Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, May 11, 2011

Selamat kembali ke alam persekolahan! [Part 2]

Selamat pagi kawan-kawan!

Hari ke-3 Kak Cik ke sekolah tingkatan 6-nya. Malam tadi dua orang rakan dia bertandang. Sepatutnya balik sekolah dah datang, tapi bapak dia jemput. Dah membazir lauk-lauk aku bungkus untuk 4 orang. Lauk untuk sorang RM5 kalau 4 orang? Akhirnya nasik seperiuk rosak macam tuh je. Aku habiskan lauk je, sebab dah beberapa minggu kebelakangan nih aku kurang selera makan. Tataulah kenapa. mungkin kejutan sebab Ck Tunang cakap muke aku dah semakin bulat kot.

Pagi nih, aku bangun 6.15 pagi. Biasanya bangun untuk semayang Subuh then tidur balik sebab kelas start pukul 1230 pm, aiyooo! Tapi hari nih, siap-siap sembahyang, sambil betulkan kain batik yang hampir terburai, aku ke dapur menyiapkan sarapan untuk adik tersayang.




Roti telur khas untuk adik-adik. Kak Cik cakap aku macam mak, buat sarapan anak ke sekolah. hampeh betul.
Ingat nak buat nasi goreng, tapi aku takut nasi tuh basi, jadi aku masak roti telur je lah.
Aku makan setengah keping je, yang lain sume 'adik-adik' aku yang makan.



Siap sediakan bekal lagi. 


Kalau Cik Dila tau nih, mesti guling-guling dia gelakkan aku.
Yelah, aku kan memang jarang makan sarapan.

Adik aku cakap, kakak-kakak kat sana nasihatkan dia bawak bekal dari rumah.
Sebab sekolah nih sume budak-budak lelaki. So, macam tak selesa nak makan or beli makanan kat kantin. Kesian adik aku. jadi, malam tadi aku pergi Mydin sebalah Melaka Central, belikan ape-ape barang kering, untuk masak makanan simple-simple untuk dia.

Nota: Aku sedang fikir, mana nak cari kerja part time untuk 4 bulan akan datang nih. Takkan nak duduk rumah semata-mata?

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

2 comments:

silentphobia said...

hehehe ... kamu mmg ada bakat utk jadi mak satu ari nti ... kami da nmpk ke'bakat'an kamu itu

EimaruSi|ence™ said...

'kami' tuh sape?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy