Tengah hari semasa makan Yong Tau Foo kegemaran di fudcod MARA, aku berborak dengan Naz dan Kak Nod. Aku mengeluh kesah bila mengenangkan next sem kena pikul 8 subject *termasuk Arab & Instutusi Kekeluargaan Islam* sedangkan Part 1 dengan Part 2 ada 3 subject je final. Terasa ruginya 2 sem itu.
sumber dr Mr Google Image
"Stop complaining..."
Itu je yang keluar dari mulut Kak Nod yang berumur 25 tahun, sebaya umurnya dengan lecturer OPM kami, MADAM DALILA.
Aku terdiam, asyik komplen je aku seumur hidup nih kan. Sedangkan Kak Nod, yang tua 2 tahun dari aku, masih menjalani hidup sebagai student even rakan sebaya dah habis Master dan jadi lecturer dia. Sepatutnya aku bersyukur. Biar pun kami nih antara tertua dalam kelas, tapi masih ada semangat nak studi, sedangkan rakan sekelas masa dip dah kerja dan masing-masing dah ada kereta sendiri.
Mungkin aku terlalu ego.
Mungkin aku tak cukup sabar.
Atau mungkin aku dah malas belajar?
Mok Teh berkahwin usia 18 tahun dah ada Phd dan jadi pensyarah UM pon...
Mak Ngah dah ada anak 8 orang pun tengah sambung Phd.
Pokde yang dah ada jawatan Mej / Lt. Kol *tak pasti which 1* dalam TUDM still sambung belajar.
So Cik Eima, 'Stop Complaining' dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Ramai lagi kawan-kawan di luar sana tak dapat tempat seperti di mana awak berada sekarang.
Macam text Asyarani masa Public Speaking dia:
"Close your eyes, wake up and SHUT UP!"
Fikirkanlah sendiri....
0 comments:
Post a Comment