Pages

Mari mengumpul bloggers!

Showing posts with label studi. Show all posts
Showing posts with label studi. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Selamat kembali ke alam persekolahan! [Part 2]

Selamat pagi kawan-kawan!

Hari ke-3 Kak Cik ke sekolah tingkatan 6-nya. Malam tadi dua orang rakan dia bertandang. Sepatutnya balik sekolah dah datang, tapi bapak dia jemput. Dah membazir lauk-lauk aku bungkus untuk 4 orang. Lauk untuk sorang RM5 kalau 4 orang? Akhirnya nasik seperiuk rosak macam tuh je. Aku habiskan lauk je, sebab dah beberapa minggu kebelakangan nih aku kurang selera makan. Tataulah kenapa. mungkin kejutan sebab Ck Tunang cakap muke aku dah semakin bulat kot.

Pagi nih, aku bangun 6.15 pagi. Biasanya bangun untuk semayang Subuh then tidur balik sebab kelas start pukul 1230 pm, aiyooo! Tapi hari nih, siap-siap sembahyang, sambil betulkan kain batik yang hampir terburai, aku ke dapur menyiapkan sarapan untuk adik tersayang.




Roti telur khas untuk adik-adik. Kak Cik cakap aku macam mak, buat sarapan anak ke sekolah. hampeh betul.
Ingat nak buat nasi goreng, tapi aku takut nasi tuh basi, jadi aku masak roti telur je lah.
Aku makan setengah keping je, yang lain sume 'adik-adik' aku yang makan.



Siap sediakan bekal lagi. 


Kalau Cik Dila tau nih, mesti guling-guling dia gelakkan aku.
Yelah, aku kan memang jarang makan sarapan.

Adik aku cakap, kakak-kakak kat sana nasihatkan dia bawak bekal dari rumah.
Sebab sekolah nih sume budak-budak lelaki. So, macam tak selesa nak makan or beli makanan kat kantin. Kesian adik aku. jadi, malam tadi aku pergi Mydin sebalah Melaka Central, belikan ape-ape barang kering, untuk masak makanan simple-simple untuk dia.

Nota: Aku sedang fikir, mana nak cari kerja part time untuk 4 bulan akan datang nih. Takkan nak duduk rumah semata-mata?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, May 7, 2011

Home alone

Dah banyak kali aku dinasihati supaya jangan tinggal di rumah sewa berseorangan tatkala Cik Dila dan Cik Shaz tiada di rumah. Memandangkan otak aku penat menelaah pelajaran, dan badan aku letih tanpa rehat yang mencukupi, makanya aku tidak balik ke kampung hari nih. 

Balik exam tadi terus lempar beg mana suka *ayat sesedap rase* dan duduk di depan tv sebentar sementara Cik Dila bersiap dan mengemas meninggalkan aku lalu pulang ke kampung halaman beliau. Then aku pon menukar baju untuk keluar makan bersama kak Nod sebelum menghantar beliau ke rumahnye. 

Seronok sepanjang musim pekse nih bila Kak nod pon hepi study bersama dengan aku. Harap diskusi kita takkan terhenti di sini. Aku masih berharap kak Nod dan Rina akan berpindah ke rumah sewa nih suatu hari nanti. Aku rase ade chemistry dengan mereka berdua nih. Cik Dila? Of cause lah aku suka kawan dengan dia sebab selalu memahami aku.

Ni gambar-gambar sepanjang musim peperiksaan tapi satu scene je lah. Masa buat group studi dengan geng kamceng aku untuk paper FIN 420 yang macam hampeh tuh. Grrrrr!


 Study sambil layan hit fm.. hik hik!

 Senarai rumus dr Cik Dila. Aku tukang conteng-conteng.

 Sesi godek meng-godek hp Wan

 Budak lelaki memasak nasik goreng belacan kat dapur.
*Urgh! dapur saya agak serabut!*

 Sesi jeling-menjeling dengan gaya angkuh!


Kak Nod ajar EBIT masa nih kat Zie, member baru yang join group studi kami.

 Koleksi soklan past year ku:)


 Tukang masak!

 Kamu masak, kami nak study!

So far, walaupun pulun studi sampai terlajak ke subuh, nasib tak menyebelahi kami. Bak kata Asyrani dalam status FB dia: Alhamdulillah, paper FIN420 sgt senang tadi...
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, April 28, 2011

Cik Eima: Stop complaining....

Tengah hari semasa makan Yong Tau Foo kegemaran di fudcod MARA, aku berborak dengan Naz dan Kak Nod. Aku mengeluh kesah bila mengenangkan next sem kena pikul 8 subject *termasuk Arab & Instutusi Kekeluargaan Islam* sedangkan Part 1 dengan Part 2 ada 3 subject je final. Terasa ruginya 2 sem itu.

sumber dr Mr Google Image

"Stop complaining..."

Itu je yang keluar dari mulut Kak Nod yang berumur 25 tahun, sebaya umurnya dengan lecturer OPM kami, MADAM DALILA. 

Aku terdiam, asyik komplen je aku seumur hidup nih kan. Sedangkan Kak Nod, yang tua 2 tahun dari aku, masih menjalani hidup sebagai student even rakan sebaya dah habis Master dan jadi lecturer dia. Sepatutnya aku bersyukur. Biar pun kami nih antara tertua dalam kelas, tapi masih ada semangat nak studi, sedangkan rakan sekelas masa dip dah kerja dan masing-masing dah ada kereta sendiri.


Mungkin aku terlalu ego.

Mungkin aku tak cukup sabar. 

Atau mungkin aku dah malas belajar?


Mok Teh berkahwin usia 18 tahun dah ada Phd dan jadi pensyarah UM pon...
Mak Ngah dah ada anak 8 orang pun tengah sambung Phd.
Pokde yang dah ada jawatan Mej / Lt. Kol *tak pasti which 1* dalam TUDM still sambung belajar.

So Cik Eima, 'Stop Complaining' dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Ramai lagi kawan-kawan di luar sana tak dapat tempat seperti di mana awak berada sekarang.

Macam text Asyarani masa Public Speaking dia:

"Close your eyes, wake up and SHUT UP!"

Fikirkanlah sendiri....




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, April 27, 2011

Debaran final exam kian terasa.

Salam kawan-kawan,


Dah maghrib, so aku cuba mempercepatkan proses menaip entry baru nih. 2 hari aku menghilang dek kerana ayah aku cabut plug steamix. Semuanya kerana bil elektrik yang melambung-lambung. Kesian beliau nak bayar bil api air semua. Padahal kat rumah tuh ada 4 5 umat je. Kawan-kawan yang singgah, silalah click iklan Nuffnang saya. Untung-untung, boleh tolong bapak saya bayar bil api air... -___-'


Aku perasan follower aku dah meningkat dari hari ke hari. Terima kasih kat abang Ben sebab buat segmen 'Ben cari blog baru lah' tuh. At least, boleh gak promote blog aku kat blogger orang lain. Kepada semua follower serta penyinggah sekalian,  saya cuba untuk singgah ke blog kalian sume dalam masa terdekat, cuma beri saya masa untuk study untuk paper final nih yer? 1st step, malam nih nak gi menelaah kat library. Sorang-sorang di rumah sewa hanya buat saya tidur sampai ke pagi esok. Lamatnya, takde lah guna aku berhempas pulas memujuk mak untuk balik awal ke rumah sewa nih.


Kawan-kawan sekalian, sila doakan saya cemerlang dalam peperiksaan yer? terima kasih my dad sebab dah betulkan motor dan renew road tax. Buat sementara waktu, awa pinjam kereta dulu ye. bukan ape, bahaya duduk rumah sewa sorang-sorang tanpa kenderaan nak ulang-alik nih. Emergency nanti kan dah susah...^__^

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, April 25, 2011

Kecewa

Selamat pagi semua!

Lagi setengah jam je pun nak tengahari. Tapi tetap nak cakap pagi.

Masa masuk sem baru bulan 1 lepas dah berkali-kali aku bagitau aku perlukan motor atau apa saja kenderaan nak ke kelas. Bukan setakat jauh *jalan kaki tiap-tiap hari di tepi jalan dengan laluan yang setiap hari sesak*, malah rumahnye jauh dari kedai runcit, kedai makan dan rumah kawan-kawan. Kalau berjalan kat tepi jalan raya tuh, takkan sempurna satu hari kalau takde mamat motor mahu pon mamat kereta yang suke mengacau perempuan seperti aku nih kalau terserempak mana-mana. Nasib baik kawan se-group rajin datang kalau ade assignment group. Aku pilih rumah tuh pon sebab selesa nak study, besar, murah dan tenang.

Hari nih aku nak balik rumah sewa. Malangnya hanya aku sorang yang akan balik. Rumate aku yang lagi dua orang tuh, balik hari nak pekse je. Omaigod, aku tertekan sangat. Duduk rumah bukan buat ape-ape, tak study pon melainkan dok depan lappy nih. Kalau tinggal lama sikit pon sebab tido n tolong mak aku masak kat dapur.

Malam tadi dah ku katakan pada ayah aku, "Awa nak pnjam kereta, nak ulang-alik ke library senang,". Itupun tercetus bila mengenangkan, Kak Nod kawan sekelas aku tiap-tiap hari study kt library. Bolehlah refer kat dia kalau tak paham. Kak Nod tuh sem lepas dapat Anugerah Dekan (DL). Best kan?

Malangnya, sedang-sedang membakar belacan untuk buat sambal belacan, ayah aku datang ke dapur, tanya bila aku nak balik, lalu aku cakaplah lepas tolong mak masak. Ayah aku cakap dia nak hantar aku sebab dia nak beli barang kat Melaka. Alangkah kecewanya aku. Macam mana aku nak hidup sirang-sorang kat rumah nanti, kalau berlaku kecemasan, pada siapa aku nak mintak tolong. *Tetibe aku terasa kecik hati*


Siapa aku nak kecik hati kan? Motor yang aku tunggu hidupkan road tax dari 4 bulan lepas tuh pon bukan hak aku. Aku cakap banyak-banyak kali pun, ape daya aku. Aku takde duit nak bayar pun insuran motor yang beratus-ratus tuh. Kalau aku mampu, aku pon taknak menyusahkan sesiapa fikir tentang masalah aku. 
Tapi masih adakah orang yang ambil berat masalah aku?

Dah lah, aku nak kemas barang. Kawan-kawan doakan aku berjaya dalam paper final nih eh. Aku pun teringin nak DL macam Kak Nod dan kawan-kawan aku yang lain. Aku pon nak orang sambut aku kat atas pentas sambil beri Anugerah Dekan yang diimpikan oleh semua student sekarang. Tipulah kalau korang taknak. Oklah, bye!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, April 17, 2011

Rumahku dimasuki pencuri

Satu pagi Jumaat, Cik Eima dapat panggilan dari my mum.

Mak : Eh, ko taknak balik kampung ke? Kan hari nih cuti Melaka Bandaraya Bersejarah.
Cik Eima : Taklah mak. Hari Selasa baru balik (sambil terkebil-kebil dan terpisat-pisat.)
Mak : Eh, apsal plak Kan 3 hari cuti?
Cik Eima : Awa ada kerja nak submit hari Ahad. Selasa ade test.
Mak : Iye-iye jelah ko nih. nih apsal tak bangun lagi nih.
Cik Eima : Penatlah Mak. Dah bape hari tidur lambat.
Then, mak Cik Eima bebel-bebel. Cik Eima pon tak ingat ape sebab Cik Eima ingat nak lelap je berikutan tidur hampir pukul 5 pagi.

Actually, Selasa ni Cik Eima ade re-test untuk subject OPM. Macam Cik Eima bagi tau dalam entri lepas, pasal rumah Cik Eima dimasuki pencuri. Satu minggu tuh, setiap hari ade test. Malam nya Cik Eima keletihan menghadapi test FIN sebelah malam. Balik je, tak sampai pukul 1, Ck Eima dah pengsan! Kawan Cik Eima yang stay kat uma Cik Eima  stay up sampai pukul 3 je, then tidur sebab dengar bunyi pelik-pelik. Habis tingkap pintu dikunci, dengan kat bilik-bilik sekali.

Esoknya, masa Cik Dila bangun semayang Subuh, tak nampak pun apa-apa perbezaan. Atas meja makan, memang dah siap berkemas. Kawan Cik Eima yang stay rumah kita orang dah siap-siap kemas. Pintu rumah cantik berkunci, dan berselak dari dalam. Entah macam mana, dalam pukul 8 lebih, kawan Cik Eima nih nak ambil beg dia, kat atas kerusi meja makan, tapi takde. Cik Eima memang melelapkan diri lagi lah kan. So, budak dorang nih ingat, Cik Eima yang main-main sorok beg tuh sebab takde petunjuk ada orang masuk. Sebab biasanya Cik Eima senang tersedar, tapi Cik Eima tidur, dan sambung tidur semula. Bila tengok Cik Dila dah siap pakai baju proper macam nak keluar dating, baru Cik Eima tanya, What happen? Melihatkan Cik Eima yang terpisat-terpisat sambil terkejut beruk dengar beg hilang, baru dorang percaya yang Cik Eima memang tatau ape-ape.

Masa kawan Cik Eima nih pergi buat report, kami yang duduk kat uma buat mesyuarat sendiri. Macam-macam andaian keluar termasuk fikir 'bukan orang' je yang masuk rumah amek beg tuh. Dalam beg ada purse and rantai emas. Nasib baik barang-barang lain dah bawak masuk bilik. Biasa Cik EIma selalu gak tinggalkan purse dan laptop atas meja makan tuh. Nak jadi sebab kan. Kalau beg kawan Cik Eima tuh tak ilang, mungkin kami pun tak sedar ade orang pecah masuk rumah kami.

Petangnya, kami ada test OPM. Menang confirmlah tak sempat study. So, Cik Eima sempat review buku sikit-sikit je. Asalnya dah nak bawak toyol gi masuk test (kire memang tahap nekad habes), tapi malangnya lect cakap takkan halalkan apa dia belajar n dia cakap penah student dia yang meniru, hinger mark dalam test, tapi final markahnya teruk. Cik Eima dengan Cik Dila tak sempat buat ape. Terpaksa berserah.

Alhamdulillah, even tak meniru, markah Cik Eima boleh tahan jugalah. Tak lulus, tapi 48 markah aje. So, Selasa nih kami mintak buat re-test semula. That's y Cik Eima tak balik rumah lagi.

erm, lupe nak bagitau, akhirnya kami tau bagaimana pencuri tuh masuk rumah kami. Dari tingkap toilet rumah. Masa balik dari test. lebih kurang pukul 6 lebih, Cik Eima angkat air semayang, sambil-sambil tengok dinding bilik air. Masa tuh lah Cik Eima perasan kesan tapak kaki dan tangan si pencuri. Dan malam tuh jugak kami buat report susulan disertai kedatangan polis untuk menyiasat.

Doakan kami selamat tinggal di sini untuk masa-masa akan datang.


Note: takut final yang bakal menjelang.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, April 13, 2011

Musim Test!

Grrrr....Cik Ima sedang gigil-gigil dalam library. Tengah sibuk-sibuk mentelaah buku HRM, Cik Ima dah juling-juling mata sambil terpikir PC yang dah banyak kosong je nih. Lalu, Cik Ima keluarkan kad matrik dan terus rembat satu pc kosong, sebelah Cik Ady Kama. Pergh, sejuk gile siot...!

Bukak Facebook dalam 5 minit, Cik Ima terus tutup sebab takde yang menarik. Tengok blog then terus update satu entry baru. hehe.

Oh, seminggu nak study week, kami sebagai student nih mesti busy sangat-sangat. Masa macam ni lah lecturer sibuk nak bagi tugasan, report, presentation untuk reseacrh dan macam-macam lagi. Tapi Cik Ima relek je, sampai hari nak submit, terus tak tido malam sebab nak siapkan report. Padahal, assessment nya dah bagi masa minggu pertama and kedua kuliah lagi. haha! Nak tau ape yang buat Cik Ima leka buat report? Haha, sebab nak buat report ala APA style punye pasal lah. Ini wajib ye di UiTM. Maklumlah, UiTM kan boikot sekeras-kerasnya kegiatan plagiat nih. So, bila kita buat apa-apa report, mestilah tunjukkan dari masa rujukan yang kita ambil. Then Cik Ima akan susun semua sub topik yang ada dalam report tuh satu persatu. Benda remeh-temeh tuh lah yang paling lama Cik Ima adap. Cume dah degree nih Cik Imanya skill buat report dah tak secekap dululah. Maklumlah, masa diploma, kita tak belajar bahasa BI, so setakat buat ayat BM, senang je. Cik Ima kan dapat BM A1 masa SPM dulu. Tak kisah pon buat report sorang-sorang. Kawan-kawan se-grup lepak-lepak je goyang-goyang kaki dan tido sambil meleleh air liur sebelah Cik Ima. Tapi, sejak dah degree nih, terpaksalah bekerja keras sikit.

Ada cerita sedih dalam kesibukan kejar test nih. Semalam dalam pukul 3.00 - 600 pagi, rumah kami dimasuki pencuri. Cik Ima nak cerita panjang, tapi Cik Ima kena stop dulu, sebab nak sambung study. Nanti kita sambung ye? Bye kawan-kawan!

Last word, doakan Cik Ima dapat menjawab dengan jayanya test malam nih yer.


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Monday, April 11, 2011

Bila lagi nak update blog yer..

Sorylah kat kawan-kawan sebab dah tak cekap mengupdate blog. Tak kisah lah, nak share pasal telur palsu ke, gegaran susulan gempa kat Jepun yang terbaru ke, 3 beranak meninggal dalam kemalangan diseret lori kat highway ke (actually my fiancĆ©e classmate tuh), or cerita pasal kempen pilihan raya di Sarawak waima video seks DSAI sekalipon, dah tak bermakna semua tuh. Nak join contest pon dah tak boleh. Lebih-lebih lagi time my cayang BB nih slow gile lately. Grrrrr!


Oke aku ajar korang, nak tengok data usage dah sampai blom, tengok kat jadual, jgn tengok kat graph tuh. tipu je lebih! 
* Mamat Maxis baru gayut gitau dalam tepon tadi.

Sesungguhnya kebelakangan ini, Cik Ima sudah busy menghadap seminggu terakhir di sebelum study week kat UiTM nih. Gerun lak pk dah nak start final exam. Sila tengok jadual minggu nih:


  • Isnin : Test FIN
  • Selasa : Test OPM, submit video Arab
  • Rabu : Test HRM, hafazan
  • Khamis : Public Speaking,
  • Jumaat : Cuti ku, kamu ke kelaslah... *gelak jahat!
Oke, settle update!


Ini pulak my father hantar last week. Tunggu Cik Ima habis kelas pukul 6.30 ptg semata-mata nak bagi bungkusan nih bersama sambal goreng yang enak. Actually, beberapa hari dah abes. jimat masa Cik Ima nak masak dan menapau kat luar.


Jadi, terima kasih kepada Cik Oyeen yang sanggup menghantar key chain Singapore nih kat Cik Ima, Jauh tuh nak hantar sampai kat Melaka. Rasa terharu sangat! 
*sambil kembang-kembang hidung*

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, March 8, 2011

Studi ala ribut!



Kalau korang nak dapat 4.0 flat, try lah studi macam nih. Satu bab pon tercangak-cangak.
Tangkap gambar, tunjuk dalam belog je lah yang lebih!

Selamat menjawab dalam exam malam besok!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, January 12, 2011

Selamat datang semester baru!

Salam kawan-kawan..

Sorry lama tak meng-update blog. Sebenarnya, modem Maxis broadband aku dah hilang, so mintak Maxis suspend dulu account tuh atleast 3 bulan sebelum aku confirm dah terminate account BB aku. Sangat menyedihkan bila dah naik semester, aku tak dapat tengok Ayoub and main Farmville & Cityville sampai lebam lagi. Planning nak pasang Streamix kat rumah sewa. Ambil pakej student sudah, tapi memandangkan masalah pengangkutan yang amat terhad, terpaksalah daku memendam perasaan.


Semalam, ada orang bukak booth Celcom Broadband kat aras 4, depan surau tuh. Aku berbahas jugalah dengan dia. Bukan ku nak kutuk Celcom n menangkan Maxis sebab aku macam berura-ura nak guna Celcom, tapi ramai cakap, line dia slow. Dan sebagai pelanggan tetap Maxis untuk postpaid aku tuh, and dah pernah pakai broadbandnya, memang kalahlah kalau dia nak kencing-kencingkan aku. haha! Rasa kemenangan di situ.

Hari nih, dah masuk minggu ke dua semester ke dua di Uitm. Terasa muda walaupon dah tua. 
Takpe cik Eima, kuatkan hati meneruskan pengajian di peringkat ijazah!
Saya dapat rumah sewa tak jauh dari KBM. Biasa je, kosong, but for me, nice! Aku tinggal berdua dengan Dila, my classmate. Seminggu kemudian baru dapat housemate tetap tidur bilik sebelah. Sampai sekarang dia lom bermalam lagi di rumah sebab banyak urusan keluarga dan terpaksa berulang alik ke Kajang setiap hari. Dahsyat tak?

Rumah yang sangat sejuk buat saya n Dila batuk and selsema. Ditambah pulak dengan aircond kelas yang sejuk macam dalam fridge. Sabar je lah. Nanti saya upload gambar rumah yer. Mesti kamu kagum:)

Oklah, banyak kerja nak buat lagi. Nak print buku. Haha. Jadi pirate saya nih! Sat lagi ada ko-kurikulum pulak. Aku masuk institusi Keluarga Islam. NAsib baik nama aku memang dah tersenarai kat kelas tuh. Tayah nak rayu-rayu lagi. Baguslah, ada belajar pasal undang-undang Islam. Nanti ustaz tasmi' bacaan Quran kita. So, aku rasa betterlah kot. Selaras dengan azam aku tahun nih. Haha!

Sorry, takde pape gambar nak letak. Maklumlah, tumpang cc je kan. Bye!




Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, October 22, 2010

Skala Kemahiran Insaniah Malaysia ::: Malaysian Soft Skills Scale (My3s)

Salam petang Jumaat pada kawan-kawan semua.

Baru bukak email,  then aku dapat email nih:

ITEM MY3S oleh Kementerian Pengajian Tinggi

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pelajar semester 1 UiTM seluruh kampus.

Pihak KPT sedang menjalankan kajian longitudinal mengenai softskills pelajar semester 1 semua IPTA diseluruh negara. Saudara saudari telah dimaklumkan melalui Timbalan Dekan masing-masing mengenai perkara ini, walau bagaimanapun setakat ini hanya 3051 sahaja pelajar UiTM yang telah memberikan maklumbalas daripada 14,591. Berbanding universiti lain, statistik kita sangat jauh ketinggalan,
Oleh itu, saya memohon saudara saudari yang belum memberikan maklumbalas untuk melayari laman web My3S di capaian berikut dalam kadar segera
   
    http://jpt.mohe.gov.my/my3s/

Saudari saudari hanya boleh berbuat demikian dalam tempoh 20/10/2010 hingga 23/10/2010  ini (4 hari sahaja) kerana ini adalah fasa yang terakhir.

Harap dapat berbuat demikian bagi membantu universiti mendapatkan maklumat untuk membantu saudara saudari mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan

Di harap sebelum saudara saudari meninggalkan laman web tersebut, mohon mencetak laporan untuk disimpan dan diberikan satu salinan kepada Ketua Progam masing-masing.

Sekian di dahului dengan terima kasih

Prof Madya Dr ROziah Mohd Janor
Pengarah Hal Ehwal Kurikulum
Bahagian Hal Ehwal Kurikulum
UiTM 40450 Shah Alam
Jadik, aku tengah menghadap questionnaire dia yang banyak nih..Arghhh..malasnya!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, July 20, 2010

Nih kes takde kerjalah...

Malam td pukul 3 lebih baru aku masuk bilik nak tido..Semua gara-gara karangan BI aku tuh...Haha..Last2 siap jugak dengan idea yg melimpah ruah...Bila dah golek-golek kat bilik, mata dah terkebil-kebil takleh tido..Pakai earphone, bukak NOKIA 5800 EM aku tuh, baru leh lelapkan mata:)

Pagi tadi, pkul 7 lebih agaknya baru tersedar...Rupa-rupanya jam aku tak bunyi macam biasa (6.30am stp hari) So, tak Subuhlah pagi tadikan..Ape nak jadiklah aku nih kan...Hish!!
P/S: Korang jgn contohi sikap tidak baik ini ok!

Sekarang nih tengah melepak-lepak jer kat bilik lepas print semua assignment aku yang perlu di submitkan hari nih sambil dengar mp3..hehehe. Orang lain sume ada kelas pagi setiap hari, aku lak setiap hari rilek-rilek jek sebab takde kelas...Sedih!

So, aku nak share satu lagu yang pernah dinyanyikan oleh my friends versi acoustic dia..Aku rajin gak bukak lagu nih.Tapi suara dia tenggelam dengan bunyi gitar..So, aku masukkan kt MP3 blog aku nih later sebab waktu siang, wifi hostel nih akan block ape saja website berbentuk hiburan termasuk http://mixpod.com/ nih..

      SAAT TERAKHIR

    "Tak pernah terpikir olehku
      Tak sedikitpun ku bayangkan
      Kau akan pergi tinggalkan kusendiri
      Begitu sulit kubayangkan
      Begitu sakit ku rasakan
      Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
      Di bawah batu nisan kini
      Kau tlah sandarkan
      Kasih sayang kamu begitu dalam
      sungguh ku tak sanggup
      Ini terjadi karna ku sangat cinta
      Inilah saat terakhirku melihat kamu
      Jatuh air mataku menangis pilu
      Hanya mampu ucapkan
      Selamat jalan kasih
      Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu; kamu; kamu di hatiku
      Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
      Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
      Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
      di nanti ku……
"

NOTE: Sebenarnya memula, aku tak minat pun, since 2 3 hari nih jek aku minat..hehehe:)
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

::Poning palo dennnn::

Nak kata aku tak pernah belajar Bi, dari sekolah rendah dah belajar BI..Tapi tatau le kenapa aku cangok sangat BI nih..Klu BM tuh mmg aku pelajar terbaik lah masa sekolah menengah dulu..Tapi bila part nak buat karangan, mulalah aku rasa tension sangat,..Haha! Mudah nak faham klu orang speaking dengan aku, tapi susahnya aku nak buat ayat karangan or speaking dengan orang..Dan sampai sekarang, kira-kira 2.24am [berdasarkan jam laptop nih], aku masih pening kepala nak buat karangan nih:


--MY HOMETOWN--

Tah apa-apa lah yang aku merepek dari tadi..Aku siap bukak blog dak Ainil sebab nak carik idea apelah yang menarik pasal kg aku ek..Setahu aku, aku rasa best jek balik rumah..Tuh jek lah yang aku tau...Perasaan yang best bila dapat balik kampung.. Selain tuh, aku pon tatau..Klu En. Bashir nak tau ape yang best kat kampung aku, datanglah kat kg aku..Ade homestay lagi..RM50 semalam..Mau..??

Nnti hujung minggu lepas subuh ada poco-poco..Aku pon join jugak klu aku balik kampung..Kadang-kadang aku yang ajar mak cik-mak cik nih joget2..My mum pon join tau..Jangan main2..

Jangan karangan aku dibaca kat depan lagi macam minggu lepas suda.. Malu gile aku.. Nasib baik, at the end of our class, dia puji karangan aku best..hehehe..Walaupon aku tau grammar aku sangatlah buruk...Yang tak leh tahan, dari start kelas sampai abes kelas, dia buat huraian karangan aku..bongek jek...Tersipu-sipu aku malu dalam kelas tuh..

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Wednesday, July 7, 2010

New Life, New World..

Tak sangka setahun lepas aku abeskan diploma aku, aku sambung pelajaran ke Ijazah pulak...Tengahari tadi baru settle Minggu Mesra Pelajar a.k.a MMS yang aku kenali sebagai orientasi... Banyak perkara yang aku kena cepat biasakan kat sini.. Lebih-lebih lagi bila hanya dua student jer yang dari Lepasan Diploma Politeknik batch aku kali ni..Semua benda kena buat sendiri...Takde Penasihat Akedemik mcm Cik Halizah masa aku kat poli dlu yang boleh tolong kami melainkan Kordinator Program..Nasib baik aku geng...Dari 1st day aku berkawan je dengan semua orang...sampai aku dapat 3 orang kawan yang agak rapat dr course BBA (Hons) Financial n 2 orang lagi budak kelas aku sendiri...

Masa aku nak sambung, mcm2 perkara mengganggu fikiran aku, sampailah aku dah daftar aku masih tanya mak aku, 
"Betul ke Awa dah sambung  degree ni mak..." 
Bising gile mak aku bile aku tanye soklan macam tuh..dia risau, sebab mase aku settlekan sume benda pon dah last minit...Cume mak aku bagi mase jek lah... Mungkin dia faham banyak masalah yang aku nak berdepan seminggu sudah...Dengan proses nak berhenti kerja, pindah rumah sewa, carik rumah sewa baru...sampailah aku dapat buat rayuan asrama..Alhamdulillah...

Masa mendaftar, Ude yang banyak bersabar ngan kerenah aku..Sampaikan aku tertidur dalam kereta keletihan...Mak aku cakap, dia saje taknak kacau aku tido, sebab tau aku letih gile...Thanks Ude n my Mum sebab terlalu memahami...Sikit pun Ude tak marah aku even though aku ade menyusahkan dia sikit masa hari mendaftar tuh...Aku tau dia penat & mengantuk sebab mase ktrg nak gerak pagi, dia mintak aku drive...
[By the way, aku berat hati nak share kat mana aku sambung study aku utk public..Tak tau lah kenapa]

Aku sampai asrama & angkut barang pun masa tuh dah pukul 8.00 mlm...Student lain dah berkumpul kat Ground Floor nak pergi taklimat MMS kt Dewan...Nasib baik sempat walaupon masa otw tu, jalan jem gile...Aku penat tahap gaban satu hari tuh, esoknya pukul 5.30 dah bangun n mandi kat surau sebab asrama takde air...--->ini memang hampes sikit!

Course aku ambil nih sepatutnya 3 tahun..Tapi aku dapat 2 tahun setengah jer...Klu aku cakap pelajar Politeknik macam aku nih di anak tirikan pon ade jugak..Punyelah lama aku berhempas pulas menghabiskan Dip aku, bila nak sambung degree, aku kena ambil balik subjek yang pernah aku ambil mase Diploma..4 subjek jek dapat transfer, subjek Business Law pulak aku nak buat rayuan sebab tak cukup requirement.. Walaupun aku dapat Part 2, tapi still aku kena buat short sem taknak bagi berat sangat nak pikul semua subjek..Sayanglah, takkan nak kena ambil balik..Bengang aku, tapi ape aku boleh buat..Aku kan pelajar Poli jek..[Sangat kecewa dengan sistem pelajaran di Malaysia yang tak selaras nih] Besok insya Allah, umo aku 25 tahun, baru aku abes BBA aku.Mase tuh, muke aku dah kedut2 dah...hahaha!

So, jum aku share gambar2 aku sepanjang 4 hari kat sini....

 ::Luv This!!::

 ::Kawan sekelas aku yang pening nak pilih Part 1 ke Part 2 = macam aku::

 ::Ni pulak Pak Ngah aku kebetulan buat Taklimat Jab. Agama Islam kt tempat aku..Dah lah aku dok depan...Awal2 dia dah tau kt depan tuh aku..::

 ::6.45am-Tak cukup tido sampai bengkak-bengkak mata::

::Ini roomate aku yang comel dan menawan:: 

::Si kenit ni pulak kawan same course dgn aku::

 ::Nilah budak tak abes2 nak poyo::

::Malas nak dengar Pengarah berucap, so aku snap lah pape yg mnarik::

::Borang Soalselidik ceramah Bomba-Roomate aku tengah tido nih::

::Kantoi tak dengar ceramah::
::Even ko tak suke bergambar, aku snap jugak pic ko bersama jam tangan luv ko tuh::
::Cik Dila yang terpaksa duk dpn sebab tak ckup seat..Cian::
::Jasa Bonda-Aku suke giler lirik lagu nih::

Oklah, sekian sahaja report aktiviti aku di permulaan kakiku melangkah ke Menara Gading..Walaupun aku masih tak rasa feel 'itu' lagi, tapi memadailah aku dah sambung nih..Keputusan nih keputusan aku sendiri yang takde kaitan dengan sape-sape..Tp, please jgn tanya kat mana aku sambung nih...Klu nak tau jugak, cariklah sendiri:)





Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers