Pages

Mari mengumpul bloggers!

Friday, April 22, 2011

Entri ini khas untukmu Buyah

Sila click play untuk lebih feel apa yang ingin aku kongsikan ini yer?



Sedang melayan lagu In-team, Sentuhanmu yang aku share kat FB malam tadi, buat aku terkenang zaman kecik-kecik. Oh, tetibe terasa nak nangis kejap. Dah-dah, cukup Cik Ima, 5 saat je.

Aku nih mungkin tak pandai nak bagitau kat buyah yang aku sayangkan beliau. Kat mak, dan mungkin juga adik beradik aku yang lain. Even aku seorang keras kepala, sangat degil, suka memberontak dan kadang kala tidak mendengar kata, tapi sebenarnya hati aku sangat rapuh. Mungkin depan mereka, nampak kejinya perangai aku, tapi hati menangis, tak siapa tahu. Cheeewah!


Tahun lepas, aku masak kan ayah aku nasik ayam. Sempena hari bapa, as my father request. Hueh-hueh.. Itu je yang aku mampu, nak belikan kereta sebijik, hadiahkan kepada beliau, aku tak mampu. Paling kokak pon kalau ada duit, aku beli set tali pinggang, wallet dengan pen yang selalu jual kat Parkson tuh. Adeh, takleh blah terserempak dengan pokde kat Parkson, Mahkota Parade puasa tahun lepas sebab nak belikan buyah tali pinggang barulah. Kesian buyah pakai tali pinggang Bulan Sabit Merah tah hak milik anak dia yang ke berapa tah. Sayu pulak hati aku.

Masa terserempak dengan Pok De, aku siap sorokkan bungkusan tuh. Terasa rendah diri, maklumlah, kami dari keluarga sederhana, berada di Parkson sebumbung dengan pok de pon aku dah segan.

"Sentuhanmu amat bermakna..."
Okeh, lirik nih mengingatkan aku pada suatu hari. Subuh tuh, tengah siap-siap nak ke sekolah, darjah 4 tak silap aku, aku bergaduh lagi dengan adik aku, dak Siti. Kami mase kecik memang kuat bergaduh ok. Dan aku sangat berdendam dengan adik aku ketika itu. Okeh, diulang, ketika itu ye.

Kami bergaduh berebutkan stokin. Bising betul pagi tuh. Buyah zaman muda dia sangatlah garang, Kalau marah, ekspesi muke beliau sangat digeruni. Beliau akan membawa rotan beliau yang sangat nipis tuh kalau kami degil takmu dengar kata. Kalau terkena sebatan rotan tuh, pedihnya tak terkata wooo! Akhirnya, kami tak pergi sekolah pagi. Dua-dua kena hambur dok dalam bilik. Grrr, marah betul aku masa tuh.

Tapi petangnya, aku siap-siap nak ke sekolah agama. kami gelarkan 'sekolah petang'. Aku tak ingat apa buyah buat kat laman rumah masa tuh, aku salam beliau, kemudian beliau usap kepala aku, sambil pesan, "belajar rajin-rajin...".

Nak tau impak dari perbuatan beliau, aku tergaman tak terkata. Sambil berjalan lebih kurang 1KM, aku menangis teresak-esak. Tetibe aku terasa ayah aku lagi sayangkan aku lebih dari dak Siti. Adui, perasan lebih pulak aku nih.

Ade lagi satu cerita di bulan puasa. Aku baru nak belajar puasa penuh. Kawan-kawan aku masa darjah 1 & 2 selamba je bawak bekal air dan makanan gi sekolah. Malu je. Tapi aku, time rehat, gi library. Memang hobi aku masa sekolah dulu. Rajin pinjam buku Siri penyiasatan. Macam-macam tau. Boleh tengok senarai dia kat sini. Buku nilam aku setahun sampai lekatkan buku sambungan kat belakang. Gila membaca aku sampai jadi pustakawan.


So, baliknya, hari Jumaat tengahari masa tuh. Bas sekolah akan berhenti dekat kelapa sawit (maksudnya jalan shortcut yang kami terpaksa lalu untuk sampai ke rumah), ataupun dekat rumah Cik Sal. Paham-pahamlah, bile dah tengahari, sampai rumah mesti keletihan. Muke dah merah padam akibat berjalan. So, sampai rumah, aku ngadu kat Buyah. Buyah tak sampai hati, bagi aku pisang sejibik. Wah, pantang orang bagi muka sikit, buyah aku gi masjid semayang jumaat je, aku curi lagi sebijik dua pisang kat dapur. belum lagi part minum air sorok-sorok. Oh, nakalnya saya dulu. Hik hik.

Ade lagi. Zaman tomboiku terserlah bila mak kunci pintu rumah sebab aku balik lambat pergi memancing ikut kawan-kawan sekampung aku. Duduklah aku diam-diam kat luar rumah sampai buyah balik. Hehe. Then buyahlah yang bukak kan pintu untuk aku. Siap back up aku, marahkan dak along yang telah membunuh anak ikan pelaga hasil tangkapan aku kat kebun getah. Bengang gile aku. Dia amek putik kapas, buat macam straw n tiup air ikan aku. Mati terbeliak sume ikan-ikan aku tuh.

Dah, banyak sangat kisah kenakalan aku zaman kanak-kanak. Kesimpulannya di sini, aku sayangkan ayah aku, dan berdoa moga beliau sentiasa bahagia.

Last, ayam masak merah special khas untuk my luvly daddy!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers