Pages

Mari mengumpul bloggers!

Thursday, April 28, 2011

Thanks my daddy!

Selamat petang kawan-kawan!

Apelah aku nih. Kejap daddy, kejap ayah, kejap buyah. Takpelah, janji membawa maksud yang sama. Sekarang nih aku berada di library. Study untuk HRM 533. Paper Sabtu nih. Petang semalam aku balik rumah sewa naik kereta. Motor belum siap lagi.

Library ramai orang. Semua meja penuh. Oh... oh.. takpe, aku tetap dapat feel nak exam!

Tadi, lebih kurang 11.30 pagi Buyah call. Katanya dia di Melaka. Nak tukar motor. Bila aku cakap aku kat library, dia cakap takpelah. Nanti dia dah nak sampai, dia bagitau. Rupanya buyah nak pergi cucikan motor tuh dulu. Thanks Buyah. Dari jauh buyah datang naik motor. Di usia 55 tahun, bukan umur sebegini buyah nak bawak motor jauh-jauh. Lagi pulak sejak dah pakai kereta, mak selalu cerita buyah jatuh motor. Risau pulak aku.

Disebabkan kesanggupan Buyah yang bersusah payah membersihkan motor serta menghantarnya ke sini, maka aku akan bersemangat nak study dengan lebih tekun. Terima kasih Buyah!

Untuk seketika, saya mahu Siti Nur Adilah Kamarudin pulang ke rumah sewa dengan segera supaya saya tidak keseorangan studi dan tinggal di rumah!

Note:  Sambung studi!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers