gelak je teringat jiran aku tegur cik Tunang. Orang cakap gi kursus kahwin, dia cakap ko dah kahwin ke. haha! Kalau dah kahwin, taklah aku tumpang tidur rumah kawan aku macik oiii! Baik aku lepak rumah laki aku je, badan pon dah lembik nak hantar dan jemput dia gi masjid al-azim. Padahal pakai kereta dia. Haha!
Hari nih kursus berjalan dengan lancar. Cuma masuk slot modul ke 7, aku da start main-main. Tajuk modul tuh, langkah-langkah menanggani stress dalam rumah tangga kot. Lebih kurang lah. Sebab penceramah tuh tak muda lagi, so aku dok berboraklah ngan kak Ina yang duduk sebelah aku. Kalau dia muda dan hensem, memang aku dengar dengan khusyuk sambil tak kelip mata dah! Stres je penceramah tuh aku tengok bila ramai yang terlentok keletihan.
Aku pulak syok dan teruja sebab Kak Ina ajar aku macam mana nak beli emas supaya tak tertipu. sebelum nih, peduli ape aku tentang emas. Baik aku beli hp, laptop, iphone, ipad ke. tapi sekarang, aku rasa emaslah paling bernilai. boleh jadi aset. ko beli ipad riban-riban tapi lama-lama harga jatuh buat apa. tak dapat apa pon. Kalau ada emas, at leaset besok, adelah simpanan kalau aku takde duit kan. nanti dah kaya sikit, belilah tanah pulak. haha... kaya aku! Kaya aku!
Ok, dah pukul 5. Alarm tepon aku dok melalak suh aku siap kemas barang, then balik uma cepat-cepat. besok dah start bekerja. pukul 7 dah kena ada kat tempat kerja. Bali pukul 8 malam. Dapat kumpul rm3000 dalam 3 bulan nih masyuk jugak kan?Beraya sakan aku nanti!
Apa pon, kalau kita niat untuk mendapatkan ilmu, janganlah kita sia-siakan peluang itu. Kalau setakat datang dan bayar RM65 then balik ambil sijil tanpa pelajari apa-apa, memang sia-sialah datang kan?
Ok, nak baring rehat. 15 minit lagi aku gerak balik. papai!
0 comments:
Post a Comment