Salam kawan-kawan.
Saja nak share surah feveret aku pada kawan-kawan. Setiap kali baca surah ni, saya ingat nenek saya, Hajah Fatimah bt. Hj Othman. Aik, nama sama. Hampirlah. Tapi saya sedap sikit, Fatimah Azzaharah bte Omar. Promote nama ke ape nih? Hehe. Tuh sebab kat rumah orang panggil saya Zarah @ Zaharah @ Awa sebab tak nak keliru dengan nama nenek kesayangan saya.
Oke, mari kita tengok hadis-hadis di bawah:
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.”
(Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Okeh, sebenarnya tak cukup kalau kita juz baca melalui internet je kebaikan surah nih. Apa kata anda beli tafsir al-Quran dan baca terjemahan surah nih. Baru rasa betapa tak cukupnya amalan kita kat muka bumi nih.
Dah bertahun-tahun arwah nenek pergi, dan dia selalu pesan kat saya masa kecik-kecik dulu supaya amalkan surah nih. Alhamdulillah, masa sekolah menengah, bila Biro Agama mintak saya hafal surah ini (dan beberapa surah lain), saya rasa bangga, sebab masa saya tingkatan 2 tak silap, saya dah berjaya menghafal surah nih. Tapi, baru hari nih saya baca tafsirnya dengan housemate Dila. Cik Dila cakap, sedih pulak bila tau maksudnya.
Jadi kawan-kawan, mulalah membaca, jika tak mampu menghafal sekalipun. Sekurang-kurangnya, bila dah membaca, ada jugak saham anda nak ke akhirat nanti kan? Selamat beramal.
Terima kasih kat Cik Tunang dan Future Father-in-Law sebab hadiahkan saya tafsir comel nih. Ingat, pemberian orang tak semestinya mahal, tapi cukuplah jika pemberian tuh memberi makna mendalam pada diri kita. Jadi, setiap kali baca Quran, Cik Ima akan jeling-jeling makna surah sekali.
Anda pula bagaimana?
2 comments:
thanx ima cz share...
kite sme2 la amalkan k...
same2 meniti ke syurga...
=)
Macih Ikin. Jum mulakan dari sekarang!
Post a Comment