Pages

Mari mengumpul bloggers!

Wednesday, July 7, 2010

New Life, New World..

Tak sangka setahun lepas aku abeskan diploma aku, aku sambung pelajaran ke Ijazah pulak...Tengahari tadi baru settle Minggu Mesra Pelajar a.k.a MMS yang aku kenali sebagai orientasi... Banyak perkara yang aku kena cepat biasakan kat sini.. Lebih-lebih lagi bila hanya dua student jer yang dari Lepasan Diploma Politeknik batch aku kali ni..Semua benda kena buat sendiri...Takde Penasihat Akedemik mcm Cik Halizah masa aku kat poli dlu yang boleh tolong kami melainkan Kordinator Program..Nasib baik aku geng...Dari 1st day aku berkawan je dengan semua orang...sampai aku dapat 3 orang kawan yang agak rapat dr course BBA (Hons) Financial n 2 orang lagi budak kelas aku sendiri...

Masa aku nak sambung, mcm2 perkara mengganggu fikiran aku, sampailah aku dah daftar aku masih tanya mak aku, 
"Betul ke Awa dah sambung  degree ni mak..." 
Bising gile mak aku bile aku tanye soklan macam tuh..dia risau, sebab mase aku settlekan sume benda pon dah last minit...Cume mak aku bagi mase jek lah... Mungkin dia faham banyak masalah yang aku nak berdepan seminggu sudah...Dengan proses nak berhenti kerja, pindah rumah sewa, carik rumah sewa baru...sampailah aku dapat buat rayuan asrama..Alhamdulillah...

Masa mendaftar, Ude yang banyak bersabar ngan kerenah aku..Sampaikan aku tertidur dalam kereta keletihan...Mak aku cakap, dia saje taknak kacau aku tido, sebab tau aku letih gile...Thanks Ude n my Mum sebab terlalu memahami...Sikit pun Ude tak marah aku even though aku ade menyusahkan dia sikit masa hari mendaftar tuh...Aku tau dia penat & mengantuk sebab mase ktrg nak gerak pagi, dia mintak aku drive...
[By the way, aku berat hati nak share kat mana aku sambung study aku utk public..Tak tau lah kenapa]

Aku sampai asrama & angkut barang pun masa tuh dah pukul 8.00 mlm...Student lain dah berkumpul kat Ground Floor nak pergi taklimat MMS kt Dewan...Nasib baik sempat walaupon masa otw tu, jalan jem gile...Aku penat tahap gaban satu hari tuh, esoknya pukul 5.30 dah bangun n mandi kat surau sebab asrama takde air...--->ini memang hampes sikit!

Course aku ambil nih sepatutnya 3 tahun..Tapi aku dapat 2 tahun setengah jer...Klu aku cakap pelajar Politeknik macam aku nih di anak tirikan pon ade jugak..Punyelah lama aku berhempas pulas menghabiskan Dip aku, bila nak sambung degree, aku kena ambil balik subjek yang pernah aku ambil mase Diploma..4 subjek jek dapat transfer, subjek Business Law pulak aku nak buat rayuan sebab tak cukup requirement.. Walaupun aku dapat Part 2, tapi still aku kena buat short sem taknak bagi berat sangat nak pikul semua subjek..Sayanglah, takkan nak kena ambil balik..Bengang aku, tapi ape aku boleh buat..Aku kan pelajar Poli jek..[Sangat kecewa dengan sistem pelajaran di Malaysia yang tak selaras nih] Besok insya Allah, umo aku 25 tahun, baru aku abes BBA aku.Mase tuh, muke aku dah kedut2 dah...hahaha!

So, jum aku share gambar2 aku sepanjang 4 hari kat sini....

 ::Luv This!!::

 ::Kawan sekelas aku yang pening nak pilih Part 1 ke Part 2 = macam aku::

 ::Ni pulak Pak Ngah aku kebetulan buat Taklimat Jab. Agama Islam kt tempat aku..Dah lah aku dok depan...Awal2 dia dah tau kt depan tuh aku..::

 ::6.45am-Tak cukup tido sampai bengkak-bengkak mata::

::Ini roomate aku yang comel dan menawan:: 

::Si kenit ni pulak kawan same course dgn aku::

 ::Nilah budak tak abes2 nak poyo::

::Malas nak dengar Pengarah berucap, so aku snap lah pape yg mnarik::

::Borang Soalselidik ceramah Bomba-Roomate aku tengah tido nih::

::Kantoi tak dengar ceramah::
::Even ko tak suke bergambar, aku snap jugak pic ko bersama jam tangan luv ko tuh::
::Cik Dila yang terpaksa duk dpn sebab tak ckup seat..Cian::
::Jasa Bonda-Aku suke giler lirik lagu nih::

Oklah, sekian sahaja report aktiviti aku di permulaan kakiku melangkah ke Menara Gading..Walaupun aku masih tak rasa feel 'itu' lagi, tapi memadailah aku dah sambung nih..Keputusan nih keputusan aku sendiri yang takde kaitan dengan sape-sape..Tp, please jgn tanya kat mana aku sambung nih...Klu nak tau jugak, cariklah sendiri:)





Komen jika suke, komen jugak jika tersilap. Sayang korang!

2 comments:

sikulat said...

stadi stadi.. syok stadi nih.. muahahha..

EimaruSi|ence™ said...

ahahaha...hari nih blaja bakasa arab pulak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Counting...:)

Daisypath Anniversary tickers

Anniversary

Irshad Ghazi's Birthday

Lilypie - Pregnancy