Pages

Mari mengumpul bloggers!

Thursday, December 6, 2012

Buletin semasa


Menangis dua tiga jam sambil pegang hp, sambil lipat baju, sambil dengar MP3 lagu sentimental. Memang tabiat orang berbadan dua agaknya. Merajuk kat hubby tak bagi balik Shah Alam. Terus hati diruntun sayu..


Semalam, pagi-pagi dah call hubby. Merayu-rayu nak balik Shah Alam mengenangkan takde kelas sepanjang hari. Just test mark up untuk Global Marketing je. Khamis pulak kelas petang pukul 4.30 - 6.30. Tapi dalam mamai-mamai beliau baru bangun tidur, perlahan dia cakap tak yah lah balik. Satu hari je. Kalau dua hari lain lah. Nak bayar tol, minyak lagi.

Once again, tengah hari, daku masih tak putus asa dan pujuk lagi. Aku rasa ayat yang sama aku dengar dari dia. Sehinggalah ke petang. Masih jawapan yang sama diberikan. So, aku matikan perbualan sampai di situ. Dan merajuk sampai dia tidur dulu. hahaha!


Sejak berbadan dua, aku tak bagitau kawan-kawan sekelas aku pregnant. Kawan-kawan baik pun. Melainkan yang datang rumah masa kenduri kahwin dak Siti, adik aku yang ke 5. Maaf kawan-kawan, aku lom sedia dan ada yang aku tak sampai hati nak bagitau.

Walaupon badan tak berapa sihat, muka pucat lesi, pagi-pagi mesti muntah air masam, air pahit, ku gagah jugak ke kelas. Awal trimester pertama, aku tak makan nasik berlauk. confirm tekak loya. Layankan bubur, tom yam ataupon sup je. Nasib baik aku morning sickness tak macam orang lain. Cool & Steady je:) 

Kesannya, berat badan aku turun 2 kg dalam 2 bulan. Then kene kaunseling dengan nurse supaya pastikan berat naik 0.5 kg setiap bulan. Hehe.

*Dapat sticker hijau bukan sebab berat badan melebihi 80kg, bukan sebab diabetes or darah tinggi, tapi sebab Thalesemia Carrier. Sebab tuh pucat lesi..:)*

Aku mula tau aku pregnant seawal 4 minggu. Sebab aku sangat alert kitaran haid aku. Bila lambat, aku buat UPT sendiri. 2 kali test. POSITIF! Berdebar-debar. At last, pergi Klinik Peringgit untuk confirmation. Dan buat Buku Merah dekat Klinik Kesihatan Jalan Gereja. Siap dapat pujian nurse sebab buat awal. 6 minggu dah ada Buku Merah. Hoyyehh. Terus aku maafkan dia sebab pegang breast aku mase buat pemeriksaan payu dara. Sangat memalukan:)

Masa tuh, tak siapa tau aku pregnant, melainkan cik hubby. Katanya tak perlu hebahkan. Biar kita je tau. Memandang aku tengah study, dan memikirkan kemungkinan ramai mulut-mulut comel yang bakal sakiti hati aku, aku diamkan jelah perkara nih sampai sekarang. Mertua dan parent sendiri tau pon sebelum aku gi Langkawi. Sejak dari tuh, mulalah mak mertua aku risaukan macam-macam. Sampaikan dia ngeri tengok aku ke sana-ke mari masa wedding dak siti. Tapi, alhamdulillah, kandungan dah masuk 17 minggu dan perut aku dah mula comel dari hari ke hari.


Nasib baik mak mertua aku tak tengok betapa lasaknya aku trimester pertama naik turun tangga dan angkat kotak berat-berat naik tangga. Kalau dia kaya, dia gi sewa satu lif untuk aku je kot. Wahahahaah!

Memang berita gembira patut dihebahkan. Bak kata ramai yang dah tau. Aku bagitau pun sebab memang dah sampai masa aku bagitau dan meraka yang bertanya dulu. Hehe. Kalau ko tanya kat FB, MAAF! Aku takkan jadikan FB tempat hebahan aku pregnant.

Apepon alasan aku bagi sebab sembunyikan berita gembira nih, aku harap takde mulut-mulut yang menyakitkan hati aku lagi. Cukuplah kawan baik sendiri ajar aku etika pemakaian dan macam mana nak jaga laki sendiri, sedangkan berkahwin pun belum lagi. Besok dah tau aku pregnant, tah ape je nasihat-nasihat dia nak bagi kat aku, yang aku rasa sangat ridiculous dan menyemakkan kepala.




Lagu nih ditujukan khas buat hubby yang bekerja untuk menyara isteri beliau yang berbadan dua dan asik menangis memalam rindukan diri. Hubby yang berpanas hujan, yang sakit-sakit badan, yang bekerja tak kira siang dan malam untuk menyara isteri yang tengah belajar dan anak yang bakal tengoj dunia tak lama lagi.
Bukan wife dia rindu tau, baby dalam perut yang rindu bapak dia *ayat cover line*

Sebelum tutup entry hari nih, aku mintak maaf kat rakan-rakan sekelas. Aku tau ramai yang memahami dari memarahi. Dah baca entry aku, terus inform kat aku ye.. Hehehe:)

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

1 comments:

Anonymous said...

andai kata diriku mengulangi kesilapan dlm membuat keputusan, maafkanlah. kerna kemaafan darimu bisa menenangkan diriku di alam barzakh kelak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers