Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, April 26, 2011

Pelajar UiTM kampus Bandar Melaka dirogol

Bodoh! tu je yang terpancul kat mulut aku masa kawan sekelas aku, cik Dila bagitau ada pelajar UiTM Kampus Bandar tempat aku belajar sekarang nih dirogol. Bukan setakat kena rompak, kena pulak rogol time period. Besar kemungkinan budak yang sama pernah pecah masuk rumah aku 2/3 minggu lepas. Tapi aku call polis yang jage rumah kitorang, dia cakap bukan pulak. Adeh.

*Versi surat khabar*

MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit, 18 April lalu.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, yang mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas meneliti rayuannya serta hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang memohon hukuman berat.



Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama iaitu merogol penuntut berusia 19 tahun tujuh bulan di Kolej Siswi Tun Mutakhir, Jalan Tun Mutakhir, dekat sini pada 18 April lalu.

Bagi tuduhan kedua iaitu menyamun telefon Blackberry dan wang tunai RM133 milik mangsa di tempat dan tarikh sama kira-kira jam 2.25 petang serta mendatangkan kecederaan kepadanya iaitu lebam di muka dan leher, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.



Bagi kesalahan menceroboh ke asrama berkenaan pada tarikh dan di tempat sama kira-kira jam 2.15 petang, dia dihukum penjara dua tahun.




Bagi kesalahan rogol, Mohd Karimi dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala bagi kesalahan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 394 akta sama yang jika disabitkan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.



Tertuduh bagaimanapun bernasib baik apabila hakim menetapkan semua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.

Dalam hujahnya, Mahmoodah berkata perbuatan tertuduh menceroboh asrama wanita pada waktu petang menunjukkan dia langsung tidak menghormati undang-undang “Kawasan itu dikawal rapi pengawal tapi dia berjaya menceroboh masuk, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka.


“Tertuduh hilang sifat kemanusiaan kerana menumbuk muka dan bibir serta mencekik mangsa, malah bernafsu binatang apabila merogol mangsa yang datang haid.


“Akibatnya, mangsa trauma dan terpaksa menangguhkan pengajiannya satu semester serta tidak dapat menduduki peperiksaan akhir.


“Saya merayu hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak memijak maruah wanita sesuka hati,” katanya.


Tertuduh yang berpakaian lokap hanya tenang dan merayu hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.


Berdasarkan fakta dikemukakan Mahmoodah, tertuduh memanjat pagar di belakang kolej itu lalu masuk ke bilik ketika mangsa sedang tidur menyebabkan dia terjaga sebelum melihat tertuduh yang berbogel terus datang dan menindih badannya.


Walaupun mangsa melawan, tertuduh menghempap dan memeluknya serta cuba mencium menyebabkan dia meronta dan menjerit meminta tolong sambil mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa sama mangsa terbau cecair peluntur cat dari tubuh tertuduh.


“Melihat mangsa menjerit, tertuduh mencekik kuat lehernya dengan kedua-dua tangan, menumbuk muka dan bibir serta menghentak kepalanya di dinding katil menyebabkan dia lemah lalu menanggalkan seluar sukan dan seluar dalamnya.


Dia menarik kedua-dua tangan mangsa hingga jatuh ke lantai sebelum mangsa mencapai bateri komputer riba lalu mengetuk kepada tertuduh tiga kali, namun dihalangnya.


“Dalam ketakutan, mangsa berkata dia datang bulan, namun tertuduh tetap merogol serta mencabulnya,” katanya.


Katanya, selepas itu tertuduh mengambil telefon dan duit mangsa sebelum mangsa berlari meminta tolong kepada rakannya di bilik sebelah yang kemudian menjerit meminta bantuan pengawal keselamatan.


Tertuduh ditangkap pengawal keselamatan, Saiful Ambia pada jam 3 petang di tingkat tiga asrama itu.


Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Jel30tahun_16sebatan/Article

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

17 comments:

Anonymous said...

SIOOOT!kuwang aja mmg binatang org yg rogol ni.patot hukum mapos je!xpon rejam sampai mati.org cani x layak hidup!!

adolongan said...
This comment has been removed by the author.
Aefa Aerisya said...

hope kwln makin diperketatkan.. kalau kat kolej pon xselamat apa lagi kitorg yg dok luar kan.. mintak dijauhkan benda2 mcm ni..

MSI said...

Assalamualaikum wbt
Salam takziah untuk mangsa
Anggap ini ujian drpd Allah agar lebih tabah dan fokus dgn matlamat hidup yg sebenar
Diharap pihak pengurusan bertanggungjawab dan tidak lepas tangan dengan kes ini
Thanks sharing..

EimaruSi|ence™ said...

Terima kasih kawan-kawan yang singgah komen entry nih. Memang menyedihkan bagi pelajar berkenaan. Tapi alhamdulillah, dalam masa seminggu nih dah 3 tangkapan dibuat berhampiran kolej Tun Mutakhir dan kampung-kampung berdekatan. Semoga masalah sebegini tidak berlarutan lagi.

MiSs kIkIn said...

yeke ima? aq de dgr2 jgk... so btl la ek.. cian nye... dak kos ape?

EimaruSi|ence™ said...

tataulah ikin. aku pon tau cerita nih dari dila. So, aku terus bukak metro n tanye polis yang siasat kes pecah masuk rumah aku tuh. Kesian kan?

Anonymous said...

za

Anonymous said...

saya ade terbaca kes ni dan ade beberape cerita yg kurang baik sy dengar psl pelajar ni....tapi yg sy tahu la kan lepas kes tu kawan2 dia pandang serong pada dia... sampaikan pelajar terbabit pindah universitikan. ape kesalahan yg telah die lakukan? x kan kesalahan dirogol tu kesalahna dia .x kesian ke pada pelajar terbabit sbb yg berlaku tu bukan secara rela .... cube yg berlaku tu pd kite atau saudara kite, x kan kita nk buang keluarge kan????? agaknye apa yg berlaku pade dia pun dia x sanggup berhadapan dgn org ramai... sy nak tahu kenapa kawan2 dia keluarseorang pun x menemaninye semase dia sedang kurang sihat, dan x menguci pintu bile keluar dari asrama. sedangkkan mereka tahu pelajar terbabait tinggal sorang dalam keadaan x sihat????

Unknown said...

Semoga Allah melindungi kami sekalian penghuni asrama kolej Tun Mutahir & Tun Mamat UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Ikhlas dari JPK Kolej Tun Mamat 2012/2013:)

mamat Smart said...

Test test....

Anonymous said...

dia kat uitm lg ke? ape cerita terbaru dia?

EimaruSi|ence™ said...

Sorry guys, saya pun tatau. dah 3 sem berlalu kot. Orang yang kene rogol pon tatau sape. Cume kite kene banyak berhati-hatilah,terutama pelaar non residence. Rumah sewa saya sendiri pun pernah dipecah masuk masa kami tidur. nasib baik bilik kami berkunci, kalau tak, memang naya.

Anonymous said...

Piеce οf wгitіng writіng is alsо а fun, if you know after that you can write or elsе іt is
comρlіcated to writе.

Αlsο visit my website; buy hcg drops

Anonymous said...

Gοοԁ dау! Do уou use Twittеr?

I'd like to follow you if that would be ok. I'm undoubtedlу enjoуing yоuг blog and look foгward to new posts.


Hеre is my homеpage: data loss prevention

Anonymous said...

Thаnκ уou for somе other great aгticle.
The placе elsе may just anyone get that kind of information in such a ρerfect ωaу of writing?
I have a рresentation subsequent week, and
Ӏ am on the sеarсh foг suсh infoгmation.


Feel free to visit my blog ρost - human growth hormone

Anonymous said...

Тhіs ρost is rеally a goοd onе іt assists neω net ρeоple,
whο are wishing fοг bloggіng.


Feel free to vіsit my homepagе :: hair brush

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers