Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ke 23 readers!
Alhamdulillah, dalam menghitung hari nak melahirkan nih, masih mampu berpuasa hingga hari ke-23. Pernah terkucil satu hari akibat dehidrasi dan tekak kering teramat-amatan. Badan masa tu memang lunyai, lembik, nak pitam dan sangat-sangat lemah. Haha! So, hubby suruh buka untuk mengelakkan masalah kat isteri dan anak beliau. Hehe. But, after a few days, ade rujuk web site drzubaidi punye website (Bila wanita mengandung tidak digalakkan berpuasa), so takdelah rase bersalah sangatkan.
So, back to the topic: Jadual Makan Ketika Puasa.
Actually, semalam pergi check up dekat Klinik Desa Krubong. Sebelum nih, check up setiap 2 minggu (masalah kurang darah), sekarang dah masuk 37w ni, kenalah pegi check up every week pulak kan.
Nak jadik cerita, semalam bile sister tanya keadaan ibu dan kandungan, aku pon tanyalah pasal contaction. Sejak trimester ke-3, rancak betul baby ni mengeras. Memang tegang habis dah perut aku. Dan, keadaan menjadi-jadi bila bulan puasa, which is, tahap mengerasnya berlanjutan sehingga 2-3 minit. Sister nih punyalah concern, setiap kali check up, kalau boleh dia nak aku refer kat doktor. Aku paling malas kalau sister suruh rujuk kat doktor. Klinik Desa nih kalau check up, benda yang basic je macam check kencing, HB dan BP. Tapi, kes macam aku ni, thalesemia carrier (HB > 11gm/dl), dari sticker hijau terus tukar kuning sebab HB turun 9gm/dl; adalah perkara yang membebankan untuk si gemuk macam aku nih. Letih tau nak berulang alik dari KD Krubong Ke KK Cheng sana. Nanti gi KK Cheng, bukan buat ape pon. Sebab kes aku nih terpencil je agaknya. Nanti sampai opis dah pukul 12. Buruk rekod thumb print aku.
So, semalam, sister suspect aku UTI (kencing kotor). Normal katanya, sebab sekarangkan bulan puasa, so ibu-ibu mengandung akan kekurangan air dalam badan. Kepala baby pulak dah engage kat laluan dia. So, baby akan menekan pundi kencing ibu. Kita akan kerap rasa nak kencing. Aku tak perasan pulak kalau aku nih tahan kencing ke ape. Sangka aku, rasa ngilu dan mencucuk-cucuk kat ari-ari tu normal sebab rambut anak lebat (orang tua-tua punye komen ni), so, aku tak ambil kisah sangat. Bulan puasa, aku minum air banyak jugak. Tapi mungkin tak mencukupi untuk keperluan badan yang kian sarat kot. So, bile buat urine test betul-betul, ternyatalah ada kandungan protein yang tinggi dalam kencing. Bacaannya 3+.
Tapi doktor just bagi ubat antibiotik & garam ORS untuk lawas kencing. Ubat garam aku pulangkan sebab ade lagi stok kat rumah. Haha! Memandangkan kandungan pertama dulu pon, aku terjebak dengan masalah UTI dan terpaksa admit wad dengan bacaan urine 1+, so, agak konfius lah sebab doktor seakan tak memandang enteng masalah kencing kotor aku nih. So, aku refer doktor family plak (makcik aku). Makcik aku komen mudah je, selagi BP tak tinggi, even ade protein dalam kencing pon tak memudaratkan lagi. Tapi kalau sampai ari-ari mencucuk, sakit perut keterlaluan, kontraksi yang teruk, BP pulak tinggi, memang si ibu kene refer kat hospital sebab takut bayi lahir pra-matang. Ok, sekian.
Ini kekdah pengambilan ubat ketika berpuasa.
Source: http://www.mmgazette.com
Untuk ubat-ubatan yang perlu dimakan & diminum dalam bentuk tablet, kapsul, elixir, sirap dan sebagainya, berikut merupakan cara untuk mengagihkan kekerapan memakan ubat-ubat mengikut kesesuaian waktu makan pada bulan Ramadhan.
Kekerapan mengambil
ubat
|
Waktu makan ubat
|
Sekali sehari
sebelum atau selepas makan
|
Sebelum sahur atau
selepas berbuka puasa – dapatkan maklumat lanjut daripada ahli farmasi
tentang waktu yang paling sesuai untuk mengambil ubat tersebut.
|
2 kali sehari
selepas makan
|
Makan ubat sekali
selepas bersahur. Ambil sekali lagi selepas berbuka puasa
|
3 kali sehari
selepas makan
|
Makan ubat sekali
selepas bersahur. Ambil sekali lagi untuk dos kedua selepas berbuka puasa.
Ambil sekali lagi untuk dos ketiga sebelum tidur. Makan sedikit makanan
sebelum mengambil ubat sebelum tidur (waktu moreh)
|
2 kali sehari
sebelum makan
|
Makan ubat sekali
sebelum bersahur (sekurang-kurangnya setengah jam sebelum bersahur). Ambil
sekali lagi untuk dos kedua bersama segelas air semasa berbuka puasa,
kemudian tunggu setengah jam sebelum berbuka puasa dengan makan makanan
seperti biasa
|
3 kali sehari
sebelum makan
|
Makan ubat sekali
sebelum bersahur (sekurang-kurangnya setengah jam sebelum bersahur). Ambil
sekali lagi untuk dos kedua bersama segelas air semasa berbuka puasa,
kemudian tunggu setengah jam sebelum berbuka puasa dengan makan makanan
seperti biasa. Ambil sekali lagi untuk dos ketiga setengah jam sebelum tidur.
|
4 kali sehari dan
lebih
|
Minta nasihat
doktor berkenaan alternatif lain.
|
Banyak lagi tips lain dalam website tu. Mohon click link untuk bacaan yang lebih detail. Tq!
0 comments:
Post a Comment