Pages

Mari mengumpul bloggers!

Thursday, March 31, 2011

Aku tujukan khas untuk insan bernama lelaki


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andai lelaki tahu.. 

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. 


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

My mood today





Cant wait until tomorrow~~~~








Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, March 27, 2011

Zina akan berterusan walaupun telah diijab kabul

Untuk perbincangan bersama. Kalau fakta dan hukum ini salah, kita berbincang bersama-sama. Dan tindakan yang perlu diambil supaya tiada zina berleluasa.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.



Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.



Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.



Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah



Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.



Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>



Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>



Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.



Kesimpulannya: Ibubapa, saudara mara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI AL HAFIZ.

Note: Terasa nak buat surat layang, print artikel nih, hantar kat 'sesiapa yg berkenaan'. Boleh tak?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Video seks Anwar Ibrahim dengan amoi Cina [Part 2]



Tertengok di wall seorang rakan di FB. Ulalala! Mari saksikan beramai-ramai.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, March 26, 2011

Video seks Anwar ibrahim dengan amoi cina

Orang sekarang nih macam-macam ragam ek? Sorilah kalau ape yang aku dengar nih dah terlewatkan. Berita 21hb, aku baru nak share.




Aku tak sebelahkan sesiapa. Anwar mahupun pada pihak yang suke fitnah menfitnah nih. Tapi bagi kawan-kawan yang seagama denganku, marilah kita bersama-sama mengelak terjerumus dengan dosa kering sebegini. Tak payah nak buat Anuar Ibrahim tuh 'Ikon Seks' se-Malaysia pulak. Mula-mula liwat. lepas tuh, seks dengan amoi Cina, la nih, nak test Mak Nyah Thailand pulak.
Macamlah dia tuh takde bini nak layan kehendak dia nan satu tu kan???
Teeeeeeettttt!

Ya Allah, apa lah salah Anwar Ibrahim tuh sampai ko nak jatuhkan maruah dia. Orang Malaysia nih bukan bodoh, tak ada akal nak fikir. Jadi berfikirlah.

Nasib baik segalanya dah selesai. Tunggulah, besok kalau ada pilihan raya lagi, ape pulak cerita seks pasal Anuar keluar lagi. Haha, macam-macam.



Sumber: Hukum fitnah orang berzinaPropa pertamaSeks bersama mak nyah ThaiAkhirnya.., dan banyak lagi. Sila google sendiri ye?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Falling in love with Bruno Mars

Oppsss...
Lastly, percaya jugak memang dah minat gile dengar lagu dia.

First time dengar, lagu Grenade dari housemate, Shaz.
Dia buat ringtone dia. So, tiap-tiap hari aku terpikir, sape lah yang nyanyi kan.
Lagu Billionaire tuh tak pulak aku minat sangat.
Huhu.

Actually, dah lama aku tak layan lagu omputih nih.
Tengok kawan rapatlah. Layan lagu omputeh, aku pun layanlah.
Lagipun, aku jarang dengar radio, so bile on radio dalam kereta, adik aku dah hafal dah, mesti aku orang last yang tau lagu-lagu tuh sume dah lama hits..
Kah kah kah!

Then, tengok video klip dia tarik piano tuh, terus jatuh cinta. Sweetnye dia. Adeh!

Ekpresi muke dalam video klip "Just the way you are"

Dan salah satu video sempoi dia yang aku suke. Maybe sebab muzik dia lebih santai kot.


Layan!


Mode: Terawang-awang berada di rumah sendiri!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, March 13, 2011

Saat Terakhir - ST 12

Pedulilah orang nak banned lagu indon ke tak. Aku nih universal. Lagi pulak bab dengar lagu jiwang tengah malam nih. This is my feveret song. Bila dengar semula tetibe, lagi pulak time tengah rindu kawan-kawan, makinlah touching. ye tak?

Seriously, sangat sedih tetibe dengar lagu nih. Bayangkan macam korang cari orang yang korang rindu, tp korang tau, korang takkan dapat cari punye. Hah, camtuhlah.

Tapi nih aku bagi contoh je. So, layan...



Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri 
Begitu sulit ku bayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri 
Di bawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta 
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih 
Satu jam saja ku telah bisa cintai kamu; kamu; kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja ku telah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku……


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Luahan rindu

Saya mencari kawan saya. Lately banyak kawan-kawan saya yang tinggalkan saya. Saya tatau di mana mereka, dan saya sangat merindui mereka. Kalau kamu itu kawan saya, saya minta jangan pergi. Saya masih Cik Ima dulu yang kuat bercakap, tapi nangisnya lagi banyak dari gelak. 

Bila dah sambung degree, saya rasa kehilangan sangat. Saya rindu teman-teman saya. Yang selalu buat saya tergelak. Yang ada ketika saya sedih. Tapi sekarang, kenapa kamu tinggalkan saya. Kalau ada salah saya, maafkan saya. kalau ada tersilap di mana-mana, tegurlah saya.

Malam-malam macam nih, hati saya terasa kehilangan. Saya rindu kenangan lalu. Saya rindu kalian. Saya rindu PMM, saya rindu Anjung Tech. dan saya rindu semua yang saya ada dulu. Jadi, bila saya menaip segalanya di sini, saya sebak. Dan tanpa sedar, air mata itu mudah mengalir. 


Pulanglah. Saya masih Fatimah Azzaharah yang dulu. Kalau kamu menjauhi, takde lebih bahagia tanpa kepulangan kamu. Dan takkan ada senyuman indah di bibir ini tanda hadirnya diri kamu, sahabat!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, March 8, 2011

Studi ala ribut!



Kalau korang nak dapat 4.0 flat, try lah studi macam nih. Satu bab pon tercangak-cangak.
Tangkap gambar, tunjuk dalam belog je lah yang lebih!

Selamat menjawab dalam exam malam besok!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Bila lapar tiba-tiba, apa kamu buat?


Aku tak pernah rasa sangat lapar. Tapi hari nih *lapar tahap gile khinzir*.

Update kat FB:

Orang cakap saya kurus?? Kak Azea memang roxxx!

Aku sangat lapar sejak petang. Tapi sebabkan nak jimatkan masa, so tak pergi tapau. Si Dila dah confirm-confirm takmu teman, sebab dia cakap nanti penat, tak studi malam nih untuk test besok.

Aku ajak Shaz, sebab dia ade transport. Tetibe teringin nak makan kat Lanang. Ala yang dekat dengan River Cruise tuh. Nasi goreng dia sedap. Tapi aku tak penah order nasi goreng, hanya minum or makan kuew teow je. 
(Dietlah katakan....)

Tapi......,
Aku tau dia malas nak kuar. So, aku berserah pada Tuhan.
Then, aku masak bubur kosong je. Letak garam. Dan kicap pedas. Makan ngan Dila. Dengan light tea. Dengan jambu batu.

Now, study OM dalam 3 jam. Masih bab yang sama tak berganjak. Dila dah lama surrender. Takpe, dia cepat hafal, aku tak....

Then En. Tunang call. Selamat sudah tiba dari Sabah bah. Alhamdulillah.

Rindu. Dah bape bulan tak dating??
Oh, hari tuh dah jumpe, di sebalik langsir. Sabar je lah.

Update lagi kat FB: 
"Tengah study tetibe on9 semata-mata nak cari lagu nih kat youtube. Yehaww!"
Sedar-sedar aku bukak Youtube. Search lagu nih, publish kat FB. Adeh!

Lepas tuh?

One more time!
Aku memang sangat lapar.

Seyes!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, March 7, 2011

Alhamdulillah! Dah selamat deliver babies.

Gambar Mimie tengah 'jaga badan'
 Maklumat kelahiran: 
Tarikh: 05 March 2011
Masa kelahiran: 12.30 pm
Bidan terlibat: Cik Eima
Bil. anak: 5 ekor
Act. tak semua ekor aku adap sorang. Masa tuh tengah masak. So, bila adik aku jerit si Mimie nak beranak, berlari aku siapkan kotak untuk dia. Dengan senang hati dia masuk dalam kotak tu. Macam tau-tau je. Tapi aku sempat teman dia sekejap je. Sebab aku tengah goreng ikan. Nasib baik mak take over kejap:)

Masa aku dah siap masak, dia dah selamat 3 ekor dah. Dak Abu teman. Keh keh keh! Pastu 2 ekor lagi, aku teman. Dari meneran, sampai habis kering dah dijilatnya, aku dok teman. Kebetulan, tempat bersalin bawah katil aku je, so aku main Farmville lah sementara tunggu dia. Siap tolong urut-urut perut Mimie. Haha! Tah pape je.

Yang nih, snap lepas maghrib. Badan babies dah kering dah!


Saje aku ukur kepale anak mimie

Aku macam doktor kucing tak?

Shiro, si anak tunggal Abby kekerasan dan ketakutan. haha! 

Hitam putih (along) | Hitam semua (angah) | Bawah hitam (ude) | Belang-belang (ateh) | Hujung sekali (Ucu)

Korang suke anak kucing. hehe. Kalau dah besar sikit, aku mungkin nak let go kot. Tapi biar aku beristigkharah dulu. hehe. Harap-harap babies nih akan sihat dan gemuk-gemuk. Tak sabar nak peluk korang!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

SERDANG CAT ABUSER


Video ni aku tertengok kat FB, from one of my friends. Dia publish kat wall. Macam biasalah, mula-mula aku cuak jugak nak tengok, tapi akhirnya cuba nak memberanikan diri, then tekan play. 

Perasaan? Of course lah sangat sedih ok. My cat pun baru 2 hari lepas dapat baby baru 5 ekor. Ingat tau tarikh nih, 5 march 2011, pukul 12.30 pm

Nama dia Mimi. Aku yang sambut kelahiran dia tau! So, tentulah aku sangat-sangat sensitif bila manusia tak berhati perut nih sesuka hati pukul anak kucing tuh. tersentap-sentap aku sampai masa nak tidur malam tuh, aku susah nak pejam mata. Terbayang-bayang, macam manalah perasaan mak kucing tuh nak selamatkan anak dia. 


Bodoh punye tomboy!


Korang boleh tengok blog-blog nih untuk berita lanjut Ean Yong Hian Wah, si pembunuh kucing nih buat pengakuan terbuka tanda minta maaf pada semua orang yang marah gila khinzir kat dia.

2. NTV7 News (Ni versi cine, kalau ko paham, ko tengoklah)

Surat minta maaf - She said she "menyeksa anak-anak kucing", bukan membunuh???

Note: Dia dah mintak maaf. korang nak maafkan tak?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, March 6, 2011

Siti Nurhaliza - Pastikan


Siti Nurhaliza - Pastikan

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Simple header untuk Incik Pipi Blury

Fuh, siap jua akhirnya tolong Cik Pipi montel punye belog. Dia ngadu-ngadu mintak tolong cantikkan blog dia sikit. Supaya blog dia kelihatan menarik. Terkejut jua aku, banyak-banyak orang, kenapa mintak tolong aku. Pro sangatkah aku nak edit layout blog orang. Blog aku pon simple gile. Nak gak aku cantik kan, tp malas nak bermain-main dengan coding banyak-banyak. So, berbulan-bulanlah layout blog aku tak bertukar wajah.

Untuk Encik Pipi, aku buat simple je tuh, nanti yang lain, ko kena banyak buat blogwalking dan tengok layout blog orang. Aku nak tanye, ko takde tadi. Ini simple je. Aku pon tak edit pakai photoshop. Sebab laptop aku teramatlah berat. Gambar kau aku curik kat profile pic, ngehehe. Maap eh:p

Perlu di ingatkan lagi sekali, itu simple layout je. Pakai template design sedia ada. Nak layout cantik-cantik, search kat google ok?

Yang aku post nih untuk kegunaan ko akan datang. Mane tau ko ter-remove header ko tuh kan, At least ada yang lain sebab aku nak padam dari lappy aku. Takut terjatuh chenta pulak kalau tengok lama-lama. Lalala~


So... Semoga berbahagia dengan header baru!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, March 5, 2011

Kawan sekolah

Sedang happening berchatting dengan si Puan Bayah, sorang member lama aku tetibe sapa. 

''Woit-woit''

Macam tak caya, budak lelaki yang agak pendiam kat darjah 6 Melur, muke ala-ala Munif (penyanyi solo kumpulan Hijjaz) tegur aku kat Fb. Bagi aku, itu unbelievable-lah. Sebab biasa aku tegur kawan-kawan sekolah, dorang tak cam aku kan? Dah tentulah aku segan nak tegur dia, sebab dia agak pendiam kat sekolah dulu. Haha!

Gambar dia nih aku curik kat profile pic dia, semata-mata nak compare ngan Munif Hijjaz 
*Puas ati aku..hua-hua*

Rupe-rupenya sekarang, dia nih bakal jadi Mat Perang. Tengah degree kat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Patutlah kemain lambat dia nak gitau further study kat mana. Sebab lepas abes primary school, budak yang dapat 5A dan 4A rata-rata dapat sekolah berasrama. Tak kisahlah Sains ke atau Agama. Tak mainlah sekolah kat kampung ni.

So, dia sekolah MOZAC, sekolah sains agak hot jugaklah. Nazmi, kat Sultan Muhammad, Hamziah  Idris, aku tatau hilang ke mana, Azirah kat Sekolah Sains Seri Puteri. Siapa lagi? Siapa lagi? Aku pun lupa dah... Tapi, semua mantap-mantap. Aku je biasa-biasa. Dapat sekolah Syarifah Rodziah pon intake ke berapa tah. Masa tuh, ekonomi keluarga tak bapa baik, dapat Sultan Alauddin pon, aku dah rasa cukup berbangga. At least, aku ke hadapan sikitlah, banding kawan-kawan lain yang sekolah harian biasa kan:)

Aku pelik jugak. Tadi aku dok tanye, apsal dia lambat sangat abis degree, saing aku habis pulak. Dia habiskan diploma dulu ke. Sebab batch aku yang cerdik pandai memang dah settle degree siap-siap. Aku je tercicir baru nak masuk Semester Dua. Dia cakap ambil foundation, tapi ada paper sangkut. Haha! Macam-macam.

Aku macam kagum jugaklah. At least besok kau keluar U, dah confirm jadik pegawai. Ambil pulak Civil Engineering kan? Dari aku nih, dahlah lari bidang, pastuh tak pasti keluar nanti ade kerja ke tak. Tapi kau pulak tak suke position kau sekarang. Hai...manusia..manusia... Selalu tak syukur dengan segala yang ada kan? Apa-apapun, aku harap kau berjaya dengan bidang kau ceburi. Kalau sampai ke tahap sekarang nih, kau cakap kau tak suka jadi tentera, aku tak tahulah nak cakap apa. Cume, sebagai kawan sekolah, aku sangat bangga, kawan-kawan aku semua berjaya dengan kerjaya masing-masing.

Note: Pak cik aku dah jadik Pegawai Besar kat TUDM Subang, sampai sekarang aku keliru pangkat dia kat sana. Tapi bangga gila kalau naik kereta dia, orang tabik hormat. Weeee~

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, March 4, 2011

BerFARMVILLE sambil berkarya!




Tak sangka pulak UncleFact copy balik slogan aku nih. Slogan terlintas tetibe sebab nak rebut pokok Giant Golden Apple yang RARE sangat tuh kan? Tapi memang happening kawan-kawan aku nih. 

Geram? Mau tak geram. Ade orang pakai snagbar untuk curi bonus dari wall. Salah satu application menipu dan singkat yang digunakan untuk mendapatkan bonus yang di post kat wall kawan-kawan fv lain. Kesannya, dia senang-senang ambil bonus tu, sedangkan kawan-kawan lain tak ada kesempatan. Boleh rujuk di sini untuk tau application yang di haramkan oleh Geng-geng Farmville Tegar.

Bagi kawan-kawan yang Tegar berfarmville, anda bolehlah join our club:



Syarat-syarat penyertaan:
- Anda dikehendaki meng-add semua ahli2 kami & mesti jadi jiran kami (especially add admin) -----> saya adalah admin.- Sila removed diri anda sendiri kalau anda rasa anda tak tak mau main atau suam2 kuku aja mood anda.. supaya kami tak wasting time kasik info kat anda okey??

Kelebihan join club nih:
- Jiran yang akrab akan sentiasa tolong semasa sendiri.- Co-op kami setiap hari / minggu semuanya menang GOLD, bagoih untok dapat ribbon, XP dan jugak hadiah2 yg kami dah bosan dok dapat tuh...- Anda akan dpt byk adiah dr wall feed anda.- Anda akan byk geng pemain FV yg tegaq.

Keburukan:
- Setiap kali menda yg nak di-alert, co-op baru, atau sapa2 member mintak tolong raising barn or whatsoever akan di-post kepada ahli2 semua.. so kotak mesej anda mungkin akan semak dgn mesej2 kami..- Geng2 tegaq ni akan bercakap tak berhenti2 so setiap kali apa yg kami ckp akan menyemakkan wall (home) anda.

Berminat? joinlah ye. Jika kamu rasa nak having fun with this game. Kalau tak berminat, just baca je. Tak payahlah nak bising-bising:)


Note 1: Kadang-kadang, yang main CityVille pon ramai jugak dalam group nih
Note 2: Kalau ada geng saya baca post nih, sila FOLLOW saya dan komen yer?
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, March 2, 2011

Kawan... Tiga ringgit... Sepuluh ringgit...

Urghhh..beberpa hari nih kesihatan aku sangat-sangat merosot. Selera makan takde, asik pergi 'Qada' Hajat', migran, muka pucat, badan lemah-lemah. Tak tau lah kenapa. Then doktor ade bagi sedikit kaunseling. Jangan tak caya, aku boleh ternangis dalam bilik doktor tetibe. Dah doktor tuh ingat aku ade masalah peribadi gaduh dengan boifren. Budus betul. Ape taknya, aku patient, mane aku tau sakit ape, sibuk plak dia tanye-tanye aku sakit ape. Last-last aku merayu kat dia "Doktor, tolonglah check saya... saya dah tak larat nih!" Baru En. Doktor amek tekanan darah aku. Mula-mula takleh baca tekanan darah. Kali kedua baru dapat baca. Tekanan darah aku rendah.

So, pendek cerita, dia bagi multivitamin, ubat batuk, ubat cair kahak, dengan ponstan. Dia tak bagi MC, aku tak kesah. Aku pon memang tak reti mintak MC. Nak jumpe doktor pon sebenarnya aku tak suke, sebab aku rasa macam tak ade faedah pulak. Baliknya, aku tidur je. Makan pun tidak. Dila masak maggi, tak habis. Tapau bubur pulak, aku makan dengan terpaksa sebab nak makan ubat. tapi, bertambah sakit kepala. Mungkin MSG dalam bubur terlalu banyak. Lepas makan ubat, berguling-guling menahan sakit kepala, akhirnya aku lena.


Ok, tutup cerita. Kisah nih pasal kawan sebilik, Cik Dila nih! Dia suka buat I tak senang tau. Bila beli pape nak kena share, dia nak bayar lebih. 

Malam tadi, badan aku still exhausted sangat. Tapi, aku rasa macam nak amek udara luar. Shaz pulak ada test besok, so dia suh drive je kereta dia, tapau sekali untuk dia. Aku tapau bubur. Si Dila nih tak bagi aku bayar pulak. Takkan aku nak rebut-rebut bayar bubur aku depan cashier pulak kan? Tak senang pulak hidup aku. 


Memule bubur RM3, sat tadi nak bagi aku RM10 bayar brokben. Brokben tuh bulan-bulan baru RM38. Tolonglah Cik Dila, saya tak suke awak buat camnih. Awak bukan pakai selalu, sekejap-sekejap je, takmulah bagi saya duit sampai RM10. Nanti saya tak senang. Nanti saya dah takut-takut nak bagi awak pakai barang-barang saya lagi. Kita kan kawan, kalau everything awak nak bayar, saya yang tak selesa. Tolong ye Cik Dila. Duit awak tuh, saya letak atas meja, kalau awak tanak amek, saya letak dalam purse awak senyap2.

[Mood: Batuk-batuk dan masuk toilet je since pagi tadi]

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy