Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, May 10, 2011

Selamat kembali ke alam persekolahan!

*Sila abaikan rumah sebelah yang sedang dalam pembinaan ye*

Hari nih hari ke-2 aku ke Melaka, hantar kak cik ke sekolah SMK (A) Sultan Muhammad. Semalam pendaftran. Hari nih sampai Jumaat merupakan minggu orientasi beliau. 

Mulai hari nih sehingga adik aku dapat asrama, baru aku balik ke rumah kampung dah bercuti seperti siswazah lain seperti biasa.

Er..terlupa nak bagitau, beliau dapat tawaran untuk sambung belajar Form 6 bagi aliran agama di sana. Dah cuba mohon UPSI tapi gagal. Takpe-takpe, tak ada beza pun masuk Form 6 or ke mana-mana U pon. Janji ko belajar rajin-rajin. Ada je kan orang lain yang dapat 5A1 SPM pon masuk Form 6?

Tutup cerita. 


Actually SMK (A) SM nih sekolah agama untuk lelaki di dalam negeri Melaka nih. Lawannya SMK (A) Syarifah Rodziah. Jadi amat malanglah adik aku nak mohon asrama sebab tiada kemudahan asrama bagi pelajar perempuan. Kalau ada pun, menumpang asrama perempuan di SMK Munshi Abdullah, lebih kurang 3km dari sekolah Sultan Muhammad.

Lebih malang lagi, sekolah nih je satu-satunya sekolah dalam negeri Melaka yag menawarkan STPM bagi jurusan agama dan STAM. Aku pulak memang sokonglah adik aku stay sekolah sini. Walaupun aku terpaksa duduk rumah sewa untuk hantar dia pergi balik sekolah, aku harap aku masih boleh lagi. Tak jauh pon dari rumah sewa aku nih. Adalah dalam 3-4km. Baru 10 minit kan.

Ni antara bukti kecemerlangan sekolah SMK (A) Sultan Muhammad yanag lahirkan pelajar yang cerdik serta pandai di sekolah tersebut: Maisya pelajar melayu terbaik. (STPM 2008)

Ape pun, aku harap, adik aku, Noor Izzati Omar (ini belog dia), dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi ustazah lah suatu hari nanti. At least ada jugak saham ke akhirat untuk ayah aku nanti. Jangan jadi aku nih, sekolah agama sampai tingkatan 3 je sebab arab dapat D. Pelik aku kenapa kat UiTM, aku boleh dapat result Arab A pulak. Hadoi!

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

2 comments:

silentphobia said...

uitm graf utk arab rendah .. so mmg la kamu bole score arab ... huahahaha ... x pelik pun .. x pelik pun .. hahahaha

EimaruSi|ence™ said...

mane awak tau score arab kat uitm rendah. Awak tengok dlu mcm mana kami jawab arab...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers