Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, April 17, 2011

Rumahku dimasuki pencuri

Satu pagi Jumaat, Cik Eima dapat panggilan dari my mum.

Mak : Eh, ko taknak balik kampung ke? Kan hari nih cuti Melaka Bandaraya Bersejarah.
Cik Eima : Taklah mak. Hari Selasa baru balik (sambil terkebil-kebil dan terpisat-pisat.)
Mak : Eh, apsal plak Kan 3 hari cuti?
Cik Eima : Awa ada kerja nak submit hari Ahad. Selasa ade test.
Mak : Iye-iye jelah ko nih. nih apsal tak bangun lagi nih.
Cik Eima : Penatlah Mak. Dah bape hari tidur lambat.
Then, mak Cik Eima bebel-bebel. Cik Eima pon tak ingat ape sebab Cik Eima ingat nak lelap je berikutan tidur hampir pukul 5 pagi.

Actually, Selasa ni Cik Eima ade re-test untuk subject OPM. Macam Cik Eima bagi tau dalam entri lepas, pasal rumah Cik Eima dimasuki pencuri. Satu minggu tuh, setiap hari ade test. Malam nya Cik Eima keletihan menghadapi test FIN sebelah malam. Balik je, tak sampai pukul 1, Ck Eima dah pengsan! Kawan Cik Eima yang stay kat uma Cik Eima  stay up sampai pukul 3 je, then tidur sebab dengar bunyi pelik-pelik. Habis tingkap pintu dikunci, dengan kat bilik-bilik sekali.

Esoknya, masa Cik Dila bangun semayang Subuh, tak nampak pun apa-apa perbezaan. Atas meja makan, memang dah siap berkemas. Kawan Cik Eima yang stay rumah kita orang dah siap-siap kemas. Pintu rumah cantik berkunci, dan berselak dari dalam. Entah macam mana, dalam pukul 8 lebih, kawan Cik Eima nih nak ambil beg dia, kat atas kerusi meja makan, tapi takde. Cik Eima memang melelapkan diri lagi lah kan. So, budak dorang nih ingat, Cik Eima yang main-main sorok beg tuh sebab takde petunjuk ada orang masuk. Sebab biasanya Cik Eima senang tersedar, tapi Cik Eima tidur, dan sambung tidur semula. Bila tengok Cik Dila dah siap pakai baju proper macam nak keluar dating, baru Cik Eima tanya, What happen? Melihatkan Cik Eima yang terpisat-terpisat sambil terkejut beruk dengar beg hilang, baru dorang percaya yang Cik Eima memang tatau ape-ape.

Masa kawan Cik Eima nih pergi buat report, kami yang duduk kat uma buat mesyuarat sendiri. Macam-macam andaian keluar termasuk fikir 'bukan orang' je yang masuk rumah amek beg tuh. Dalam beg ada purse and rantai emas. Nasib baik barang-barang lain dah bawak masuk bilik. Biasa Cik EIma selalu gak tinggalkan purse dan laptop atas meja makan tuh. Nak jadi sebab kan. Kalau beg kawan Cik Eima tuh tak ilang, mungkin kami pun tak sedar ade orang pecah masuk rumah kami.

Petangnya, kami ada test OPM. Menang confirmlah tak sempat study. So, Cik Eima sempat review buku sikit-sikit je. Asalnya dah nak bawak toyol gi masuk test (kire memang tahap nekad habes), tapi malangnya lect cakap takkan halalkan apa dia belajar n dia cakap penah student dia yang meniru, hinger mark dalam test, tapi final markahnya teruk. Cik Eima dengan Cik Dila tak sempat buat ape. Terpaksa berserah.

Alhamdulillah, even tak meniru, markah Cik Eima boleh tahan jugalah. Tak lulus, tapi 48 markah aje. So, Selasa nih kami mintak buat re-test semula. That's y Cik Eima tak balik rumah lagi.

erm, lupe nak bagitau, akhirnya kami tau bagaimana pencuri tuh masuk rumah kami. Dari tingkap toilet rumah. Masa balik dari test. lebih kurang pukul 6 lebih, Cik Eima angkat air semayang, sambil-sambil tengok dinding bilik air. Masa tuh lah Cik Eima perasan kesan tapak kaki dan tangan si pencuri. Dan malam tuh jugak kami buat report susulan disertai kedatangan polis untuk menyiasat.

Doakan kami selamat tinggal di sini untuk masa-masa akan datang.


Note: takut final yang bakal menjelang.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers