Selamat petang Jumaat. Pagi tadi masa keluar rumah, mendung macam nak hujan. Panas juga rupanya.
Lokasi pengambaran video Arab kami di Serkam Pantai sangat memuaskan hati. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Kami semua mengikut masa yang di tetapkan, seawal 8.00 pagi dah bersiap-siap tunggu Bel jemput kat rumah. Then, sampai je, kami sarapan di simpang empat Serkam Darat, sebelum pergi ke rumah Tok Andak. Sempat pinjam kain pelikat, kopiah putih dan baju kemeja. Izz memang sangat-sangat 'macho' pegang watak Jaddun (datuk). Hehehe.
Panasnya jangan cakaplah. Maklumlah kampung dekat dengan laut. Tapi, angin tepi sawah memang menenangkan. Aku pun puas hati bila lokasi yang aku syorkan diterima dengan keseronokan kawan-kawan satu kumpulan. Nampak macam mereka happening. And I hope so!
Sibuk menghafal skrip nih!
Tempat bot nelayan. Dulu kayu jer jeti ni. Tempat aku main lumpur, sambil kejar ketam batu. Dan sambil kumpul terumbu karang yang keras dan tak cantik macam kat Langkawi. Sambil pungut rumpai laut yang tak sehijau di kepulauan Sabah.
Di tengah terik panas. Anda boleh lihat, betapa besarnya saya di situ!
Tempat saya join pak cik kampung menangguk udang galah masa kecik-kecik dulu:)
Ok, enuffff. Ini yang last.
Lokasi: Pak Yak's house.
4 comments:
jom baca sini
http://gurlgemini.blogspot.com/2011/04/blog-ini-aku-rasa-patut-popular-laa.html
amboi.....
mari popular kan diri...hahaha
ima underground jer...:p
Post a Comment