Tetibe tadi Syed text me, dia mintak pendapat tentang kawan dia (non-Muslim) yang berminat tentang Islam, but after her boifren left her. Then, aku tanye Syed, girl tuh nak tau tentang Islam sebab Islam or sebab ex dia? Then..... biarlah kami je tau jalan cerita di sebalik kisah mereka ini.
Aku teringat, Ahad lepas, masa keseorangan di rumah dengan kelaparan tahap cipan. Aku bukalah drama TV1, tajuknya "Dia... yang kucinta" terbitan Eurofine - memang dramatik. Lakonan Jason Chong, Elly Mazlin, Norman Hakim, Adik Maisara, Fazlina Dato' Ahmad Daud dan Faizal Yusof. Aku tengok sambil tersenyum-senyum bila scene jiwang-jiwang. Ahaks.
Cerita tentang Alex (Jason Chong) yang terlanggar seorang Melayu (arwah Faizal Yusop) dan hanya sempat dengar dia mengucap. Alex ni terasa bersalah teramat sangat tetapi isteri (Elly Mazlein0 dan anak arwah (Maisarah) tidak pernah menyalahkannya kerana menganggap sebagai takdir. Selepas itu Alex mendapat bayangan tentang Islam ni dalam mimpi.
Ada satu bahagian yang menarik bila Alex ni bersoal jawab dengan Khir (Norman Hakim). Alex seorang free thinker dan mempercayai teori Darwin di mana dari satu benda menjadi benda yang lain seperti asal manusia dari kera. Khir membalas dengan mengatakan cantik kereta yang dipandu Alex dan mengatakan jika mengikut teori Darwin kereta ni asalnya dari kereta lembu dan kemudian menjadi kereta kuda dan barulah menjadi kereta yang cantik ni. "Logiklah sikit, takkanlah kereta ni dari kereta lembu, mesti ada yang membuatnya,"jawab Alex. Balas Khir,"Logiklah sikit, takkanlah manusia dari kera, kalaulah ada pun, tentu ada kuasa yang mengubahnya." "Kuasa siapa?" tanya Alex. Mudah sahaja jawapan Khir, "Allah!"
Cerita ini bagi aku berat sikit nak bawak sekiranya kita tak betul-betul kaji tentang Islam. Lagi pulak bab-bab ilmu Tauhid. Kita percaya akan Allah, akan Islam sebab itu semua ada dalam Rukun Iman, tapi sejauh mana kita yang lahir sebagai umat Islam sejak azali betul-betul memenuhi semua rukun Iman itu.
Tapi, cuba tanya saudara baru kita yang baru masuk Islam, perasaan cinta pada Allah melebihi dari cinta sesama manusia. Untungnya mereka yang dapat hidayah sebegitu kan?
Ending cerita nih memang sedih, tapi itulah yang berlaku. Bila Alex yang sudah berkahwin, terpaksa bercerai dengan isterinya yang juga free thinker dan tak percaya pada Tuhan. Semua kerana kasih sayang dia yang tak berbelah bagi kepada Dia (Tuhan yang Satu). Sebab itulah tajuk cerita nih "Dia.. yang kucinta".
Cuma aku keliru, mula-mula aku ingat betul-betullah si Jason Chong nih Islam, sebut Allah, lakun watak mimpi angkat air sembahyang. Rupanya Cina tulen. Kagum betul aku dengan dia.
Persoalannya: boleh ke orang bukan Islam melakonkan watak Islam dalam drama?
Aku tengah cari buku dalam cerita nih, "ISLAM Antara Isi dan Kulit". Kalau ada yang tau, sila bagitau kat aku yer?
Note: Oleh kerana aku takde Astro channel, TV1 one of my feveret channel sebab boleh tengok National Geografi tiap-tiap hari pukul 7.00-8.00 malam. hehe.
3 comments:
hye..saya pun tgh cari pasal jason nih. tadi tgk cite dye kat tv3 "derhaka seorang anak". btl2 ingtkn dye da masuk Islam. boleh ke ye someone yang bukan Islam lakonkan watak mcm tu...emm
Rasanya Jason ni dah peluk Islam. Nanti try carik real source.
Post a Comment