Dengan nada serius, aku ingin menyatakan bahawasanya aku sangat serius semasa menaip entry ini.
Sila double click utk lihat lebih jelas
Hari nih aku bukak FB, petang tadi di library. Bukak-bukak je kat wall post nampak cik tunang post status: "di manakah anda wahai cik Eima Omar?".
Berduyun-duyun komen beratur kat bawah status tuh. Hehe. Suka betul hati aku.
Then, aku terus pergi kat wall Cik Tunang. Post kat ataslah yang aku baca. Kesian pulak aku kat dia. Kerja berhempas pulas. Tak kira siang malam, tak kira cuti hujung minggu mahu pun cuti umum, tapi bos nya ambil kesempatan. Projek sana sini, beriban-riban masuk poket, kebajikan pergi langsung tak dihiraukan. Pekerja nak claim ot pun tak dapat.
Then, sebelum balik, Cik Tunang post lagi status: "tolong jangan buat saye hingga saye hilang hormat pada anda ..."
Aku berharap, beliau banyak bersabar. Ini semua dugaan. Mungkin aku hanya pandai berkata-kata tapi tak faham situasi beliau dan rakan sekerja, tapi insyaAllah, kalau kita ikhlas melakukan kerja, anggap itu sebagai ibadah. Biar Allah yang menghukum apa yang bos cik Tunang dah buat. Ingat, doa orang yang teraniaya sentiasa dimakbulkan Tuhan. Rasa-rasanya semua orang akan bedepan dengan masalah kat tempat kerja. Termasuk aku.
Doa nih aku belajar dalam kelas Institusi Kekeluargaan Islam, antara beberapa doa yang perlu dihafal dalam kelas tersebut.
Doa Pelembut Hati:
Doa Pelembut Hati:
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali Imran:200
Nota: Banyak lagi penawar hati yang kita boleh jumpa dalam al-Quran jika kita betul-betul mengkajinya.
0 comments:
Post a Comment