Pages

Mari mengumpul bloggers!

Thursday, April 21, 2011

Malunya bila orang Malaysia dicop 'THEFT'

Aku dah tak ingat dari sumber mana aku baca tadi. Alih-alih ada dah ter-CTRL+T tengok website berkenaan. 

Ok, budak nih umur dia baru 17 tahun dan suke sangat buat artwork doodle. Alah, yang popular sangat sekarang orang buat letak kat header blog tuh. Dia listkan nama-nama si pencetak rompak yang dah gunakan hasil kerja dia dan orang lain dalam post dia tuh.

Errr, aku print screenkan je lah. List dia, korang check sendiri, manalah tau korang salah satu lanun yang mermpak hasil kerja beliau.


It's mostly people from Malaysia that steal my art!! --->Aduh..tensionnya aku bace!

Dan aku dah berjalan hampir kesemua blog yang dilistkan dan terbukti budak-budak picisan belasan tahun. Normallah tuh, budak-budak kan. Tegur-menegur secara baik dan kemudian pintalah kemaafan kat si owner doodle tuh ye.

Nih aku ade buat satu tadi, tapi bikin kena gelak ngan adik aku je. Malu-malu....!

Pinky tuh. Ko reti buat? Haha.. tu sebab layout aku yang cute dengan header budak berbeskal tuh dah takde lagi. Nantilah aku ubah balik. Balik uma nih seronok plak belajar tutorial dari kawan-kawan blogger lain. Tapi pening jugak nak belajar HTML nih. Takleh adap satu malam je, mau juling mata aku. Yang nih pon aku belajar basic melukis je, sejibik macam Adik Hanie nih lukis. Tapi, dia punye lagi cantiklah. Kagum aku budak-busak sekolah sekarang pon pandai edit guna html kan, bila lagi aku nak tambah pengetahuan nih.

Tapi, korang boleh singgah kat blog Cap Ayam nih jugak. Memang gile cute. Doodle tu dia lukis sendiri, then baru edit kat photoshop. Aku dah reti guna photoscape dengan GIMP2 nak buat gambar tuh transparent pon dah cukup bersyukur:)

Aku ade jugak tangkap gambar header sengal nih kat Cik Tunang, tapi dia sopan santun sikitlah, tak macam adik aku, tak pandai jage hati langsung. Huh!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy