Pages

Mari mengumpul bloggers!

Monday, April 25, 2011

Kecewa

Selamat pagi semua!

Lagi setengah jam je pun nak tengahari. Tapi tetap nak cakap pagi.

Masa masuk sem baru bulan 1 lepas dah berkali-kali aku bagitau aku perlukan motor atau apa saja kenderaan nak ke kelas. Bukan setakat jauh *jalan kaki tiap-tiap hari di tepi jalan dengan laluan yang setiap hari sesak*, malah rumahnye jauh dari kedai runcit, kedai makan dan rumah kawan-kawan. Kalau berjalan kat tepi jalan raya tuh, takkan sempurna satu hari kalau takde mamat motor mahu pon mamat kereta yang suke mengacau perempuan seperti aku nih kalau terserempak mana-mana. Nasib baik kawan se-group rajin datang kalau ade assignment group. Aku pilih rumah tuh pon sebab selesa nak study, besar, murah dan tenang.

Hari nih aku nak balik rumah sewa. Malangnya hanya aku sorang yang akan balik. Rumate aku yang lagi dua orang tuh, balik hari nak pekse je. Omaigod, aku tertekan sangat. Duduk rumah bukan buat ape-ape, tak study pon melainkan dok depan lappy nih. Kalau tinggal lama sikit pon sebab tido n tolong mak aku masak kat dapur.

Malam tadi dah ku katakan pada ayah aku, "Awa nak pnjam kereta, nak ulang-alik ke library senang,". Itupun tercetus bila mengenangkan, Kak Nod kawan sekelas aku tiap-tiap hari study kt library. Bolehlah refer kat dia kalau tak paham. Kak Nod tuh sem lepas dapat Anugerah Dekan (DL). Best kan?

Malangnya, sedang-sedang membakar belacan untuk buat sambal belacan, ayah aku datang ke dapur, tanya bila aku nak balik, lalu aku cakaplah lepas tolong mak masak. Ayah aku cakap dia nak hantar aku sebab dia nak beli barang kat Melaka. Alangkah kecewanya aku. Macam mana aku nak hidup sirang-sorang kat rumah nanti, kalau berlaku kecemasan, pada siapa aku nak mintak tolong. *Tetibe aku terasa kecik hati*


Siapa aku nak kecik hati kan? Motor yang aku tunggu hidupkan road tax dari 4 bulan lepas tuh pon bukan hak aku. Aku cakap banyak-banyak kali pun, ape daya aku. Aku takde duit nak bayar pun insuran motor yang beratus-ratus tuh. Kalau aku mampu, aku pon taknak menyusahkan sesiapa fikir tentang masalah aku. 
Tapi masih adakah orang yang ambil berat masalah aku?

Dah lah, aku nak kemas barang. Kawan-kawan doakan aku berjaya dalam paper final nih eh. Aku pun teringin nak DL macam Kak Nod dan kawan-kawan aku yang lain. Aku pon nak orang sambut aku kat atas pentas sambil beri Anugerah Dekan yang diimpikan oleh semua student sekarang. Tipulah kalau korang taknak. Oklah, bye!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

8 comments:

Syuxer said...

semoga berjaya dalam final tuh..wat yang terbaik..:)..DL tuh hiasan je..yang penting rasa cinta awak pada ilmu..masih ada orang sayang kat awak tentunya kawan2..ada hikmah tuh disebalik ayah awk ckp camtuh..hehhe..hidup ni misteri..:)

osHin said...

memang byk dugaan untuk dptkan sesuatu tu...mgkin ada sebab napa ayah eima x bagi... *sebab eima darah manis kot. haha.

cheer up girl...good luck for final k !!!

EimaruSi|ence™ said...

Thanks syuxer...

td ayah dah nak nak idupkan roadtax n insurans, tapi takleh buat kat post opis, kne gi kat syarikat insurans jugak,terpaksa ayah balik. Tertangguh sehari lagi nak balik rumah sewa..

cik Ida said...

gud luck dear.. ^_^

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

all da best adik cumel ;D

pssttt..sis folo sini..ur 55 follower (double i loike)
support..support..

jom support sis..more make up tuto at my side bar ;)

eppy2 sayang..

EimaruSi|ence™ said...

@cik Ida: thank you:)

@kak pinky: wah...tutorial make up ke?i like!!

stinkyspikey said...

oi

EimaruSi|ence™ said...

Setakat nak ber oi, malas ah nak layan ko *mood: ngajok!*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy