Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, May 3, 2011

Jalan-jalan cari makan

Selamat petang kawan-kawan. 

Walaupun busy ber-studying, aku masih merayau beberapa jam semalam demi mengambil kesempatan yang ada untuk bersama Cik Tunang. Kebetulan Cik Tunang balik kampung, cuti hari Isnin, jadi kami buatlah appointment dengan Mak Andam nak jumpe semalam. Kemudian tak tido sampai azan Subuh semata-mata nak back up balik masa study yang terbuang gara-gara merayau satu Melaka semalam.

Semalam dah pergi butik pengantin, untuk pilih baju bersanding n booking Mak Andam. Setting punye harga, 2k jugak habis nak tempah pelamin, make up, baju persalinan, khemah makan beradap. Oh, susah betul nak kahwin kan? Kalau lah kahwin setakat nikah aje kan bagus. Jimat duit belanja. Duit hantaran Cik Tunang bagi aku bayar balik loan dip aku, settle hutang dip, dah keje settlekan loan PTPTN untuk degree je. Dem!
"A few intrepid souls are stepping up the altar,
then cracking the books on the way to their honeymoon."
*Aku suke equation nih!*

Oh, berkaitan dengan baju sanding. Disebabkan aku dah malu-malu alah test baju depan Cik Tunang, maka aku show off sekejap je depan dia, then cepat-cepat menyorok dalam fitting room. Nyesal tak sudah aku, padahal dah awal-awal remind dia amek gambar. Hehe. Dia pon terlupa sebab dia pon syok tengok aku pakai baju sanding agaknya. *perasan sudah!*

Lepas settle bab baju, kami pergi makan. Lepas magrib masa tuh. Perut sangat lapar dek tak makan tengahari. Cik Tunang pulak berselera besar hari tuh, maka kami makan besarlah. Urgghh, bengang betul aku. Kenapalah diajaknya makan besar-besar. Tau tak badan aku yang dipam-pam nih tidak menggalakkan aku menjamah makanan lebih banyak? Jadi, aku tetap jugak makan, sebab dah lauk sedap-sedapkan. Kah kah kah! HANCUS DIET AKU!

Mari kita menjamu mata!

Tarra! Mempersembahkan menu santapan.


 Tom yam campur, udang sambal, sotong masak sambal (sepatutnya kami order goreng tepung), sayur kangkung belacan, telur dadar, dan air tembikai laici. Air suam milik aku tidak ditunjukkan di situ ya!


*Tomyam campur warna putih*

*Sayur kangkung goreng belacan*


*Sotong masak sambal*


*Telur dadar*


Perhatian: udang nih besar ye, isinya pulak memang betul-betul gebu. Aku ingat aku makan ayam memule. Bila tengok balik apa yang aku baru makan, baru tau, aku tengah kunyah udang rupanya.

 Siap ukur dengan jari sendiri

 Sekarang, percaya tak cakap aku.
*lapar tetibe*

Ok. Dah tengok kan apa yang KAMI BERDUA sahaja yang makan. Walaupun 60% menu-menu itu, Cik Tunang yang makan, tapi percayalah, tanpa si dia yang suka bagi aku makan banyak-banyak, badan aku takkan di pam sebesar ini. Pastu nak warning-warning aku suh kecikkan badan. Takut aku tak muat pakai baju masa sanding nanti. Oh, psiko betul awak ye?

Nota: Sebelum beliau balik, siap berhenti petrol pump belikan roti Mighty White whole grain supaya kalau aku stay up memalam n kelaparan, boleh makan roti tinggi serat nih. Oh, apekah kau suka aku bertambah gemuk?!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

5 comments:

oshin said...

sedapnye makanan tuh...bile nak banje cik yah nih...haha

EimaruSi|ence™ said...

hahaa...yah kne cari partner sendiri. yang boleh layan yah mkn banyak-banyak. supaya badan yah boleh di pam banyak2 mcm cik ima nih

Nurin ahmad said...

encik tunang..oohhh encik tunang..tgk nih,eima mkn ngn encik tunang die..
nak jugak =(

EimaruSi|ence™ said...

huhu...ajaklah encik tunang awak makan jugak oyeen....hihihi..bila lagi nak bermanja dengan cik tunang sendiri

silentphobia said...

jumlah utk makanan di atas anggaran bernilai rm61 ... harap peminat2 sy di luar sane jgn ikut nafsu sy ini ... jika anda tidak mahu menambahberatkan badan anda ... menu2 ini hanya sekadar utk sy yg tetap menten slim ... time kasih utk restoren itu .. hahak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers