Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, December 18, 2012

Cabaran di tahun akhir sarjana muda

Assalamualaikum wbt,

Walaupun tangan hamba dah hampir cramp, hamba nak coretkan luahan hati hamba juga di ruangan nih. Bermula dengan kerja menaip report dan menghadap report sepanjang malam di hujung minggu, hari nih hamba menghadapi cabaran cramp tangan, kelaparan, kepenatan, sakit pinggan, bisa kat kaki kerana pulun menyiapkan jawapan untuk passyear. Ada 6 passyear kene buat, dan setakat nih, masih tak jumpa soalan berulang, menjadikan chances untuk skip soalan agak kabur-kabur.

Hamba dah duduk kat meja study nih LEBIH DARI 6 JAM, since balik kelas petang tadi sampai pukul 2.08 jam di lappy ketika post ini ditaip. Bagi hamba, inilah cabaran paling dahsyat untuk hamba tempoh sepanjang bergelar student kerana terpaksa buat 6 soalan passyear, tulis tangan, terdiri dari 25 markah setiap satu soalan, dan anggaran satu soalan penuh satu muka surat. Damn! Kuatkanlah semangat hamba.

Nak meniarap, terbaring, terlentang sesuka hati, perut dah besar. Oh, siksanya!

Cepatlah seminggu terakhir yang teruk nih berlalu dari hidup aku:(

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Sunday, December 16, 2012

Luahan hati pengunjung di I-City

Assalamualaikum wbt,

Sambil aku baca-baca status & link yang orang share kat FB, ada satu artikel yang menarik perhatian aku. Tajuk dia "I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit...." Tajuk yang sangat interested bagi aku yang teruja nak ke sana dan mampu tengok dalam kereta dari tepi jalan je sebab takleh parking 'free'..

Korang bace lah. Mana tau ada keinginan nak ke sana satu hari nanti:

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.
Aku kena main dan aku kena tipu. 
Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja. 
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City. 
Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya. 
Mari aku ceritakan celakanya.
Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh. 
Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!. 
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan. 
Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini. 
Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik? 
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time. 
Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah! 
Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak. 
Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah". 
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit. 
Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni. 
Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height? 
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu. 
Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?" 
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16. 
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation. 
Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30? 
Nampak tak macam mana orang kampung kena main? 
Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng. 
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit..... 
Copy paste dr Tumpang Lalu



Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, December 15, 2012

Post express; IMPRESSED

Assalalualaikum wbt.

Baru balik dari seminar Strategic Marketing. Disebabkan makan sedap malam tadi (satay, roti john, nasi ngan sambal tulis ikan bilis dan petai), aku ketiduran dan kelewatan. Biasa pukul 6.00-6.15 pagi aku dah siap nak mandi n solat. Kalau tak kerana cik Hubby meseg tanya dah bangun ke belum, alamatnya kesiangan lah aku. Berlumba aku bawak kereta pagi nih fikirkan seminar pukul 8, dan aku ajk terjun. Mestilah menepati waktu. Rupanya aku antara yang terawal sebab orang lain sampai lewat jugak.. So, baby ikut macam mummy ye. Be punctual!




Ni salah sorang penceramah yang bagi talk hari nih. Gambar agak pecah sebab duduk belakang sangat. Aku cilok dari fb classmate aku. Walaupon speech dia simple, tapi padat dan ade isi. Tentang tips menjadi good marketer semudah A.B.C.D.E. Tapi u'all jgn ingat mudah nk ada sume ciri-ciri tuh ok:) Overall, talk dia sangat menyeronokan..



Ni pulak moderator express yang dilantik dari kelas kami. Dia keluar tetibe kt stage terus cakap. Terus cuak penceramah. Huhu.

*****

By the way, itu semua selingan. The most important hari nih, perut aku jadi retis. Tak sangka blog berkarat nih masih jadi tatapan orang. Dulu, aku wondering jugak, ade ke orang baca blog aku nih. Kalau ada pon mungkin dari orang yang aku tak kenal & follower saje. Rupa-rupanya ada stalker yang kenal aku. Pergh, kantoilah macam nih:)

Sepanjang seminar, rakan yang da sedia maklum asyik tanye pasal baby & pegang perut aku. Teringin nak rasa baby menendang. Hehe. 

Malam tadi aku baru rasa pergerakan baby masa usap perut. Terus report kat hubby. Alangkah bahagianya klu beliau orang yang merasai pergerakan tuh. Aku takpe, tak pegang perut pun masih dapat rasa baby yang sedang aktif nih.

Dan pagi nih, bertambah lagi orang yang tau pasal baby. Masing-masing rabe perut aku. Kalau b4 pregnant rasa segan, tadi hari nih rase biasa je sebab aku tak segan lagi perut aku dah semakin besar. Mungkin sebab kecomelannya di situ:)
Dan mungkin penyebab keduanya. aku dah mula bersedia beritahu kawan-kawan berita nih. Sampai bila nak sorokkan.... kan?

Those adik-adik kelas BBAM 5A yang dah tau, thank you so much sudi jengah blog nih. Walaupun gaya penulisan saya cacamarba, tapi I really appreciate sume reader blog nih..

Salam sayang..

Note: Kalau larat petang nih baru pusing JJ cari kasut flat dan seluar meternity. Cian baby tak selesa mommy pakai jeans kan?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Friday, December 14, 2012

Sesi bergambar bersama rakan sekelas..

Assalamualaikum wbt,

Hari nih aku nak share gambar-gambar rakan sekelas. Cube carik mana satu aku. Ehehe..
Masa amek gambar nih, aku dah nak masuk 3 bulan... Comel je time nih. Tummy pun tak nampak. That's y dah 3 bulan pun tak kantaoi ngan mak & buyah.. hehehe:)

So, enjoy!





*Aku pasti akan rindukan kalian...*


Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tunggu aku wahai suami!


"Agak lama tak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri... Rindu nak tengok awak makan apa yang saya masak, awak senyum bila saya sambut depan pintu, bilik awak kemas bila saya rajin tukar cadar, makan coklat Cadbury sambil tengok tv sama-sama.. Sabarlah duhai hati. Tanggungjawab sebagai pelajar lebih penting..."

Tengah sibuk memerah otak buat report, mindaku terarah pada tanggungjawab sebagai isteri. Dah hampir 4 bulan berlalu. Semester yang agak panjang bagi seorang isteri yang jauh dari suaminya. Seorang di Melaka, seorang di Shah Alam. Hanya Sabtu dan Ahad menjadi masa yang berharga bila berjauhan macam nih. 

Rindu? 

Perkataan yang tak perlu di tanya. Hanya Allah tahu rindu pada suami bagaimana rasanya. Tak sama macam masa bercinta. Adat dan agama banyak menjadi garis sempadan. Bila dah bersatu, perasaan sayang bertambah padu. Cinta dalam hati untuknya, setelah Allah dan Rasul. Tapi aku bersyukur, masih terasa nikmat bercinta bila berjauhan. Masih dapat rasa bezanya suami isteri hidup bersama atau berjauhan. Nikmat rindu bila lama tak bertemu. Hanya Allah tahu apa yang tersurat..

Pernah suatu hari, selepas aku balik bercuti naik semester baru, si suami meluah rasa. Merindui gelak tawa dan gurauan aku, merindui telatah dan layanan aku, merindui air tanganku. Sampaikan tak tenang bekerja lebih masa sebab di kepala terbayangkan aku dah memasak untuknya di rumah. Maklumlah, isteri awak kan suka merajuk.

Satu hari, balik dari kerja, tiada siapa yang menyambutnya di muka pintu, menyambut huluran salamnya dengan senyuman di bibir. Tiada siapa yang mahu bergurau dengannya seperti selalu. Rumah tempat kami menyemai kasih sayang sunyi, suram seakan tak berpenghuni. Betapa kehilangan aku dengan tiba-tiba memberi tamparan kepadanya. Hanya 2 bulan cuti sem mampu membahagiakan hatinya. Tetapi, sekejap je masa berlalu dan memisahkan kami.

Suami tak tahu. Masih sebulan cuti berbaki, aku dah mula menghitung hari. Mengharapkan percutian ku setahun lagi. Aku cuba melakukan terbaik untuknya. Jadi isteri dan peneman terbaik untuknya. Semoga aku menjadi serikandinya, penyejuk di mata dengan senyuman ikhlas ku, penawar di hati ketika si suami di badai masalah. 2 minggu berbaki, aku resah sendiri. Dengan tiba-tiba, diri menjadi tamak dengan masa. Sehingga menghantarnya ke muka pintu pun aku tak mahu. Aku hanya inginkan dia.

Ketika kedatangan ibu dan bapa mertua, perhatiannya kepadaku sedikit terarah. Mana mau di layan 3 orang satu masa? Aku jadi wanita penuh rasa cemburu. Cemburu untuk mendapat kasih sayang darinya. Dalam masa yang sama, fokusku padanya sedikit terbahagi. Layanan kepada mertua juga harus diteliti. Tapi, alhamdulillah. Kami sekeluarga sangat bahagia. Siang hari mak mertua menemani. Ketika berada di dapur, mak mertua membiarkan aku berseorangan. Tentulah dia faham, aku ingin suami merasai air tangan aku. Biarlah tugas menjaga kebajikan diambil alih oleh ku pula. Terima kasih mertua!

Teringat pertengahan semester. Si suami tak menunaikan jani. Tak balik Melaka di hujung minggu. Aku merajuk. Merajuk tanpa memikirkan betapa si suami memerlukan aku di sisi. Perjalanan petang Sabtu ke kampus menjadi lawan arah. Stereng menghala ke tol Pedas/Linggi. Aku ambil keputusan menjenguk suami. Sampai di pintu bilik, ku lihat suami terbaring lesu. Tanganku menyentuh dahi. Panas. Mengalir air mata, sebak di dalam hati. Betapa tenat ku lihat suami. Melawan demam panas seorang diri. Suami buka mata, dan terkejut aku di sisi. Sayu bila suami tak makan dari pagi. Aku terus ke dapur, menyediakan bubur dan hidangan untuk suami. Alhamdulillah, petang Ahad, demamnya kebah. 

Teringat kembali kata-kata darinya, "..Kalau saya balik jugak, dan berlaku apa-apa pada saya, siapa nak jaga awak, nak jaga anak kita. Saya mintak maaf tak tunaikan janji jumpa awak..."

Sekarang 4 bulan sudah berlalu. Sabarlah duhai hati. Fokus pada final exam yang bakal tiba. Fokus pada kesihatan diri dan anak yang bakal lahir nanti. Moga anak menjadi cerdik, menyerap segala ilmu yang ibumu pelajari ketika ini. Dan menjadi anak yang soleh di kemudian hari.

Tunggu aku wahai suami. Kelak aku akan bersamamu setiap hari.










Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Saturday, December 8, 2012

Gerakan pertama...


Assalamualaikum w.b.t,


Aku pun tatau macam mana rase baby dalam perut bergerak untuk pertama kalinya. Maklumlah, nih kehamilan buat pertama kali. Tapi apa yang dapat aku nyatakan, memula rasa tuh macam ada alien je dalam perut aku. Disebabkan cik Hubby jauh, aku just text dia, "Abang, syg rasa baby kita dah mula bergerak..." malangnya lambat dia reply. Berkali-kali call tak angkat-angkat. Dalam pukul 11 malam baru dia jawab, hp tertinggal dalam bilik. Dia sambung kerja kat training room. Malam tadi dia di Mersing, deliver IT equipment untuk GEMS kat sana. Hari nih baru balik KL, dan prepare untuk delivery kat Tan Chong Motor, Melaka pulak. Yippi!

Husband tanya, "Macam mana rasanya..". Then aku reply, "Macam ada alien masuk dalam perut.." Terus dia warning aku, "Kang betul-betul kuar alien baru tau.." Cepat-cepat aku beristigfar panjang. Susah kan jadi bakal ibu nih. Kena jaga tata adap, solat tak tinggal, jaga percakapan, jaga makan, makan ubat dokor bagi, minum susu.



Aku pun tak tahu nak bagitau rasa dia macam mana, tapi kalau sebelum ada isi, kita rasa biasa je, then bila ada 'sesuatu' bergerak-gerak dalam perut kita, mesti rasa kurang selesa di situ. Buat permulaan nih, tak delah ketara sangat. Gerakan pun dalam sesaat dua je. Pastuh lama sangat, baru rasa balik. Ikut pengalaman masing-masinglah. Disebabkan aku masih belum scan perut sampai sekarang, aku harap baby sihat selalu dan berada dalam keadaan yang baik. Apa lagi yang si Ibu nak selain yang terbaik untuk anaknya kan?

P/S: Baby baru bergerak-gerak ok. Belum menendang. Ada pulak orang duk lalu sebelah aku rabe perut aku tetibe sebab nak rasa baby menendang. Memang aku sekeh kepala dia.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Thursday, December 6, 2012

Episod merajuk..

Kes merajuk semalam masih dalam ingatan aku lagi. Teringat macam mana aku leh nangis bercucuran air mata sambil lipat baju atas katil, walhal cik hosmate ade kt meja study tengah buat note untuk test. Ah, tak kire! tak kire!

Lately, kesunyian kerap melanda hidup aku. Awal sem, Cik Hosmate rajinlah layan aku berborak, makin lama makin busy. Ada je assignment, test n kuiz dia. Tinggallah aku terkontang-kanting. Emosi pulak tak menentu. Menginjak usia kandungan 3 bulan lebih, sakit pinggang pulak melanda. Dekat ari-ari ngilu hanya Allah je yang tau. Nak tidur memalam pun tak nyenyak. Jadi, tak kira pukul 10 atau 11 malam, mesti aku start engine kereta, then tido kat kg. Mentang-mentanglah belajar kat Melaka, kampung halaman pun kat Melaka. Balik kampung aje aku nih.

Tapi semalam, aku tak merengek nak balik kg, tapi pagi-pagi Subuh dah bangun n merengek kat laki aku nak balik Shah Alam. Terpisat-pisat dia menjawab. Tenang dan bersahaja je jawapan dia, walaupon bukan jawapan itu yang aku mintak.


*eiii, bodo betullah gamba nih!*

Hari semalam, bagi aku hari aku forever alone. Walaupun dah setahun lebih kami menjadi pasangan suami isteri, tapi bagi aku, semalam, emosi yang sangat kritikal membawa fikiran aku ingin bersama dengan dia je. Kalau pasangan normal yang tinggal serumah pon boleh demam-demam berjauhan sehari dua dengan suami, inikan pula aku. Ntah, setahun sebelum nih, ok je. Lagi sebulan nak habis final nih, makin mengada pulak aku nih.

Mulalah aku dengar lagu sedih. Berjiwang karat dan sebagainya. Aku mula menghamburkan kata-kata tak puas hati bernada rajuk. Kununnya hanya aku tau apa yang aku rasa. Hubby aku tak faham ape-ape. Arghhh, childish nye aku ketika tuh. Maafkan saya abang!

Sampaikan petangnya aku kelaparan, aku pergi makan Pizza Hut sorang-sorang. Sambil makan, sambil mata bergenang rindukan suami yang jauh di Subang, mencari rezeki untuk aku supaya leh selalu makan Pizza hut sorang-sorang. Wooot wooott!

Korang doalah semoga cepat masa berlalu. Aku dah tanak berjauhan dengan suami aku lagi. Dah penat tengok dia tiap2 minggu bawak motor dari Shah Alam ke Melaka semata-mata nak jumpe isteri dia kat kampung. Tak cukup baikkah suami aku tuh. Dah tak sanggup tengok dia balik mengharung hujan sepanjang highway. Membayangkan lori besar-besar yang mampu tumbangkan motor dia masuk ke longkang. Hanya Allah je tau betapa risaunya aku walau hakikatnya aku terlalu ingin dia sentiasa ada di sisi aku. Tidakkah aku nih seorang isteri yang tamak dan pentingkan diri?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Buletin semasa


Menangis dua tiga jam sambil pegang hp, sambil lipat baju, sambil dengar MP3 lagu sentimental. Memang tabiat orang berbadan dua agaknya. Merajuk kat hubby tak bagi balik Shah Alam. Terus hati diruntun sayu..


Semalam, pagi-pagi dah call hubby. Merayu-rayu nak balik Shah Alam mengenangkan takde kelas sepanjang hari. Just test mark up untuk Global Marketing je. Khamis pulak kelas petang pukul 4.30 - 6.30. Tapi dalam mamai-mamai beliau baru bangun tidur, perlahan dia cakap tak yah lah balik. Satu hari je. Kalau dua hari lain lah. Nak bayar tol, minyak lagi.

Once again, tengah hari, daku masih tak putus asa dan pujuk lagi. Aku rasa ayat yang sama aku dengar dari dia. Sehinggalah ke petang. Masih jawapan yang sama diberikan. So, aku matikan perbualan sampai di situ. Dan merajuk sampai dia tidur dulu. hahaha!


Sejak berbadan dua, aku tak bagitau kawan-kawan sekelas aku pregnant. Kawan-kawan baik pun. Melainkan yang datang rumah masa kenduri kahwin dak Siti, adik aku yang ke 5. Maaf kawan-kawan, aku lom sedia dan ada yang aku tak sampai hati nak bagitau.

Walaupon badan tak berapa sihat, muka pucat lesi, pagi-pagi mesti muntah air masam, air pahit, ku gagah jugak ke kelas. Awal trimester pertama, aku tak makan nasik berlauk. confirm tekak loya. Layankan bubur, tom yam ataupon sup je. Nasib baik aku morning sickness tak macam orang lain. Cool & Steady je:) 

Kesannya, berat badan aku turun 2 kg dalam 2 bulan. Then kene kaunseling dengan nurse supaya pastikan berat naik 0.5 kg setiap bulan. Hehe.

*Dapat sticker hijau bukan sebab berat badan melebihi 80kg, bukan sebab diabetes or darah tinggi, tapi sebab Thalesemia Carrier. Sebab tuh pucat lesi..:)*

Aku mula tau aku pregnant seawal 4 minggu. Sebab aku sangat alert kitaran haid aku. Bila lambat, aku buat UPT sendiri. 2 kali test. POSITIF! Berdebar-debar. At last, pergi Klinik Peringgit untuk confirmation. Dan buat Buku Merah dekat Klinik Kesihatan Jalan Gereja. Siap dapat pujian nurse sebab buat awal. 6 minggu dah ada Buku Merah. Hoyyehh. Terus aku maafkan dia sebab pegang breast aku mase buat pemeriksaan payu dara. Sangat memalukan:)

Masa tuh, tak siapa tau aku pregnant, melainkan cik hubby. Katanya tak perlu hebahkan. Biar kita je tau. Memandang aku tengah study, dan memikirkan kemungkinan ramai mulut-mulut comel yang bakal sakiti hati aku, aku diamkan jelah perkara nih sampai sekarang. Mertua dan parent sendiri tau pon sebelum aku gi Langkawi. Sejak dari tuh, mulalah mak mertua aku risaukan macam-macam. Sampaikan dia ngeri tengok aku ke sana-ke mari masa wedding dak siti. Tapi, alhamdulillah, kandungan dah masuk 17 minggu dan perut aku dah mula comel dari hari ke hari.


Nasib baik mak mertua aku tak tengok betapa lasaknya aku trimester pertama naik turun tangga dan angkat kotak berat-berat naik tangga. Kalau dia kaya, dia gi sewa satu lif untuk aku je kot. Wahahahaah!

Memang berita gembira patut dihebahkan. Bak kata ramai yang dah tau. Aku bagitau pun sebab memang dah sampai masa aku bagitau dan meraka yang bertanya dulu. Hehe. Kalau ko tanya kat FB, MAAF! Aku takkan jadikan FB tempat hebahan aku pregnant.

Apepon alasan aku bagi sebab sembunyikan berita gembira nih, aku harap takde mulut-mulut yang menyakitkan hati aku lagi. Cukuplah kawan baik sendiri ajar aku etika pemakaian dan macam mana nak jaga laki sendiri, sedangkan berkahwin pun belum lagi. Besok dah tau aku pregnant, tah ape je nasihat-nasihat dia nak bagi kat aku, yang aku rasa sangat ridiculous dan menyemakkan kepala.




Lagu nih ditujukan khas buat hubby yang bekerja untuk menyara isteri beliau yang berbadan dua dan asik menangis memalam rindukan diri. Hubby yang berpanas hujan, yang sakit-sakit badan, yang bekerja tak kira siang dan malam untuk menyara isteri yang tengah belajar dan anak yang bakal tengoj dunia tak lama lagi.
Bukan wife dia rindu tau, baby dalam perut yang rindu bapak dia *ayat cover line*

Sebelum tutup entry hari nih, aku mintak maaf kat rakan-rakan sekelas. Aku tau ramai yang memahami dari memarahi. Dah baca entry aku, terus inform kat aku ye.. Hehehe:)

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

Tuesday, December 4, 2012

Update!



"Bukan semua hal peribadi kita boleh sharing kat orang. Kalau ape yang kite sembunyikan mampu melindungi hati kita dari disakiti, dan menjaga hati orang lain, better kita mendiamkan diri dari jadi bahan umpat cela orang.

Manusia nih ada macam-macam ragam. Bukan semua perkara yang mereka sampaikan mampu diterima kita dengan sepenuh hati. Jadi, terima apa saja yang kita ada dan bertawakal je pada Allah. Moga ada bahagian yang terbaik untuk kita...Amin"

Salam readers,
Dah lama tak update blog kan. Takpe, tuan tanah sedar diri, tau yang tuan tanah nih tak pandai nak mengolah ayat, menyusun kata-kata dan berkongsi info berguna buat readers-readers sekelian. 

Kata-kata kat atas tuh tak ditujukan pada sesiapa pun. Cuma meluah perasaan yang terbuku kat hati. Ape pun, yang rahsia, biarlah rahsia selagi aku mampu bertahan. Mungkin belum bersedia lagi, sebab tuh aku jadi camnih. Letih juga nak berperang dengan emosi dan bermain teka teki, tapi berilah masa untuk aku sendiri. Maaf pada semua yang mengenali..
*Dah macam pantun pulak!*

Ok, nah layan video:)
Bila rasa tak tenang, dengar lagu nih, terasa ketenangan nya... Hargailah jasa ibu bapa anda :)

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy