Aku ngantok serta penat. Tapi masih ingin meng-update blog!
Alhamdulillah, dah masuk 2 hari bekerja.
Da isi offer letter sebahai QC Inspector.
Basic tak banyak, tapi kalau menten sehari 3 jam, insyaAllah bakal capai RM1k sebulan.
Hari nih dah start balik pukul 800 malam.
Esok tak berapa nak pasti...
Hari nih aku rase terkilan bila HR bagi basic kurang rm200 dari tawaran awal on-da-fon
Ingat aku nih budak tak sekolah ke?
Rumah aku jauh dari kilang, tapi dia bagi elaun kenderaan RM80 sahaja, alasan ikut radius 10km dari kilang.
Wadehelll!
Ko ingat 10km dari kilang sama ke jaraknya naik motor.
Dahlah suh OT sampai ke malam. Bengang sungguh aku.
Takpe, nasib baik aku sabar. Demi 1k dalam tangan.
Hari nih dah tak duduk sambil baca nota berusia tiga tahun.
Pengarang nya indon!
Nasib baiklah aku nih masih rasa nak belajar.
Bolehlah faham sikit-sikit.
Ok, aku nak tidur. Doakan bulan nih aku dapat 1k! Yuhuuuu!
0 comments:
Post a Comment