Pages

Mari mengumpul bloggers!

Tuesday, May 17, 2011

Mengingati mati

Salam readers,

Sejak kebelakangan nih aku emo tak memasal. Macam ade perasaan takut, cuak, sakit perut, kurang selera makan, gigil-gigil. Err, yang last sekali tipu lah tuh. Ingat aku Parkinson ke ape. Haha!


 *Sedih gile aku tengok tunang arwah dalam rancangan Nona*


Aku asyik terbaca pasal orang bertunang meninggal je. Berita dia kat sini. Tapi kalau ko nak tengok jugak segmen Nona tu, boleh tengok kat http://www.tonton.com.my (ep. 18). Sedih sangat sampai bergenang-genang air mata aku. Dah lah masa tuh aku tengah makan, sedih orang cakap aku gemuk, aku tak jadik nak makan nasi dalam pinggan. Tetibe tengok cerita sedih pulak.

Perasaan aku kecut semacam. Tataulah kenapa. lagi dalam tempoh menghitung hari nih, lagi datang perasaan tak sedap hati. Mungkin terlalu banyak berfikir kot.

Jadi certain time, aku akan nangis tibe-tibe. cik Tunang pun agaknya tak paham perangai aku nih. hormon senget ke? 

Jadi, nak meredakan hati yang tak keruan, aku cuba nak mengubat hati yang keluh resah nih.


Khatam Quran


Aku ada niat nak buat Majlis Khatam Quran masa kenduri perkahwinan aku nanti. Dah lama aku tak khatam lagi. Dulu masa dok asrama, aku selalu baca Quran kat surau. Dah berapa kali khatam, aku pun tak ingat. Tapi seumur hidup, yang aku ingat, sekali je lah ada orang buat kenduri khatam aku join. Itu pon kat sekolah, ramai-ramai mase tingkatan 2 tak silap. Bangganya dapat tudung bawal masa tuh..^___^

Jadi, lepas Maghrib, aku akan baca at least 4 - 5 muka surat. kalau tak, sampai azan Isya' baru aku berhenti. Alhamdulillah, dah hampir juzuk 4. >__<

Sembahyang takmu tinggal lagi


Sumber: askar jepun

Kadang-kadang ada juga sesekali aku tertinggal solat. Nak-nak solat Subuh. Kalau aku kunci jam, aku sedar jugak kadang-kadang. Tapi kalau terlajak, alamatnya 7 lebih baru tersedar. Dan serius, rasa nak sembahyang tuh akan datang sendiri dalam diri. Rasa takut sangat bila tertinggal sekali. Pukul 4 pon tak kesah lah, janji aku tak tinggal waktu Zohor (contohlah). Sampaikan kadang-kadang, Cik Tunang kat tempat kerja pun aku call suh gi sembahyang. Sembahyang kat tepi kotak dalam opis ke, kat mana-mana surau ke, aku tak kisah. Asalkan aku dengar dia cakap dah solat, hati aku pun akan tenang.

Sembahyang Jumaat pon camtuh. Aku tau kat KL kalau tengahari Jumaat mesti jalan jem. Jadi pukul 1230 aku dah siap call dia, suh get ready pergi masjid. Kesian ok, bila fikirkan dia terpaksa buat kerja even terkejar-kejar nak solat Jumaat. Susah kalau kerja dengan non-Muslim nih! Nanti aku pon emo jugak kalau dia cakap tak sempat dengar khutbah.

Buat masa nih, biarlah aku kejar yang termampu. tatacara pemakaian pun sedang dalam proses. Doakan yer..

nota: Bagusnya bila kita sentiasa mengingati mati supaya kita akan berebut-berebut mengejar 'harta' kita ke akhirat nanti.

Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

4 comments:

nur syuhada said...

maa.. Ko da tunang ke?

EimaruSi|ence™ said...

aah sayang:)

Fatin Khalilah said...

sy boleh dikatakan hari2 pikir..kalaulah dlm 1 minit lg Allah ambil nyawa sy bagaimana ye..

EimaruSi|ence™ said...

gerun kn?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers