Ehsan dari dramamelayu.com
Semalam, aku dah berjaya menghabiskan drama Asmara season 1 *macam tengok Supernatural pulak*. Dan hari nih aku layan Asmara 2 Episod 2 pulak kat Drama Melayu (dot) com. Banyak drama-drama dekat tv yang disediakan di sana. Mula-mula aku nak mendonlod, buat koleksi. Mengenangkan aku malas nak memberatkan komputer aku dengan cerita banyak-banyak, jadi aku tengok on9 je. Akhirnya, selesai jugak Siri 1.
Aku target nak settlekan Asmara 2 sampai Episod 6 *setakat ini*. Maklumlah, aku nih jarang lekat kat TV, so aku selalu ketinggalan cerita-cerita drama yang menarik nih.
Hari tuh Cik Tunang kutuk aku sebab ketinggalan zaman, sebab baru tengok movie 'Police Story' yang Jackie Chan berlakon tuh. Pastu nak jakun tak memasal. Bengang aku. Baru nak melelah air mata tengok sebab ending dia touching. *potong stim betul*
Aku target nak settlekan Asmara 2 sampai Episod 6 *setakat ini*. Maklumlah, aku nih jarang lekat kat TV, so aku selalu ketinggalan cerita-cerita drama yang menarik nih.
Hari tuh Cik Tunang kutuk aku sebab ketinggalan zaman, sebab baru tengok movie 'Police Story' yang Jackie Chan berlakon tuh. Pastu nak jakun tak memasal. Bengang aku. Baru nak melelah air mata tengok sebab ending dia touching. *potong stim betul*
Cume nak review sikit Episod 2 kali nih yang memaparkan Incik Asmara yang frust menonggeng sebab tak dapat jumpa 'arwah' Zaliah untuk kali terakhir. Kejam betul ayah Zaliah *Sahlan* tuh sebab buat suami isteri nih berpisah. Memang sedih tengok Asmara, dengan jambang penuh kat muka, dengan suara si nenek yang bergetar-getar sebab tak sanggup tengok keadaan cucu dia. Tapi alhamdulillah, si awek lama Asmara *Melati* datang pulihkan semangat Asmara walaupun sebenarnya kehadiran dia hanya merumitkan keadaan.
Berkait dengan dunia nyata, aku pernah dengar kisah kawan aku sendiri yang kehilangan kekasih hati. Bagi aku, 3 bulan tuh kira ok Asmara nak pulihkan semangat dia. Kesian tengok dia rindukan 'arwah', simpan gambar, simpan baju. Semua orang, ada cara tersendiri nak mengenang orang yang pernah hadir dalam diri sendiri. Korang pun macam tuh kan. Ada yang simpan bantal busuk bekas kekasih yang dah pergi, gambar, video, rekod suara dorang menyanyi ke. Ada orang, rekod suara kekasih tengah gayut pon ade tau. Tak caya tanya aku. Cume kita tak tahu, berapa lama masa kita nak ambil untuk buang semua kenangan tuh.
Jadi, macam mana perit pun nak lupakan apa yang berlaku, istigfar diri banyak-banyak, berdoa pada Allah kuatkan hati. Tak kira orang yang kita sayang tuh, kekasih hati, tunang, suami/isteri, atok/nenek, mak/ayah; tak kira putus hubungan semasa hidup, wahima setelah mati; teruskanlah kehidupan anda, hargai diri dan orang di sekeliling anda. Biar semua kenangan itu berkubur di dalam hati.
Nota: Aku turut nasihatkan diri aku sendiri.
0 comments:
Post a Comment