Pages

Mari mengumpul bloggers!

Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Oh senggugut!

hai readers!

Tau tak ape itu senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang biasanya dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Sebagai seorang perempuan juga, meh aku kongsi cerita dengan korang semua, tanda-tanda yang biasa dialami oleh gadis-gadis bila senggugut.

1. Kekejangan. Bahagian bawah perut korang mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
Pergh, masa nih jangan berani buat hal or suruh buat kerja banyak-banyak. korang takkan rase macam mana sakitnya masa senggugut ok. nampak si penghidap macam takde pape, tapi bila bergerak sikit, rasa macam perut kita macam nak jatuh ke bawah ok. Amat sakit! 
2. Sakit kepala yang berdenyut-denyut
Aku tak pasti sama ada teori aku betul or tidak. bila peringkat permulaan period, biasanya perempuan kekurangan darah. jadi, kurangnya oksigen menyebabkan kepala mudah pening dan pitam. kebetulan aku ada masalah darah rendah. Setiap kali period, selalu aku kena migran kalau tak rehat secukupnya. 
3. Pitam 
4. Muntah atau mual/loya
Oh, yang ini memang tak asing lagi. Bila dah pening kepala dan pitam, tak sahlah kalau tak loya kan. tapi jaran berlaku melainkan kepala sangat sakit hingga mendatangkan migrain.

 5. Sakit kaki dan bahagian belakang badan
perkara sebegini sering terjadi permulaan period. Aku biasa sakit bahagian pinggang. bila time nak buang air besar, memang teramat sakit. rasa macam perut pon macam nak jatuh. mungkin peranakkan kita masa tuh sedang mengecut, jadi bila terasa nak membuang tuh, memang tak selesalah kan. Jadi banyakkan makan sayur dan makanan serat supaya proses penghadaman korang lancar. kalau taknak tanggung sakit, doalah moga-moga korang tak terasa nak 'qada' hajat' pada masa tersebut. ^__^ 
6. Pergerakan usus yang tidak sekata

Apa yang perlu dilakukan bagi mengurangkan sakit senggugut?

1. Ambil pil penahan sakit.
Kalau boleh elakkan terlalu bergantung takut efek dari bahan kimia ubat-ubatan yang diambil, Jadi ambillah mengikut dos yang di tentukan. 
2. Tuam perut.
Ini penting supaya ketegangan perut dan kekegembungan semasa period dapat dikurangkan.Boleh dilakukan dengan menggunakan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda. 
3. Berehat dan elakkan membuat kerja berat.
Baring dan tenangkan diri adalah langkah terbaik. Jika korang pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas mengambil pil penahan sakit. Cara ini boleh juga digunakan oleh penghidap migran.
Sebenarnya banyak cara untuk kurangkan sakit senggugut nih. kalau dah takut tiap-tiap bulan sakit senggugut, rehatkanlah diri. Allah pon fahami masalah wanita, lalu beri kelonggaran mereka berehat dari beribadat macam menunaikan solat 5 waktu. Jadi hargai lah diri anda.

Sebagai orang sekeliling pula, fahami situasi wanita yang mengalami 'datang bulan'. Sila jangan desak mereka melakukan kerja rumah sekiranya anda hargai mereka di sisi anda. kadang-kadang wanita pun perlukan rehat yang mencukupi walaupun tidak berkerja seperti anda.

Lagi satu, jangan sesekali mengeluh bila menghadapai senggugut, sebab senggugut nih satu persediaan merasai kesakitan semasa handak melahirkan anak pula. Anggaplah kesakitan senggugut nih satu kejadian indah, barulah rase nye berkurang. Erk!
Terima kasih.

Nota: Teringin nak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetibe.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, April 24, 2011

Panadol tak baik untuk badan?

Satu hari Cik Shiba pensyarah HRM aku cerita pasal keburukan panadol atau nama scientifiknya PARACETAMOL. Bukan niat aku nak banned product panadol, mahupon melarang sesiapapun mengambil panadol sebagai penahan sakit migrain mahupon period pain ataupon sengal badan macam abang Bong tuh, tapi untuk berkongsi pengetahuan dengan kawan-kawan sekelian; sebab aku pon selalu mempunyai masalah-masalah seperti di atas.


Sila rujuk fakta ini tentang bahayanya Paracetamol terhadap nyawa kita: Chicago Tylenol murders


Kenapa painkiller / panadol / pil tahan sakit tak elok?

  • 1 biji panadol makan masa 5 tahun untuk singkirkan bahan kimia.
  • Bila nak bersalin, jika terlalu bergantung pada panadol, lama-lama badan dah 'lali' dengan ubat berkenaan. Maka, si Ibu memerlukan bius yang lebih dari orang lain untuk mengurangkan kesakitan.
  • berfungsi sebagai bius di otak, supaya si pesakit tidak merasa sakit, sedangkan perut kita, or kepala *bagi penghidap migran* sebenarnya masih mengalami kesakitan tersebut*.

*Aku tidak mahu memandai-mandai, mahupun cuba menyebarkan apa-apa maklumat yang palsu, lalu aku bertanya encik Google. Maka beliau menjawab:



Pharmacokinetik adalah ilmu apa dadah buat dalam badan kita. Melalui pengetahuan ini, sesuatu ubat dibentuk dengan jumlah dos tertentu, diambil mengikut frekuensi tertentu dan jumlah tertentu. 
Dalam kes panadol ni, kita tahu lepas kita makan dalam 10-60 min penyerapan berlaku dalam perut. 

Separuh hayat 1-3 jam. Ni macam kita makan 1000mg (2 biji) dan kita anggap dia serap semua (sebenarnya <5% dibuang begitu shj) dlm 3 jam dlm badan tinggal 500mg, lepas 3 jam lagi tinggal 250mg dan seterusnya sampai 0. Sebab ni jugak dose panadol selalunya setiap 8/6 jam (3/4 kali sehari). Kalau dah rendah sgt takde kesan. 

Utk kesan berterusan kita kena makan ikut frekuensi ni. Tp bila sakit dah hilang berhenti la (di nasihatkan bila perlu). Tak nampak kat mana yg boleh simpan sampai 5 tahun. Yg tersimpan hanya berlaku dlm kes overdose, bilamana bahan terbuang ubat tak dapat dibuang semua oleh hati. Jadi secara langsung tiada kaitan dgn ginjal kerana penyingkiran utama melalui hati.
So, bagi Cik Eima, benda yang memusykilkan baik kita elakkan. Lagi-lagi ubat-ubatan. Mula-mula memang untuk mengubat penyakit, tapi lama-lama jadi penyakit. Namapun dadahkan?Jadi, cara yang paling mudah bila sakit kepala, migran mahupon period pain:



  • Rendam kaki dalam air suam *supaya tekanan darah menurun*
  • Minum 100 plus:air masak dengan nisbah 1:1 untuk balancekan sebab 100 plus ada gas.
  • Mandi dan basahkan kepala untuk segarkan badan. Mulakan dari bawah baru jirus air ke atas hingga kepala.
  • Tidur yang cukup.
  • Banyakkan minum air.


Tambahan dari aku sendiri, kalau migrain, mesti denyut-denyut kat kepala kan. Sila duduk dalam bilik dan bergelap tanpa gangguan sebarang bunyi. Kadang-kadang tanpa tidur pon kepala dah lega dah. Sebab bukan mudah saya nak menidurkan diri. Jadi lepas nih, jangan sesiapa mintak saya makan ubat ye, sesungguhnya saya benci makan ubat!


Cara korang pulak macam mana?


Info lanjut: http://nurilahi.blogspot.com/2008/12/kalau-kamu-sakit-kepala.html
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers