hai readers!
Tau tak ape itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang biasanya dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.
Sebagai seorang perempuan juga, meh aku kongsi cerita dengan korang semua, tanda-tanda yang biasa dialami oleh gadis-gadis bila senggugut.
1. Kekejangan. Bahagian bawah perut korang mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.Pergh, masa nih jangan berani buat hal or suruh buat kerja banyak-banyak. korang takkan rase macam mana sakitnya masa senggugut ok. nampak si penghidap macam takde pape, tapi bila bergerak sikit, rasa macam perut kita macam nak jatuh ke bawah ok. Amat sakit!
2. Sakit kepala yang berdenyut-denyutAku tak pasti sama ada teori aku betul or tidak. bila peringkat permulaan period, biasanya perempuan kekurangan darah. jadi, kurangnya oksigen menyebabkan kepala mudah pening dan pitam. kebetulan aku ada masalah darah rendah. Setiap kali period, selalu aku kena migran kalau tak rehat secukupnya.
3. Pitam
4. Muntah atau mual/loyaOh, yang ini memang tak asing lagi. Bila dah pening kepala dan pitam, tak sahlah kalau tak loya kan. tapi jaran berlaku melainkan kepala sangat sakit hingga mendatangkan migrain.
5. Sakit kaki dan bahagian belakang badanperkara sebegini sering terjadi permulaan period. Aku biasa sakit bahagian pinggang. bila time nak buang air besar, memang teramat sakit. rasa macam perut pon macam nak jatuh. mungkin peranakkan kita masa tuh sedang mengecut, jadi bila terasa nak membuang tuh, memang tak selesalah kan. Jadi banyakkan makan sayur dan makanan serat supaya proses penghadaman korang lancar. kalau taknak tanggung sakit, doalah moga-moga korang tak terasa nak 'qada' hajat' pada masa tersebut. ^__^
6. Pergerakan usus yang tidak sekata
Apa yang perlu dilakukan bagi mengurangkan sakit senggugut?
1. Ambil pil penahan sakit.Kalau boleh elakkan terlalu bergantung takut efek dari bahan kimia ubat-ubatan yang diambil, Jadi ambillah mengikut dos yang di tentukan.
2. Tuam perut.Ini penting supaya ketegangan perut dan kekegembungan semasa period dapat dikurangkan.Boleh dilakukan dengan menggunakan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
3. Berehat dan elakkan membuat kerja berat.Baring dan tenangkan diri adalah langkah terbaik. Jika korang pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas mengambil pil penahan sakit. Cara ini boleh juga digunakan oleh penghidap migran.
Sebenarnya banyak cara untuk kurangkan sakit senggugut nih. kalau dah takut tiap-tiap bulan sakit senggugut, rehatkanlah diri. Allah pon fahami masalah wanita, lalu beri kelonggaran mereka berehat dari beribadat macam menunaikan solat 5 waktu. Jadi hargai lah diri anda.
Sebagai orang sekeliling pula, fahami situasi wanita yang mengalami 'datang bulan'. Sila jangan desak mereka melakukan kerja rumah sekiranya anda hargai mereka di sisi anda. kadang-kadang wanita pun perlukan rehat yang mencukupi walaupun tidak berkerja seperti anda.
Lagi satu, jangan sesekali mengeluh bila menghadapai senggugut, sebab senggugut nih satu persediaan merasai kesakitan semasa handak melahirkan anak pula. Anggaplah kesakitan senggugut nih satu kejadian indah, barulah rase nye berkurang. Erk!
Terima kasih.
Nota: Teringin nak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetibe.
0 comments:
Post a Comment