Pages

Mari mengumpul bloggers!

Friday, April 23, 2010

Sayangilah...



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.


6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.


7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.


9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.


10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekali pun.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, April 2, 2010

Lantikan secara rasmi sebagai "Financial Officer"

Aku start kerja kt sini dari 1hb September 2009..Dipanggil sebagai pelajar praktikal untuk kursus INSEP, tp tak praktikal pon..Dah mmg macam pekerja..Aku pon tak kisah, apa-apa kerja pon aku leh masuk selagi termampu..So, bermulalah kerja aku sebagai pelajar praktikal a.k.a kerani yg tak diberi gaji or elaun praktikal..Mase tuh tak touching lah sangat sebab dapat elaun INSEP..

Daripada partner ngan Pia, bertukar partner ngan Qida pulak untuk jadi pembantu aku..Actually, aku dipanggil praktikal lebih awal dari kawan-kawan lain yang sepatutnya praktikal bulan 10.. Sedih gile terpaksa tinggalkan kelas awal:(
Kerja toksah cakap, sangat banyak..Tension gile sebab sistem fail tak tersusun..Sebelum nih, tempat aku kerja ni, takde kerani, so dokumen semua En. Azmi yg buat..Bila kami yg perempuan nih datang, kne kejutan melampaulah..Sbb kene mulakan balik n baiki failing yang tak terurus tuh..

Pia berhenti sebab tukar tempat praktikal di Johor, n Qida berhenti sebab sambung degree..Tinggal aku sorang je perempuan kt office tuh melayan kerenah budak-budak ofis..
Nasib baik budak2 office aku nih alim2 belaka and hormat aku sebagai seorang perempuan..
Klu dapat rakan sekerja yang gatal, payah gak kan??

Masuk bulan satu 2010 (selepas 4 bulan praktikal), aku mula touching..Aku masih tak diiktiraf sebagai pekerja tetap..Gaji 1st dapat standart kerani jek..Sabar lagi...

Sepanjang bulan 1 sampai sekarang, macam-macam kerja aku buat..
   - Secretary          - Kerani                  - Tukang cuci
   - Accountant        - PA semua staff      - Minggu depan jadik cikgu ajar komputer pulak:)

Alahai, lawak jek ingat..Siap ade bisnes card lagi.. N task description aku lg banyak dr staff lain..Tak pasal-pasal..

Tetibe pagi td, bos bgtau nak buat temuduga ngan aku Khamis depan untuk confirmkan sebagai staf tetap..Bayangkanlah dah hampir 8 bulan kt cni, baru nak bt lantikkan rasmi.. Macam mereng jek otak aku..hahaha. Abes selama nih, taktaulah ape aku buat kt sini..Klu aku tak dapat buat caruman KWSP start bulan depan, aku nak cabut dr cmpany nih!


Moral of the story:
Nak carik kerja, cari syarikat yang betul-betul bersistematik n jaga hati pekerja..Macam aku n kawan-kawan seangkatan nih, sangat produktif melakukan kerja, tp takde motivation langsung dr bos walaupon projek bos dapat sangatlah besar...Sangat berkecil hati..















Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, April 1, 2010

1 April 2010


** Masih tak sihat --->batuk2 n selsema sumtimes **

** Sentiasa keseorangan di office kerana staff ada kerja luar **

** Sangat kecewa kerana Bos tak benarkan join KURSUS MOTIVASI TAHAP II di PD bersama-sama student INSEP **

** Dah lama tak makan angin n barsantai-santai sejak mula bekerja **

** Kurang tekanan kerana En. xxx tiada di office selama stngah bulan (setiap bulan macam tu) **

** Tak sabar menunggu angah nak tunang..Mungkin saing buat kenduri bt arwah Nek Mah tersayang **

**Sentiasa mencari peluang lari untuk balik ke kampung menukar tayar motor yang dah botak **

** Masih memerlukan hari2 yang ceria **

-- Teringat pulak lagu Bila April:) --












Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy