Salam kawan-kawan.
Aku tak layak nak membahaskan isu politik. Tapi sepanjang aku dah pandai berfikir dan menjadi seorang yang berpendidikan tinggi, keadaan politik yang tunggang langgang di Malaysia nih sangat menarik perhatian aku. Asal ada kempen pilihan raya besar-besaran je, mesti ade kes berzina melibatkan Anwar Ibrahim. Yang menfitnah-fitnah nih, bukan bangsa lain pun, bangsa Melayu juga. Orang Cina & India dok goyang kaki tunggu Melayu berpecah belah. Tidak sedarkah kamu, wahai ayah-ayahku, emak-emakku sekalian?
Bosan
Ya, sememangnya aku mulai bosan. Bosan dengan politik di Malaysia nih. Kenapa perlu bergaduh, menunding jari antara satu sama lain. Kenapa tak menggunakan segala kritikan ke arah yang lebih positif. Kerana pergaduhan dan persengketaan antara pihak pembangkang dan kerajaan, rakyat yang jadi mangsa. Terus terang, aku benci tengok TV3 *berita tv lain pun tak ada bezanya!*. Semua berita macam suara sebelah pihak je yang ada hak. *pihak mana, anda lebih tahu*. Bagi aku, itu tidak adil.
Tepat pukul 12.00am. Start berita kat TV3 je, aku dah dengar pasal video seks. Adoiiiii!
Kiamat makin dekat. Tidak sedarkah?
Dunia sekarang dah terbalik ke? Mungkin tanda-tanda kiamat. Bila pemimpin berpecah belah. Dulu video lucah orang awam disebar-sebarkan. Video 3gp sampailah mp4. Tapi, sebar-sebar pun senyap-senyap. Tak pulak pihak berkuasa buat apa-apa tindakan. Sekarang, video-video macam tuh dengan bangga tunjuk kat orang awam. Dalam Berita Utama pula tuh.
Cuba bayangkan, kami nih tengok cerita lucah, sebelah ada mak ayah, ada abang, adik adik lelaki, adik perempuan. Tayang kat tv pulak tuh. Arghhh, bengang betul aku. Negara apakah kita tinggal nih? Negara Islamkah yang aku duduki ini?
Tak kiralah Anwar bersalah atau tidak dalam hal nih, wajarkah kita sebagai orang ISLAM, menjatuhkan maruah beliau dikhalayak ramai? Sedangkan apa yang anda buat adalah satu dosa? Tidakkah kita sedar, lebih banyak banyak orang tengok video ini, lebih banyak dosa yang kita dapat?
Belum lagi dosa menfitnah. Doa bersumpah laknat atas nama Allah. Bolehkah dibuat main?
Nota: Aku bukan sempurna, tapi aku ada akal untuk berfikir, aku ada agama untuk dirujuk. ISLAM agamaku. Anda pula?
0 comments:
Post a Comment