Pages

Mari mengumpul bloggers!

Sunday, May 8, 2011

Laptop kesayangan, semasa hayatnya

Salam eberibodi!


Sedang sibuk selongkar-selongkar beg yang penuh baju busuk tak basuh *maklumlah busy study final*, terpegang khazanah kesayangan pulak.


Tara!!!!


External Hardisk!

Adui, nampak murahan pulak. Sorilah sebab bagi gambar murahan tak HD version gaya DSLR. Bilik dah gelap, maleh nak bukak lampu ganggu adik aku tido. Aku pakai HP cikai 8 mega pixel ehsan Cik Tunang je. Nasib baik ade hp kan? Kan? Dapat aku lepaskan gian hobi tangkap gambar aku nih.

Teringat laptop kesayanganku yang pertama.

Tarikh beli:

Akhir 2007 tak silap, second hand. Atas tangan oleh dak along. Masa sem 2. RM1000 tolak tambah betulkan batery dan charger. Tukar batery dua kali kot, then tak tuka-tuka lagi. Terpaksalah bergantung harap kat plug.. Wifi takleh detect. Tatau nape. Screen besar. 15'' lebih kurang. Selalu jadi panggung wayang
mak aku tengok koleksi gambar-gambar kami adik beradik:p

Tarikh ranap:

Sekitar bulan April 2010 bila cik lappy kesayangan kerap ter-shut down sendiri. Lebih-lebih lagi time aku bukak software berat-berat macam Adobe Photoshop *contohlah* atau nak save project Movie Maker aku.  Kipas pon dah tanak berfungsi. Dan setahun juga lappy aku merana bila terpaksa terbuka 24 jam sebab takleh ditutup.

*Bluescreen*


Kalau scrool di bawah, hasil operasi Cik Tunang aka boifren ketika itu. *geli nyah!*
Aku mintak dia bawak balik tolong tengokkan lappy bila aku cuba format balik tapi macam kat screen tuh jadinya..T___T

*Nampak tak Cik Tunang yang ter-posing tuh*

*Masih ade keyboard kecuali R n F6*

*Keyboard dah hilang*

*Belakang laptop yg kopak..dah setaun n laptop takleh tutup*

*Tuh dia punca laptop aku takleh tutup*


*Tak tau nak cakap ape lg dah. Menangis je tengok laptop kena barai*




 Terima kasih laptop ku tersayang. Memang aku niat mntak ko bantu aku time belajar. Rupa-rupa, aku habis belajar je kau terus 'mati' ek?




Note: Beberapa minggu kemudiannya Cik Tunang hantar my bebi ke pangkuan ku. Seyes, malam tuh aku menangis sebab lappy aku dah 'mati'. Setelah pulih dari 'berkabung', aku buat bedah siasat, lalu sampai sekarang, aku masih menggunakan hardisk laptop tuh sebagai kenang-kenangan.
Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

1 comments:

silentphobia said...

cik tunang kamu tuh bole jer nak naked kn laptop tuh .. tp nti dia risau plak kamu tuh pengsan sbb tgk laptop kamu da kene barai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers