Salam readers,
Sebelum melelapkan mata, saje nak hupdate entry baru.
Alhamdulillah, dah selesai ganti puasa yang pertama. InsyaAllah esok merupakan hari kedua. Nak ikutkan hampir-hampir tak puasa tadi. Tak sempat nak bersahur. *tak sedar sebenarnya*. Memandangkan malam tadi dah niat nak puasa, maka aku teruskan jugak. Sia-sia je suh dak ude belikan roti gardenia untuk makan sahur. Nasib baik hari pertama tak terasa exhausted sangat.
Pukul 11 aku tak memasak lagi. Mak aku call, cakap takyah beli lauk, sebab dia beli kat Masjid Tanah. Sayangnya, takde ikan pun, juz sayur kangkung 2 ikat. Cuti Wesak, maka pasar pun cuti menjual ikan ye. Bayangkan selera adik berdik aku. Kadang-kadang sayur 2 ikat pun tak cukup.
Disebabkan mak aku pada mulanya tak tahu aku puasa, maka pagi tuh dia agak kemarahan sebab aku tak buatkan sarapan untuk abang-abang aku. Then, sebabkan pagi-pagi aku dapat 'high volume' dr mak aku, aku tetap memasak kat dapur walaupon agak moody. Jadi, aku buat kerja dengan mulut terkunci sepanjang masa pagi tuh.
Akhirnya mak aku baru tau aku puasa bila dia suh aku rasakan sambal kangkung dia. Tersengih je mak aku.
Nih lauk berbuka aku.
- Telur masak kicap berlada hitam. Telur dah tenggelam sebiji, lagi sebiji dah masuk pinggan pulak. Actually tak ada dalam menu memasak hari nih, mak aku nak goreng telur je, tetapi kerana mulut comel nih petah pulak bagi cadangan masak kicap, jadi memasak juga aku hari ni, dibantu ude sebagai tukang rasa.
- Sambal kangkung *mak aku masak* Saje bagi peluang mak aku masak yang nih sebab feveret dak along. Diakan balik sekali sekala. Jadi memandangkan aku puasa, aku buat-buat tak pasan mak aku dah start menumis.^__^
- Acar darat (tomato, lobak asin, cili api, nenas, timun, gula, garam dan cuka) *ayah aku yang buat sebab feveret dia*
- murtabak mini --->tataulah kenapa pic nih bulih ilang dari hp aku. Tapi seyes aku dah amek. Hehe. Terima kasih kat kak cik gorengkan murtabak untuk awa:)
- Air teh 'o' panas
Sebab dah minum air masa nak buka, macam biasalah, aku terus kenyang. Jadi, aku makan sikit. murtabak pun rase secubit dua je. Menyesal tak tapau masa nak balik rumah sewa. Lepas maghrib terus gerak sebab mak aku tak bagi drive lewat malam.
Nih twister aku beli otw nak balik td. Manis sangat plak. Yang belen tuh, biar adik aku yang settlekan. ok, nak tido, besok nak masak untuk sahur hari kedua. moga-moga dapat sudahkan dengan jayanya.
Nite peeps!
0 comments:
Post a Comment