Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, April 24, 2011

Panadol tak baik untuk badan?

Satu hari Cik Shiba pensyarah HRM aku cerita pasal keburukan panadol atau nama scientifiknya PARACETAMOL. Bukan niat aku nak banned product panadol, mahupon melarang sesiapapun mengambil panadol sebagai penahan sakit migrain mahupon period pain ataupon sengal badan macam abang Bong tuh, tapi untuk berkongsi pengetahuan dengan kawan-kawan sekelian; sebab aku pon selalu mempunyai masalah-masalah seperti di atas.


Sila rujuk fakta ini tentang bahayanya Paracetamol terhadap nyawa kita: Chicago Tylenol murders


Kenapa painkiller / panadol / pil tahan sakit tak elok?

  • 1 biji panadol makan masa 5 tahun untuk singkirkan bahan kimia.
  • Bila nak bersalin, jika terlalu bergantung pada panadol, lama-lama badan dah 'lali' dengan ubat berkenaan. Maka, si Ibu memerlukan bius yang lebih dari orang lain untuk mengurangkan kesakitan.
  • berfungsi sebagai bius di otak, supaya si pesakit tidak merasa sakit, sedangkan perut kita, or kepala *bagi penghidap migran* sebenarnya masih mengalami kesakitan tersebut*.

*Aku tidak mahu memandai-mandai, mahupun cuba menyebarkan apa-apa maklumat yang palsu, lalu aku bertanya encik Google. Maka beliau menjawab:



Pharmacokinetik adalah ilmu apa dadah buat dalam badan kita. Melalui pengetahuan ini, sesuatu ubat dibentuk dengan jumlah dos tertentu, diambil mengikut frekuensi tertentu dan jumlah tertentu. 
Dalam kes panadol ni, kita tahu lepas kita makan dalam 10-60 min penyerapan berlaku dalam perut. 

Separuh hayat 1-3 jam. Ni macam kita makan 1000mg (2 biji) dan kita anggap dia serap semua (sebenarnya <5% dibuang begitu shj) dlm 3 jam dlm badan tinggal 500mg, lepas 3 jam lagi tinggal 250mg dan seterusnya sampai 0. Sebab ni jugak dose panadol selalunya setiap 8/6 jam (3/4 kali sehari). Kalau dah rendah sgt takde kesan. 

Utk kesan berterusan kita kena makan ikut frekuensi ni. Tp bila sakit dah hilang berhenti la (di nasihatkan bila perlu). Tak nampak kat mana yg boleh simpan sampai 5 tahun. Yg tersimpan hanya berlaku dlm kes overdose, bilamana bahan terbuang ubat tak dapat dibuang semua oleh hati. Jadi secara langsung tiada kaitan dgn ginjal kerana penyingkiran utama melalui hati.
So, bagi Cik Eima, benda yang memusykilkan baik kita elakkan. Lagi-lagi ubat-ubatan. Mula-mula memang untuk mengubat penyakit, tapi lama-lama jadi penyakit. Namapun dadahkan?Jadi, cara yang paling mudah bila sakit kepala, migran mahupon period pain:



  • Rendam kaki dalam air suam *supaya tekanan darah menurun*
  • Minum 100 plus:air masak dengan nisbah 1:1 untuk balancekan sebab 100 plus ada gas.
  • Mandi dan basahkan kepala untuk segarkan badan. Mulakan dari bawah baru jirus air ke atas hingga kepala.
  • Tidur yang cukup.
  • Banyakkan minum air.


Tambahan dari aku sendiri, kalau migrain, mesti denyut-denyut kat kepala kan. Sila duduk dalam bilik dan bergelap tanpa gangguan sebarang bunyi. Kadang-kadang tanpa tidur pon kepala dah lega dah. Sebab bukan mudah saya nak menidurkan diri. Jadi lepas nih, jangan sesiapa mintak saya makan ubat ye, sesungguhnya saya benci makan ubat!


Cara korang pulak macam mana?


Info lanjut: http://nurilahi.blogspot.com/2008/12/kalau-kamu-sakit-kepala.html
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

3 comments:

padlie said...

sy kurang juga makan painkiller ni..
makan tetap makan bila perlu.. tp sebiji je sekali makan..selalu sakit kepala kat office, so xde alternatif, kecuali ubat.. :D

nak tahu kita terlebih dos ke x, masa cabut gigi.. kalau bius xde kesan, ye la tuh..

Sandra Azwan said...

tak suka makan ubat!;-)

P/s: Confident sebab akan cepat sembuh..;-)

EimaruSi|ence™ said...

padlie: Klu dah sakit kepala sangat-sangat, memang painkillerlah makan. tapi kalau adelah. tak ade, sanggup tahan sampai tertidur2.

sandra: kite pon tak suke:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers